Series
1123957
JAM menunjukkan pukul dua petang. El dan Hana telah pun sampai di rumah milik El. Sepanjang perjalanan mereka langsung tidak berbual. Sepatah kata pun tidak keluar daripada mulut lelaki itu. Hanya suara radio menemani perjalanan mereka.
Masuk sahaja ke rumah, El berdiri di satu sudut sambil memeluk tubuh. Matanya memandang sekilas ke arah Hana. "Rumah ni ada tiga bilik kosong, dua di atas, satu lagi di bawah. Bilik bawah kecil sikit, dekat dapur tu. You pilihlah bilik mana you selesa nak duduk. Except my room," El berterus terang dengan Hana bahawa dia tidak selesa untuk tidur sebilik dengan wanita itu. Dia tahu Hana juga merasa perkara yang sama. Jadi, dia beri Hana peluang untuk membuat pilihan.
"Cuma kalau siapa-siapa datang dan tidur di rumah ni, you kena pindah sementara di bilik I," tambah El lagi.
Nak pula kalau mommy dengan abah datang. They will kill me kalau tahu kami tidak tidur sebilik. Detik El di dalam hati.
"Saya tidur bilik bawah je," jawab Hana dengan rasa lega.
Nasib baik dia bagi aku pilih bilik sendiri. Bisik hati kecil Hana.
"Up to you. Buat macam rumah sendiri. But, please don't over the limits. My room, my territory. Understand?" pesan El seolah memberi amaran. Sedikit pun El tidak memandang pada Hana.
"Faham," balas Hana dengan perlahan.
Ingat aku nak sangat masuk bilik kau? Nasib baik aku tumpang rumah kau. Hati kecil Hana berkata, geram.
"Seluruh rumah ni you boleh jelajah. But, not my room. Jangan masuk bilik I tanpa izin I. I tak suka orang luar ceroboh bilik I. Jelas?" sekali lagi amaran diberi dengan mata yang masih tertumpu pada skrin telefon sejak dari tadi. Jari jemari El pantas menatal telefon bimbitnya.
"Jelas," jawab Hana, ringkas.
Menjunjung titah tuanku. Ejek Hana di dalam hati.
Now I know your true colour. Nampak baik depan orang. Tapi, hakikatnya… Sebal sungguh hati Hana saat ini dengan sikap yang ditunjukkan oleh lelaki itu padanya. Dia melepaskan satu keluhan yang cukup untuk dengari oleh halwa telinga El.
"Why?" soal El selepas mendengar keluhan daripada mulut Hana.
Mengeluh for what reason? Syukur aku bagi kau pilih bilik sendiri daripada aku suruh kau balik rumah sewa kau!
"Why what?" Hana menyoal kembali dengan riak terpinga-pinga.
Tiba-tiba tanya kenapa. Gila ke???
"Mengeluh? Why? Sebab I beritahu peraturan rumah I sendiri you mengeluh?" soal El dengan mata yang mencerlung ke arah Hana. Terkebil-kebil Hana saat disoal sebegitu. Air liur ditelan terasa kesat. "Takda apa. Saya cuma.. letih," balas Hana cuba berlagak tenang.
Dengar pula dia aku mengeluh!
"If you don't want to stay here, you boleh balik duduk rumah sewa you," selamba sahaja El menutur kata. Dia tahu, Hana mengeluh dengan peraturan yang diberikan olehnya sebentar tadi.
Letih apanya? Aku yang drive tadi. Bebel El di dalam hati. Tanpa menunggu, dia terus naik ke bilik meninggalkan Hana temangu sendirian di situ.
Hana terkebil-kebil melihat El berlalu pergi. Nafas ditarik dalam-dalam. “Rileks Hana, rileks. Hormati tuan rumah. Fuh, sabarlah wahai hati,” pujuk Hana kepada dirinya sendiri. Setelah itu, dia terus melangkah masuk ke bilik yang menjadi pilihannya tadi.
Ya, memang kecil. Tapi, dekat dengan dapur, dekat dengan bilik air dan….. bersepah. Banyak juga yang perlu dikemaskan. Hana mengeluh perlahan.
"Aku nak tidur atas apa ni? Nak tanya takut kena marah," gumamnya sendiri.
Nantilah tanya. Harap janganlah dia laser kan aku lagi. Membebel macam perempuan!
Kemudian, Hana memulakan kerja-kerja pengemasan. Hampir dua jam masa yang diambil bagi memastikan bilik itu bersih dan selesa. Dia tersenyum sendiri apabila melihat bilik itu sudah boleh dia gunakan. Puas hati!
"Ambil toto dekat rumah sewa je lah. Nasib baik barang aku tak banyak sangat," gumam Hana sendiri. “Minta tolong Kak Wana lah,” tambah Hana lagi.
Rizwana, teman serumah Hana sejak dia mula bekerja sehingga kini. Itulah satu-satunya kawan yang dia percaya di kotaraya ini. Tentang perkahwinan secara tiba-tiba itu, sudah pun dia maklumkan kepada Wana.
Hana dengan panjang lebar menceritakan apa yang berlaku melalui kiriman mesej kepada Wana. Pada awalnya, Wana sangat terkejut saat mendengar berita itu. Namun, akhirnya, Wana faham dan dia menerima berita itu dengan hati yang terbuka.
Hana termenung seketika. Kemudian, telefon bimbit dicapai. Lantas, dia mendail nombor telefon Wana.
"Assalamualaikum... Dah balik KL ke?" soal Wana sudah tidak sabar-sabar ingin bercakap dengan Hana.
"Waa'laikumsalam.. A'ah.. Pukul dua tadi sampai KL. Saya ada dekat rumah Encik El ni. Esok saya ingat nak balik rumah sewa, ambil barang-barang saya la kak," kata Hana sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding bilik. Pintu ditolak rapat dengan hujung kaki apabila terdengar bunyi derapan kaki di ruang dapur.
Mesti tuan rumah. Bunyi tapak kaki pun boleh buat orang menyampah! Hana mencebik bibir sambil menjeling geram ke arah pintu.
"Boleh. Pukul berapa? Dah takdalah kawan serumah akak lepas ni. Eh, lupa pula nak ucap. Selamat pengantin baru," balas Wana sambil ketawa kecil.
Kahwin dah adik aku ni.
"Eeemmm... Terima kasih," lambat-lambat Hana membalas. Jujur, dia tidak suka mendengar ucapan itu. Tetapi, dia tetap menyambutnya dengan baik dan tidak mahu orang lain berkecil hati. "Esok dalam pukul enam lebih. After office hour. Saya naik grab ke sana," tambah Hana lagi.
"Okey. Husband tak ikut ke?" soal Wana, mengusik.
Hana tarik muka masam walaupun Wana tidak nampak riak wajahnya. Dia tidak suka nama lelaki itu disebut dalam perbualan mereka.
"Akakkk... Dia tak anggap saya isteri dia pun,” balas Hana sedikit sebak. Namun, perasaan itu cuba disembunyikan.
El tak suka akulah!
"Yelah.. Yelah.. Akak bergurau je. Ada apa-apa nak akak tolong tak?"
Usik sikit pun tak boleh. Mula-mula tak suka. Lama-lama nanti berkepit 24 jam. Gerutu hati Wana.
"Tu lah. Nak minta tolong akak hantar balik rumah je. Boleh?" Hana memicit lehernya yang agak lenguh dengan telapak tangan. "Boleh adik ku sayang," balas Wana dengan ikhlas. Wana sangat sayangkan Hana. Dia sudah menganggap Hana seperti adiknya sendiri. Mereka sentiasa bersama dikala susah dan senang.
"Terima kasih akak manis. Nanti, mesti rindu nak gosip dengan akak. Akak, terima kasih tau, bagi saya menyewa. Sewa murah sangat. Tempat lain tak dapat sewa harga akak tu," tutur Hana dengan nada yang sayu. Hampir dua tahun Hana menyewa di rumah milik Wana. Pasti dia akan merindui suasana rumah sewa dan teman serumahnya itu.
"Akak sewakan pun sebab nak peneman. Sedih akak dah takda kawan kat rumah ni," Wana turut berasa sedih. Matanya berkaca.
"Saya sebenarnya tak nak duduk sini. Tapi, Encik El takut nanti sampai ke telinga mommy dia," jelas Hana.
Ikutkan hati memang aku tak nak tinggal di rumah ni. Dengan tuan rumah berlagak nak mati. Macam aku heran sangat nak masuk bilik dia. Simpan dadah ke apa?!
Hampir sejam mereka berbual dan tidak lama selepas itu, perbualan ditamatkan. Hana merenggangkan tubuhnya sambil mata melihat jam di tangan.
“Dah masuk asar. Solatlah.”
Hana keluar dari bilik dengan tudung masih melekat di kepala. Terasa janggal dan kekok untuk membuka tudung di dalam rumah itu.
Selesai mengambil wuduk, Hana keluar semula dari bilik air. Dia terkejut apabila melihat El sedang duduk di meja makan dapur.
"Kenapa? Terkejut? I memang selalu duduk dekat meja ni. You tu dalam rumah pakai tudung apa hal? Takda lelaki lain dalam rumah ni. Buka tudung tu," keras ayat yang meluncur keluar daripada mulut El.
Mazhab mana kau ikut? Dalam rumah pakai tudung! Bentak El di dalam hati.
Eeeiii… dia ni. Ya Allah, Kau bagi aku kesabaran dengan wuduk yang aku ambil ni. Sesungguh Kau bersama orang-orang yang sabar. Doa Hana di dalam hati. Ketika ini, hatinya seakan menggelegak menahan marah.
Malas mahu berbalah dengan manusia putus fius macam si El ni!
"Esok lepas habis kerja saya nak ke rumah sewa saya. Ambil barang-barang saya," tutur Hana meminta izin.
El kerut dahi. "Don't tell me what are you going to do. I tak nak tahu pun. Oh, dengan I takda istilah minta izin. You buat apa you suka, I buat apa I suka," balas El, selamba. "And one more thing. Dalam rumah ni, tolong tanggal benda atas kepala you tu. Jangan alim tak tentu arah," tambah El dengan kasar. Lantas dia bangun dan meninggalkan Hana termangu sekali lagi.
Hana mendengus perlahan. Wajah terasa membahang. Geram sungguh dirasakan dengan sikap El yang suka membebel tak tentu pasal. Hatinya sebal.
Dia lupa ke yang dia merayu aku supaya tolong dia? Apa hal gaya macam aku pula dah paksa dia kahwin dengan aku? Bentak Hana di dalam hati.
Dasar lupa diri! Masa minta tolong macam apa tah muka kau! Sekarang kau layan aku macam sampah pula!
Hana masuk semula ke biliknya dengan hati yang masih panas. Nafas ditarik dalam-dalam cuba menenangkan diri sendiri. Telekung disarung. Berkali-kali wajah diraup. Masih belum hilang geramnya pada El.
Share this novel