ABP 2

Drama Series 1123957

MALAM itu, sanak saudara El beransur pulang. Keadaan di rumah Puan Mastura kembali sunyi. El juga tidak kelihatan sejak dari tadi. Entah ke mana lelaki tu menghilang. Hanya Hana sahaja yang masih disitu bersama Hariz melayani keluarga El.

"Terima kasih puan sebab terima adik saya masuk dalam keluarga puan," ucap Hariz sambil tersenyum mesra. "Kalau ada apa-apa, Hana buat salah ke, puan tegur je dia," tambah Hariz lagi. Namun, Hariz tahu Hana pandai membawa diri. Hana tidak mungkin akan memalukan Hariz.

Puan Mastura dan Ungku Ibrahim tersenyum pahit. "Sepatutnya kami yang ucap terima kasih pada awak. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Sebenarnya, ini kali ke tiga rancangan pernikahan El dengan Azura. Kami dah tak tahu nak sorok muka di mana. Asyik tak jadi. Kali ni kami tak boleh dah nak ikut kehendak El lagi. Terpaksa desak dia. Kalau tidak, entah berapa kali lagi perkara ini akan berulang," berat sungguh hendak diluahkan perkara sebegini. Perkahwinan bukan perkara main-main. Berkahwin bukan untuk sehari dua. Tetapi, apa yang berlaku, benar-benar buat Ungku Ibrahim kesal.

Kalau ikutkan Ungku Ibrahim memang tidak setuju dengan pilihan El. Tetapi kerana kasihkan anak sulungnya itu, mereka ikutkan sahaja kehendak El. Namun, setelah berkali-kali perkara itu berulang, Ungku Ibrahim dan Puan Mastura sudah tidak tahan lagi. Mereka tidak percaya akan janji Azura. Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini.

"Takpa tuan, saya faham. Bagi mereka peluang kenal hati budi masing-masing. Insya-Allah mereka akan serasi suatu hari nanti. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka," Hariz cuba menenangkan Ungku Ibrahim dan Puan Mastura.
"Kalau takda apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Dah lewat malam ni. Assalamualaikum," ucap Hariz sambil bersalaman dengan Ungku Ibrahim. "Waa'laikumsalam…" balas mereka serentak dengan senyuman manis.

"Saya hantar abang saya ke kereta sekejap," Hana membuntuti Hariz setelah Puan Mastura dan Ungku Ibrahim menganggukkan tanda memberi kebenaran kepada Hana.

Sesampainya di kereta, Hariz mengambil beg pakaian Hana dan diserahkan kepada adiknya itu. Kelihatan wajah Hana agak sugul dan suram. "Kalau ada apa-apa, bagi tahu along," pesan Hariz sambil menggosok lembut kepala Hana. Dia tahu adiknya itu resah dan buntu. Tetapi, dia yakin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Hana, along selalu doakan kebahagiaan adik along. Along risau kalau takda orang jaga Hana. Along bukan selalu ada dengan Hana. Along harap El pilihan yang tepat Allah berikan untuk adik along ni. Ya Allah, Kau berilah bahagia kepada adikku ini. Semoga mereka kekal hingga syurgaMu. Doa Hariz di dalam hati.

Setelah bersalaman, Hariz terus memandu pulang ke kampung seperti rancangan asalnya. Tetapi, tanpa Hana.

Hana menanti sehingga kereta Hariz hilang dalam gelap malam. Kemudian, dia berjalan menuju ke halaman yang tersergam indah itu. Dia berhenti seketika sebelum kakinya melangkah masuk ke rumah. Dia melepaskan keluhan berat yang entah kali ke berapa, dia sendiri tidak pasti.

Sampai bila aku akan jadi sebahagian daripada keluarga ini? Ya Allah, bantulah aku. Buntunya aku rasakan sekarang. Hati Hana meronta-ronta kegelisahan. Kemudian, dia melangkah lemah masuk ke rumah agam itu.

"Pergi naik bilik El, rehat. Esok pagi-pagi El kata nak balik KL, ada kerja urgent kata dia," tiba-tiba Puan Mastura yang muncul dari dapur menyapa Hana. Serta merta Hana menoleh ke arah suara itu. "Bilik El yang mana satu puan? Eh, maaf mommy," terasa kerongkong Hana seakan tersekat ketika menuturkan kata.

Puan Mastura ketawa kecil. "Mari mommy tunjuk," lantas tangan Hana ditarik menuju ke tangga bilik. Hana akur. Dia membuntuti Puan Mastura ke bilik El.

Berdiri sahaja di depan pintu bilik El, Puan Mastura mengetuk pintu tersebut sambil memanggil anak sulungnya itu. Beberapa saat kemudian, El muncul dengan wajah yang tidak beriak dan tidak berperasaan. Dia terus memberi ruang untuk Hana masuk ke biliknya.

Setelah itu, Puan Mastura turun semula menyambung kembali kerja-kerja di dapur membantu orang gajinya. Maka, tinggallah Hana dan El di dalam bilik berdua.

Pertama kali Hana masuk ke bilik El. Dia berdiri kaku di satu sudut tidak tahu mana mahu meletakkan barangnya dan di mana dia harus duduk. Dia dapat merasakan sikap dingin El terhadapnya, seolah kehadiran Hana mengundang rasa tidak selesa di ruang bilik itu. Telinga Hana menangkap keluhan yang terlepas daripada mulut El.

"Anyway, thanks for helping me solve my problem. But, I'm sorry for putting you in trouble. Actually, I... I can't accept you as my wife. I'm desperate. I hope you know your limits and don't put any expectations on me. I still love Azura. He is my one and only," El menutur kata tanpa memandang wajah Hana.

Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak pergunakan kau. Tapi, cinta aku hanya pada Azura. Azura, why did you do this to me? Where are you, baby? Rintih hati kecil El.

"Saya faham, Encik El. Kalau encik tak selesa saya ada dalam bilik ni, saya boleh tidur bilik lain," Hana menutur kata dengan berhati-hati. Dia faham dan dia sendiri tidak selesa berada di dalam bilik itu. Janggal sungguh dirasakan saat ini.

"No. Mommy will kill me. Tidur je sini. You tidur atas katil. I tidur dekat sofa," pintas El dengan nada yang lemah. Jelas kelihatan riak muka lelaki itu sangat kecewa dan buntu. "Make yourself comfortable. I'm not 'bothering' you," El cuba membuat Hana faham bahawa dia tidak akan mengganggu Hana. Jadi, tiada istilah malam pertama buat mereka seperti pasangan pengantin yang lain. El berjanji dengan diri sendiri bahawa dia tidak akan menyentuh wanita yang tidak dicintainya. Lantas El mengambil sebiji bantal dari atas katil dan tubuhnya direbah ke sofa. Wajah dihadapkan ke dada sofa supaya Hana berasa selesa untuk menukar pakaian.

Hana bungkam seribu bahasa. Beberapa detik dia membeku di situ. Setelah melihat El baring membelakanginya, dia mengeluarkan pakaian tidur dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aku tahu siapa diri aku. Aku faham. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Detik hati Hana, sayu. Entah sampai bila semuanya akan berakhir kerana ini baru permulaan yang harus mereka berdua tempuhi.

Perkahwinan secara tiba-tiba, tidak menerbitkan cinta. Cinta hanya datang tanpa disedari. Segalanya tidak mustahil tanpa izin-Nya. Percaturan-Nya adalah yang terbaik tanpa menganiaya hamba-Nya. Maka, percaya sahaja pada takdir-Nya. Ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Share this novel

Johnia
2026-07-20 11:30:58 

nak paet 3

Johnia
2026-07-20 09:54:13 

nak part seterusnya best cerita ni

Norazianun Yusoff
2026-07-14 13:16:35 

best sangat novel ni ??


NovelPlus Premium

The best ads free experience