Series
1123957
SUASANA di majlis pernikahan itu menyerabutkan fikiran Ungku El Elyas Ungku Ibrahim. Semua tidak dapat diundur kembali. Hana Elyana telah pun selamat menjadi isterinya dengan sekali lafaz. Tidak terjangkau dek akal fikiran El yang segalanya akan terjadi seperti ini. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia meminta pertolongan daripada Hana dan Hana menyetujuinya.
Ketika majlis pembatalan air sembahyang, El langsung tidak melihat wajah Hana. Dahi Hana juga tidak dikucup. Mereka hanya bersalaman seperti biasa. Segalanya terjadi dengan begitu pantas. Hati El bercampur baur. Dia masih mengharap Azura akan datang dan menjadi isterinya. Tetapi, semua itu tidak mungkin terjadi kerana lafaz akad tadi telah membuatkan Hana sah menjadi isterinya. Jika Azura muncul sekalipun, segalanya sudah terlambat.
Ikram, sahabat baik merangkap rakan perniagaan cuba menenangkan El yang kelihatan sangat serabut selepas majlis akad itu. Jarang dia melihat pengantin yang tidak gembira di hari perkahwinan mereka.
"Aku takda perasaan langsung pada dia, Ikram. Macam mana aku nak hidup satu bumbung dengan dia?" luah El. Wajahnya kelihatan buntu dan serabut.
Sungguh, aku pun tak faham apa yang aku dah buat pada hidup aku. Gila!! Kenapa aku ajak Hana kahwin dengan aku?? Kenapa bukan orang lain? Kenapa dia?? Tapi, kalau bukan Hana, siapa? Siapa yang boleh gantikan tempat Azura?? Ini semua sebab mommy desak aku selesaikan segalanya. Bentak hati kecil El.
Ikram tersenyum tawar saat mendengar kata-kata El. "Aku faham. Tapi, kau takda pilihan, El. Mana Azura? Dah berapa kali dia buat kau macam ni? Mungkir janji. Takkan kau masih berharap dan tunggu dia lagi?" Ikram simpati. Namun, dia perlu sedarkan sahabatnya itu. Dia sendiri tidak sanggup melihat sahabatnya diperbodohkan oleh Azura, teman wanita Ungku El-Elyas Ungku Ibrahim.
Apa yang kau nampak pada Azura sehingga dia berkali-kali mungkir janji pun kau masih percaya pada dia, El? Detik hati kecil Ikram, kesal.
"Aku yakin, Azura ada alasan tersendiri. Mesti dia ada masalah. Dia takkan tiba-tiba diam macam ni. Kau ingat tak dulu? Sebab dia ada family problem, dia jauhkan diri daripada aku. Sebab dia tak nak aku susah hati. I’m sure, dia bukan sengaja buat macam ni," balas El dengan nada yakin. Masih sahaja dia mempercayai Azura.
Betul, aku pasti Azura ada masalah yang dia tak mahu aku tahu. I akan cari you, Azura. I takkan biarkan you hadapi masalah ini seorang diri tanpa I. Nekad hati kecil El.
Ikram menggeleng perlahan. "Aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau, El."
Susah benar mahu menyedarkan sahabatnya itu. Azura bukan yang terbaik untuk kau, El. Semoga kau boleh buka mata dan lihat kebaikan Hana. Seorang wanita yang baik pada mata aku. Namun, Hana jadi jodoh kau, El. Bukan aku. Bisik hati kecil Ikram.
Majlis perkahwinan yang dirancang bersama Azura telah menjadi majlis perkahwinan Ungku El-Elyas bersama pembantu peribadinya, Hana Elyana.
"Aku takkan cintakan Hana. Lagipun dia janda. Bekas orang. Kalau kau suruh aku terima Hana, aku rasa sampai bila-bila aku takkan dan tak boleh terima dia. Aku cuma cintakan Azura," El masih berbicara dengan wajah yang buntu dan fikiran yang kosong. Dia seperti bermonolog dengan dirinya sendiri. Tetapi, cukup untuk didengari oleh Ikram dan tanpa mereka sedar kehadiran Hana di situ.
Hana mendengar setiap kata-kata El dan Ikram tentang dirinya. Termenung Hana seketika. Dia sendiri tidak tahu dan tidak faham apa yang El mahukan. El sendiri yang meminta Hana untuk menjadi isterinya selepas Azura tidak dapat dikesan. Kini, El seolah-olah menyalahkan diri Hana atas apa yang berlaku. Sungguh, Hana buntu dan tak mengerti.
Sebagai pembantu peribadi El, Hana bertanggungjawab untuk menguruskan majlis pernikahan antara El dan kekasihnya, Azura. Itu yang sepatutnya berlaku. Tetapi, sejak seminggu yang lalu, Azura hilang dari radar. Puas El menghubungi Azura. Hana juga cuba mencari wanita itu, namun, Azura gagal dikesan. Tetapi, El masih percaya bahawa Azura akan muncul di majlis perkahwinan mereka.
Akhirnya, sangkaan El meleset. Azura tidak muncul dan Puan Mastura iaitu ibu El sudah mendesak agar segalanya diselesaikan supaya mereka sekeluarga tidak mendapat malu untuk kali yang ketiga.
"Siapa pun yang jadi menantu mommy, mommy dah tak kisah. You kena bertanggungjawab dan selesaikan segalanya hari ini!" tegas Puan Mastura.
Penat memikirkan tentang anak sulungnya itu. Masuk kali ini, sudah kali ke tiga rancangan pernikahan El jadi begini. Sehingga naik malu Puan Mastura dan suaminya, Ungku Ibrahim untuk menjelaskan kepada sanak saudara. Kali ini, Puan Mastura sudah tidak peduli lagi dengan siapa pun El akan berkahwin. Dia cuma mahu majlis tersebut tetap berjalan seperti yang dirancangkan. Itu sahaja.
Oleh kerana didesak sebegitu, El terpaksa meminta pertolongan Hana. Pada awalnya, Hana enggan kerana permintaan itu tidak masuk akal. Pada Hana, perkahwinan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Lagipun, Hana pernah berkahwin dan jodohnya tidak kekal lama kerana suaminya telah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Dan… dia masih mencintai arwah suaminya, Farish.
Tetapi, apabila melihat wajah El yang sangat mengharapkan pertolongannya, Hana jadi kasihan dan menerima cadangan itu dalam keadaan terpaksa. Dia juga buntu dengan tindakan sendiri.
Segalanya seakan dirancang kerana kebetulan abang kandung Hana iaitu Hariz ada bersama menemani Hana menghadiri majlis itu dan entah mengapa juga Hariz bersetuju untuk mewalikan pernikahan mereka.
"Along sebenarnya dari dulu risau tentang Hana dan El. Sebab korang berdua, kalau outstation sama-sama. Along tak nak timbul fitnah nanti. Eloklah kalau Hana kahwin dengan El," Hariz meluahkan perkara yang selama ini terbuku di hati.
Benar, dia bimbang kerana status yang dipegang Hana akan membuatkan orang lain memandang serong terhadap adiknya itu.
Along tak fikir ke yang El terdesak kahwin dengan aku? Bukan sebab kami bercinta. Getus hati Hana. Dia berharap Hariz membantah keputusannya yang terpaksa itu. Tetapi, sebaliknya Hariz turut bersetuju.
Hana termangu di belakang pintu. Masih memasang telinga mendengar perbualan El dan Ikram sejak dari tadi. Entah kenapa hatinya sedikit terguris saat mendengar kata-kata El.
Kenapa aku mesti sedih? Aku bukan ada hati pada dia pun. Aku setuju kahwin dengan dia sebab kesian. Tapi, kenapa aku bodoh sangat tolong dia? Tiba-tiba Hana berasa marah terhadap diri sendiri. Namun, segalanya tidak boleh diundur lagi. Mereka telah sah menjadi suami isteri.
"Aku rasa Hana adalah pilihan yang tepat untuk kau. Selama dia bekerja dengan kau pun, aku rasa dia perempuan yang baik. Jaga maruah dia… jaga batas dia. Aku harap kau boleh bagi peluang pada diri kau sendiri untuk menilai Hana," pujuk Ikram lagi.
Sebenarnya, Ikram sendiri sudah jatuh hati pada Hana sejak dari awal wanita itu mula bekerja di syarikat El. Tetapi, jodoh tidak menyebelahi Ikram. Ikram reda dan terima segala takdir. Cuma dia berharap sahabatnya itu dapat menghargai Hana.
Please El buka mata kau. Nilai sendiri antara Hana dan Azura. Detik Ikram di dalam hati.
"Aku terdesak kahwin dengan dia, Ikram. Aku tak mungkin cintakan dia. Dia bukan pilihan aku. Tak pernah terlintas di fikiran aku ni, nak kahwin atau jatuh cinta pada dia," El masih tidak dapat menerima kenyataan atas apa yang berlaku. Dia lupa segala yang terjadi ini salahnya sendiri.
Hana tersentak mendengar kata-kata El. Aku ke yang jerat diri aku sendiri? Salah aku ke bila aku buat keputusan bersetuju untuk berkahwin dengan dia? Betul, bukan atas dasar cinta. Tapi, terdesak dan sebab nak tolong. Eh, apa kena dengan aku ni? Seolah-olah semuanya dah jadi salah aku sebab cuba menolong dan akhirnya aku jerat diri aku sendiri. Bisik hati kecilnya. Satu keluhan berat dilepaskan dari dada yang kian terasa sesak.
Perlahan Hana melangkah turun semula ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang masih tidak surut sejak dari pagi tadi. Dia cuba memaniskan wajah menyapa setiap tetamu yang hadir. Mujur tiada suara sumbang yang menyindir tentang perkahwinan mereka. Jika tidak, pasti Hana semakin tertekan.
"El mana? Ramai dah datang ni nak jumpa pengantin. Hana dah panggil dia?" soal Puan Mastura sebaik sahaja melihat Hana turun dari tangga.
Terkebil-kebil Hana saat disoal oleh mertuanya itu. "Saya dah panggil dia, puan. Eh, mommy. Kejap lagi dia turun," balas Hana agak kekok.
Puan Mastura tersenyum. "Takpa, mula-mula memang tak biasa panggil mommy, lama- lama nanti biasalah," ujar Puan Mastura dengan mesra sambil menggosok bahu Hana. Hana tersenyum lega.
Memang sejak dari dulu lagi Puan Mastura sangat sukakan Hana. Sudah beberapa kali dia berurusan dengan wanita itu. Puan Mastura jugalah yang mengesyorkan Hana pada El untuk dijadikan pengurus peribadi El di pejabat. Puan Mastura juga tahu status Hana sebagai seorang balu yang kematian suami. Pada pendapatnya, tiada salah dengan status tersebut jika seseorang wanita itu pandai membawa diri. Dia juga sangat selesa dengan sikap Hana. Alhamdulillah, Hana selamat menjadi menantu Puan Mastura dengan izin-Nya.
Hana bersyukur kerana Puan Mastura sangat baik dan kerana kasihankan wanita itu jugalah, dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Puan Mastura juga yang membantu Hana mendapatkan pekerjaan disaat dia susah dahulu. Maklumlah, selepas kehilangan suami, Hana terpaksa bekerja untuk menampung dirinya sendiri. Walaupun Hariz mahu membantu, namun, Hana lebih selesa untuk berdikari.
Sewaktu arwah suaminya masih ada, segala keperluan isi rumah disediakan oleh Farish. Arwah sangat baik orangnya, penyayang, lemah lembut dan menyantuni Hana dengan baik.
Abang, betul ke keputusan Hana ni? Abang adalah lelaki yang terbaik dalam hidup Hana. Maafkan Hana sebab terima lelaki lain secara tiba-tiba. Hana buntu, abang. Hana rindu abang. Kenapa abang pergi tinggalkan Hana? Rintih hatinya yang mula diserbu kesedihan.
"Kak Hana, are you okay?" soal Ungku Nadia, adik perempuan El. Seorang gadis berusia 22 tahun yang masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Malaysia.
Seriously, she’s better than another girl. I don't like Azura actually. Banyak kali dia berjanji dengan abang El tentang majlis kahwin ni. Then, she’s broke the promise again! I don't think mommy and abah will forgive her. She's too much. Asyik malukan keluarga aku je! Bebel Nadia di dalam hati. Wajah kakak iparnya dipandang dengan senyuman manis.
"Eh, Nad. Okey… akak okey. Cuma nak minta tolong Nad boleh?" soal Hana sambil memegang tangan Nadia dengan lembut.
"Boleh. Apa dia, kak?"
"Panggilkan Abang El. Dia ada dekat atas rasanya," pinta Hana.
Harap Nad tak syak apa-apalah. Aku tak mahu bersoal jawab dalam keadaan sekarang ini. Doa hati kecil Hana.
Nadia ketawa kecil. "Oh, ingatkan apa tadi. Okey, Nad panggil Abang El. Akak pergi la kat luar tu, ramai nak jumpa pengantin perempuan yang manis ni," bisik Nad sambil tersenyum. Hana tersipu malu.
Kak Hana, eemmm… how to describe her? Wajahnya tak secantik Azura. Tetapi, manis untuk ditatap. Sejuk mata memandang bak kata orang. Pertama kali berjumpa dengan Kak Hana, dia sopan ala-ala gadis kampung. Hormat semua orang dalam rumah ini. Bila dia mula bekerja dengan Abang El, dia kena ubah penampilannya sebab Abang El kata dia tak nak staff di syarikatnya tak pandai bergaya. Penampilan kena seiring dengan level education. Tapi, I just like the way she are. Cantik. Yess, dia janda kematian suami. Tapi, mommy selalu pesan, apa jua status atau pekerjaan yang seseorang itu lakukan, kalau dia pandai bawa diri, hormat orang lain, mereka juga berhak dilayan seperti mana mereka melayan kita. Jadi, kesimpulannya, I like her.
Mengikut perancangan asal, hanya majlis akad nikah dijalankan dan resepsi berlangsung beberapa bulan akan datang mengikut kehendak Azura. Tetapi, disebabkan pengantin perempuannya bukan lagi Azura, Puan Mastura bercadang untuk mengadakan majlis resepsi pada minggu hadapan.
Jika sebelum ini, segalanya diuruskan oleh Hana, tetapi, kali ini, keluarga El sendiri akan menguruskan segalanya.
Kalau ikutkan hati Hana, dia tidak mahu buat majlis bersanding. Cukuplah apa yang berlaku membuatkan dia keliru dan menyesal.
Share this novel
chapter 2 nak
lanjut
Plez chapter 2, baru ada klimak cerita ni , cuma nk tahu kesudahan DERITA or BAHAGIA?