"MACAM mana keadaan kamu sayang?. Dah ok?." Soal Puan Salma yakini ibu Kin.
"Alhamdulilah mama. Reen dah ok. Semuanya berkat abang Kin, mama dan orang sekeliling yang jaga Reen. Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan mama sekeluarga."
"Balas kami dengan kesembuhan kamu. Itu dah lebih dari cukup. Ok?."
"Baiklah mama." Jawab Reen girang.
"Macam nilah anak mama. Dengar kata." Puji Puan Salma sambil mengelus penuh kasih sayang ubun-ubun menantu kesayangannya.
"Reen turut berduka cita atas pemergian Kak Ay. Reen tak sangka, dia berani tusuk diri dia sendiri. Apa sebab dia rasa bersalah sebab dah racun Reen. Tapi Reen dah maafkan dia. Reen tak berdendam sama sekali."
"Jangan di fikirkanlah sayang. Dia tu ada sakit mental. Jadi wajar kalau dia ambil tindakkan ektrem macam tu."
"Reen dah anggap Kak Ay dah macam kakak Reen sendiri. Tapi dia tak pernah anggap Reen adik dia. Malah, lebih pilih bersaing dengan Reen. Kalau Reen tahu semua ni terjadi. Reen takkan dekat-dekat lagi dengan abang Kin."
"Kin tu sayang sangat dekat kamu. Sekarang kamu satu-satunya isteri Kin. Takda siapa lagi yang ganggu rumahtangga korang. Dah, dah. Kamu rehatlah. Mama nak sambung berlakon sedih lagi. Kamu jaga diri. Kalau nak apa-apa bagitahu Pia. Mama mungkin tak lawat kamu malam ni. Faham-faham sendirilah, mentua idamankan. Mestilah perlu ada di kenduri menantu ke sayangan mamakan." Sambil mengelus ubun-ubun menantunya.
"Baiklah mama."
"Ingat, jangan berkeliaran. Banyak media sekarang ni. Mama tak nak kamu stres di sebabkan soalan mereka. Ok sayang?."
"Ok mama. Mama juga jaga diri. Sayang mama."
"Sayang kamu juga. Pia."
"Ya puan."
"Jaga anak saya baik-baik. Kalau ada apa-apa nanti, bagitahu saya."
"Baiklah puan."
"Baiklah. Kalau takda apalagi, mama minta diri dulu. Bye, bye sayang." Pamitnya lalu melangkah pergi.
"Bye, bye mama." Balas Reen.
•
TERSEDAR dari pengsannya. Mata Lyra liar memandang sekeliling. Tempat yang asing baginya, seperti sebuah bilik rahsia. Tangan dan kakinya pula di ikat pada kerusi.
"Oi. Sakitnya kepala ni." Rintihnya. Entah apa yang pemuda itu berikan sehingga dirinya tidak sedarkan diri lagi.
"Dah sedar my future wife. Sorrylah, abang terpaksa ikat sayang. Takut sayang lari. Susah abang nak kejar. Abang dah tua. Dah tak larat sayang. Duduk diam-diam, ok?."
"Lepaslah !. Tuan nak apa?." Soal Lyra dengan nada tinggi.
"Tak baik tau tengking-tengking bakal suami. Dosa. Abang ni bakal imam sayang tau. Sayang seharusnya bersyukur sebab dah terpilih jadi isteri abang. Tahniah." Jawab Kin sambil menepuk-nepuk tangannya.
"Tuan dah gila !. Lepaslah."
"Aku takkan lepaskan kau. Sampai kau setuju jadi isteri aku."
"Puan Ay baru je meninggal, tuan dah fikir nak kahwin lagi. Seharusnya tuan yang mati, bukannya Puan Ay. Atau jangan-jangan tuan yang bunuh Puan Ay tak."
"Jangan asal tuduh kalau tak tahu fakta."
"Faktanya, tuan bertengkar dengan Puan Ay sebelum dia tikam diri dia sendiri. Hanya kerana sesuatu yang takda bukti. Tuan tak fikir ke perasaan Puan Ay. Hah."
Kin terdiam sejenak.
"Sekarang Puan Ay dah meninggal. Tuan bebas kahwin dengan siapa saja. Tidak termasuk saya. Saya tak nak ada suami redflag macam tuan."
"Kalau tak kerana janji aku pada Ay. Aku tak hinggin kahwin dengan pembantu rendahan macam kau. Buat malu je."
"Dah tu, janganlah teruskan. Lagipula, saya dah ada tunang, dan tak lama lagi nak kahwin. Saya tak mungkin kahwin dengan tuan."
"Dan aku tak mungkin ingkar janji aku pada Ay. Macam ni jelah. Kita nikah siri. Jadi takda orang tahu. Kau bebas buat apa saja yang kau nak. Aku tak larang."
"Tuan tak reti bahasa ke?. Saya dah nak kahwin !."
"Ada aku kisah. Apa yang aku nak, aku harus dapat. Lebih-lebih lagi kau. Pembantu rendahan. Aku dengar, kau perlukan duitkan. Apa kata, biar aku saja yang bantu kau. Kau just bayar dengan kerja dengan aku sampai kau mampus. Mudah jekan."
"Saya tak nak ambil resiko. Tolonglah faham."
"Jadi kau tak naklah jadi isteri aku ni?." Soal Kin sambil bangun dari duduknya lalu mengheret kerusi menghampiri Lyra.
"Tuan pekak ke apa?."
"Ok fine. Kau yang pilihkan. Aku tak paksa. San." Panggil Kin lalu di letaknya kerusi tadi tepat di hadapan Lyra, lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu.
"Ya tuan."
"Buka ikatan budak degil ni. Kesian dia. Mesti sakitkan." Arah Kin sambil tersenyum lebar.
"Baiklah tuan."
San pun membuka ikatan pada tangan juga kaki Lyra.
"Aduh, sakitnya. Terima kasih tuan." Sambil mengosok pengelangan tangannya.
"Pergilah. Sebelum aku ubah fikiran."
"Betul ni?. Tuan tak tembak sayakan."
"Kau ingat, tembak orang macam tembak cicak ke?. Aku juga tahu undang-undang."
"Mana tahukan. Tuankan psycho."
"Sebaiknya kau pergi sekarang sebelum aku tembak kau betul-betul."
"Ok. Ok. Saya minta diri dulu." Lyra pantas melangkah pergi.
Seketika bibir Kin terukir senyuman lebar. "Kau ingat. Kau boleh blah macam tu je. Hah."
"Saya dah kirim semua gambar-gambar tuan dan Lyra pada tunang dia."
"Kerja bagus. Agaknya, apa reaksi tunang dia bila dapat tahu bakal isteri dia tidur dengan jantan lain ya. Mesti bergaduhkan."
"Ada dua kemungkinan tuan. Sama ada Encik Aris percaya atau tidak. Tuan tahu sendiri, Encik Aris sayang sangat dekat Lyra. Tapi 70% peratus kemungkin bahwa mereka akan putus tunang."
"Itu yang aku harapkan."
"Tak ke terlalu kejam tuan."
"Hanya dengan cara ni aku dapat miliki dia. Kalau benar lelaki tu sayang dekat Lyra. Dia akan percaya Lyra tanpa tanya lagi."
"Kalau Encik Aris percaya Lyra. Apa tuan nak buat?."
"Kau cakap tadi, Aris anak orang terhormatkan. Kau rasa nak ke jantan tu ada isteri bekas orang. Kalau keluarga dia dapat tahu, aku dapat dapat pastikan. Mereka end."
"Harap dia tak bunuh dirilah tuan. Kalau tak, dua nyawa dah tuan ragut. Eh, bukan dua nyawa. Tapi dah banyak nyawa tuan ragut. Ingat tuhan Tuan."
"Tak payah nak ajar akulah." Kesal Kin lalu melangkah pergi.
"Nak ke mana tuan?."
"Nak tenggokan Reenlah. Kau tak payah ikut. Aku nak kau ikut budak tu je. Kot-kotlah dia bunuh dirikan." Jawab Kin dari kejauhan.
"Baiklah tuan."
Share this novel