DI tengah-tengah taman bunga. Terlihat Lyra bermain dengan telefon bimbitnya sambil menunggu tunangnya. Sudah hampir 30 minit dia menunggunya. Namun, bayang-bayang tunangnya, sama sekali tidak kelihatan.
"Sayang." Sapa Aris, dengan membawa bunga ros di tangan.
"Abang ni, lambatlah. Nasib baik, sayang tak kena culik tau. Kalau sayang kena culik tadi, mereka bunuh sayang. Abang orang pertama yang sayang kacau."
"Kalau sayang mati, abang pasti akan ikut sayang. Kita sama-sama jadi hantu. Tak ke sweet tu."
"Bergurau pulak dia ni. Kenapa lambat?."
"Nenek abang tulah, membebel je 24 jam. Stres tau."
"Nenek abang apa nak di hairan. Dia tak suka sayang. Oh ya, abang nak jumpa sayang ni ada apa?."
Aris terdiam sejenak. Berat hatinya menyatakannya. Namun, dia harus mendapat jawapannya agar benaknya tenang dan tenteram. Apapun jawapannya, aku terima kerana aku sudah telanjur menyayanginya.
"Kenapa ni abang. Sayang ada buat salah ke?."
"Sayang, abang ada sesuatu nak tanya. Abang harap, sayang berkata jujur."
"Apa dia?. Macam serius je ni."
Soalan Lyra hanya Aris balas dengan mengeluarkan telefon bimbitnya. "Betul ke sayang dah tidur dengan Tuan Kin?. Apa paksaan atau suka rela." Soal Aris sambil menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan gambarnya bersama bossnya sedang berpelukkan mesra di atas katil, siap cium pipi lagi.
"Siapa yang bagi semua gambar ni?." Soal Lyra dingin.
"Abang tak tahu. Semua gambar-gambar ni dari nombor yang tidak di kenali."
"Abang percaya?."
"Macam mana ya sayang. Gambar sayang jelas berpelukkan, dengan tak pakai baju lagi. Entahlah sayang."
"Sumpah abang. Sayang tak buat semua tu. Please jangan percaya."
"Jika benar sayang tak buat. Apa motif Tuan Kin buat semua ni?."
"Dia nak sayang kahwin dengan dia atas permintaan Puan Ay. Sayang mana mahu. Sayangkan dah ada abang. Jadi dia tutup mulut sayang dengan kain, sampai sayang tak sedar. Sedar-sedar je, sayang dah duduk atas kerusi, dengan kaki dan tangan diikat. Mungkin sebab tu dia buat macam tu."
"Abang faham sekarang. Patutlah, sayang tak sedar diri dalam gambar ni. Rupanya kena bius."
"Tu tahu. Jadi, abang percaya sayanglah ni."
Aris mengangguk laju. "Sebab abang yakin, sayang tak mungkin buat benda tak senonoh tukan."
"Thanks tau sebab percaya sayang."
"Abang always percaya sayang." Jawab Aris lalu melabuhkan ciuman hangat pada dahi tunangnya.
"Sayang rasa, sebaiknya kita putus jelah bang. Nenek abang tak suka sayang. Selagi abang masih bersama sayang. Nenek abang takkan berhenti membebel dan ganggu keluarga sayang. Sayang tak nak di sebabkan hubungan kita, keluarga sayang terjejas. Sayang tak nak itu terjadi."
"Sayang. Sayang sedar tak, apa yang sayang cakap ni?."
"Alhamdulilah. Sedar."
“Kitakan dah janji, akan melaluinya bersama. Sayang lupa?. Lagipun kita dah nak kahwin. Tolonglah, jangan buat abang macam ni. Abang sayang, sayang sangat-sangat. Please, jangan berfikir nak akhiri hubungan kita. Abang tak boleh hidup tanpa sayang." Rayu Aris sambil di genggamnya tangan tunangnya.
"Lyra sayang abang. Tapi nenek abang, tak restui hubungan kita. Sayang bisa apa?. Sayang orang miskin. Tak layak berada di samping abang. Sayang...."
"Sayang. Kan abang dah janji, abang akan jaga sayang dari nenek. Lagipun lepas je kita kahwin, abang akan bawa sayang tinggal jauh dari nenek. Kita bina hidup baru. Takkan ada yang ganggu hubungan kita lagi. Atau, kita kahwin lari. Nak?."
Lyra mengganguk laju.
"Aris.." Panggil seseorang, membuatkan Aris dan Lyra menoleh serentak kearah suara yang tidak asing di dengar. Dan benar saja, suara itu milik Puan Lyn bersama lebih 12 pengikutnya yang lain.
"Puan."
"Kau dah langgar perjanjian kita. Begitu juga dengan Aris. Nenek dah cakap berkali-kali, jangan dekat lagi dengan betina murahan ni. Tapi kamu tetap degil. Jadi sekarang, nenek takkan tinggal diam. Pegang betina murahan tu sekarang." Arah Puan Lyn, kepada pengikutnya.
"Baiklah puan." Lalu melangkah menghampiri Lyra.
Aris pantas memasang badan untuk melindungi kekasihnya. Namun pengikut neneknya, lebih kuat darinya. Pantas menahannya begitu juga dengan Lyra.
"Lepaslah. Jangan sampai aku bagitahu papa."
"Aris sayang, ini demi masa depan kamu. Nenek tak nak, nama baik kamu tercemar hanya kerana betina murahan ni."
"Tolonglah kalini jangan masuk campur dalam hubungan Aris. Aris mohon sangat-sangat." Rayunya.
"Nenek tak perduli dengan rayuan kamu. Sekali nenek dah tak suka. Ya, sampai mati pun nenek tak suka. Dah, pukul dia sekarang. Kalau boleh sampai mampus."
“Baiklah puan." Sahut pengikutnya, lalu mula menyerang Lyra tanpa belas kasihan lagi
"Argh..." Rintih Lyra.
"Sayang !."
BUK ! BUK !
“Argh.., sakit. Berhenti."
"Dahlah.., lepas." Aris meronta-ronta. Apakan daya, pengikut neneknya lebih kuat darinya.
Lyra terlihat sudah tidak bermaya lagi.
"Dahlah. Aris mohon sangat-sangat. Berhenti. Aris janji, akan dengar cakap nenek. Aris tak lagi berhubungan dengan Lyra. Aris janji."
"Betul ni?." Soal Puan Lyn inginkan kepastian.
Soalannya hanya cucunya balas dengan anggukkan saja.
"Baiklah. Nenek pegang dengan kata-kata kamu. Dah. Berhenti."
"Baiklah puan."
"Ini peringatan terakhir. Kalau nenek dapat tahu yang kamu masih berhubungan lagi dengan betina murahan ni. Nenek tak teragak-agak, bunuh betina ni. Faham?."
"Faham."
"Dah. Bawa Aris masuk kereta. Biar betina ni mati, membusuk dekat sini." Arah Puan Lyn lalu melangkah pergi.
"Mari tuan." Kata seorang pemuda berbadan sasa, sambil menarik paksa Aris mengikutinya.
"Lepaslah." Aris meronta-ronta.
"Maaf tuan." Lantas membungkam mulut pemuda itu dengan sapu tangan yang telah di bubuh serbuk bius. Membuatkan Aris lemah lalu rebah di pelukkan pengikut neneknya yakini Felix.
"Rasakan."
Puan Lyn pun melangkah pergi bersama pengikutnya yang lain. Meninggalkan Lyra yang berjuang dalam kesakitan. Ingin saja aku berlari menolong si dia, tapi apakan daya seluruh tubuhku seakan-akan mati. Semua yang terjadi oleh kerana 'CINTA'. Sekilas aku tertanya-tanya. Apakah salah jika mencintai seseorang yang lebih dari kita. Apakah berdosa?.
Aku berharap, aku tidak mati sekarang. Masih ada banyak urusan yang belum aku selesaikan, juga ibu yang bergantung pada diriku. Aku....,
"Aku takkan biarkan kau mati. Bertahanlah." Katanya lantas mendukung Lyra, lalu melangkah pergi.
Dengan mata yang masih samar-samar, Lyra cuba untuk mengenal pasti gerangan siapa yang menolongnya.
"Tuan Kin."
"Dah tahu tak di restu orang tua. Nak juga teruskan."
"Tuan tahu apa tentang cinta, yang tuan tahu tuan asyik sakitkan Puan Ay je. Tuan takkan pernah tahu rasanya cintakan seseorang."
"Kau tahu apa?. Macam mana kau tahu aku tak cintakan Ay?. Hah!. Kau boleh baca isi hati aku. Kalau aku tak cintakan dia, aku dah lama ceraikan dia."
"Jadi tuan..."
"Jangan banyak tanyalah. Aku takda masa nak jawab soalan kau tu."
"Ok. Apa-apapun, terima kasih."
Kin hanya mengangguk saja. Seketika San mengerut dahinya. Hairan. Mana tidak hairan, bossnya tadi menyatakan bahwa dirinya pergi melawat kekasihnya di hospital. Tapi kenapa boleh ada di sini?.
•
"AI Mawar, dah kenapa termenung ni?. Fikirkan hutang ke?." Usik Dijjah, yakini jiran sebelah rumahnya, sambil melabuhkan punggungnya di sebelah sahabatnya.
"Kalau cakap tentang hutang, memang berlambaklah."
"Anak kau tukan dah tak lama lagi akan jadi isteri Aris. Anak orang kot. Aku yakin si Aris tu mesti tolong Lyra bayar semua hutang dia."
"Kau ingat Nenek Aris terima Lyra kahwin dengan cucu kesayangan dia tu. Mereka tunang pun tanpa persetujuaan nenek dia. Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap apalagi. Dah berbuih mulut ni cakap dekat Lyra. Kalau kamu kahwin dengan Aris, kamu mesti derita. Tapi tulah, dah termakan dengan cinta. Mana dia nak dengar cakap orang tua lagi."
"Susah juga kalau bercinta dengan orang kaya. Mesti ada saja yang tak setuju. Tapi takpalah, selagi Aris berpihak pada dia. Semua baik-baik saja."
"Haraplah."
"Jangan di fikirkanlah. Lyra tahu apa yang dia buat Dia dah besar. Dia pandai fikir mana yang terbaik untuk dia. Doa yang baik-baik jelah. Ni, mana Moon?. Kerja ke?."
"Aa. Sekejap lagi baliklah dia."
"Oh. Kau soranglah ni?. Kesian."
"Cakap orang. Kau sendiri. Mana anak kau?."
"Anak aku tunggu aku mati baru ingat nak pulang. Dahlah, jangan di bahas. Buat sakit hati je. Kalau kau takda buat apa, jomlah teman aku makan malam. Kau mesti belum makankan."
"Boleh juga. Tapi aku pergi panaskan lauk aku dulu."
"Tak payah susah-susahlah."
"Susah apanya. Kau baliklah, nanti aku nyusul."
"Ok."
Mereka pun melangkah pergi ke rumah masing-masing. Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata memerhati mereka dari tadi, lalu melangkah pergi sebelum ada yang perasan akan kehadiran.
Share this novel