AIR mata Lyra berguguran membasahi pipinya. Hatinya pedih bak di sayat-sayat sembilu. Seharusnya dia ada di samping gadis itu dan mempertahankannya. Tapi...,
'Why Cik Ay!?." Teriak Lyra sekuat hati sambil di peluk erat tubuh majikannya.
"Cik Ay yang saya kenal tak mudah mengalah macam ni. Why?.'
Malam sebelum kejadian..,
"Puan ni ada teh special untuk puan, teh ni juga boleh meredakan amarah Puan tau. Trylah." Pelawa Lyra, sambil meletakkan segelas teh hangat di atas meja.
"Terima kasih."
"Sama-sama puan. Kalau takda apalagi, saya minta diri dulu."
"Eh, duduklah dulu. Saya ada sesuatu nak cakap dengan kamu. Duduk."
"Bincang apa puan?." Soal Lyra ingin tahu.
"Kalau nak tahu. Kamu duduklah dulu." Jawab Ay sambil mengukir senyuman lebar.
Lyra pun mengikuti saja perintah gadis itu, lalu melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.
"Apa dia puan?."
"Kamu tahukan tentang Reen."
"Tahu. Puan Reen di larikan ke hospital sebab keracunankan. Kenapa puan?."
"Kamu percaya saya yang buat?. Taklah, orang-orang dok tuduh saya yang buat. Dan saya percaya, perkara ni dah sampai ke telinga Kin."
"Puan tak tergamak buat macam tukan. Saya kenal puan, dan saya percaya Puan Reen sengaja nak jatuhkan Puan. Apapun caranya, dia sanggup buat. Asalkan dia dapat Tuan Kin sepenuhnya."
"Terima kasih sebab percaya saya. Tapi malangnya, orang-orang tak percaya saya seperti mana kamu percaya saya. Mereka hanya menilai saya hanya dari masa lalu saya. Tak macam kamu, menilai saya apa adanya. Always bela saya. Thanks tau sebab selalu ada untuk saya, dan jika nanti saya dah takda. Saya nak kamu yang gantikan posisi saya."
"Apa cakap macam tu puan. Tak lawaklah. Lagipula, saya dah ada tunang. Saya tak mungkin duakan diakan."
"Lupa pulak."
"Jangan di fikirkanlah puan. Sebaiknya puan rehat."
"Ok. Malam ni kamu balik ya. Tak payah teman saya. Saya ok. Terima kasih sekali lagi sebab always jaga saya, perduli tentang saya. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Meh sini peluk." Lalu di peluknya tubuh munggil Lyra. "Saya beruntung sebab ada kamu di pihak saya."
"Saya juga beruntung sebab di kurnaikan bos yang baik macam puan. Saya harap, puan banyakkan bersabar. Saya yakin puan dapat lalui ni semua."
Ay hanya mengganguk, lalu memandang wajah Lyra semula.
"Boleh kamu janji dengan saya sesuatu?."
"Apa dia puan?."
"Saya nak kamu bertahan. Jangan mengalah. Buktikan pada semua orang yang Reen tu jahat. Janji?."
"Kenapa puan cakap macam ni. Seolah-olah puan akan pergi buat selama-lamanya. Lagipula seharusnya puan sendiri yang buktikan pada semua orang bahwa Puan Reen jahat. Saya takda kuasa nak buktikan semua tu."
"Saya percaya kamu. Please. Tunaikan permintaan saya." Rayunya sambil di genggam erat tangan gadis itu.
"Tapi puan..."
"Please. Saya merayu. Bantu saya bersihkan nama saya. Hanya kamu yang tahu semua rahsia saya. Janji?."
"Baiklah. Saya janji akan tunaikan permintaan puan." Parahnya.
"Terima kasih Lyra."
"Sama-sama puan."
"So, kamu boleh pergi sekarang. Jaga diri. Saya always ada untuk kamu. Terima kasih untuk semuanya."
"Puan juga jaga diri. Kalau puan perlukan bantuan. Just call saya. Saya pasti akan bantu puan."
"Baiklah."
"Saya minta diri dulu." Pamitnya lalu melangkah pergi. Sempat juga dia menoleh ke arah Ay. Tidak ia sangka, senyuman yang bossnya berikan. Adalah senyuman terakhirnya. Aku berharap ini semua mimpi. Tapi sialnya, semuanya nyata. Berharap agar ada keadilan untuk gadis itu.
•
"NI fail yang tuan minta. Kalau ada yang kurang, just bagitahu saya." Sambil meletakkan fail hitam di atas meja bossnya.
"Aku malaslah nak baca. Tolong aku baca."
"Jadi, tuan nak saya terangkanlah ni. Ok. Tuan nak start dari mana dulu?."
"Mana-mana."
"Baiklah. Nama panjang dia, Lyra Qassya binti Izzudin Haziq. Umur Cik Lyra 23 tahun."
"23 tahun!?."
San mengganguk laju. "Kenapa tuan?."
"Takda apa. Teruskan."
"Lyra ada seorang adik, nama dia Moon. Ayah dah takda, hanya ada mak. Mak dia pulak menghidap kanser otak. Jadi, dia putuskan untuk berhenti sekolah hanya kerana nak bantu perubatan ibu dia."
"Ok."
"Bukan hanya menanggung kos perubatan mak dia je, Lyra juga menanggung hutang arwah ayah dia sebanyak RM350,000 oleh kerana di tipu. But setakat ni sisa hutang dia tinggal RM90,000."
"RM350,000!?. Banyaknya."
"Biasalah tuan, kalau pinjam ah long ni. Tak jauh dari bunga dia. Bayar bunga dia je cukup buat nafas tercunggap-cunggap. Saya dapat jamin, hutang budak tu takkan pernah lunas."
"Kau silap. Budak tu pasti dapat lunaskan. Terbukti sisa hutang dia tinggal RM90,000. I think tahun ni mesti lunas. Lagi?. Selain dari hutang dia, apalagi yang kau tahu."
"Dia dah bertunang. Nama tunang dia kalau tak silap saya, Aris. Dokter di sebuah hospital ternama di Malaysia. Dia banyak bantu Lyra, dari biaya perubatan mak dia sampai bayar hutang Lyra. Itu saja yang saya tahu."
"Dia dah ada tunang!?."
"Benar tuan. Tunang dia baik sangat. Sulit untuk tuan pisahkan mereka. Saya rasalah. Lupakan saja keinginan arwah Puan Ay. Tuan takkan dapat tunaikan. Kalau tuan tekad dengan keinganan Puan Ay. Pasti banyak resikonya. Lagi-lagi Lyra dah ada tunang. Jangan di sebabkan keinginan orang yang dah takda tuan kena masalah."
Kata-katanya membuatkan Kin memandang sinis dirinya.
"Janji adalah hutang. Apapun halangannya, aku kena jadikan Lyra isteri aku. Dan kau, takda hak nak halang aku."
"Maaf tuan."
"Aku dah fikirkan cara yang takkan buat nama baik aku dan Lyra calar."
"Cara apa tuan?."
Soalannya hanya bossnya balas dengan senyuman saja.
'Aku takkan biarkan kau terlepas Lyra Qassya.' Katanya dalam hati.
TOK ! TOK ! TOK !.
"Masuk." Arah Kin.
"Terima kasih tuan." Ucap Lyra sambil melangkah masuk, bersama fail di tangan. Fail yang membuatnya lari dari tanggungjawabnya.
Kehadiran Lyra membuatkan San memandang bossnya.
"Ada apa Lyra?."
"Saya turut berduka atas pemergian Puan Ay."
"Terima kasih. Saya tahu, kamu juga terpukul dengan pemergian isteri sayakan. Terima kasih sebab dah jaga isteri saya selama ni. Saya berhutang budi pada kamu."
'Isteri?. Kau tak pernah pun anggap Puan Ay tu isteri kau. Kau bahkan anggap dia anjing peliharaan kau.' Kata Lyra dalam hati.
"Sebagai imbalannya, kamu bebas minta apa saja yang kamu nak. Saya akan tunaikan."
"Saya tak minta banyak. Saya hanya nak tuan tandatangan surat resign saya ni." Jawab Lyra sambil di letaknya fail merah tepat di hadapan bossnya.
"Resign!?." Ulang Kin.
Lyra mengangguk.
"Kenapa nak resign?. Apa kerana isteri saya dah takda, kamu dah tak nak kerja dekat sini lagi."
"Tak, tak, tak. Permergian Puan Ay takda kaitan dengan surat resign saya."
"Dah tu, kenapa tiba-tiba resign?."
"Saya dah lama nak resign. Tapi Puan Ay tak benarkan saya resign. Jadi, saya harap tuan benarkan saya resign."
"Bagi saya alasan. Kenapa kamu nak resign?. Apa gaji tak cukup?. Kalau tak cukup, saya naikkan gaji kamu sekarang ni juga. Tak perlu resign kot. Mana-mana tempat sama je gajinya. Takda yang berbeza."
"Gaji takda masalah tuan. Tapi ni permintaan bakal suami saya. Dia nak saya resign."
"Perlu ke resign?. Apapun alasan kamu. Saya tak setuju kamu resign." Bantah Kin sambil mengoyakkan kertas resign Lyra menjadi kepingan kecil.
"Kenapa tuan koyakkan surat permohanan resign saya?."
"Saya tak nak kamu resign. Teruslah kerja dekat sini, sampai kamu tua. Saya sedia bayar gaji kamu 4 kali lipat bermula dari bulan ni."
"Saya tetap nak resign!. Kalau tuan tak benarkan saya resign. Saya boleh pergi minta dekat Puan Salma. Dia mesti setuju dengan permohonan resign saya."
"Berani kamu melawan cakap saya !. Kamu belum tahu lagi saya siapa. Sekali lagi saya dengar perkataan resign tu keluar dari mulut kamu. Saya tak teragak-agak bunuh kamu."
"Siapa juga takut. Saya tak pernah takut dekat tuan. Malah saya berharap sangat tuan yang mati, bukannya puan Ay." Lawan Lyra.
Kin terdiam.
"Dahlah, buang masa je bercakap dengan orang tak reti bahasa macam tuan." Kesal Lyra lalu melangkah pergi.
Dengan pantas juga Kin berlari menghampiri Lyra, dan...,
"Lepaslah tuan." Lyra meronta-ronta ketika tangannya di gari. "Oi, sakitlah."
"Aku cakap baik-baik, kau tak nak dengar. Nilah akibatnya." Marahnya lalu mendukung gadis itu ke ruangan rahsianya. Diikuti San di belakang.
Share this novel