"SAKITLAH abang. Lepaslah." Rintih Ay, sambil memukul-mukul tangan suaminya dari terus mencekiknya.
"Ni yang kau nakkan. Sekarang Reen dah jatuh sakit. Kau ni manusia ke iblis. Mana hati nurani kau!." Tengkingnya lalu di lepas kasar tangannya dari batang leher isterinya.
Huk huk huk.
"Reen hampir mati di sebabkan kau!. Kalau dia mati tadi, habis kau aku kerjakan."
"Ay ni isteri abang tau. Isteri sah abang dah hampir 3 tahun lamanya. Selama hampir 3 tahun kita bersama. Abang tak pernah pandang Ay sedikit pun. Malah Reen abang letak di atas Ay."
"Aku tak pernah anggap kau isteri aku. Sedarlah diri kau tu sikit. Kalau tak kerana kau perangkap aku. Kita tak mungkin bersama."
"Ay sayang abang. Ay cintakan abang sepenuh hati Ay. Ay..."
"Kan aku dah cakap, aku tak pernah cintakan kau. Tolonglah faham. Hati aku hanya untuk Reen, Reen dan Reen. Kau seharusnya bersyukur sebab aku dah berbaik hati biarkan kau nikmati kekayaan aku. Tapi kau lebih memilih untuk singkirkan Reen sampaikan dia terluka di sebabkan kau."
"Ay tak nak harta abang. Ay hanya nak abang ada di samping Ay. Ay buat semua ni sebab Ay sayangkan abang. Ay tak nak ada perempuan lain yang dekat-dekat dengan abang."
"Kau dengar sini. Sekali lagi kau apa-apakan Reen. Aku tak teragak-agak bunuh kau." Ugutnya lalu melangkah pergi.
"Aku fine. Ay mengalah kalini." Pasrahnya, sambil di capainya pisau di atas meja.
Kata-kata isterinya membuatkan Kin pantas menoleh ke belakang.
"Kau nak buat apa ni?. Jangan jadi gilalah."
"Abang nak sangat Ay matikan. Ok fine. Akan Ay kabulkan. Ay takkan ganggu abang lagi. Ay harap abang bahagia dengan Reen. Terima kasih sebab dah buat Ay bahagia meskipun abang tak pernah hargai Ay. Harus abang tahu, Ay sayang abang. Sayang sangat-sangat. Selamat tinggal abang." Tanpa basa-basi lagi, Ay menikam perutnya dengan kedua-dua tangannya berkali-kali.
"Argh..."
"Ay...!!"
Kin pantas menghampiri isterinya.
"Kau dah gila ke apa?. Aku memang nak kau mati. Tapi bukan dengan cara ni. Tolong !." Teriak Kin, sambil memangku kepala isterinya di pahanya.
Teriakkan Kin membuatkan pengikutnya menerobos masuk ke dalam biliknya.
"Ya tu..." kata-kata San terhenti ketika melihat isteri bossnya terbaring tak berdaya lagi. "Apa dah jadi ni tuan?."
"Pergi siapkan kereta sekarang."
"Baiklah tuan." Lalu pantas melangkah pergi.
"Ay. Bertahan sayang." Katanya sambil bersiap untuk mendukung isterinya. Namun Ay menggeleng kepalanya agar tidak membawanya ke hospital.
"Ay ok. Abang tak perlu risau."
"Ok kau cakap. Tengok sekarang, kau dah banyak kehilangan darah. Kita kena ke hospital sekarang."
"Tak nak abang."
"Tolonglah jangan degilah Ay."
"Jika takdir berkata lain. Ay nak abang jaga diri tau. Ay harap, abang berbahagialah tanpa Ay. Ay takkan ganggu abang dan Reen lagi dah lepas ni."
"Apa cakap macam ni Ay. Aku takkan biarkan kau mati."
"Ay ada satu permintaan. Boleh abang tunaikan?." Soal Ay sambil di genggam erat tangan suaminya.
"Apa dia Ay?."
"Ay nak abang kahwin dengan Lyra. Boleh?. Ay hanya nak balas budi dia. Please abang."
Kin terdiam sejenak.
"Ay harap abang tunaikan permin... huk..huk...permintaan Ay. Janji?."
"Aku janji. Tapi..." kata-kata Kin terhenti ketika isterinya sudah lembik di pelukkan. "Ay. Bangun Ay." Panggil Kin sambil di pukul lembut pipi isterinya. Namun, tidak ada respon juga, "Aku takkan biarkan kau mati." Katanya lantas mendukung isterinya lalu melangkah pergi.
•
JAM menunjukkan tepat pukul 6:43 pagi, terlihat Lyra bersama tunangnya sudah berada di meja makan sambil menikmati sarapan bersama sebelum memulai aktiviti mereka masing-masing.
"Balik nanti abang jemput ya."
"Tak payahlah bang. Lyra boleh balik sendiri. Tapi kalau abang free, apa salahnya."
"Selamat pagi anak mak. Eh, ada Aris juga. Ai, awal bangun. Nak kemana?." Soal ibunya sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan anak daranya.
"Selamat pagi juga mak. Ai, takkanlah tak biasa tengok anak mak ni bangun awal."
"Aalah, kerjakan. Ni, kamu jadi ke nak resign."
"Jadilah mak. Tapi tulah, Puan Ay tak nak lepaskan Lyra. Entah kenapa dia tak izinkan Lyra resign, sedangkan Lyra dah cakap yang Lyra dah nak kahwin."
"Kalau Puan Ay tak izinkan. Kan masih ada Tuan Kin. Mak yakin kalau kamu bagitahu Tuan Kin tentang keinginan kamu. Dia mesti kabulkan."
"Takutlah mak. Mak tahu sendiri muka Tuan Kin tu seram. Bayang-bayang dia je aura dia dah macam iblis pencabut nyawa. Inikan pula depan-depan."
"Trylah sayang. Kalau sayang ikutkan rasa takut sayang tu. Sampai bila-bila sayang tak resign-resign."
"Betul tu. Try. Mana tahukan Tuan Kin tu tiba-tiba berbaik hatikan."
"Tapi bila di fikir balik, kesian juga Puan Ay. Dia hanya ada Lyra. Nantilah Lyra fikirkan lagi. Abang tak larangkan kalau Lyra terus kerja."
"Abang oklah. Abang tak pernah larang sayangkan. Tapi tulah, jaga mata tu untuk abang. Tuan Kin tu kacak tau. Lagi-lagi sayang kerja di bawah dia. Hari-harilah pandang muka dia."
"Bagi free pun Lyra tak nak abang. Ala tak hargai isteri. Dingin. Muka ketat 24 jam. Sayang langsung tak berliurlah. Ala dah tua. Tak sesuai dengan sayang. Abang jangan risaulah. Hati sayang hanya ada abang sorang."
"Abang percaya sayang."
"Korang berdua dah bercinta dari sekolah menengah lagi. Jaga baik-baiklah hubungan korang. Sayangkan kalau di sia-siakan."
"Dengar tu pakcik."
"Pakcik sayang cakap. Eee, mulut tu kang. Nak di kiss juga."
"Cubalah. Makcik ketuk kang kepala kamu tu. Amnesia."
"Padan muka."
"Sorry makcik."
"Oh ya, tentang Puan Reen. Betul ke Puan Ay yang racun Puan Reen."
Lyra terdiam sejenak. Jika teringat akan kejadian itu membuatkan dirinya sakit hati.
"Ai. Kenapa termenung ni sayang. Sayang tahu sesuatu ke tentang apa yang terjadi pada Puan Reen."
Lyra hanya tersenyum. "Biarlah menjadi masalah mereka. Siapa kita nak masuk campurkan. Doa yang baik-baik jelah."
"Dah, dah. Lupakan. Kang kamu lambat pergi kerja. Tak pasal-pasal Puan Ay bising lagi. Kamu juga Aris."
"Baiklah mak." Jawab mereka serentak.
RING ! RING !
"Eh, siapa yang call pagi buta ni." Hairan Lyra sambil di capainya telefon bimbitnya di atas meja. "Rara."
"Kenapa dia call kamu?. Cepatlah angkat. Mana tahu ada keperluan."
Lyra pun mengangkat panggilan tersebut.
'Hello Ra. Ada apa call aku ni?.'
'Kau dekat mana sekarang?.'
'Dekat rumahlah. Kejap lagi dah nak berangkat. Kenapa dengan suara kau nampak gelabah je ni. Ada apa?.'
'Puan Ay, Lyra. Dia dah meninggal. Kau kena ke sini sekarang juga.'
'Puan Ay meninggal!?. How?.' Terkejut Lyra. Begitu juga dengan Aris dan ibunya yang saling berbalas pandangan.
'Nantilah aku cerita. Kau cepat datang sini. Tuan Kin tengah cari kau."
'Ok. Ok. Aku kesana sekarang.' Lalu menamatkan panggilan. "So, Lyra berangkat dulu. Mak jaga diri. Jangan tunggu Lyra. Mungkin Lyra tak balik malam ni. Assalamualaikum." Pamit Lyra lalu melangkah pergi.
"Waalaikumsalam. Hati-hati."
"Aris juga nak berangkat pergi kerja dulu makcik. Makcik jaga diri." Pesan Aris sambil bersalaman dengan bakal ibu mentuanya, lalu melangkah pergi.
"Hati-hati bawa kereta tu."
"Baiklah makcik." Jawab Aris dari kejauhan.
Share this novel