Pada jam 10:00 pagi, Amirul berada di dalam kereta bersama DSP Khair untuk membincangkan operasi mereka.
"Amirul, aku dapat panggilan daripada Bukit Aman, ada seorang lagi anggota undercover di sekolah tu. Dia akan melakukan penyamaran sebagai tukang kebun." Kata DSP Khair.
"Siapa tu tuan?"
DSP Khair menjawab "Inspektor Gan Lim Chen."
Terbeliak mata Amirul mendengar nama itu. Gan Lim Chen, seorang rakan ketika di bangku sekolah menengah namun hubungan mereka bagaikan anjing dan kucing. Lim merupakan seorang budak nakal yang sering mengganggu Amirul ketika sekolah menengah dahulu.
Amirul ingat dia dapat melupakan segala-galanya selepas tamat sekolah namun tidak disangka mereka kembali bertemu di PULAPOL ketika mengikuti kursus inspektor percubaan selama 9 bulan.
"Engkau dan Lim akan bekerjasama untuk operasi ni. Maklumat baru aku dapat, beberapa orang pelajar sekolah terlibat dalam aktiviti dadah ni. Bukan itu sahaja, beberapa pelajar juga disyaki mengambil dadah. Jadi kita mesti hentikan dengan segera."
Amirul berada di blok yang terletak belakang sekolah untuk menemui anggota undercover iaitu Lim. Amirul sedikit keberatan ingin menemui seseorang yang pernah membulinya dahulu ketika di bangku sekolah. Amirul masih ingat ketika dia menjadi mangsa Lim dahulu.
"Woi kau buat apa ni Lim! Keluarkan aku dari sinilah!"
Amirul yang berilmu 17 tahun dikurung dalam tandas yang sudah tidak lagi berupa seperti sebuah tandas kerana tersumbat dan mengeluarkan aroma yang mampu membuat sesiapa sahaja yang membaunya tidak akan melupakannya sehingga mati.
"Hahahaha! Duduklah kau dalam tu ya budak!"
Lim, seorang pelajar tingkatan lima yang terkenal dengan sikap nakalnya. Lim sebenarnya merupakan pelajar cemerlang namun begitu dia gemar membuli pelajar-pelajar lain yang lemah. Lim sememangnya seorang yang kuat kerana dia seorang yang pandai bertarung.
"Woi kau buat apa kat sini! Kau pedajal budak Mirul tu lagi?" Jeritan ketua pengawas membuat mereka kelam kabut.
Akibatnya, Lim dan kuncu-kuncunya digantung sekolah selama seminggu kerana masalah yang ditimbulkan. Namun, semua itu langsung tidak memberikan sebarang kesan kepada Lim yang terkenal dengan sikap nakalnya.
Bukan sahaja di Sekolah menengah, Amirul turut dibuli oleh Lim di Universiti. Dia sering diganggu dengan menjadi mangsa prank, dikurung dalam ruangan yang gelap dan dia sering melekat pada kerusi. Amirul sememangnya seorang yang lemah dan tidak tahu menjaga diri sejak dari dahulu lagi.
Akhirnya, atas desakan ayah saudaranya Amirul bersetuju menyertai PDRM. Namun tidak disangka, Lim juga membuat keputusan menyertai pasukan badan beruniform itu atas desakan ayahnya untuk mengubah perangai Lim menjadi lebih baik.
"Argggh! Apahal aku nak kena ingat benda tu semua! baik aku fokus pada operasi ni."
"Walaoiwei! Apa khabar kawan!"
Suara yang tidak asing di telinga Amirul tiba-tiba menusuk gegendang telinganya. Ya, itulah suara Lim.
"Apa khabar kawan!? Sudah lupa sama ku ke?" Kata Lim yang sememangnya fasih berbahasa Melayu.
Amirul hanya menggulingkan kedua bola matanya ke atas. Dia masih lagi tidak dapat melupakan kisah silamnya dahulu.
"Haiyya kawan, jangan ingat cerita lamalah. Mari, kita bincang pasal kerja." Kata Lim lalu meletakkan lengannya di atas tengkuk Amirul dan mengajaknya pergi. Amirul hanya mengikut dengan hati yang begitu berat.
"Ok Amirul, hasil siasatan aku selama aku dekat tempat ni, aku berjaya kesan nombor yang digunakan untuk hubungi pengedar."
Lalu, Lim menunjukkan nombor tersebut.
"Mana kau dapat nombor ni?" Tanya Amirul yang merasa ragu-ragu dengan lim.
"Aku dah lakukan risikan beberapa bulan dan aku dapat berita ada seorang pelajar dekat sekolah ni mati sebab Overdos dua minggu lepas. Bila aku geledah bilik dia, aku jumpa nombor ni. Sekarang, mari kita buat action."
Dengan menggunakan telefon pakai buang, mereka menghubungi nombor tersebut. Mereka berpura-pura ingin membeli dadah untuk mengungkapkan identiti penjenayah ini. Pengedar tersebut bersetuju untuk bertemu dengan mereka.
Lokasi pertemuan mereka adalah sebuah blok lama di sekolah tersebut. Blok itu tidak pernah digunakan sejak sepuluh tahun lepas.
"Kau pasti dengan rancangan kau ni?" Tanya Amirul.
"Haiyya, kau jangan risau. Dia takkan perasan." Jawab Lim selamba.
Mereka berdua memasuki bangunan itu. Berdasarkan maklumat yang diberi, mereka perlu pergi ke tingkat tiga dan pergi ke makmal lama. Setelah tiba di makmal itu, alangkah terkejutnya Amirul apabila penjual dadah itu adalah remaja lelaki biadap yang ditemuinya semalam.
"Eh, kau ke penyapu sampah? muka kemain alim macam ulamak tapi rupanya ular dalam semak." Sindir remaja lelaki itu.
Amirul mengepalkan tangannya. Mahu sahaja wajah remaja itu dipikul namun dia masih mampu menahannya.
"Jadi, mana barang kitorang?"
Remaja itu mengeluarkan sebuah beg. Dia menunjukkan beberapa jenis pil dengan berbagai warna.
"Ok, kau boleh ambil duit dan kitorang blah dulu." Kata Lim. Dia ingin beredar namun dihalang oleh remaja itu.
"Eh, eh jap! Rilek dulu brother."
"Apa lagi kau nak?" Tanya Amirul.
"Aku nak kau makan pil tu depan aku sekarang. Ini sebagai bukti yang korang ni bukan polis."
Terbeliak mata mereka berdua mendengarnya. Mereka saling berpandangan. Melihat reaksi kedua lelaki itu, remaja itu bertanya "Ada yang tak kena? Kalau takde, silakan makan."
Dengan berat hati, mereka mengambil sebiji pil setiap orang. Mereka ingin sahaja muntah namun mereka harus menjaga identiti mereka masing-masing. Lalu, pil itupun ditelan mereka.
"Cepat! Cepat! Keluarkan benda ni sial!!!"
Mereka berdua kelang kabut berada di dalam tandas. Mereka cuba memuntahkan pil itu namun gagal.
"Aku masukkan jari aku dalam tekak kau, kau pulak masukkan jari kau dalam tekak aku. Ok?"
"Asalkan kita boleh keluarkan ubat sial ni!"
Mereka saling cuna untuk mengeluarkan dadah itu malangnya mereka gagal. Pil itu benar-benar sudah ditelan oleh mereka. Mereka panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sementara itu, seorang guru bahasa Melayu di sekolah itu sedang sibuk menanda kertas ujian. Guru itu adalah Suhaila Qarissa.
Ketika sedang leka menanda kertas, Suhaila mula menyedari ada seorang yang memerhatikan dirinya. Jam menunjukkan pukul 8:00 malam. Dia bersendirian di sekolah kerana masih terdapat tugas yang perlu diselesaikan.
"Aku dapat rasa ada yang tengah ikut aku. Tapi siapa?"
Suhaila teringat akan kisahnya sewaktu masih kecil. Dia sering diekori dan diganggu oleh seorang lelaki yang obses dengan dirinya. Kesan daripada kejadian itu, Sehingga kini dia masih belum dapat memulihkan kesan trauma akibat kejadian itu.
Suhaila memandang ke kiri dan kanan namun tiada sesiapa. Siapa yang memerhatikan dirinya ini?
Bulu roma Suhaila sudahpun menegak. Dengan segera dia mengemas barang-barang di mejanya dan berniat ingin pulang.
Suhaila mengangkat kertas soalan tadi dan keluar dari bilik guru. Dia menuruni tangga menuju ke bawah untuk ke tempat parkir. Ketika sampai di bawah, dia terkejut dengan apa yang dia lihat.
"Cepat keluarkan benda ni sial!"
Amirul dan Lim menyumbat mulut mereka dengan paip air dengan harapan dadah yang ditelan akan keluar. Suhaila yang tadinya ketakutan tiba-tiba merasa sedikit terhibur melihat kejadian itu. Dia tergelak kecil melihat tingkah laku Amirul dan Lim.
"Dah kenapa korang berdua ni?"
Amirul mendengar suara Suhaila memandang ke belakang dan dia melihat Suhaila berada di sebelahnya dengan senyuman manis.
"Eh, Cikgu. Takde apalah tadi makan spaghetti dia tersangkut kat tekak."
Pil yang ditelan tadi sudah mula menunjukkan kesan. Amirul mula membayangkan perkara-perkara pelik.
"Lim, blah cepat." Kata Amirul lalu menarik lengan Lim.
"Maaf cikgu, kami kena pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Jawab Suhaila.
Lalu Amirul dan Lim beredar dari sana. Suhaila mula merasakan ada yang tidak kena dengan mereka berdua.
"Kenapa diorang berdua ni pelik sangat?"
Keesokan harinya, Amirul dan Lim bersama dengan DSP Khair, Inspektor Ravin dan beberapa orang anggota polis lain-lain pangkat berada di dalam sebuah bangunan lama yang menjadi markas mereka.
"Tuan, hasil pemeriksaan saya, dadah ni jenis baharu. Dadah ni takde dalam senarai kita." Kata anggota forensik, Sarjan Fatimah.
"Apa?" DSP Khair terkejut.
"Patutlah malaun dua ekor ni dah macam pesakit tanjung rambutan aku tengok." Kata DSP Khair dan menunjuk ke arah Amirul dan Lim. Ketika mereka datang ke balai semalam, mereka dalam pengaruh dadah dan lagaknya seperti orang gila. Amirul dan Lim hanya menundukkan kepala.
"Tuan, kami dah berjaya kenal pasti siapa pengedar. Dia seorang pelajar di sekolah itu. Saya rasa ada eloknya kita berkas dia." Cadang Amirul.
"Nanti dulu Mirul. Budak tu cuma anak ikan je. Kita kena terus intip untuk kenal pasti bos besar mereka." Kata Lim pula
"Aku setuju dengan Lim. Ekori budak hingusan tu 24/7. Perhatikan dengan siapa dia bergaul."
Lim tersenyum sinis memandang Amirul. Amirul hanya menggulingkan kedua bola matanya ke atas. Ternyata, api permusuhan mereka masih belum terpadam.
Di sebuah gudang lama, lelaki botak berparut tempoh hari sedang duduk di atas kerusi. Di hadapannya, terdapat seorang anak buahnya yang diikat tangannya ke belakang dan matanya ditutup. Tubuhnya berlumuran darah kerana disiksa dengan teruk.
Lelaki itu rupanya seorang anggota polis yang sedang melakukan penyamaran. Dengan rokok di mulut, Lelaki botak itu mengambil sebilah pedang samurai dan...
"Zhussshh!"
Lelaki botak itu membersihkan pedang samurainya yang penuh dengan darah menggunakan tisu. Si botak itu melihat ke arah gambar iaitu gambar DSP Khair, Amirul dan Lim serta beberapa anggota polis yang berada di markas rahsia mereka tadi. Kesemua mereka lengkap dengan seragam polis di dalam gambar tersebut.
Si botak itu tersenyum lalu mulutnya berkata...
"Lepasni, korang pulak."
BERSAMBUNG...
Share this novel