Di sebuah sekolah menengah bernama Sekolah Menengah Kampong Seri Cerak, seorang guru keluar daripada kereta Myvi miliknya. Dia yang berbaju kurung berwarna biru kemudiannya berjalan menuju ke pejabat. Langkah dia sengaja dicepatkan kerana dia sedikit terlewat.
Dia berkata di dalam hati " Aduh, aku dah lambat ni!"
Guru tersebut bernama Suhaila Qarissa. Seorang guru bahasa Melayu yang baru saja mula mengajar di sekolah ini sekitar 2 bulan yang lepas. Ketika sedang berjalan menuju ke arah pejabat, dia terlanggar seseorang yang sedang berdiri di koridor.
Suhaila terjatuh berserta fail di tangannya. Dia kemudian berkata " Maaf encik! saya tak nampak." Kata Suhaila sambil membetulkan kaca matanya.
" Eh takpe-takpe! Saya tak marah." Jawabnya lelaki itu dengan sopan.
Setelah membetulkan kaca matanya barulah dia dapat melihat wajah lelaki tersebut. Rupanya dia adalah Amirul yang baru saja memulakan tugas penyamaran di sekolah itu. Hanya pengetua dan guru disiplin yang mengetahui identiti sebenarnya.
" Maaflah encik! saya kelang kabut sikit hari ni." Kata Suhaila lagi.
" Takpe-takpe." Balas Amirul dengan sopan.
" Encik tukang sapu baru ke kat sini?" Tanya Suhaila yang melihat Amirul memegang penyapu.
Amirul membalas" Oh,ye! Saya baru kerja di sini. Nama saya Amirul."
Suhaila pun berkata "Oh, nama saya Suhaila. Cikgu Bahasa Melayu di sekolah ni."
" Oh, maaflah saya ada kerja ni. Minta diri dulu. Assalamualaikum."
" Oh, ok. Waalaikumussalam."
Keduanya berpisah. Amirul kemudian bergerak ke stor manakala Suhaila bergerak ke bilik guru. Amirul kemudian mendapat panggilan daripada salah seorang rakan setugasnya.
" Woi, kau ingat aku tak nampak apa jadi tadi." Kata rakan setugasnya, Inspektor Ravin. Dia merupakan penembak tepat yang dari tadi memerhatikan kawasan sekolah dengan scoope raifal miliknya dari dalam sebuah bilik bangunan kosong yang ada di hadapan sekolah tersebut.
" Hehehe, aku bukan buat apa-apapun. Lagipun dia yang langgar aku." Balas Amirul.
" yeye lah tu." Balas Ravin.
" Baiklah Amirul. Mulakan tugas kau. Cuba pantau kawasan-kawasan sunyi di sekolah tu." Arah DSP Khair kepada Amirul.
" Roger tuan!" Balas Amirul kepada pegawai atasannya itu.
Amirul mula berlegar-legar di sekitar kawasan sekolah. Ketika itu, dia melihat beberapa pelajar sekolah yang nampak mencurigakan. Amirul cuba untuk menjejaki pelajar tersebut.
Pelajar-pelajar itu membawa satu bungkusan plastik hitam. Amirul cuba memerhatikan dengan betul apa yang terkandung di dalam plastik tersebut. Rupanya, plastik itu mengandungi dadah.
"Gagak to Helang, Gagak to Helang, target membawa dadah! Saya ulang, target membawa dadah!" lapor Amirul kepada DSP Khair.
" Copy Gagak. Jangan buat apa-apa tindakan dulu. Tunggu anggota polis yang lain datang. Jangan buka identiti kau." Arah DSP Khair.
Amirul kemudian membalas " Copy tuan!" lalu dia menutup alat komunikasinya.
Dua buah kereta peronda muncul di hadapan sekolah. Beberapa orang anggota polis masuk ke kawasan sekolah. Mereka mencari pelajar-pelajar sekolah yang terlibat.
Beberapa orang pelajar berjaya di berkas. Salah seorang cuba melarikan diri namun gagal. Mereka semua dibawa ke balai polis untuk membuat saringan air kencing. Hasil saringan air kencing mendapati mereka semua positif dadah.
"Kecil-kecil dah pandai ambik dadah." Kata Amirul di dalam hati.
"Ni semua sebab terpengaruh dengan rakan sebaya lah tu." Celah DSP Khair.
"Jadi macam mana tuan?" Tanya Amirul lagi.
"Teruskan operasi kau. Kita kena jejak siapa dalang disebalik kegiatan ni." Arah DSP Khair
"Baik tuan."
Di waktu malam, Amirul berjalan sendirian memerhati kawasan sekolah. Kawasan sekolah itu kelihatan agak menyeramkan bagi mereka yang tidak biasa. Tiada sesiapa di sana kecuali Amirul dan seorang pengawal keselamatan.
Saat dia mundar-mandir di sekeliling kawasan sekolah, dia menyedari ada kelibat berpakaian hitam berlegar-legar di belakang block lama yang sudah ditinggalkan. Amirul mengekori jejak lelaki itu yang akhirnya sampai di hadapan sebuah bilik stor perabut lama. Lelaki itu masuk ke dalam bilik stor itu sebelum beredar.
Setelah lelaki itu menghilangkan diri, Amirul keluar dari persembunyian dan masuk ke dalam bilik stor itu. Amirul menggeledah ruangan itu yang agak berhabuk dan akhirnya dia menemui apa yang dia cari.
"Jumpa!"
Sebuah kotak berisikan dadah jenis methamphetamine disorokkan di celah-celah meja dan almari lama. Amirul membawa kesemua barangan itu untuk dijadikan bukti. Keesokan harinya di dalam sebuah kereta berwarna hitam, Amirul menemui DSP Khair.
"Jadi kau dah berjaya jumpa dadah yang disorokkan tu ya."
"Ya Tuan, saya jumpa dadah tu disorokkan di dalam sebuah bilik stor. Firasat saya kuat mengatakan ada pekerja sekolah yang terlibat."
"Teruskan operasi. Kita perlu tumpaskan mereka walau apapun yang terjadi."
Setelah beberapa minit berbincang, Amirul keluar dari kereta dan menuju ke arah sekolah. DSP Khair memerhatikan pegawai bawahannya itu. Saat itu, seorang lelaki botak dengan parut di mata lalu di hadapan kereta DSP Khair dan matanya menatap tajam ke arah wajah DSP Khair namun DSP Khair tidak menyedari perkara itu.
Amirul menyapu dan membersihkan sekeliling kawasan sekolah yang begitu kotor. Itulah moral remaja sekarang yang gemar membuang sampah di mana sahaja yang mereka suka seperti ini sekolah kaum kerabat mereka. Perkara seperti ini perlu diubah sebelum terlambat.
Ketika sedang membersihkan kawasan sekitar, Amirul dilanggar oleh seorang pelajar.
"Hak alah tukang sapu ni pun takde tempat lain ke nak kutip sampah." Kata pelajar itu dengan sombong.
"Hei budak! kau beradap sikit dengan orang yang lagi tua dengan kau ye jangan nak buat masalah kat kawasan sekolah ni." Balas Amirul dengan tegas.
"Aduh acah acah taiko pulak dah tukang kutip sampah ni blah lah kau." Lalu dia membuang plastik sampah tepat pada wajah Amirul.
"Eh, kurang ajar betul budak ni. Kau tunggu budak kau tak kenal siapa aku." Kata Amirul dengan hati yang panas.
Amirul menggeleng kepala melihat kelakuan remaja itu. Entah kenapa moral kanak-kanak sekarang sudah tidak seperti dahulu.
"Baik aku sambung kerja." Kata Amirul di dalam hati.
Sedang Amirul menyapu, dia tidak menyedaru ada seorang lelaki botak dengan parut pada bahagian mata sedang memerhatikan dirinya. Lelaki itu seperti memiliki satu rancangan rahsia.
"Kita akan berjumpa lagi unit khas Bukit Aman."
BERSAMBUNG...
agak lambat. Maaf tiada idea.
Share this novel