Seorang lelaki berpakaian lusuh sedang berjalan di kawasan kedai di tengah bandar sambil membawa sebuah beg. Ketika sedang berjalan, dia terlanggar bahu seorang lelaki kaya yang memakai baju sut. Lelaki itu marah lalu berkata...
"Woi, kau buta ke? Tak nampak? Dasar pengemis." Marah lelaki itu dengan sombongnya.
"Maaf cik, saya tak nampak." Balas lelaki berpakaian lusuh itu dengan sopan.
"Maaf? Kau dah langgar aku lepastu minta maaf? habis? Kau tahu tak aku siapa? Aku anak Tan Sri kau tahu tak? Dasar pengemis kotor!" Balas lelaki itu dengan biadap.
"Encik, saya langgar encik sikit je bukan ada apa-apa pun." Balas lelaki berpakaian lusuh itu.
"Oh, kau melawan cakap aku ye? ok kau tunggu aku akan saman kau nanti!" Ancam lelaki bersut itu.
"Apa kata saya yang saman encik sebab ganggu tugas polis." Kata lelaki itu lalu menunjukkan kad kuasa miliknya.
Rupanya, lelaki itu merupakan pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bernama Amirul. Dia hanya menyamar sebagai seorang pengutip tin. Lelaki bersut itu mengambil kad kuasa milik Amirul lalu berkata...
"Maaf tuan, Saya main-main je tadi hehehehe. Saya pergi dulu." Kata lelaki itu lalu pergi dari situ.
"heyyy orang kaya zaman sekarang ni. Hina orang miskin je kerja mereka ni. Macam harta dan pangkat tu boleh masuk kubur." Balas Amirul sedikit geram.
Amirul kemudian tidak mengendahkan lelaki tadi lalu meneruskan operasi. Ketika itu, pihak polis mendapat maklumat tentang lokasi-lokasi yang disyaki menjadi tempat pengedaran dadah. Jadi mereka melakukan operasi untuk menumpaskan kegiatan jenayah tersebut.
Amirul kemudian menggunakan alat komunikasi untuk bercakap dengan pegawai atasannya iaitu DSP Khair rahmat yang ketika itu berada di dalam sebuah van di lorong kedai. DSP Khair memberi tahu nama orang yang sedang dicari oleh mereka. Ketika itu, Amirul melihat seorang lelaki yang merupakan salah seorang suspek dalam sindiket pengedaran dadah lalu dia mengekori lelaki tersebut.
Amirul mengekori lelaki tadi hingga dia sampai ke sebuah bangunan apartmen terbiar. Amirul kemudian terus mengintip lelaki tadi sambil menunggu unit lain sampai. Setelah beberapa minit, beberapa buah kenderaan pacuan empat roda sampai.
Satu unit anggota STAFOC keluar dari kereta lalu bersiap sedia melakukan serbuan. Salah seorang anggota STAFOC bernama Sarjan Ming memberi senjata dan baju kalis peluru peluru kepada Amirul. Mereka kemudian memulakan operasi.
Mereka berpecah kepada dua pasukan lalu mereka melalui dua laluan berbeza. pasukan pertama dipimpin oleh Inspektor Amirul dan Sarjan Lee manakala Kumpulan kedua dipimpin oleh Sarjan Sulaiman zahri. Mereka kemudian bergabung kembali setelah sampai di pintu masuk utama.
Setelah berjaya membuka pintu, mereka semua masuk lalu memulakan operasi. Satu persatu bilik apartmen itu digeledah dan mereka berjaya memberkas beberapa orang penjenayah buruan pihak polis. Ketika sedang membuka sebuah pintu...
" BOOM!"
Terdapat perangkap bom pada pintu tersebut. Anggota yang memecahkan pintu tersebut cedera setelah terkena letupan. Dia segera dibawa keluar manakala Amirul dan anggota STAFOC yang lain segera masuk ke dalam bilik yang penuh dengan berbagai jenis senjata api.
Mereka akhirnya sampai di tingkat atas sekali namun terjadi insiden berbalas tembakan antara pihak polis dengan anggota gangster. Walaubagaimanapun, kesemua anggota gangster berjaya di tewaskan dan akhirnya seluruh bangunan apartmen berjaya di kuasai oleh pihak polis dan semua penjenayah berjaya diberkas dalam jangka masa yang singkat.
"Tahniah Inspektor, kita berjaya menumpaskan kegiatan jenayah mereka. Syabas!" Puji pegawai atasan Amirul, DSP Khair rahmat
" Terima kasih tuan tetapi tuan tidak perlu memuji saya sampai macam tu sekali. Semua ini atas izin Allah. Kita yang merancang Allah yang menentukan."Kata Amirul.
" Aku suka dengan sikap rendah diri kau tu. Baik, kau boleh ambil cuti. Tenangkan fikiran." Kata DSP Khair lagi.
" Terima kasih tuan, saya memang perlukan cuti. Tapi jika ada perkara mendesak, saya tak bantah untuk dipanggil bertugas." Kata Amirul.
Amirul kemudian pulang ke rumahnya di sebuah kampung. Setelah pulang dia terus merehatkan badan. Amirul kemudian melihat album miliknya yang berisikan gambar sewaktu dia masih kecil dan gambarnya ketika masih berada di PULAPOL ( Pusat Latihan Polis ).
2 Minggu kemudian...
Amirul yang telah habis tempoh cutinya kembali bertugas. Ketika itu dia bertemu dengan DSP Khair yang sedang membincangkan tentang kes terbaru.
" Kita ada misi baru. Aku dapat maklumat yang terdapat satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan budak budak bawah umur untuk melakukan penjualan dadah. Kita mesti bertindak dengan segera!" Kata DSP Khair kepada satu unit anggota polis.
" Khair, macam biasa kau akan lakukan operasi penyamaran macam biasa." Kata DSP Khair.
" Tuan, saya akan menyamar jadi guru pula ke kali ini?" Tanya Amirul.
" Tak, kau akan menyamar sebagai tukang sapu sekolah untuk pantau budak-budak di sekolah ni." Kata DSP Khair.
Beberapa anggota di sana tergelak mendengarnya.
" Baik tuan, saya terima tugas ini." Kata Amirul tanpa banyak cakap.
Kesemua anggota polis kemudian bersedia melakukan operasi yang dinamakan "Ops Pagar" kerana kumpulan penjenayah ini selalu melakukan kegiatan mereka di pagar belakang sekolah yang berdekatan dengan hutan. Mereka pun memulakan tugas mereka masing-masing.
Share this novel