Sudah seminggu sejak operasi risikan dijalankan namun tiada perkembangan baharu. Amirul dan Lim gagal mendapatkan maklumat meskipun melakukan intipan kepada remaja lelaki itu. Mereka bahkan turut memerhatikan setiap pergerakan remaja itu namun ternyata dia cukup licik menyembunyikan bukti.
"Dah seminggu dan kita masih belum dapat apa-apa maklumat berguna. Budak ni betul-betul licik." Kata Amirul yang bersama dengan Lim di belakang dewan sekolah.
"Sohai betul. Kita dah ikut dia pergi mana-mana tapi ending dia sama. Takde maklumat baru yang kita dapat." Kata Lim pula sambil menghirup minuman di dalam plastik.
"Kalau macam ni aku rasa memang habislah kita kena marah dengan Tuan Khair. Silap-silap kita kena turun pangkat jadi Sarjan. Aku dah training 9 bulan memang taklah aku nak turun pangkat."
Tiba-tiba, otak Lim yang selama ini berkarat kini berlampu.
"Aku rasa aku ada idea baik punya."
Lalu Lim membisikkan sesuatu ke telinga Amirul.
"Kau dah gila nak curi phone budak tu?" Amirul tidak bersetuju dengan cadangan Lim.
"Habistu? Apa lagi kita nak buat? Kita tak boleh hack phone tu. Dia kan bagai phone zaman batu tu untuk call client dengan bos dia."
Amirul berfikir sejenak. Ada benarnya juga cadangan daripada Lim namun bagaimana mereka ingin mencuri telefon bimbit model lama milik budak lelaki itu?
"Aku ada idea bagus punya." Kata Lim lagi. Namun Amirul ragu-ragu dengan Lim.
"Kau nak aku percaya rancangan kau? Kau tak ingat rancangan kau waktu ketua kelas tanya kau macam mana nak menang pertandingan hiasan kelas untuk hari raya? Habis terbakar satu kelas tu kau buat. Apa pasal kau letak mercun dalam kelas? ini kau ada akses dalam bilik senjata silap haribulan mulut budak tu kau sumbat dengan grenade."
Lim menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum.
"Haiyya cerita tujuh tahun lepas jangan diungkit lah bos."
Lalu Lim menyambung "Kita beli dadah lagi daripada dia. Lepastu kau alihkan perhatian dia dan aku rembat telefon tu."
Namun Amirul masih meragukannya. "Aku risau-risau kita yang kena cekup nanti. Kenapa kita tak berkas dia je? Kan senang."
Namun Lim menggeleng "Kalau kita berkas dia, bos dia konfem lari. Nanti kita akan kehilangan dia."
Kerana tiada pilhan lain, Amirul akhirnya bersetuju. Malam ini, mereka akan menemui remaja lelaki itu.
Pada waktu petang, Amirul ingin pulang setelah menghabiskan semua kerja. Dia berjalan menuju ke tempat letak motor. Keadaan sekolah sunyi sepi kerana semua pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.
Ketika ingin menyarung helmet, dia terpandang Suhaila yang sedang memasukkan barang-barang miliknya ke dalam kereta. Amirul pada mulanya tidak memperdulikannya tetapi lama kelamaan dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dia melihat Suhaila seperti ketakutan.
Tubuh Suhaila menggigil sehingga dia memeluk tubuhnya. Suhaila memandang ke arah kiri dan kanan. Seperti dia sedang cuba melarikan diri daripada sesuatu.
Suhaila masuk ke dalam keretanya dan bergegas pergi. Amirul memandang Suhaila dengan hairan.
"Apsal minah ni?"
Amirul dengan motorsikal miliknya memerhatikan kawasan sekeliling. Dia tidak melihat sesiapa.
Amirul tertanya-tanya mengapa Suhaila nampak ketakutan seperti sedang dikejar oleh sesuatu? Amirul tidak memiliki jawapannya.
Amirul pulang ke rumahnya. Dia tinggal bersendirian di kampung itu kerana bapa saudaranya merupakan Ketua IPD Port Dickson dan tinggal di sana. (Takkan tiba-tiba ketua IPD Port Dickson duduk di KL?)
Amirul mencapai album di atas meja. Dia membuka setiap lembaran album sehinggalah dia menemui sekeping gambar iaitu gambar ayah dan ibunya yang di ambil sebulan sebelum tragedi berdarah itu.
Amirul ketika itu baru sahaja berumur 8 tahun ketika kejadian itu berlaku. Dia yang sedang lena tidur dikejutkan dengan bunyi pergaduhan dan tembakan sebelum dia melihat kedua ibu-bapanya terkulai layu di atas lantai dan tidak lagi bernyawa. Lantai yang berwarna putih berubah warna menjadi merah kerana darah yang membasahi lantai.
Pembunuh durjana itu cuba untuk membunuh dirinya juga dengan mengikat dirinya di dalam bilik dan membakar rumah tersebut. Namun ternyata Allah masih belun mengizinkan dirinya mati. Ayah saudara Amirul yang masih lagi seorang anggota polis berpangkat rendah bertindak memecah masuk kawasan itu dan menyelamatkan nyawanya.
Sejak bergelar anak yatim piatu, Amirul tinggal bersama ayah saudaranya. Namun ayah saudaranya langsung tidak memiliki masa terluang untuk dirinya kerana sibuka dengan tugas sebagai seorang anggota polis. Meskipun begitu ayah saudaranya menjalankan tugasnya dengan baik dengan menanggung kehidupan dan kos pendidikan Amirul. Ayah saudaranya turut membelikan Amirul sebuah motorsikal buat dirinya ketika berumur 16 tahun.
Selepas solat Isyak, Amirul menemui Lim di sebuah tempat perhentian bas. Lim sudah menghubungi remaja itu.
"Mirul, aku dah contact budak tu dan dia bagitau aku kita kena pergi ke sebuah rumah kayu lam di hujung kampung."
Amirul bingung "Kenapa bukan kat tempat biasa je?"
"Haiyya mana aku tahu leh."
Lokasi yang diberikan merupakan sebuah rumah yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Mereka berdua mendatangi lokasi tersebut.
Ketika mereka menaiki tangga untuk naik ke atas, tangga tersebut patah menandakan usia rumah itu yang begitu tua. Dengan menggunakan lampu suluh, mereka memasuki rumah tersebut.
Namun kelibat remaja itu tidak kelihatan di mana-mana. Mereka berdua hanya menemui sehelai kertas yang dipakukan pada dinding. Kertas itu bertulis
"Bodoh!"
"Hah? Kertas apa ni?"
Tiba-tiba, muncul ratusan tembakan daripada. Tembakan itu menyebabkan mereka berdua kelang kabut. Mereka segera mendapatkan perlindungan.
"Sial! Kita kena game!"
Mereka berdua mengeluarkan pistol dan turut membalas tembakan mereka. Mereka melepaskan tembakan ke arah musuh-musuh di luar.
Disebalik pokok-pokok, beberapa orang lelaki yang memakai topeng melepaskan tembakan ke arah rumah tersebut. Di antara mereka terdapat remaja lelaki tempoh hari.
"Macam mana kau dapat tahu barua dua ekor tu polis?" Tanya seorang lelaki disebelahnya. Remaja itu menjawab
"Waktu diorang beli dadah dengan aku, aku pada mulanya tak syak apa-apa. Tapi lepastu aku nampak diorang berdua cuba keluarkan dadah yang diorang telan. Sampailah satu hari, aku terserempak dengan budak Cina tu tengah duduk sorang-sorang dan aku perasan dia ada pistol kat belakang dia. Sebab tu aku tahu diorang ni bukan orang calang-calang."
Keadaan menjadi kacau-bilau. Kesunyian malam itu dipecahkan dengan bunyi tembakan dan percikan cahaya daripada hujung senjata api. Lim dan Amirul meskipun berkemahiran tinggi, mereka hanya menggunakan pistol berbanding musuh mereka yang menggunakan senjata yang lebih canggih.
Amirul dan Lim sedaya upaya mempertahankan diri mereka. Namun malangnya mereka kini hanya memiliki satu magazin peluru. Dalam keadaan tertekan itu, mereka mendengar bunyi siren polis.
"Apa? Back-up?"
Kedengaran bunyi tembakan daripada arah yang berbeza. Amirul dan Lim hanya berdiam diri. Selepas beberapa minit, bunyi tembakan reda.
Ketika mereka melihat ke luar, mereka melihat dua kereta polis dan 3 kenderaan pacuan empat roda berada di luar. Rupanya, bunyi tembakan itu didengari oleh sekumpulan lelaki yang sedang memancing di sungai berdekatan. Mereka segera membuat panggilan kepada balai polis berdekatan setelah mendengar suara tembakan tersebut.
"Alhamdulillah kita selamat!" Kata Amirul dan menarik nafas lega.
"Woohh, nasib kita tak mati ini malam." Kata Lim pula.
Tanpa dijangka, mereka berdua saling bersalaman sambil bergelak tawa. Tidak disangka situasi bahaya ini dapat mengubah dua orang musuh sejati menjadi sahabat.
Keesokan harinya, di Bukit Aman atau lebih tepat lagi di pejabat DSP Khair, DSP Khair menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lalu kedua bola matanya melihat ke arah Lim dan Amirul di hadapannya.
"Aku suruh korang berdua ni lakukan intipan secara senyap. Senyap macam tikus. Bukannya kau pergi buat Polis Evo dekat situ! Kau ingat korang berdua ni Khai dengan Sani?" Bebel DSP Khair dengan nada suara yang tinggi.
"Tapi tuan, kita dah dapat berkas budak tu. Kita juga dah dapat phone pakai buang budak tu. Kita boleh kesan siapa dalang disebalik semua ni." Kata Lim.
Namun DSP Khair menggeleng "Macam yang kau sendiri bagitahu aku, Ah Boy! Taiko diorang mesti akan larikan diri. Waktu tu kita susah nak cari musibat tu."
Kata DSP Khair lagi "Walaupun budak tu dah ditahan, operasi kau dekat sekolah tu tetap jalan."
Terkejut mereka berdua. "Tuan, bukan ke kita dah tangkap budak tu? Kenapa kami kena lakukan intipan lagi?" Tanya Amirul kehairanan.
DSP Khair menjelaskan "Hasil soal siasat, ada seorang lagi anjing kurap yang jadi barua dadah kat situ. Tapi dia bersembunyi sebagai seorang guru lelaki."
Kedua mereka berpandangan sesama sendiri sebelum bertanya serentak "Siapa tuan?"
"Kalau aku tahu aku takkan mintak tolong mangkuk hayun macam korang berdua ni! Sudah pergi ke markas rahsia kita dan teruskan kerja korang berdua sebelum aku sunat korang sekali lagi."
"Sunat? Apetu?" Tanya Lim dalam hati.
DSP Khair memandang mereka sekali lagi. Lalu dia berkata "Apa yang kau tinggu lagi dekat sini? Angkat kaki kau nyah dari sini!"
Di sebuah rumah sewa, suhaila sedang sibuk menanda kerja rumah anak muridnya. Namun dia tidak dapat fokus. Suhaila masih teringat kejadian yang berlaku tempoh hari.
Di surau sekolah, Suhaila yang baru sahaja selesai solat zuhur mendengar ada sesuatu dibuang. Suhaila keluar daripada Surau kerana menyangka suara itu berasal daripada budak-budak nakal yang membuang sampah merata-rata. Namun ternyata sangkaannya meleset.
Suhaila amat terkejut dengan apa yang dilihat. Dia melihat kotak yang berisikan rantai dengan cat merah. Terdapat sehelai nota ditinggalkan yang tertulis
"Hai! Ingat aku lagi?"
Kejadian itu cukup untuk memberikan mimpi ngeri kepada Suhaila. Trauma yang membelenggu dirinya kini telah kembali. Orang yang selama ini disangka menghilangkan diri dan tidak akan pernah kembali kini menunjukkan tanda-tanda kemunculan.
Suhaila mengambil gambar dirinya bersama kedua ibu bapanya. Matanya terpejam dan air matanya mengalir di pipi. Mulutnya mengukir sebaris ayat iaitu...
"Umi, Abi, Ila rindu..."
BERSAMBUNG...
Share this novel