"burrr..!!!!"Erika menyeka air kopi yang tersembur ke mukanya.
"kau buat kopi atau apa hah?!!"suara lelaki di hadapannya memecahkan kesunyian ruang pejabat yang tertutup rapat itu,namun dek kerana gegaran suara yang kuat bak petir itu pastinya mampu didengari oleh semua orang yang berada di luar.
Semua yang ada berpandangan sesama sendiri,semua aktiviti terhenti seketika.
Tukang ghibah diuar pula tersenyum mengejek dan ada juga yang merasakan kasihan akan nasib orang yang dimarahi di dalam sana.
Tetapi semua itu mereka hanya mampu mendengar dan mengata dari luar sahaja kerana sudah pastinya tidak berani untuk berkata apa pun apatah lagi untuk memberikan nasihat.
"pahit,manis dan ini tawar pulak tu!!"
"mampuslah kali ini,bos complain lagi aku rasa dah kali ketiga Erika buat air kat bos hari ini"rungut salah seorang pekerja yang bernama Asrina dari luar yang turut terkejut mendengar kemarahan suara bosnya yang sudah pasti sedang memarahi Erika di dalam.
Bukan suasana yang luar biasa tetapi sudah agak biasa buat mereka.
Tetapi apabila suara itu bergegaran sampai ke luar pasti semuanya terkejut.
"nasib lah kan,jadi assistant bos,hari-hari terpaksa hadap benda macam tu"balas Asri yang turut bergabung dalam sesi gosip pagi itu.
"siapa suruh dia nak jadi personal assistant?"suara dari seorang wanita yang merupakan pegawai pemasaran di sana menyapa.
" habis tu kau yang nak jadikan?"Asri menggulingkan matanya tanda dia tidak menyukai wanita yang bernama Azura itu.
Mereka langsung berlalu dari situ tidak mahu melayan kerenah Azura yang memang suka menyibuk.
Sedangkan di dalam Erika hanya menatap pakaiannya yang sudah pastinya kotor terkena percikan kopi itu.
Dari atas sampai ke badannya terkena semburan hitam pekat itu dan sudah pastinya tidak nampak elok dipandang mata.
Erika memang suka memakai pakaian yang berwarna cerah terutamanya warna putih dan pada hari ini juga pakaiannya adalah warna putih maka sekiranya semburan hitam tadi melekat di bajunya pasti akan jelas kelihatan.
Begitu juga dengan tudung yang dia pakai sudah pastinya menjadi seperti bintik-bintik hitam.
Memang satu pemandangan yang agak menjijikkan sekali.
Dia mengepal kedua belah tangannya geram.
"Bos..bos tahu tak this morning sudah kali ketiga saya buatkan kopi untuk bos tau,setiap kali itulah tak kena dengan selera bos,padahal saya sudah ikut apa yang bos suruh"rungut Erika sebal.
"tengok baju saya sekarang dah tak jadi rupa baju lagi,macam lebih daripada baju orang kutip sampah di jalan saja!!"rungutan geram dan sebal,mungkin hanya dia seorang yang berani berkata begitu kepada majikannya.
Kali ini dia sudah tidak peduli lagi sekiranya dimarahi ataupun diberhentikan kerja kerana lelaki sombong itu wajar diajar.
Tidak akan semenanya menindas pekerja bawahan.
Lelaki yang berwajah tegas dan tampan persis Dylan Wang itu menatap tajam ke arah wanita yang sudah tiga bulan menjadi pembantu peribadinya itu.
Ini juga sebenarnya kali pertama dia mendapat pembantu yang berani menatap mata dan melawan cakapnya.
"selagi awak tak reti buat kopi atas kehendak dan sesuai dengan tekak saya selagi itulah setiap hari baju yang awak pakai akan kotor!!"ucapnya sombong seperti biasanya.
Dia akui memang sangat cerewet akan apa sahaja makanan dan minuman yang dia makan serta minum setiap hari.
Erika membalas tatapan tajam lelaki yang bergelar bosnya itu.
Pada akhirnya lelaki yang tadi kelihatan garang terpaksa mengalah jua.
"bos!!kalau bos hanya nak gajikan saya sekadar jadikan saya pembuat kopi lebih baik saya jadi OG saja"bangkang Erika tanpa rasa ragu dan ketakutan sama sekali.
Hanya kerana secangkir kopi pagi kerjanya seolah merasanya sebagai pembantu pejabat sahaja.
Selama tiga bulan setiap pagi pasti tugasnya menyediakan kopi yang sedap kepada bosnya itu.
Kali ini lelaki yang berperwatakan tegas itu sembunyi senyum mendengar rungutan pekerjanya itu.
"amazing girl"ucapnya dalam hati.
"berani dia gertak aku"ucapnya lagi.
Ada rasa marah dan geram akan tingkah dan suka menjawab pembantunya itu namun ada juga rasa menarik untuk dia jadikan isu sensasi setiap hari.
Erika ternyata bukan mudah untuk dia tindas tidak seperti pembantunya yang pernah dia gajikan sebelum ini.
Baginya yang ini lebih menarik kerana mempunyai sikap lawan balik apa sahaja yang dia bahaskan.
Tertantang namun menarik itulah yang Tengku Ayden Mirza dapat rasakan semenjak kehadiran perempuan itu.
"ok kalau awak nak jadi office girl silakan..dengan senang hati.."balasnya selamba sambil tangannya dimasukkan ke dalam saku seluarnya.
Erika membetulkan tudung dan bajunya mendongak sedikit terkejut namun riak wajahnya dia kawal agar tidak ketara kelihatan.
Dia tidak mudah ditindas, itulah yang sentiasa dia terapkan dalam dirinya.
Tetapi kenapa pula setiap hari dia rasakan tertindas meskipun hanya kerana secangkir kopi buatannya tidak pernah diterima oleh tekak lelaki yang sekarang ini seolah sedang mengejeknya.
"sure bos nak saya jadi OG?ok..fine..dengan ini saya NurErika binti Ehsan dengan serta merta berhenti kerja"terbelalak mata lelaki yang bernama Tengku Ayden Mirza tidak percaya ini kali pertama seorang pembantu yang berani menantangnya.
Tidak menyangka sama sekali tantangan tanpa sengajanya itu di anggap serius oleh Erika.
Dengan hentakkan kaki geram Erika memusingkan badannya.
Selama tiga bulan dia menahan kemarahan kerana sikap tidak sopan majikannya itu kini dia nekad akan berhenti tidak mahu lagi ditindas sebegitu.
Tengku Ayden Mirza yang melihat Erika yang tidak main-main itu mula menggaru kepalanya bingung.
"tunggu!!"
Erika sudah pastinya tidak menghiraukan panggilan lelaki yang egonya tinggi melangit itu.
"berhenti Erika!!"segera Tengku Ayden Mirza melangkah maju menghentikan langkah panjang perempuan yang selalu dimarahinya itu.
Tidak sempat Erika membuka pintu langsung dihadang langkahnya membuatkan dia hampir terjatuh namun badannya ditahan oleh tangan kekar milik majikannya itu menjadikan posisi badan mereka hampir tertindih.
Wajah mereka pula sudah pastinya hampir tercium antara satu sama lain.
Menyedari hal itu segera tubuh sasa Tengku Ayer Mirza itu ditolak kasar oleh Erika.
"bos!!!"jerit Erika yang tadi sempat merasakan debaran jantungnya seolah ingin tercabut.
Tengku Ayden Mirza yang tubuhnya ditolak kasar tadi terkejut.
"apa yang bos cuba lakukan?tak habis dengan meludah kopi kat seluruh badan saya,sekarang nak cabul saya pulak hah?!"tengking Erika dengan nada marah lagi membuatkan Tengku merengus geram.
"awak jangan asal menuduh saja,kalau tadi saya tak tahan badan awak sudah pasti terjatuh macam nangka busuk"balas Tengku Ayden Mirza tidak mahu kalah dengan perempuan yang tadi mengugutnya untuk berhenti kerja dan sekarang menuduhnya sebegitu pula.
"iyalah tu,lelaki memang sama aja,pandai cari alasan.."cebik Erika dan segera membetulkan pakaiannya yang telah berantakan itu.
"awak jangan samakan saya dengan lelaki di luar sana,kalau setakat perempuan kurus kering macam awak ni bukan standard dan taste saya lah"Tengku Ayden Mirza mengibas tangannya membuatkan Erika semakin marah.
"saya tahu yang saya ni memang bukan standard bos dan memang tak layak pun nak jadi sesiapa pun buat bos,apatah lagi nak jadi tukang buat kopi yang tak pernah jadi tu buat bos"perli Erika sambil menjeling ke arah lelaki tampan yang penuh karisma itu tetapi hanya sahaja sikapnya yang terlalu dingin saat berhadapan dengan perempuan.
"awak ingat nak apply kerja tu mudah?!"
Erika terdiam sejenak mendengar ucapan lelaki itu.
Namun dia tidak mahu mengalah dan rasa ditindas selalu.
Ini memang kerjaya pertamanya setelah keluar bergelar siswazah namun tidak menyangka pula mendapat pengalaman kerja yang amat menggerikan sebegini.
Ternyata indah khabar dari rupa,dia ingat selama ini selalu mendengar apabila keluar sebagai siswazah yang mendapat gred yang tinggi pasti mendapat kerja yang baik dan gaji yang lumayan tetapi dia tidak pula di gemburkan dengan keadaan suasana kerja yang indah di dalamnya dan itu terjadi kepada dirinya kini, mempunyai majikan yang begitu menyebalkan dan setiap hari ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya.
"memang cari kerja tu susah,tapi saya tidak kisah berhenti kerja kerana ada majikan gila macam bos!!"tegasnya tanpa ragu sama sekali dan membuatkan lelaki yang umurnya sudah hampir mencecah kepala tiga itu terkejut kerana ini mungkin pertama kali pekerjanya yang berani menengkingnya sebegitu.
Selalunya dialah yang memperlakukan bawahannya begitu tetapi kali ini terbalik sama sekali.
Tengku Ayden Mirza merengus marah namun entah kenapa pula kali ini dia buntu mencari idea untuk membalasnya perkataan Erika.
Dia hanya mengepal kedua tangannya menahan kemarahan tetapi wajah imut perempuan di hadapannya itu telah sedikit sebanyak menyejukkan hatinya, ternyata apabila perempuan dalam keadaan marah sebegitu ada juga menariknya.
Kali ini mata mereka saling berpandangan dengan pandangan yang sulit untuk diperkatakan di satu sisi seorang yang sedang menahan kemarahan dan satu sisi pula sedang bingung memikirkan bagaimana cara untuk menahan perempuan itu daripada berhenti kerja kerana dia juga pasti akan menyesal sekiranya Erika betul-betul berhenti.
Selama tiga bulan ini perempuan yang sebegitu tegas perwatakannya itu melakukan kerja dengan baik dan mampu menyelesaikan kerja dengan mudah serta banyak meringankan kerjanya meskipun baharu sahaja memulakan kerja.
Cuma sahaja dia yang bersikap tidak puas hati saat kopi dihidangkan kepadanya dan suasana paginya pasti akan jadi kacau.
Dia sendiri pun tidak faham dengan dirinya sendiri hanya kerana secangkir kopi boleh jadi seriuh itu dan kini terpaksa berhadapan dengan situasi setegang itu pula.
"berani awak kata saya gila?!"
"kenapa?bos memang gila!!"
"awak!!"ucap Tengku Ayden Mirza geram tidak terima dirinya dituduh sebegitu.
Ini kali pertama ada orang yang berani berkata begitu kepadanya.
"apa?kenapa?bos nak pukul saya?"kembali keduanya menatap tajam ada amarah dan juga geram antara keduanya.
"tok!tok!"Ketukan pintu dari luar akhirnya memutuskan pandangan mereka berdua.
Erika terlebih dahulu membuka pintu dan terpancul wajah Azman selaku orang kanan Tengku Ayden Mirza.
Azman yang baharu sahaja masuk itu merasa hairan melihat wajah tegang kedua mereka namun cuba berlagak biasa apabila melihat keadaan Erika sebegitu.
"once again?"bisiknya perlahan.
Ucap Azman setelah melihat pakaian yang Erika pakai itu penuh dengan semburan kopi dan pastinya dia sudah dapat menduga apa yang baharu sahaja terjadi.
Ingin dia tergelak tetapi kasihan pula melihat wajah teduh perempuan itu dan geram pula melihat wajah tidak tidak bersalah lelaki yang bergelar majikan mereka itu.
"bos you gila!!"balas Erika yang masih merasa sebal terhadap majikannya.
Memang sengaja Erika berucap sekuat itu agar bosnya mendengar.
Geram dan sakit hati telah pun menyatu.
"I mendengar, awak kata saya gila? !!"ucap Tengku yang sudah tahu akan perbicaraan mereka berdua dan Azman akhirnya tergelak.
"memang pun.."balasnya selamba sambil melangkah menuju kembali ke pintu.
"awak nak ke mana?"baru sahaja Erika ingin berkesempatan untuk keluar langsung ditanya lagi.
"nak pergi tulis surat resign"balasnya acuh.
Azman pastinya menatap bingung dan menggaru kepalanya pelik mendengar ucapan Erika.
"bos.."ucap Azman menatap keduanya bergantian.
Erika tetap dengan tekadnya untuk berhenti manakala Tengku Ayden Mirza pula tetap dengan egonya kerana dia tahu bagaimana cara untuk memikirkan idea agar perempuan yang dalam keadaan marah itu segera menghentikan niatnya.
"Miss Erika betul awak nak berhenti?"soal Azman bingung,dia pastinya tahu akan penyebab utama perempuan itu ingin berhenti dan Azman pastinya juga faham situasi yang terjadi.
Mana ada sesiapa pun yang akan tahan dengan sikap Tengku Ayden Mirza sebegitu,tidak akan berpuas hati dengan mudah biarpun hanya secangkir kopi yang menjadi alasan.
"Encik Azman tanyalah bos sendiri,saya malas dah nak kerja dengan orang macam dia,menyebalkan"ucap Erika tanpa ada rasa gentar sedikit pun membuatkan Tengku Ayden Mirza yang memang dari tadi memasang telinga perbualan antara Azman dan Erika itu.
"apa awak kata?saya ni menyebalkan?!!"marahnya lagi tetapi Erika pula hanya mengangguk tanda membenarkan akan ucapannya tadi.
Tengku Ayden Mirza pastinya mengetap bibirnya dan mengepal kedua tangannya menahan amarah dan geram kerana inilah kali pertama seorang yang bergelar pembantu berani berkata begitu terhadapnya itu pun tanpa rasa gentar sedikit pun.
Malah semenjak tadi berkali-kali perkataan yang sama Erika sebutkan.
Memang tidak sedap menjadi halwa telinga yang mendengarnya.
Azman yang berada di antara mereka hanya mampu menelan liurnya dan merasa pusing seketika mendengar perdebatan hangat itu, ada amarah yang akan membuak lagi.
"berani awak kata kat ketua awak sendiri macam gini?"soal Tengku Ayden Mirza tidak berpuas hati,andai sahaja tidak memikirkan bahawa yang sedang berdebat dengannya itu bukan seorang wanita pasti lima buku lima sudah mendarat di wajah itu ketika ini.
"kenapa tidak?lagipun baik saya kata kat bos di hadapan,bukan mengumpat kat belakang,itu pun memang betul bos ni memang menyebalkan..setiap kali buat saya buat kopi pastinya tak sesuai dengan tekak bos dan hasilnya tengok pakaian saya ni.."ulang Erika lagi dan menunjukkan ke arah pakaiannya yang penuh dengan percikan kopi.
"saya tetap nak resign!!"tegas Erika.
Salam tahun baru 2025 kepada pembaca semua.Agak lama karya Senorita menyepi akhirnya pada hari ini bulan pertama 2025 kini menjelma lagi.Pelbagai kenangan yg tidak dapat dilupakan pada tahun lalu, musibah banjir yang melanda kampung halaman saya telah memberikan satu trauma dalam sejarah hidup namun Alhamdulillah dengan sedikit kekuatan yang ada CINTA TAK SEMANIS KOPI ini dapat ditulis sedikit demi sedikit dan masih dalam penulisan untuk episod seterusnya.Semoga karya terbaru ini akan menjadi salah satu bacaan yang disukai oleh peminat semua.
Share this novel