Rate

Bab 4

Romance Series 1342

"kita singgah sarapan dulu"ucap Tengku Ayden Mirza yang memecahkan kesunyian di dalam kereta.
Erika yang juga dari tadi terdiam di sebelahnya menoleh sesaat tanpa berkata mahu ataupun tidak.
Kali ini dia hanya memilih diam kerana malas untuk berbicara banyak,dia masih merasa marah dan sakit hati akan perbuatan lelaki yang sedang menumpukan pemanduannya itu dan seolah cuba memujuknya.

"boleh kan?awak dah makan?"soal Tengku Ayden Mirza lagi setelah tidak mendapat balasan daripada Erika.
Masih hening tanpa suara.
Tengku Ayden Mirza mengeluh dan juga memilih diam kerana dia tahu yang Erika masih marahkan dirinya kerana memaksanya tadi.

flashback on..

"serius awak tak nak naik kereta dengan saya?"tanya Tengku Ayden Mirza yang mula rasa tertantang itu,dari pejabat kelmarin sehingga pagi ini ternyata perempuan itu masih tidak berpuashati dengannya.
Mungkin juga kesal akan kejadian kopi yang sering dia semburkan.

"saya boleh naik bas"jawab Erika singkat,namun dia juga merasa kesal kerana sampai saat ini kelibat bas juga tidak kelihatan atau dia yang terlepas pandang kerana daripada tadi terganggu pandangannya berdebat dengan Tengku Ayden Mirza.
Erika menoleh ke samping dan memang benar dugaannya beberapa orang yang lain sudah tidak lagi kelihatan dan jelaslah yang dari tadi lagi bas sudah pun melalui arah situ hanya sahaja dia yang terlepas pandang kerana gangguan lelaki itu.
Tengku Ayden Mirza terkekeh geli kerana sudah tahu apa yang Erika cari.

"bos sengaja kan?"soalnya semakin kesal.

"apa pula?apa salah saya?"kali ini giliran Tengku Ayden Mirza yang menjawab acuh.

"bos sengaja buat saya terlambat ke tempat kerja kan?kan tadi bas dah datang dan bos sengaja melengahkan saya kan?"tuduh Erika tidak terima,sedangkan dia sendiri yang tidak peka akan keadaan sekeliling.

"apa pula salah saya?kan niat saya baik,ajak awak bersama ke tempat kerja?itu pun salah?"balas Tengku Ayden Mirza selamba dan hampir tergelak melihat cemburut perempuan di hadapannya itu.

"ini semua salah bos,sebab ganggu saya,kan tengok semua orang dah pergi,entah jam berapa pula bas akan datang"rungut Erika tidak puas hati,kalau tidak kerana lelaki itu pasti tadi dia tidak akan ditinggalkan bas.

"ok..ok..kalau memang salah saya,saya minta maaf,so untuk tebus kesalahan saya apa kata saya tumpangkan awak,lagipun kita sama tempat kerja"

Erika melirik ke arah jam di tangannya,jika dia menolak bermakna dia akan terlewat ke tempat kerja dan apakah dia menerima ajakan majikannya itu sedangkan perasaan kesalnya masih lagi tidak hilang sampai ke pagi ini.

"nak atau tak nak atau awak memang nak saya gendong masuk kereta ?"tanya Tengku Ayden Mirza yang melihat Erika yang sedang memikirkan sesuatu.

"tak payah nak buat kerja gila!!" ucap Erika semakin emosi.
Memang itulah yang dia akan rasakan setiap kali berjumpa dengan majikannya itu pasti akan ada sahaja tenaga yang perlu dia keluarkan.
Tanpa menjawab pertanyaan Tengku Ayden Mirza,Erika segera melangkah maju ke kereta membuatkan lelaki itu terkejut namun melebarkan senyum kerana pada akhirnya ajakannya diterima.

"tahu pun takut.."ucap Tengku Ayden Mirza sambil berlari kecil menuju ke arah keretanya.

flashback off..

"jom"ajak Tengku Ayden Mirza saat keretanya sudah pun berhenti di salah sebuah restoran.
Erika menatap lelaki di sebelahnya itu.

"kenapa berhenti di sini?"tanya Erika bingung kerana tidak sedar ke mana arah kereta yang dipandu majikannya itu dan sudah pun terparkir di hadapan restoran.

"sarapan lah, kan tadi saya ajak makan"jawabnya selamba.

"kalau awak tak nak makan just temankan saya makan,saya kalau tak breakfast nanti tak pasal-pasal makan orang pula"ucap Tengku Ayden Mirza dengan seringai galaknya membuatkan Erika menggidik bahunya sedikit menyeramkan meskipun tahu itu adalah gurauan daripada lelaki itu.
Selama tiga bulan dia kenal lelaki itu jarang dia lihat senyuman apatah lagi gurauan yang lelaki itu berikan tetapi entah kenapa pula perwatakannya hari ini berbeza sama sekali membuatkan dia merasa hairan namun bersyukur kerana dapat juga dia melihat satu sisi lain daripada lelaki itu.

"memang orang tu boleh di makan?"

"tengok siapa lah orangnya"

"nak makan ker tak nak?"

"macam dia tahu aja aku pun kelaparan"ucap Erika dalam hatinya.
Erika hanya mengangguk setuju tidak mahu lagi menanggapi apa yang lelaki itu maksudkan.
Dasar lelaki buaya memang macam ginilah kut"rungutnya dalam hati.

"awak nak makan apa?"soal Tengku Ayden Mirza sebaik sahaja mereka sudah pun berada di dalam restoran.

"apa aja,asalkan bos belanja"

"saya yang ajak,mestilah saya yang belanja..tapi tak ada yang percuma tau"Erika menoleh laju mendengar ucapan Tengku Ayden Mirza.

"kalau macam tu biar saya yang bayar sendiri"Erika segera beralih membawa makanan yang di ambilnya tadi segera menuju ke kaunter pembayaran membuatkan lelaki itu menatapnya bingung.
Niat hatinya ingin bergurau namun salah lagi perkiraanya.
Perempuan memang selalu sukar untuk diramal,mood selalu berubah agaknya rungut Tengku Ayden Mirza sendiri.

"apa aku salah lagi?"ucapnya dalam hati.

"Erika,saya gurau ajalah"bisiknya.
Tetapi tetap sahaja Erika tidak mengendahkan apa yang lelaki itu bicarakan.
Perutnya memang sudah minta di isi saat ini.
Kalau tadi Tengku Ayden Mirza tidak mengajaknya sekalipun memang dia akan bersarapan terlebih dahulu di kedai makan tempat kerjanya.
Bab makan memang keutamaannya.

"kak kira sekali ya saya yang bayarkan,kawan saya ni kuat merajuk,gurau sikit pun tak boleh"ucapnya tanpa sedar dan membuatkan Erika mengetap bibirnya geram.
Entah kenapa membuatkan dirinya semakin merasa geram akan kelakuan lelaki itu membuatkan waktu paginya penuh celaru.

"kak,saya bayar sendiri dan kira yang dia sekali"ucap Erika pula membuatkan jurukira itu bingung mana yang harus dia ikut.

"tak kak,ambil duit saya,kan lelaki yang kena bayar untuk perempuan"tolak Tengku Ayden Mirza membuatkan jurukira itu terkekeh geli melihat gelagat dua orang yang berlawanan jenis itu.
Jika orang lain melihat pastinya akan mengira yang mereka berdua adalah pasangan kekasih yang sedang merajuk apatah lagi pakaian yang dipakai mereka berwarna sedondon.

"betul tu dik,biarlah lelaki yang bayarkan,lagipun kasihan kan orang lain kat belakang tu menunggu giliran nak bayar"balas jurukira itu lembut dan kedua mereka menoleh ke belakang dan memang benar sudah ada beberapa orang yang sedang menatang makanan.

"ok"jawab Erika ringkas dan tanpa menunggu Tengku Ayden Mirza yang sedang membayar makanannya itu segera dia berlalu pergi mencari tempat duduk.
Ternyata dia kalah lagi, lelaki itu memang pandai bermain dengan strategi.

"terima kasih kerana membayar makanan ini,nanti saya ganti balik"ucapnya setelah Tengku Ayden Mirza duduk di hadapannya.
Tengku Ayden Mirza hanya mengangguk dan tersenyum tanpa membalas kerana tidak mahu merosakkan lagi suasana hati perempuan itu.
Dia sendiri tidak tahu kenapa pagi ini nalurinya berkata bahawa dia semakin merasa senang melihat gelagat Erika,meskipun kelihatan garang tetapi seolah ada sesuatu yang membuat hatinya tersentuh.
Erika bukan sejenis yang mudah tertunduk dengan pesonanya.

"tak perlu bayar balik,saya ikhlas belanja awak,lagipun apalah sangat harga makanan tu berbanding dengan.."tak sempat dia berucap lebih seorang pelayan datang membawa dua cawan air di tangannya.

"airnya cik"dua cawan air diletakkan di hadapan mereka.

"terima kasih dik"ucap Erika dan tersenyum namun berbalik pula dengan lelaki di hadapannya itu sedang menatap bingung.
Dia mendongak menatap wajah budak penghantar minuman itu.

"dik bila masa saya order air ini?"tanya Tengku Ayden Mirza bingung kerana seingatnya tadi dia masih belum sempat memberitahu air apa yang dia ingin minum.

"tapi tadi akak ini yang beritahu.."balas pelayan itu sedikit gugup.

"tak apa dik,terima kasih ya,adik boleh pergi,air ini memang tak salah pun"ucap Erika dengan senyuman.
Pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi.

"ini kopi special buat bos"Erika menolak secawan kopi ke arah Tengku Ayen Mirza.

"bila masa pula saya kata nak minum kopi?"sanggahnya.

Erika membalas dengan senyuman dan mengangkat kedua bahunya dan langsung menyantap makanan di hadapannya tidak mahu lagi peduli apa yang lelaki itu bebelkan.
Melihat gelagat perempuan di hadapannya itu dia juga mula memilih diam dan turut meneruskan makannya sambil memerhatikan perempuan di hadapannya.
Terasa seolah macam mimpi hari ini tanpa sedar mereka berjaya duduk makan semeja tanpa ada sebarang bicara.
Begitu juga dengan Erika merasakan ini adalah hal yang pertama baginya kerana dapat makan bersama dengan lelaki yang dia rasakan menyebalkan di tempat kerjanya.
Sepanjang bersarapan mereka akur tanpa bicara hanya Tengku Ayden Mirza yang sering mengerling ke arah Erika yang memang tidak menatapnya sedikitnya.
Ternyata perempuan di hadapannya itu begitu menikmati makanan yang berada di hadapannya itu tanpa mempedulikan sesiapa pun.
Jarang dia melihat perempuan yang tidak ada tipu daya dalam gaya hidupnya itu.
Memang jauh bezanya berbanding dengan wanita yang pernah dia kenali sebelumnya yang sering tunjukkan sikap yang berlainan sama sekali.
Tetapi tidak Erika yang menunjukkan sikap dan kesopanannya yang tersendiri.
Tengku Ayden Mirza pula merasa sedikit kagum akan sikap yang Erika tunjukkan.
Rasa kesalnya tentang kejadian semalam seolah lenyap begitu sahaja.

"maaf soal kelmarin"kembali Tengku Ayden Mirza bersuara setelah sekian lama berdiam.
Erika mendongak sedikit melihat wajah lelaki itu dan kembali menyedut minumannya.
Itulah kebiasaannya,dia memang tidak suka minuman yang panas dan selalu minuman yang sejuk menjadi pilihannya dan juga saat menikmati makanan dia memang jarang berbicara keran semenjak kecil lagi di ajar oleh neneknya agar beradab ketika berada di hadapan rezeki.

"pasal kopi tu atau yang mana?"soalnya meskipun tahu apa maksud lelaki itu.

"apa yang terjadi selama inilah,setiap pagi kena sembur,pasal pakaian awak tu..tapi saya terima cadangan awak suruh sediakan almari pakaian ganti tu"bicara Tengku Ayden Mirza membuatkan Erika menghentikan minumnya dan tergelak kecil.

"jangan ambil serius apa yang saya kata tu,saya tak nak pun kan betul kata bos,bos akan ganti balik baju yang bos kotorkan dan ya saya memang ambil dan gunakan sepenuhnya dan selebihnya saya tabung..banyak tu.."jawabnya jujur dan memang duit yang selalu diganti itu melebihi nilai harga pakaian yang dia beli malah semenjak itu pakaian yang dia punyai beberapa potong sahaja kini semakin bertambah malah dia sudah mampu membeli pakaian yang lebih mahal dan berkualiti dari pakaian yang biasa dia mampu belikan.
Mungkin inilah yang boleh dikatakan rezeki menumpang bersama tragedi sepahit kopi.

"hurmm..itu dah jadi hak awak..terpulanglah awak nak buat apa"

"tapi tak payahlah buat perangai gila lagi bos, tak baik tau"ucap Erika dengan berani. Setakat ini manalah ada orang yang berani berkata begitu tetapi tidak bagi wanita itu, apa yang dia bicarakan dari hatinya tanpa mengira siapa pun di hadapannya.

"jadi awak nak kata saya gila?"

"hurmm..terpulang kat bos lah nak anggap apa pun kan itu diri bos sendiri saya cuma cakap apa yang saya rasakan, tak pernah kan saya dengar seorang bos buat perangai macam tu kecuali dalam drama aje"balasnya selamba.

"tahu tak awaklah orang pertama yang berani cakap saya ni gila"

Erika sembunyi senyum,kalau tidak kira di mana tempat mereka berada sekarang pasti sudah dia tergelak sakan kerana melihat wajah kemarahan lelaki itu.
Bukan niat untuk berkata demikian tetapi sekadar meluahkan rasa sahaja.

"sorry bos saya tak kata pun bos gila,tapi perangai bos tu yang melampau tau,janganlah marah ini dah kira untung tau saya kata depan bos bukan mengumpat kat belakang bos"

"whatever Erika,habiskan makan tu, lagi lama kat sini lagi geram dengan perangai awak ni,atau awak nak tengok tahap gila saya macam mana?"

"tu kan..tadi kata tak gila, sekarang marah pun dah macam.."

"Nur Erika!!"Tengku Ayden Mirza semakin geram mendengar ucapan Erika menyatakan yang dia gila.
Kedua tangannya mencengkam bucu meja menahan geram.
Sedangkan wajah Erika masih setenang itu.
Sungguh luar biasa, berani melawannya sampai tahap ini.
Dia marah tetapi tak pula mampu untuk meluapkan kemarahan itu sampai ke tahap tinggi.

"ya, ya, saya tak cakap lagi dah"cebik Erika sambil melihat sekelilingnya dan beberapa orang pelanggan yang tadi masih asyik menikmati sarapan seketika menoleh ke arah mereka berdua.
Erika mengangguk sambil tersenyum kekok menandakan yang mereka berdua tidak apa-apa saat ini biarpun ada sedikit salah faham tadi.

"dah lah bos, kita pergi,kalau pun bos nak marah jangan kat sini tau, kita sambung kat office"ucap Erika selamba sambil bangun dari duduknya ingin melangkah meninggalkan Tengku Ayden Mirza yang masih lagi melotot tajam ke arahnya itu.

" dia memang berani ya!!"Tengku Ayden Mirza merengus geram sedangkan Erika sudah pun berlalu meninggalkannya tanpa menoleh lagi di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience