"kau biar betul beb"ucap Maria teman serumah Erika saat mereka sudah pun kembali ke rumah setelah seharian mencari nafkah di tempat kerja masing-masing.
Erika sudah pastinya bercerita kejadian yang telah terjadi pagi tadi kepada Maria.
"yup,betullah mana ada main-main,kau nampak aku macam main-main ker?"ucapnya kesal seolah dia pula yang mengarang cerita.
Maria menyungging senyum tahu yang Erika pasti tidak suka akan pertanyaannya tadi.
Maria rasa serba salah.
"tak lah..tapi hanya sebab secangkir kopi pagi kes jadi berat macam gini..benda boleh bincang kut..tak kan sampai kau nak resign,cari kerja tak senang lah beb" balas Maria.
"lagipun..dengan posisi kau sekarang ni ramai yang beratur nak kerja tau"sanbung Maria lagi.
Erika melotot sambil mencebik.
"hanya secangkir kopi kau kata?hari-hari sejak aku masuk kerja dah macam jadi OG tau,sedangkan OG kat office dia tu tak pula dia suruh buat kopi"rungut Erika yang masih merasa kesal dan sebal akan sikap majikannya itu.
Dia tahu cari kerja itu tak mudah,ramai sahaja siswa dan siswazah yang masih tanam anggur yang tak berbuah,pendapat Maria sama sahaja dengan orang lain tapi dek kerana kekesalannya lah dia seolah buat keputusan segila ini.
"itu tandanya dia suka kan rasakan kopi yang kau buat"
"banyaklah dia suka,kalau dia sukakan kopi yang aku buat tak kan lah tiap hari pakaian aku pakai dia sembur?kau ni sama bebal lah dengan dia"balas Erika kembali kesal.
Maria tidak marah sebaliknya ketawa mendengar ucapan temannya itu,meskipun dia tahu perempuan itu sedang marah tetapi ada sesuatu pula yang dia dapat rasakan diantara cerita itu.
Maria terus ketawa terasa ada kelucuan pula.
"bukk!!"satu balingan bantal terkena tepat di muka Maria.
"aduh!wei kalau ya pun kau nak marah kan mamat tu jangan pula kau lempiaskan pada aku"ucap Maria sambil menggosok mukanya yang terasa sedikit pedih kerana bantal yang mendarat tepat di mukanya itu.
"padan muka kau,yang kau ketawa tu kenapa?"
"tak lah..cuma aku hairan sahaja,selama tiga bulan kau kerja dengan dia,buatkan kopi kat dia pernah tak sekali dia hargai kopi yang kau buat?"
"dan kau pula kenapa tiga bulan tak pernah pandai hah?!"
"maksudnya?"soal Erika bingung.
"iyalah,apa tidak ada sekalipun rasa pass di tekaknya?semua tak sedap ker?"
Erika mencebik dan menggelengkan kepalanya dan mula teringatkan kejadian yang selalu terjadi sebelumnya dan kejadian pagi tadi sehingga dia nekad untuk berhenti kerja.
"tapi saya confius beb, apa ada kopi yang sedap?"soal Erika aneh membuatkan Maria tergelak.
Ini mungkin kali pertama dia mendengar pertanyaan sekonyol itu.
Air minuman juga seperti makanan pasti ada rasa sedap dan tidak.
Begitulah dengan rasa kopi pastilah ada juga penggemarnya.
"serius wei saya tanya.."ucap Erika kesal kerana digelakkan oleh teman sebumbungnya itu.
"siapa yang ajar kau buat kopi?"soal Maria lagi.
"yang kau tanya aku ni kenapa?"
"saja..tapi jujur lah, kalau orang yang memang suka minum kopi dia akan tahu sedap atau tak meskipun rasa kopi itu pada dasarnya adalah pahit,tapi harus kita tahu juga bahawa rasa kopi itu akan jadi lebih sedap apabila pembuat air itu pandai sesuaikan takaran gula ataupun susu tapi.. tak kanlah sampai berbulan-bulan pun kau tak hafal apa yang dia nak"Erika merenung tajam ke arah Maria,menatap dan berfikir sejenak.
Apa yang Maria kata itu ada juga benarnya, walaupun hanya air kopi pasti ada sukatan yang benar.
Tapi perbuatan bosnya itu tetap dia tidak terima sehingga membuat kecoh setiap hari.
"maksudnya dia sengaja?bukan kerana kopi buatan aku yang tidak sedap tetapi hanya kerana dia yang nak uji aku macam tu?"Maria mengangguk dan mengangkat kedua ibu jarinya tanda apa yang diucapkan oleh Erika itu betul.
Erika masih merasa bingung akan kenyataannya tadi tetapi cuba mencari sesuatu atas apa yang terjadi.
"entahlah saya pun tak tahu apa yang dia nak.. tapi atas dasar apa dia nak uji aku dengan membazir setiap cangkir kopi yang aku sediakan dan gantikan setiap sen harga pakaian yang aku pakai?"Erika tetap bertanya bingung.
Memang setiap kali percikan kopi yang terkena di bajunya akan diberikan wang kepadanya untuk membelikan pakaian yang baru dan Erika sudah pastinya menerimanya dengan hati terbuka meskipun tidak menghilangnya rasa kecewa di hatinya atas sikap ego lelaki itu.
"itu kau kena cari tahu sendiri..tapi serius kau dah resign?"
"hummm..tapi tak jadi.."keluh Erika mula memikirkan apa yang temannya ucapkan itu.
flashback on..
"saya tetap nak resign!!" tegas Erika.
"what?resign?no..no..please Miss Erika..janganlah sampai nak berhenti kerja "rayu Azman setelah mendengar ucapan Erika tadi.
Terdengar keluhan berat daripada Tengku Ayden Mirza yang dari tadi tidak berganjak dari tempatnya berdiri itu dan sedang mendakap dadanya.
Azman memandang sekilas ke arah Tengku Ayden Mirza dan beralih memandang ke arah Erika.
Wajah cantik yang kelihatan lembut namun berperwatakan tegas itu dipandang lagi.
"you tak sungguh-sungguh kan Miss?"Azman sangat berharap semoga tidak benar apa yang dia dengar.
Jika apa yang dikatakan oleh Erika benar maka tugasnya akan menjadi lebih berat lagi.
"today cukup tiga bulan saya kerja sebagai OG pembuat secangkir kopi kat sini,so tempoh percubaan ternyata tak berjaya memikat tekak bos awak,so untuk apa pula lagi alasan untuk saya bertahan?"balas Erika membuatkan Azman bingung mendengarnya.
"OG?maksudnya office girl?tapi kan awak personal assistant Tengku?dan ini..ini..hitam seluruh pakaian awak?"Azman menunjuk ke arah pakaian Erika yang dipenuhi bintik-bintik kopi akibat semburan kopi tadi.
"kan tadi saya dah kata.. tanya bos awak tu"tunjuk Erika ke arah Tengku Ayden Mirza yang dari tadi buat tidak tahu sahaja seolah tidak ada apa yang terjadi.
"Tengku?tell me why?"pertanyaan ditujukan pula kepada Tengku.
"hurmm..betullah tu,dah dia buat kopi tak sedap,tekak I yang tak boleh terima"jawab lelaki itu selamba dan beralih duduk di kerusinya.
Erika pula masih memasang wajah kesal dan mengepal kedua tangannya geram,terasa pula ingin menumbuk wajah tampan itu biar melekat buku limanya,tetapi itu hanya dalam kepalanya sahaja saat ini.
Kalaulah dia punyai keberanian itu atau mungkin lain kali saat dia memang bukan lagi menjadi bawahan lelaki sombong itu.
Azman yang mendengar itu menggelengkan kepalanya ternyata perangai Tengku masih lagi tidak berubah.
Seingatnya Erika adalah merupakan pembantu yang kesepuluh setakat ini dibuli sedemikian.
"tapi kan Erika bukan ditugaskan sebagai Office Girl kut..betullah apa yang dia katakan,yang Tengku dera dia macam tu kenapa?"Azman yang telah lama tidak berkunjung ke pejabat besar itu seolah merasa ketinggalan banyak cerita tentang kisah pejabat kerana sejak seminggu selepas Erika masuk kerja dia pula ditugaskan untuk menguruskan pejabat cawangan yang lain dan genap tiga bulan Erika di sini dia pula dikejutkan dengan peristiwa sebegini.
"up too me..dia pekerja so kena ikut arahan bos,gaji dia I yang bayar kut,tak kanlah hanya secangkir kopi pun tak boleh nak buat?"balas Tengku Ayden Mirza masih dengan nada angkuhnya.
Erika mengetap bibirnya geram,namun masih bersikap tenang mendengar ucapan yang keluar dari mulut Tengku Ayden Mirza.
"see,Encik Azman..saya kan dibayar gaji,so kena lah buat apa yang dia suruh kan,so..kalau saya nak resign pun ok lah ya,sebab saya datang sini melamar sebagai pembantu a.k.a personal assistant tetapi tak sangka pula merangkap Office Girl.."kini giliran Erika yang memerlinya.
"and..setiap kali saya buat kopi setiap itulah disembur ke muka saya,tak sedap lah,pahit lah,manis sangat lah.."sambungnya lagi sambil membuat gaya mengejek dan membuatkan Azman tergelak kecil melihat aksi yang Erika buat itu.
Ini juga merupakan kali pertama dia rasakan ada seorang perempuan yang berani berhadapan dengan lelaki angkuh seperti Tengku Ayden Mirza itu.
"tapi setiap kali itu juga,I ganti kan harga baju you.."celah Tengku Ayden Mirza tenang membuatkan Erika kembali menatapnya tajam.
"iya,memang bos ada bagi duit,tapi kenapa setiap hari perlu sembur air kopi ke pakaian saya?semburlah ke tempat lain"rungut Erika masih berbahas hal kopi.
"dah awak seorang yang ada kat sini"mereka terus bertengkar membuatkan Azman tersenyum melihatnya.
Tidak sangka pula Erika adalah seorang yang berani berdebat dengan lelaki yang sangat terkenal dingin itu dan mana ada selama dia kenal dan menjadi pembantu Tengku Ayden Mirza dia melihat persengketaan terjadi begitu.
"sudah,sudah..janganlah gaduh lagi..pasal kopi pun mau gaduh ker?"cegah Azman setelah melihat situasi semakin tegang dan kedua makhluk yang berlainan jenis itu masih berbalah.
Keduanya terdiam dan sambil menjeling.
"Encik Azman tengoklah pakaian dan tudung saya ni, dah tak ada rupa dah, tau tak semua jadi bintik-bintik hitam!!"seolah anak kecil yang sedang mengadu kepada seorang ayah akan perbuatan seorang abang.
Azman ingin tergelak saat itu tetapi ditahan takut pula membuatkan Erika malu.
"iya..iya..saya tahu, tapi.."
"eleh..baju murahan macam tu pun awak nak kisahkan,duit saya bagi kat awak tu dengan nilai baju awak sekarang ni rasanya boleh belikan dua tiga pasang kut"tidak sempat Azman berucap terus Tengku Ayden Mirza memotongnya dan kata-kata itu telah membuatkan Erika semakin emosi.
"tahulah bos banyak duit, tapi jangan lah hina apa yang saya pakai,kalau hari-hari macam ni,bini bos pun akan marah,lainlah kalau dia tu sama perangai macam bos!!"balas Erika tanpa rasa takut membuatkan Azman terlopong mendengarnya dan Tengku Ayden Mirza menunjukkan reaksi yang sama.
"selfish!!"sambungnya lagi dan sambil menadah kedua tangannya.
Tengku Ayden Mirza melihat ke arah huluran tangan itu dan memandang wajah Erika yang memang sudah penuh dengan semburan air kopi tadi.
"mana duitnya..kan tadi kata nak saya belikan banyak baju agar nanti bos bolehlah berhari-hari sembur saya dengan air kopi dan satu lagi nanti kalau nak memudahkan cara apa kata bos sediakan langsung pakaian cadangan kat sini, nanti tak perlu saya pula susah-susah keluar ke supermarket carikan baju ganti"ucap Erika panjang lebar dan kali ini Azman tidak lagi menahan tawa nya mendengar apa yang terucap dari mulut perempuan berani itu.
"unbeliveable..amazing and fantastik!!"ucap Azman spontan sambil menepuk tangan.
Tengku Ayden Mirza merengus geram ke arah Azman membuatkan lelaki itu terdiam kembali dan Erika menadah tangan di hadapannya.
"bagus juga cadangan kamu tu,jadi hari-hari boleh saya buat perkara yang samalah kan?"balas Tengku Ayden Mirza yang pastinya tidak mahu kalah daripada Erika.
"bos!!"jerit Erika geram dan kembali Azman tergelak melihat telatah dua orang manusia yang kelihatan lucu itu apabila saling berdebat.
Flashback off..
Sekali lagi Maria tergelak lagi besar daripada tadi mendengar cerita dan peristiwa yang terjadi antara Erika dan majikannya itu.
"jadi dia memang bagi duit kat awak kan?"
"bagi..tapi macam perlilah kan..dia buat macam tu dan ganti dengan pakaian lain, dia ingat kita ni rajin sangat nak pergi shopping?hari-hari pulak tu.."rungut Erika meskipun dia sendiri akui jumlah wang yang diberikan lelaki itu memang cukup untuk dia belikan lebih dari dua pasang baju ganti tetapi tetap dia merasakan itu keterlaluan sikap yang tidak seharusnya ada dalam diri seorang majikan meskipun mempunyai kuasa melakukan apa pun.
"ok lah macam tu, sekurangnya dia bertanggungjawab beb,lagipun kau juga kan yang untung dapat belikan baju dan tudung baru setiap hari"balas Maria.
"banyaklah untungnya..dah lah malas saya nak layan awak, semuanya sama aja, menyebalkan!!"ucap Erika geram dengan Maria yang juga seolah menyokong akan tindakan Tengku Ayden Mirza yang setiap hari membuat dirinya sering naki darah.
"Erika..wei,sorry la aku gurau ajalah.."Erika terus melangkah menuju ke biliknya tanpa menghiraukan panggilan Maria teman satu rumahnya itu.
"Erika.. Erika.."ucap Maria sambil tergelak melihat gelagat Erika yang sedang emosi itu.
Share this novel