Rate

Bab 3

Romance Series 1342

Seawal pagi Erika sudah pun bersiap untuk ke pejabat seperti biasanya.
Meskipun masih merasa kesal kerana sikap angkuh dan menyebalkan majikannya itu terpaksa jua dia membatalkan niat hatinya untuk berhenti kerja itupun atas nasihat dan pemintaan Azman serta memikirkan orang-orang yang penting dalam hidupnya.

"huhh.."keluhnya.

"tak baik mengeluh macam tu,Allah tak suka tau!!"tegur Maria dari arah belakang yang juga sudah siap untuk ke tempat kerjanya.
Meskipun mereka tinggal sebumbung namun tidak satu tempat kerja.
Maria tahu sikap Erika pagi ini adalah impak daripada kejadian yang terjadi di tempat kerjanya.
Wajah itu menunjukkan semuanya dengan jelas.

"rasa berat hati nak kerja tapi demi.."

"hidup mesti diteruskan..maka kena kerja.."sambung Maria sambil terkekeh.
Maria tahu sejak mengenali perempuan itu lebih tiga bulan yang lalu dia serba sedikit dapat memahami kelakuan Erika.
Sebelumnya mereka memang tidak saling mengenali antara satu sama lain tetapi bersepakat berkongsi tinggal sebumbung demi menjimatkan wang sewa rumah.
Maria masih lagi teringat saat mereka berdua pertama kali kenal.

"tahu pun.."balas Erika masih dengan rasa kesalnya tentang apa yang terjadi dan kembali mengulas senyum.

"kan bagus senyum pagi-pagi, barulah aura positif masuk, ini tidak lebih masam daripada cuka lagi, bangla sebelah rumah pun tak lalu nak tengok muka macam tu"gurau Maria sedikit merasa lega apabila kembali melihat wajah cantik itu tersenyum.
Maria sendiri memang senang dapat satu rumah dengan Erika biarpun antara mereka berdua memang berbeza tempat mereka dibesarkan.

"mana ada bangla sebelah rumah kita, mandai-mandai aja" sanggah Erika tidak terima.

"tu la kau, sibuk melayan bos kau,jiran sebelah pun tak kenal"
Erika mengerutkan keningnya tidak percaya apa yang Maria katakan.
Tiga bulan dia menyewa di situ setahunya tempat tinggal mereka adalah majoriti bangsa Melayu dan datang daripada mana pula orang bangla dia sana.
Maria tergelak kuat melihat reaksi wajah Erika yang seolah tidak yakin akan pemberitahuannya tadi.

"awak tipu eh?"

"eh mana ada tipu,cuba nanti sebelum keluar kau jenguk sikit,ada atau tak bangla sebelah rumah kita"ucap Maria penuh yakin dengan riak wajah yang bersungguh-sungguh itu.
Tidak percaya dengan ucapan Maria tadi Erika berlari kecil ke arah pintu dan lakukan apa yang disuruh oleh Maria.

"aah..betullah..tapi..tak kan kut"rungut Erika sambil menggaru kepalanya yang sudah pun bertutup itu.

"hah kan, orang kata tak percaya, itu suami baru Kak Tiara tau, baru nikah seminggu yang lalu"terang Maria tentang jiran tetangganya itu.

"suami baru lagi?"Maria mengungkit kedua bahunya dan mereka sama-sama terkekeh kerana memang sudah tahu wanita yang umurnya hampir kepala lima itu sering bertukar pasangan hidup.

"ermm..tak baikkan kita elakkan orang, dah jodoh dia macam tu,siapa pun pasangannya biarlah..kita ni pun tak pasti siapa yang akan jadi pasangan kita nanti" ucapan Erika sedar akan ketawakan orang lain tadi.
Sedangkan nasib dan jodoh sendiri pun masih lagi tidak nampak untuk dijangkau.

"betullah tu,manalah tau jodoh kau dengan bos sendiri,bak kata pepatah kalau sering bergaduh, sering benci membenci ni lama-lama boleh jadi jodoh kita tau"

"ish..apa pula sampai ke sana..dia tu bukan dalam senarai tau"balas Erika tidak terima,mana mungkin dia bersanding dengan lelaki sombong itu dan mana mungkin dia yang hanya pipit bisa bersatu dengan enggang.

"siapa kita nak menidakkan kuasa Allah" balas Maria sambil menepuk perlahan bahu Erika.
Maria tersenyum melihat wajah bingung Erika saat ini, sedikit merasa kelegaan di hatinya melihat wajah murung tadi bertukar seperti biasanya.
Dia tahu Erika seorang gadis yang baik dan senang di buat teman.

flashback on..

"kalau nak jimat sewa boleh kongsi"ucap Puan Sarah yang merupakan pemilik rumah.
Ketika itu Maria dan Erika sama-sama datang dari mencari rumah sewa dan ternyata mendapat alamat yang sama.
Erika dan Maria berpandangan.

"kat bandar ni kalau nak jimat memang macam gini,tu di block sana tu ada student tinggal kat sana enam orang,bilik ada tiga,satu bilik kongsi dua orang,sewa seribu dua ratus,seorang baru dua ratus kan?so jimat banyak..jadi kalau adik berdua nak sewa boleh lah kongsi atau boleh share lagi sorang dua lagi.."

"tak..berdua sudah cukup!!"jawab Maria dan Erika serentak.
Mereka kembali berpandangan dan terkekeh dan diikuti oleh tuan rumah itu.

"ok,nampaknya awak berdua dah nampak serasi untuk menyewa bersama,harga sewa satu ribu dua ratus,semua dah ada kelengkapannya,cuma bawa pakaian dan bawa badan sahaja masuk dan kalau setuju saya akan sediakan agreement sewa"

"macam mana deal?"

Mereka menggangguk bersamaan tanpa perlu persetujuan masing-masing dan bermula daripada hari itulah mereka tinggal sebumbung dan menjadi sahabat yang sangat akrab meskipun baharu kenal antara satu sama lain.

flashback off..

"kalau tak fikirkan nenek aku dan anak saudara kat kampung sudah pasti aku tukar kerja..tapi tulah kan,gaji yang dia bagi memang lumayan,cuma kalau teringatkan perangai gila dia tu memang jadi gila macam dia"rungut Erika.

"alah biasalah tu,sabar aja sikit lagi aku yakin dia pasti berubah,dapat pekerja macam kau ni aku rasa batang besi pun lama-lama jadi cair tau"ucap Maria sambil terkekeh.

"iyalah lah tu,batang besi lah konon..dia tu dah la ego,sombong harapkan muka jer handsome..tapi perangai nauzubillah.."balas Erika teringat pula wajah ketat lelaki yang terpaksa dia hadap setiap hari itu.

"sabar ajalah..Allah suka orang yang sabar"perlahan Maria menepuk bahu Erika tanda dia berharap akan teman serumahnya itu akan tetap bertahan di sana.
Erika hanya mengangguk lemah dan mencapai beg untuk keluar bersamaan dengan Maria yang juga sudah pun bersiap untuk memulakan tugas masing-masing.

"hari ini maaf ya terpaksa tumpangkan kau separuh jalan,sebab kena rushing ke supermarket baru"ucap Maria sebaik sahaja dia menurunkan Erika di tempat perhentian bas.
Memang semenjak dari awal lagi mereka berdua akan bersama ke tempat kerja kerana berdekatan.
Maria bekerja di sebuah pasaraya sebagai penyelia pemasaran di salah sebuah pasaraya terkemuka di ibukota dan memang sangat dekat dengan bangunan kerja Erika.

"it's ok,no problem..hati-hati drive tu"pesan Erika sebelum keluar daripada kereta milik Maria.
Erika tahu Maria memang jauh berbeza gaya hidup dengannya,Maria sudah memiliki segalanya tetapi memilih hidup berdikari.
Sedangkan dia hanya gadis kampung yang masih memerlukan kudrat yang banyak untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Dia tahu hidup di kota tidak akan sama dengan gaya hidup di kampung dan akan ada banyak lagi cabaran yang besar bakal dia tempuhi.
Demi menyara hidup nenek serta dua anak saudaranya yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka Erika harus kuat mencari rezeki.
Biarpun dia sendiri adalah anak yang ditinggalkan ibubapa semenjak dari usianya lapan tahun lagi namun tidak mungkin dia membiarkan kedua mereka terbiar begitu sahaja.
Dan ternyata kakaknya juga mengikut jejak orang tuanya meninggalkan anak setelah bercerai dengan suaminya.

"Rika akan cari duit yang banyak Nek,untuk kita semua,untuk sekolah Mira dan juga perubatan untuk Muhammad"ucapnya setelah berjaya mendapat gelaran siswazah.
Neneknya tersenyum manis menatap wajah Erika yang juga merupakan cucu keduannya itu.

"kamu tidak perlu risau akan hal itu,carilah duit buat kamu sendiri,untuk mereka berdua nenek sudah ada buat mereka,nenek masih ada hasil kebun yang orang pajak"tangan cucunya ditepuk lembut dan menatap wajah cantik itu.
Erika mengukir senyum dan mengangguk.Dia tahu neneknya tidak akan tega melihat kesusahan cucu dan cicitnya dan tidak pernah mengeluh semenjak mereka diamanahkan kepadanya.
Erika merupakan cucu kedua yang terlahir daripada keluarga yang hancur,begitu juga dengan Mira dan Muhammad dua beradik yang ditinggalkan ibu bapa yang telah mengambil keputusan bercerai dan masing-masing tidak mahu terbeban dengan tanggungan dan dengan teganya meninggalkan beban kepada seorang nenek.
Apa yang lebih menyedihkan Muhammad telah disahkan menghidapi penyakit jantung berlubang dan memang memerlukan wang yang banyak untuk perawatannya.

"iya nek,tetapi Rika tidak sanggup melihat mereka berdua susah,biarpun mereka tu anak saudara Rika tetapi sudah Rika anggap macam anak Rika sendiri,kasihan mereka masih ada kedua ayah dan ibu tetapi tidak dianggap kewujudan mereka"

"dan Muhammad pula tak sihat.."sambungnya lagi.

"Entahlah Rika,nenek pun tidak tahu kenapa Maya dan Riduan sanggup buat macam tu kat Mira dan Muhammad,dari umur mereka tiga,empat tahun dan sekarang sudah besar tidak datang menjenguk mereka"ucap, tak ambil tahu langsung pasal anak, tak tahu macam mana anak yang tengah sakit.."keluh Nenek yang merasa kasihan akan ketiga-tiga cucu dan cicitnya itu hampir mengalami nasib yang sama.

"sudahlah,jangan difikirkan lagi,kejarlah impian kamu tu,tentang mereka berdua InsyaAllah akan ada rezeki buat mereka"Nenek menyakinkannya agar tidak perlu memikirkan hal yang lain,tetapi tetap sahaja dia risaukan kerana usia orang tua itu tidak lagi muda dan pasti sahaja banyak perkara yang dia risaukan ketika dia tidak disamping mereka.

pom!!pom!!

Bunyi hon kereta itu telah menghentikan lamunan Erika tentang kenangannya di kampung.
Erika hanya terdiam di tempatnya dan tidak memperdulikan apa yang dia dengar sebentar tadi namun bunyi hon kereta sport merah mewah di hadapnnya itu masih lagi kedengaran.

"dia bunyikan hon kat siapa?"terdengar suara beberapa orang sedang berbisik sesama sendiri sedangkan Erika hanya terdiam masih tidak peka akan semua itu.
Baginya itu wajar kerana tempat yang sedang dia berdiri sekarang adalah perhentian bas dan mungkin juga pemandu kereta itu sedang membunyikan hon nya kepada orang yang dia kenali.
Sehinggalah seseorang yang keluar dari perut kereta itu membuatkan perempuan yang tengah berbisik tadi terpegun seketika begitu juga dengan Erika tidak percaya figura yang menekan hon tadi adalah lelaki arogan yang membuatkan moodnya sentiasa down.

"apa awak tak dengar yang saya sudah lama bunyikan hon tadi?"langsung sahaja soalan itu ditujukan kepadanya.

"saya?"Erika menundingkan jarinya ke arah wajahnya dan menatap wajah lelaki itu hairan.

Terdengar keluhan daripada lelaki itu.
Pesonanya memang tidak dapat dinafikan sehingga semua mata tertumpu kepadanya saat ini terutamanya kaum hawa yang turut berada di sana.
Sedangkan Erika masih menatap penuh kebingungan setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Tengku Ayden Mirza.

"siapa lagi kalau bukan awak?kat sini hanya awak yang saya kenal"sambung Tengku Ayden Mirza dengan penuh kesal kerana ternyata perempuan yang hari ini mengenakan pakaian berwarna biru sedondon dengan baju yang dia pakai itu.

"apa kita saling kenal?"terbelalak mata Tengku Ayden Mirza mendengar perkataan yang terluah dari perempuan itu,ini kali pertama mungkin ada wanita yang tidak termakan dengan pesonanya.

"Nur Erika binti Ehsan.."Tengku Ayden Mirza menekan suaranya dan mengetap bibirnya menahan marah,rasa menyesal pula tadi dia berhenti keretanya setelah melihat kelibat Erika,niatnya memang baik kerana ingin menumpangkan pembantunya itu ke tempat kerja tetapi tidak menyangka pula keadaanya menjadi begini.

"iya Tengku Ayden Mirza bin Tengku Azhari ada apa?"balas Erika bersahaja dan mendakap dadanya.

"tadi kata tak kenal?siap panggil nama penuh lagi" perli Tengku Ayden Mirza.
Erika hanya mendengus seolah mereka tidak saling kenal.

"awak tunggu apa kat sini?"dia kembali bertanya.

"tunggu keretapi"jawab Erika selamba dan pastinya terdengar oleh beberapa orang yang turut berada di situ dan masih sahaja memasang telinga mendengar perdebatan dua orang yang berlawanan jenis itu.
Mereka terkekeh mungkin merasa lucu mendengar balasan daripada Erika tadi.
Tengku Ayden Mirza menggulingkan matanya,tidak menyangka Erika masih berani melawannya.

"jom ikut saya"Tengku Ayden Mirza tidak mahu berlama di sana kerana tidak senang apabila dipandang oleh ramai orang dan pastinya satu masalah lain akan timbul sekiranya kereta miliknya lama terpakir di laluan bas.

"tak nak,saya boleh naik bas" tolak Erika.

"ikut saya,apa awak nak saya paksa masuk kereta?"tegas Tengku Ayden Mirza.

"saya kata tak nak,tak nak lah,lagipun saya ni mana lah layak nak duduk di kereta mewah macam tu.."ucap Erika dan dia merasakan tidak layak untuk menumpang duduk di kereta milik majikannya.
Dia juga segan sekiranya nanti akan ada gosip liar di pejabat tentang mereka berdua.

"awak nak ikut arahan saya atau nak saya tarik awak masuk kereta?"Tengku Ayden Mirza semakin sebal dan geram dengan tingkah Erika kerana selama ini mana ada perempuan yang akan menolak ajakannya malah pasti akan berebut untuk menebeng naik keretanya.
Tetapi berbeza pula dengan perempuan yang satu ini berani menolak mentah-mentah ajakannya malah di hadapan ramai orang pula.

"atau nak saya gendong?" membelalak mata Erika mendengar ancaman lelaki itu, beberapa mata terus memandangnya dan berbisik melihat mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience