Rate

Prolog

Romance Series 3793

TERPINGA-pinga Rai apabila kad bilik diserahkan kepadanya. Arahan Supervisor terpaksa diterima demi keselamatan tetamu. Tanpa berlengah dia berlari keluar menuju ke ruang lif. Jam di tangannya dijeling sekilas.

"Harap lelaki tu masih boleh bertahan sebelum aku sampai," omel Rai.

Bibirnya dikemam menghilangkan gelisah. Rai berharap lelaki itu dapat diselamatkan. Mulutnya membaca serangkai dua doa penenang hati. Hal ini bukanlah pertama kali untuk Rai selama dia berkerja di di sini.

"Sabar ya Encik. Rescue squad datang membantu Encik," gumam Rai.

Sebaik tiba di muka pintu, Rai mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum meluru masuk. Pintu bilik dibuka dengan lafaz bismillah. Rai cuba memanggil tetamu itu sebaik kaki melangkah masuk.

"Encik, saya datang nak tolong Encik."

Berkerut dahinya memandang ruang katil itu kosong. Matanya melirik ke arah pintu bilik air yang separuh terbuka.

"Allahuakbar, dia jatuh bilik air ke apa benda ni? Isyhh, dah tahu tak larat kenapa masuk bilik air?" rungut Rai kesal.

"Encik!"

Terkejut Rai melihat seorang lelaki tidak berbaju terbaring di atas lantai bilik air. Tanpa berlengah Rai terus menghampiri lelaki itu. Rai meletakkan jari di leher lelaki itu untuk seketika. Detik seterusnya Rai menepuk pipinya berulang kali sambil memanggilnya.

"Encik, Encik!"

Rai meraba pinggangnya mencari walkie talkie. Riak wajahnya berubah tegang. Mengucap panjang dia sebaik tersedar benda itu tertinggal di atas kaunter.

"Sudah! Masa ni kau nak cuai Rai. Apa benda kau buat Rai," keluh Rai sendirian.

Dia menggaru kepala sekejap mencari akal. Rai mengeluh. Dia memandang wajahnya di cermin sesaat mencari akal. Jauh sudut hatinya berbisik "Tenang Rai... tenang. InsyaAllah lelaki ni selamat. Dia hidup lagi ni."

Rai menarik nafas dalam-dalam. Dia beralih dan berusaha menarik tubuh lelaki itu keluar dari bilik air. Walaupun tubuh lelaki itu tidak seberat tetamu hotel sebelum ini pinggang Rai tetap menangkap rasa sakit seperti mahu patah dibuatnya.

"Dapat pun keluarkan Encik. Baring sini diam-diam ya... Telefon first. Telefon mana? Mana?"

Rai cuba mendapatkan bantuan daripada pekerja di kaunter menggunakan telefon bilik. Selang beberapa saat Rai mengaduh kesakitan apabila kepalanya dipukul menggunakan objek keras. Pandangannya berpinar, kepalanya ditekup menahan rasa sakit. Dia sempat melihat susuk tubuh lelaki berbaju hitam, bertopi dan memakai penutup muka berdiri di belakangnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

..
Farrel menyiram sebotol air mineral ke wajah anak Dato dan gadis yang berada di atas katil manakala Dato Zulkiflie pula hanya memandang dengan rahang mengetat.

Yusmijan bangun dalam keadaan terkejut. Papa dan pembantu papa berada di hadapannya. Terkejutnya tidak berhenti di situ. Melompat Yusmijan turun dari katil apabila ada susuk tubuh lain di atas katil. Dia cuba menarik selimut membalut pinggangnya namun dia terpaksa melupakan niatnya apabila tersedar gadis itu tidak berbaju. Dia terduduk di katil kebingungan.

"What happened, Ijan? Dah gatal sangat ke nak ada isteri sampai sanggup buat dosa!" tengking Dato Zulkiflie.

"Papa, Ijan tak tahu macam mana boleh ada dalam bilik ni dengan perempuan sundal ni!" bentak Yusmijan.

Membulat mata Rai mendengar lelaki yang cuba diselamatkan sebelum ini memanggilnya perempuan sundal.

"Sekejap! Awak panggil saya apa? Perempuan sundal?" soal Rai bengang.

Selimut ditarik menutup tubuhnya. Rai berlutut di atas katil setelah selesai menyepak lelaki itu.

"Saya kerja sini. Jaga bahasa tu. Jangan sedap mulut nak kata orang."

Satu keluhan dilepaskan kasar. Berani sungguh perempuan gila ini menyepaknya. Yusmijan bangun dari lantai hingga di lupa keadaannya yang hanya berseluar getah hitam pendek dan ketat.

"Siapa upah you perangkap I?"

"Upah? Sejak bila pula saya ambil upah baring dalam bilik dengan Encik muka tak siap ni!"

Rai menunding jarinya ke arah lelaki sedang mencekak pinggang itu. Jarinya terhenti sebaik turun ke bawah. Pandangannya dialihkan apabila melihat benda yang tak sepatutnya di tubuh lelaki itu. Rai pantas menggenggam jarinya terasa segan.

"How dare you... kenapa aku boleh nampak benda pelik tersorok dekat situ. Haisyh, siapa punya kerja ni? Semalam lelaki ni masih berseluar jeans sekarang dah jadi gini," bisik batinnya.

"Tak siap pun kau baring juga. Sekarang ni papa dah fikir aku rosakkan kau."

Dato Zulkiflie berdecit. Bingit pula telinganya mendengar dua budak mentah ni bertekak.

"Enough! Papa tak nak dengar lagi. Papa bagi tempoh 20minit. Papa nak Ijan dengan perempuan ni pakai baju dan bersiap turun. Ikut papa selesaikan masalah kamu berdua sebelum berita ini tersebar. Papa turun dulu."

"Papa, bukan salah Ijan. Ijan kena fitnah sekarang," ucap Yusmijan. Dia berharap papa faham keadaannya sekarang.

"Pilihan di tangan you Ijan. Nak bertanggungjawab atau tinggalkan semua yang you ada. Papa tak nak sebabkan you bisnes papa rosak," ucap Dato Zulkiflie tanpa menoleh.

Yusmijan merengus kasar sebaik dua lelaki itu keluar dari bilik. Bantal dibaling ke arah gadis di sebelahnya tanpa menoleh.

"Semua salah kau. Kenapa kau boleh ada sebelah aku perempuan! Kau bagitahu aku sekarang?"

Sakit pula hatinya bila mendengar ugutan papa tadi.

"Encik, saya sendiri terkejut bila sedar saya ada dengan Encik atas katil. Seingat saya, Supervisor saya bagi kad bilik ni dan suruh saya naik. Dia kata tetamu bilik ni sakit. Saya masuk bilik saya tengok Encik terbaring dalam bilik air."

Rai sedaya upaya pertahankan dirinya dan ceritakan hal sebenar.

"Aku dalam bilik air? Kalau dah aku dalam bilik air kenapa aku dengan kau ada atas katil?"

"Encik tanya saya? Patut saya tanya Encik. Saya dah bawa Encik keluar, saya nak call... hah, ingat! Ada lelaki pakai serba hitam hentak kepala saya sampai saya pengsan. Ya, dia orangnya."

Yusmijan terdiam. Dia mengurut batang hidungnya dan disudahi dengan mengurut kedua keningnya seketika. Entah mengapa lelaki berpakaian hitam juga yang dia lihat sebelum dia pengsan di dalam lif sebelum ini.

"Sekarang ni macam mana Encik? Kita bukan buat apa-apa pun?" soal Rai inginkan kepastian.

"Kita tahu tapi kau tak nampak muka orang tua tadi. Bagi dia dah lain. Sudahlah kau pergi pakai baju dulu. Biar aku selesaikan hal ni. Aku rasa aku tahu siapa punya kerja," keluh Yusmijan.

..
Rai menarik lengan baju lelaki berkemeja coklat muda dan bercermin mata di hadapannya sebaik turun dari kereta. Lelaki lewat 50an itu sudah meninggalkan mereka sebaik dia turun bersama lelaki ini.

"Kenapa kita datang sini?"

"Ternyata kau sengaja pura-pura pekak atau kau memang pekak dalam kereta tadi," bebel Yusmijan.

Rai terkedu sebaik lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia membuang pandangan ke arah sekeliling. Sesaat kemudian Rai berlari mengejar lelaki tadi.

"Saya tak nak kahwin Encik!"

"Kau rasa aku ada pilihan ke perempuan? Aku pun tak nak. Kau jangan takut. Kita kahwin jea."

"Amboi, sedapnya bahasa. Kita kahwin jea?"

"Deii! Ya kita kahwin jea. Lagi satu, dengar sini ya perempuan. Walaupun kita dah kahwin tak bermakna kau kena tinggal dengan aku."

..
Tersandar Yusmijan apabila mendengar berita daripada Khan. Sungguh dirinya seperti terkena satu tamparan hebat daripada isterinya dalam diam.

"Wait, aku dah suruh kau bagi kad bank ke dia untuk nafkah setahun. Tak mungkin dia hidup terdampar lepas rumah tok wan dia terbakar? Mana dia?!"

Khan tunduk menggumpal jarinya.

"Ada apa ni Khan? Kau jangan cakap dia tak ambil kad tu?" sergah Yusmijan.

"Memang dia tak ambil Encik. Kad tu Puan Qamrina ambil dua hari lepas Encik nikah. Salah saya sebab bagitahu dia masa dia tanya dulu, " balas Khan terketar-ketar.

"Dah tinggal lagi sebulan nak cerai baru kau nak bagitahu. Habis tu cerai ke tidak aku dengan dia nanti?" bebel Yusmijan.

Khan hanya mengangkat bahu sebagai isyarat menjawab soalan majikannya.

"Kau nak pening apa Ijan. Lelaki boleh kahwin empat kot. Kahwin jea la dulu dengan Hani," sampuk Syamel.

Ingatkan nak tunggu tahun depan. accident...dah terkeluar baby baru. Harap semua terhibur dengan karya win. Kisah mereka bermula di sini. Motif Menggoda Yusmijan ;)

Share this novel

Shade
2024-12-09 12:58:30 

tahniah. best


NovelPlus Premium

The best ads free experience