Rate

3

Romance Series 3793

TANGANNYA dimasukkan ke dalam poket sebaik turun daripada kereta. Dia berdiri di sebelah Yana dengan wajah tenang. Sempat dia berdehem ketika Yana cuba menyentuhnya.

"Upps, sorry abang. Mari sini Yana bawakan beg abang."

"Thanks you so much. Aku boleh bawa sendiri. Khan, nanti aku call kau semula."

"Baik Encik Yus."

Yusmijan melangkah ke dalam hotel bersama Yana dengan penuh perasaan yakin dan nekad. Serentak itu matanya meliar memandang pekerja hotel yang ada.

"Abang, tak silap Yana dalam hotel ni ada club dulu. Ada lagi ke?" bisik Yana.

"Ada, kenapa? Jangan Yana cakap nak ajak abang masuk situ. Abang tak suka," ucap Yusmijan tegas.

Yana menggeleng dan tersenyum senget. Abangnya langsung tidak memandang wajahnya ketika berbual. Telefon bimbit di dalam beg tangan dikeluarkan sambil berjalan menuju ke lif.

Yusmijan langsung tidak menghiraukan adik tirinya menghubungi rakannya. Dokumen di tangan dipegang kemas. Matanya sempat melirik ke arah pekerja hotel sedang berbual.

"Lelaki ke perempuan dia tu?" bisik Yusmijan.

"Abang cakap dengan saya ke?" tanya Yana terkejut.

"Tak ada apa Yana. Abang tengok pekerja tu nampak macam lelaki dari belakang."

Yana menoleh ke belakang dan tersengih. "Perempuan bang. Baju dia sama dengan kawan dia."

"Oh, okay. Harap semuanya berjalan lancar nanti," keluh Yusmijan.

"Amin. Yana percayakan abang boleh." Tangannya digenggam memberi semangat ke abang tirinya.

..
Makan malam bersama Encik Marcel di hotel akhirnya berjalan dengan lancar akhirnya. Pada masa sama Yusmijan dapat rasakan tiada gangguan yang berlaku sepanjang dia bersama Encik Marcel.

"Kita bermula dengan setahun yang pertama ya Encik Yus. Lusa I akan turun sendiri ke kilang Encik Yus dan tengok barang yang Encik bagitahu tadi."

"Boleh Encik Marcel. I akan call Pengurus kilang tu sediakan quotation untuk Encik Marcel. Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkerjasama dengan saya."

"Kita mulakan dengan projek kasut getah sebelum pengikat tali kaki palsu ya. I langsung tak tahu hal tu. Bila I berbual dengan Naim baru I tahu dia ambil daripada you. "

"Boleh Encik Marcel. Satu-satu... ada rezeki kita nanti."

"Again, terima kasih banyak-banyak. Sampaikan salam I ke Dato Zulkiflie."

Yusmijan mengorak senyuman. Dia bangun berjabat tangan dengan Encik Marcel setelah mendapat kata putus. Senyuman lebarnya hilang sebaik Encik Marcel beredar meninggalkan meja. Wajahnya diraup membetulkan emosi setelah selesai berbincang mengenai sebut harga dan kualiti barang untuk projek jangka masa panjang mereka bersama.

"Alhamdulillah, selesai satu masalah."

"Tahniah abang. Dasyat abang sembang tadi. Dia punya confident level betul-betul tinggi. Abang yakin ke kilang abang boleh keluarkan ikut masa yang dia tetapkan?"

"Yana, dalam hidup ni kita nak berjaya kita kena ada confident. Kita kena pasang niat yang betul. Kita kerja untuk apa? Sama macam Yana. Yana kenapa belajar Diploma Perakaunan?"

Wajah adik tirinya ditenung sekejap. Detik seterusnya dia menguis tangan adiknya menggunakan chopstick ketika gadis itu diam membatu.

"Dah jom balik. Nanti bising mama kesayangan kau tu. Dia tu suka berimaginasi pelik bila kau dengan aku... ingat aku nak bukan-bukan dengan kau pula."

Yana ketawa kecil mendengar bicara abangnya. Sedetik dia tersedar.

"Eh, nanti dulu! Sebenarnya, Yana nak jumpa kawan Yana. Yana dah janji nak jumpa dekat sini." Kedua hujung jari dilagakan meraih simpati sambil memandang wajah abang tirinya.

"Kenapa tak cakap tadi. Mana kawannya?"

Yana menunding jari ke arah belakang abangnya dengan senyuman senget.

Satu keluhan dilepaskan sebaik menoleh ke arah rakan adik tirinya sedang melambai ke arahnya. Baru Yusmijan sedar kenapa sejak dari tadi adiknya tidak senang duduk ketika bersama Encik Marcel.

"Dah, pergi sana sembang. Aku tunggu sini."

"Abang, sebenarnya...."

"Apa lagi Yana?"

"Yana nak lepak dekat bar hotel tingkat atas. Abang tak kisah kan?"

Batang hidungnya diurut sekejap mencari akal sihatnya. Ternyata bukan dia seorang sahaja cuba manfaatkan adik tirinya malam ini. Yana sendiri telah menggunakannya sebaik mungkin.

"Boleh ya abang? 2jam. Tak lebih. Promise."

"Hmm... habis terus call abang. Abang nak rehat."

Tubuhnya digoyangkan terasa teruja dan gembira mendengar bicara abang tirinya memberi izin kepadanya.

"Dah pergi sana, tak payah nak tergedik-gedik depan aku. Ingat, call aku dah siap!"

"Baik abang. Love you abang."

"Dah pergi sana. Syuhh!"

Yusmijan duduk memerhatikan adik tirinya beredar bersama rakan-rakannya. Ada juga yang sempat memberikan ciuman dari jauh cuba mengusiknya. Dahinya digosok terasa segan.

"Harap kau kawan adik aku jea perempuan," bisik batin Yusmijan.

Satu keluhan dilepaskan kasar. Matanya melirik ke arah sekeliling. Dia mengeluarkan telefon dan menghubungi Khan agar menjemputnya.

"Yana, Yana... panjang betul akal kau. Aku ingat aku yang nak gunakan kau. Sekali kau pula yang gunakan aku," gumam Yusmijan.

Yusmijan bangun dan beredar menuju ke lif sebaik mendapat pesanan ringkas daripada Khan. Khan sudah menunggu di lobi. Tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam lif.

Beberapa detik kemudian pintu lif terbuka. Seorang lelaki berpakaian serba hitam masuk dan berdiri di belakangnya. Yusmijan hanya diam dan tidak mengendahkan lelaki itu.

Bahunya tiba-tiba ditepuk dari arah belakang. Yusmijan menoleh ke arah lelaki tadi dan sepantas kilat kepalanya diketuk dengan objek keras.

"Kau nak apa bod...."

Sekali lagi objek keras itu hinggap di kepala Yusmijan kuat. Kali ini bukan sekali tapi berulang kali hingga pandangannya kabur dan akhirnya gelap.

Lelaki berbaju hitam tadi mengutip telefon bimbit milik Encik Yusmijan dan dimasukkan ke dalam poket. Pintu lif terbuka dan seorang pekerja hotel sudah menunggu lelaki berpakaian hitam tadi.

"Ikut sini."

"Khan macam mana?"

"Dah settle. Perempuan upahan tu tak dapat datang. Kita tukar perempuan lain."

"What? Boleh percaya ke? Kau guna siapa last minit gila? Rosak plan nanti mati kita."

"Kau jangan risau. Plan kita ni lagi bagus dari plan Puan Qam. Percayalah. Silap hari bulan... kau boleh minta bonus lagi."

..
Senyuman terukir di bibir Puan Qam setelah selesai berbual di telefon bimbitnya. Sungguh dia tidak menyangka rancangannya berjaya walaupun berubah di saat akhir. Tindakan Yusmijan membawa anaknya keluar bersama bukan menjadi masalah untuk Puan Qam selesaikan rancangan jahatnya.

"Ada satu hal yang you patut tahu Ijan. I mama Yana dan I tahu kelemahan Elyana," gumam Puan Qam.

Puan Qam masuk ke dalam bilik semula dengan langkah yakin. Telefon di tangan dilemparkan di atas katil. Bahu suaminya sedang menonton bola dipaut lembut dari arah belakang.

"Darling, siapa call?"

"Redza call. Biasalah sana kan siang lagi. Dia kirim salam dengan you."

Tangannya pada awalnya dibahu perlahan-lahan mula merayap ke dada suaminya dengan niat mahu menggoda.

"Darling, sekejap ya... dah nak habis. Nanti I manjakan you."

Puan Qam berdecit melihat panggilan telefon masuk. Dia menegakkan tubuh dan beralih duduk di sebelah isterinya. Kepalanya direbahkan ke paha suaminya. Entah mengapa dia seperti dapat agak apa yang berlaku dan apa yang mencemaskan suaminya sekarang.

"Yana tunggu situ, nanti papa suruh Farrel ambil Yana. Ya, ya... jangan risau. Yana jaga diri tu. Tunggu situ sampai Farrel datang."

Dato Zulkiflie merengus. Tangannya laju mencari nombor telefon Farrel dan terus menghubunginya. Serentak itu tangannya membelai rambut isterinya lembut.

"Melampau sungguh Ijan ni. Call dia tak dapat. Call Khan pun tak dapat!" bentak Dato Zulkiflie. Telefon bimbitnya diletakkan diperut isterinya setelah selesai menghubungi Farrel dan Yana semula.

"Ijan tinggalkan Yana? Dia ke mana?"

"Entahlah budak bertuah tu. Nasib baik Yana call kita dan bagitahu dia masih ada dekat hotel tu. Lain kali bagitahu la tak boleh hantar adik dia balik. Jangan main tinggal jea." Kepala isterinya ditolak lembut.

"You nak pergi mana?" Dahinya berkerut melihat suaminya bangun dan pergi.

"Nak pergi jumpa Farrel. Nak ikut?"

Puan Qam menggeleng sambil tersengih.

"Nanti kalau budak-budak tu call jawab jea."

"Baik you."

..
Keesokan paginya, pemikiran Dato Zulkiflie terganggu lagi apabila mendapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Wajahnya mengetat apabila mendapat berita tentang anak tunggalnya.

Setelah selesai mematikan panggilan telefon, sudu di tangannya membengkok.

"Endah!"

Puan Qam terkejut apabila mendengar suaminya menjerit. Spontan dia menyentuh lengan suaminya lembut detik seterusnya.

"You, kenapa ni?" tegur Puan Qam.

"Ya, Dato. Ada apa Dato?" balas Endah tenang.

"Pergi panggil Farrel sekarang. Saya nak keluar," arah Dato Zulkiflie.

Puan Qam mencebik. Kedua keningnya bercamtum ketika suaminya cuba mengabaikannya.

"You, I tanya you tak jawab pun. Ada apa ni?" Sengaja Puan Qam merengek seperti tidak mengerti dengan apa yang telah berlaku sekarang.

"I nak ke pergi kutip CEO tu balik ke pangkal jalan! I tak sangka betul dia berani buat benda terkutuk malam tadi. Sanggup tinggalkan Yana adik dia demi perempuan lain."

Dato Zulkiflie berdecit dan beredar meninggalkan isterinya di meja makan.

"You, you... mungkin salah faham rasanya tu!" jerit Puan Qam.

"Banyaklah dia punya salah faham. Jelas sekali gambar ni gambar Ijan," gumam Dato Zulkiflie.

Tangannya mencapai kuih karipap di atas meja dan disuapkan ke mulutnya dengan perasaan berbunga riang.

"Matilah kau Ijan sayang... confirm kena halau sehelai sepinggang nanti. Kesian betul. Baru tiga bulan CEO dah kena pecat," bisik batin Puan Qam.

"Mama!"

"Yana, awal you bangun?"

"Mana ada awal mama. Ma, apahal Yana tengok papa tu muka ketat jea keluar rumah?" soal Yana dengan perasaan ingin tahu.

"Mana tak ketat princess, anak kesayangan dia buat perangai. Tak cukup tanah la orang tua tu. Dulu sibuk marahkan Redza sampai halau Redza. Sekarang dah kena anak sendiri," jawab Puan Qam dengan penuh yakin.

Share this novel

Shade
2024-12-16 18:28:03 

Perangai Rai buat kita ingat dekat seorang kawan. Dia perempuan tapi disebabkan dia membesar dgn abang2 dia lupa dia perempuan. Bagi dia lelaki semua seperti abang dia dan tak lebih dari tu. Tgk tajuk dgn intro perangai Rai buat lagi rasa nak tahu seterusnya.

Shade
2024-12-16 18:24:29 

Jahatnya Puan Qam. thanks author


NovelPlus Premium

The best ads free experience