BEKAS plastik berwarna oren di rak pinggan dicapai. Pisau di tepi sinki ditarik dengan siulan menemani diri. Rai melabuhkan punggung di atas lantai. Bekas bawang di hadapannya di tarik dan diletakkan di hadapannya.
"Jom kita membawang."
Surat khabar dibentang sebelum memulakan tugasnya. Inilah rutin Rai setiap hari dulu sebelum kerja di bandar. Rai akan pastikan Tok Wan kesayangannya makan tepat pada masanya. Tanpa Tok Wan siapalah Rai di mata manusia di luar sana.
Bunyi pintu belakang terbuka cukup membuatkan Rai menggelabah. Rai bangun dan tersenyum lebar. Dia meninggalkan semua kerjanya demi menyambut kepulangan Tok Wan. Rai berlari mendapatkan susuk tubuh yang sudah uzur itu.
"Tok Wan, I love you!" jerit Rai.
"Astagfirullah budak bertuah! Bila balik?" soal Tok Wan teruja.
"Sebulan yang lepas."
Rai memeluk tubuh Tok Wan erat. Rindunya dia dengan wanita tua ini.
"Ya ke sebulan, tahun lepas wan tak nampak pun Rai balik?"
Rai ketawa mengekek melihat raut wajah Tok Wan sedang mengakalnya. Kepalanya digaru sekejap menerima kekalahan. Tok Wan lagi hebat mengusiknya sejak dari dulu.
"Tahun lepas ya... Rai sampai tengah hari tadi. Alip bagitahu saya Tok Wan pergi berzanji dekat rumah rumah mak cik Tumiran."
"Ini kerja Anip rupanya. Beria dia pesan ke Tok Wan sebelum pergi bagi kunci rumah ke dia. Rupanya dah pakat korang berdua. Nah, nasi bungkus dari rumah kenduri tadi. Dah makan ke belum?"
Rai mengikut langkah Tok Wan masuk ke dalam. Sempat dia mencium bungkusan plastik di tangannya. Perutnya mula berkeroncong apabila rongga hidungnya menangkap bau lauk gulai nangka ikan masin.
"Astagfirullah, sedapnya lauk mak cik Tumiran masak. Auto lapar semula perut Rai," omel Rai.
"Awak tak makan lagi ke Rai? Kenapa tadi tak suruh Anip hantarkan Rai rumah kenduri tu. Duduk rumah bukan ada lauk," balas Tok Wan.
Tudungnya disangkut ke bahu Rai sedang berdiri di meja makan. Tangannya memegang tangan Rai agar dapat duduk di kerusi.
"Isyh, tok ni... malu la Rai nak ke sana. Siapa kata tak ada lauk. Dalam peti ais tu apa?"
"Mana ada apa dalam peti tu. Ada pun sayur tok jea, tempe, tauhu dengan ikan masin."
"Lauk juga apa. Tengok ni, Rai siap sempat masak lagi. Tadaa."
Tok Wan tersenyum lebar menampakkan gusinya. Tangan Rai ditepuk perlahan.
"Amboi, sedapnya lauk. Sempat lagi cucu tok masak ya. Rai balik cuti lama ke ni? Kasut tok mana?" usik Tok Wan.
"Saya cuti tiga hari. Kasut tok ada dalam bilik. Saya dah belikan. Saya dah janji nak belikan dulu," balas Rai.
"Kasut beli? Tok nak kasut Rai buat."
"Alamak! Kasut Rai buat...lambat lagi tu tok. Tok doakan la Rai dapat jadi designer. Mana tahu boleh ganti Jimmy Choo. "
..
Semua yang ada terdiam apabila melihat Encik Yusmijan menanggalkan selotep yang ada di acuan kasut dengan wajah mengetat. Selotep itu dilekatkan ke dahi Ben.
"Korang nampak tak betapa susahnya aku nak buka tape ni dari last. Bodoh mana yang tampal tape macam ni! Reti buat ke tak reti buat?!" tengking Yusmijan.
Lukisan di atas meja dilempar ke tengah meja. Wajah seorang demi seorang ditenung bersilih ganti.
"Ini bukan Design yang aku pilih masa meeting. Setan mana yang tukar design ni?!"
"Maaf Encik Yusmijan, design ni Puan Qam yang bagi saya. Dia bagitahu yang Dato Zulkiflie suruh saya terima design ni."
Tangannya menepuk meja kuat. Lengan baju Ben ditarik kasar agar berdiri di sebelahnya. Tengkuk Ben ditekan sedikit kuat hingga tubuh lelaki lembut itu tertunduk.
"Puan Qam tu yang bodoh atau kau yang bodoh sekarang? Kau buta ke atau kau dapat duit tepi daripada Puan Qam?"
Tangannya mencapai acuan kasut di atas meja dan dihentak kuat hingga Ben melatah.
"Dia design boot ladies tapi dia guna last boot lelaki taping apahal?! Celah mana kau nak fit kaki tu. Heel dia 4inci. Kau bagitahu aku sekarang dekat mana kau nak letak heel tu?"
Sekali lagi dia menghempas acuan itu menyebabkan Ben melatah dan mengulangi geraknya tanpa sedar.
Yusmijan dan semua yang ada di ruang itu menahan tawa melihat Ben melatah.
"Sorry bos. Saya tak sengaja."
"Hmm... sana sikit. Rimas aku."
"Encik Yus, sebenarnya Ben dah tegur masa Puan Qam buat tapi Encik Yus sendiri tahu perangai pelik Puan Qam tu. Dia yang terpaling betul."
"Betul tu Encik Yus... siap Ben kena marah lagi dengan Puan Qam. Ben geram, dia lantak jea Puan tu buat sendiri. Last tu dia yang ambil sendiri bukan kami bagi dia."
"Betul tu, saya tadi tegur juga yang Puan salah ambil last. Dia bebel dan maki saya. Nyaris benda ni melayang kena kepala saya."
"Betul tu Encik Yus. Last tu dah la keras. Kena kepala John tadi."
Yusmijan berdecit. Sempat dia mengunyah gula-gula getah yang ada di dalam mulutnya membayangkan situasi yang mereka alami.
"Hmm... tolong ya semua. Puan Qam tu sebenarnya tak tahu langsung nak buat benda ni semua. Mulai hari ni, tolong haramkan dia masuk ruang ni. Saya tak suka. Dia bagi design, korang ambil dan korang buat ikut limit yang aku bagitahu dulu. Jangan nak pandai-pandai tukar tapi please jangan bodohkan diri korang sebab dia bos. Faham ke tidak?"
"Faham Encik Yus."
"Belajar mahal-mahal, tinggi-tinggi tapi kena bodohkan dengan perempuan mata duitan tu. Elok sangat la tu."
Bicaranya terhenti apabila Khan menghulurkan fail kepadanya.
"Dia ada pesan apa-apa ke Khan?"
"Dia nak Encik Yusmijan dapatkan tender kasut getah tu. Lagi tiga hari ada dinner dengan mereka dan Dato harap Encik datang mlam tu."
Satu keluhan panjang dilepaskan. Fail di tangan diletakkan di atas meja. Yusmijan menyeluk poket dan mengeluarkan dompetnya. Sekeping kad diserahkan ke tangan Ben.
"Laparkan? Pergi turun makan puas-puas. Semua yang ada ni kerja overtime macam biasa," ucap Yusmijan tenang.
Bersorak riang semua pekerja yang ada di studio itu mendengar arahan Encik Yusmijan. Ada yang melompat, ada yang menepuk tangan dan menari riang apabila Encik Yusmijan belanja makan tengah hari.
Ben memaut wajah rakannya. Pipi Yusmijan dicium sekilas.
"I love you Yus. Apa lagi... yukk... kita makan dulu. Makan sampai kenyang. Tapau sekali untuk petang dan malam boleh bos?"
Yusmijan mengangguk lambat. Senyuman sinis diberikan ke Ben.
"Terima kasih bos belanja."
10minit kemudian suasana di studio sunyi sepi. Hanya Yusmijan dan Khan sedang duduk berbual dengan wajah tegang dan berbisik. Khan mendongak melepaskan rasa kesal.
"Jadi betullah dia memang nak hapuskan aku? Dia nak anak dia yang tak cukup akal tu ganti tempat aku sebagai CEO syarikat ni?" Tubuhnya disandarkan ke kerusi.
"Nampak gaya macam tu la bos."
"Khan, tak pernah sekali pun aku terbayang yang aku bakal terjerat dalam permainan Puan Qam. Hanya disebabkan perempuan ni, papa mula hilang kepercayaan dengan aku. Semua yang aku buat untuk kebaikan bisnes papa, papa langsung tak nampak. Apa yang dia nampak anak tiri dia dua orang tu jea."
Khan hanya diam memandang wajah majikannya. Dia tahu Encik Yusmijan telah banyak berkorban pertahankan perniagaan ini.
"Encik, doa... doa orang teraniya ni Tuhan akan makbulkan. Tuhan nampak Encik dah buat yang terbaik untuk keluarga Encik."
"Hanya disebabkan perempuan bernama Qamrina masuk dalam keluarga aku 5tahun dulu, mama aku meninggal. Hanya disebabkan Qamrina aku terpaksa berpisah dengan dia. Aku tak nak dia hidup terseksa di sini. Aku tak nak perempuan tu buli dia."
..
Tubuh kekar abang tirinya dipeluk erat dengan senyuman meleret. Belum sempat dia memandang wajah abang Ijan, tangan kekar lelaki itu menolak tubuhnya agar menjauhkan diri daripadanya.
"Abang, Yana rindu abang. Kenapa abang tak jawab call dengan mesej Yana?"
Cermin matanya dibuka dan diketukkan ke kepala gadis berambut kerinting di hadapannya.
"Sejak bila aku abang kau? Sejak bila pula kau boleh peluk aku depan public? Kau dengan aku lain mak lain bapak. Kau tahu ke tidak?"
"Alaaa... sorry la. Yana rindu dengan abang. Excited sangat sampai lupa semua tu."
Yusmijan memandang wajah Yana berubah ketat. Dia berdecit dan menyiku bahu adik tirinya. "Kau dah jumpa mak kesayangan belum?"
"Belum. Malaslah. Nanti jumpa juga dekat rumah. Abang, Yana datang sini nak ajak abang teman minum."
Sengaja Yana datang ke studio demi memikat abang tirinya. Penatnya memandu dari Kelantan tak habis lagi tapi demi menawan hati bakal imamnya yang segak dan tampan ini, Yana terpaksa gagahkan diri.
"Aku sebenarnya tak boleh lama dengan kau. Setengah jam boleh?" soal Yusmijan.
Jika diikutkan rasa hati malas mahu keluar bersama adik tirinya. Hanya disebabkan Yana pernah selamatkan dia dulu dia mengalah dan terpaksa turunkan egonya.
"Cool. Let go abang Ijan."
terima kasih menyokong win. ;)
Share this novel