3

Romance Series 5823

MALAM hujung minggu kali ini sama sahaja seperti malam sebelumnya. Bunyi enjin motor Bunga memecah sunyi malam. Tubuhnya masih terasa sengal tapi itu bukan alasan untuk dia ponteng kerja. Motor dihentikan di belakang restoran sebaik tiba. Bunga membuka helmet, merapikan rambutnya sedikit sebelum melangkah masuk untuk kerja.

"Kerja tetap kerja," gumam Bunga.

Kakinya pantas melangkah masuk melalui pintu belakang seperti biasa. Semangat yang membuak-buak demi mencari rezeki yang halal di negara orang.

Sejam semuanya lancar seperti biasa. Bunga mengambil satu lagi pesanan dan keluar dari dapur dengan dulang di tangan.

"Table seven, coffee latte and coffee less sugar," ucap Bunga sambil tersenyum.

Langkahnya tenang walaupun tubuh masih terasa lenguh dan sakit. Dia meletakkan dua gelas di atas meja dengan cermat.

"Your drink, sir."

"Late!"

Satu perkataan yang cukup buatkan Bunga mematung sekejap mencari apa silapnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum tubuhnya menegak.

"Sorry, sir. It just came out from the kitchen."

Pelanggan lelaki itu mengangkat gelas, minum sedikit dan kemudian meletakkan semula dengan bunyi yang kuat. Tindakannya cukup untuk menarik perhatian orang sekeliling.

"This is coffee less sugar?"

"Yes, sir. As ordered."

"It tastes like plain water."

Nada suaranya mendatar tapi cukup untuk hati Bunga yang awalnya tenang mula menggelegak. Sepanas kopi yang baru dihidang. Beberapa orang pelanggan dan pekerja di kaunter mula memandang ke arahnya. Dia mengetap bibir.

"If you want, I can add sugar for you."

"I didn't order plain water."

Bunga mematung melihat pelanggan itu sengaja menumpahkan air di atas meja. Dulang di tangannya digenggam kemas menahan sabar. "Eee, dia ni!"

"Sir, I followed the order," jawab Bunga cuba masih profesional.

"Then your standard is low," balasnya, sinis.

Bunga senyum hambar. "Or maybe… your expectation is too high. Maybe… you're just used to everything being perfect for you."

Pelanggan lelaki itu terus bangun, berdiri di depannya. "You know who you're talking to?"

Bunga angkat bahu sedikit. "No. And I don't think it matters."

Sunyi. Sesaat, lelaki itu mula mendekat. "Look at me."

Bunga terdiam dan memilih untuk tidak memanggung wajahnya. Dia tahu topi kerja yang dipakai menghalang pelanggan itu melihat wajahnya dengan jelas.

"If you can't even make a proper coffee, maybe you shouldn't be working here. Manager!"

Bunga menjulingkan mata. Jauh sudut hati mengomel "Dah kalah panggil bos aku. Acah je mamat ni."

Tidak sampai seminit, manager Bunga datang dalam keadaan tergesa-gesa.

"Yes, sir! Is there a problem?"

"She has an attitude...."

Bunga menjongketkan kening apabila pelanggan lelaki itu menunding jari ke arahnya tanpa menghabiskan bicaranya. "Macam apa je perangai. Terpaling right la tu."

"I'm so sorry, sir. She's...."

"I don't care. If this is your service standard, I'll make sure this place doesn't stay open long."

Bicara itu cukup untuk buat manager panik. Dulang di tangannya sudah kemek dalam genggamannya. Mulutnya mula beristighfar demi menahan amarah.

"No, sir. Please… I’ll handle this."

Bunga berpaling ke arah manager. "I didn't do anything wrong, Mr Raq."

Manager terdiam sekejap. Dia memandang wajah pelanggan dan beralih ke arah Bunga.

"Just go home tonight, Naura."

"So it's my fault?"

Tiada jawapan. Sunyi.

"Enough! You're off the shift."

"Excuse me?!"

"Effective immediately."

"Seriously?"

Tiada siapa yang menjawab. Bunga memandang pelanggan lelaki itu dengan pandangan membunuh. Lelaki itu masih berdiri dengan muka sombong dan perasan bagus.

"Fine." Dia ketawa sinis seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"I hope your drink tastes better."

Beberapa orang pekerja di situ mula berbisik apabila Bunga memaki pelanggan itu dalam bahasanya. Tanpa pandang sesiapa Bunga beredar sambil memaki pelanggan tadi.

Bunga pandang apron di tangan yang baru dibuka dan letak atas meja. "Kerja halal pun susah nak pertahankan."

"Dasar perangai macam musibat. Ingat dia siapa nak tutup rezeki aku," bebel Bunga.

"Excuse me," tegur Fiqar ketika berselisih dengan Bunga.

Bunga langsung tidak mengendahkan pelanggan yang menegurnya. Langkahnya makin laju. Dia sudah biasa ditengking tapi entah mengapa malam ini, benci dan sakit yang dialami terasa lain. Terlalu makan dalam hingga dia sukar untuk bernafas seperti selalu.

Fiqar memandang susuk tubuh itu hingga hilang dari pandangannya.

"Huh, marah betul tapi macam comel pula bila dia merungut dalam bahasa sendiri," gumam Fiqar dengan tawa kecil.

Fiqar berjalan menuju ke meja. Wajah adiknya masam mencuka manakala air yang dipesan tadi sudah diambil semula pekerja kafe muda itu.

"Dik, kenapa ni? Air tumpah ke?" soal Fiqar, bingung.

"Tak ada apa bang. Ada staff perempuan tu spoilkan mood I yang memang tengah swing," bebel Faqar.

Sejak kakinya jejak di negara ini, semua benda tidak menjadi. Tokpa, paksa kahwin, sekarang kopi pun tak betul.

"Staff perempuan yang rambut panjang tadi ke?" tanya Fiqar dengan perasaan ingin tahu.

Faqar mengeluh kasar. "Ya, menjawab je kerja dia. Dah buat salah pun tak nak mengaku," balas Faqar.

Fiqar memandang ke arah lorong tadi dengan wajah pelik. Tidak sampai sesaat dia bangun.

"Abang nak pergi mana?"

"Nak cari budak tu."

"Buat apa? Dia dah kena pecat."

Fiqar mengetuk meja supaya adiknya sedar kesilapannya. "Dik, abang tahu you marah Tokpa nak jodohkan you... tapi abang tak suka cara you games dia hanya sebab you ada masalah lain."

Faqar mencebik. "Dah dia menyusahkan I sama macam tokpa."

"Tapi dia bukan tokpa."

Entah mengapa cara perempuan tadi merungut masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Fiqar menggeleng.

"Tokpa datang sini semata-mata nak cari my future wife. Cantik sangat ke cucu kawan dia tu? Perempuan tadi tu pun satu menyusahkan I, bebal."

"Tak dik. You yang dah susahkan dia. Abang yakin budak tu student Malaysia, kerja sini nak cari rezeki."

Fiqar melangkah pergi tanpa tunggu reaksi adiknya. Jauh sudut hati, dia nekad mahu tahu siapa perempuan itu.

Tidak untuk Faqar. Wajahnya masih masam mencuka dan pada masa sama dia mengomel kerana berang tidak dapat melihat wajah pekerja itu.

"Cafe ni pun satu hal... malap betul lampu dia dah rupa kelab pula." Pandangannya beralih ke arah abangnya menghala ke belakang.

"Tapi kenapa aku rasa perangai dia sama dengan perempuan yang aku cari dulu?"

Faqar menggeleng dan ketawa sinis. "Kau bukan di Malaysia Faqar. Rileks."
. .
. Beberapa hari kemudian, pandangan Bunga dilempar jauh keluar. Dia duduk di kerusi sambil memeluk lutut. Di fikirannya sekarang, dia mesti meneruskan perjalanan hidup yang masih terlalu jauh. Sakit di dada tidak sesakit hatinya sekarang ini.

"Penat aku cari kerja… last-last hilang macam tu je."

"Bunga."

Bunga menoleh ke arah atuk sedang berdiri di pintu.

"Atuk. Nak teman saya duduk ke? Sini la," tegur Bunga sambil menepuk ruang kosong di sebelahnya.

Tengku Imran menghampiri cucunya dengan senyuman nipis. Dia tahu cucunya dalam masalah sejak kelmarin.

"Atuk perasan… sejak kebelakangan ni Bunga banyak termenung, dah jarang keluar macam dulu. Ada masalah ke?"

Senyuman lemah terukir di bibirnya. "Tak ada apa, atuk. Bunga sengaja nak rehatkan diri. Nak teman atuk."

Kepalanya singgah di bahu atuk dan tangannya mula bermain dengan jari jemari atuk.

"Jangan tipu atuk Bunga."

Bunga menoleh dan memandang wajah atuk yang tenang. Lidahnya kelu untuk meluahkan perasaannya.

"Tengok tu... pandang muka atuk, tapi tak nak juga cakap. Budak ni, kan... atuk tahu Bunga kuat tapi kuat pun ada hadnya," bebel Tengku Imran sambil mencubit pipi cucunya.

"Saya bosan atuk," ucap Bunga, spontan.

"Bosan sebab?" soal Tengku Imran inginkan kepastian.

"Bosan la. Saya ni punya berusaha nak kerja elok-elok tapi kena buang hanya sebab mulut customer tu."

Tengku Imran terdiam.

"Saya ni cuba hidup tanpa bantuan atuk. Saya nak belajar berdikari, hargai penat lelah kita sendiri tapi lain pula jadi. Rasanya duduk Malaysia pun tak susah macam ni."

"Bunga menyesal?"

Muncungnya sudah sedepa. "Menyesal juga... besar ni."

Tengku Imran mengalihkan tangan cucunya. Dia memaut kedua bahu Bunga. Pandangan mereka bertaut seketika.

"Apa perancangan Bunga lepas ni? Tak mungkin cucu atuk dah give up? Nak balik Malaysia, lepas tu jual kek macam dulu?"

"Isyh atuk ni. Tak ada la sampai ke situ. Nanti saya rindu arwah."

Tawa kecil terletus di bibir usangnya. Dia bangun dan menjarakkan diri daripada cucunya. Pokok bunga di depan ditenung sekejap.

"Atuk bagi jalan untuk awak berhenti penat, nak ke tak?"

Kening Bunga terjongket. Susuk tubuh atuk dari belakang dijeling dengan perasaan curiga.

"Maksud atuk?"

Tengku Imran menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu hajat rakannya tempoh hari.

"Kahwin."

Sepatah perkataan yang mampu buatkan Bunga terdiam. Matanya tidak berkedip memandang atuk yang terlalu tenang selepas memberi idea.

"Atuk serius? Kahwin?"

"Yes. Bunga tak perlu kerja teruk macam ni lagi. Ada orang jaga. Ada orang tanggung, ada duit nafkah, duit belanja."

Jarinya naik menyentuh dagu sendiri. Lidahnya kelu memikirkan tawaran atuk yang nampak mudah tapi agak mencabar.

"Atuk tak paksa. Atuk cuma dah tak sanggup tengok awak hidup macam ni lama-lama. Atuk nak cucu atuk ni... hidup dengan tenang dan ceria sama sebelum mereka meninggal."

Sunyi. Bunga tunduk sekejap. Ada betulnya cadangan atuk. Dia boleh hidup tenang, tidak payah membazir masa nak fikir semua hal dunia. Tanpa sedar, dia ketawa sendirian.

"Gelak pula budak bertuah ni," ucap Tengku Imran.

"Atuk, bila saya kahwin… boleh ke tak payah kerja macam sekarang?"

Tengku Imran tidak menjawab. Dia hanya memandang cucunya dengan penuh harapan.

Tidak sampai sesaat Bunga memaut pipi atuk lembut. "Saya setuju."

Tengku Imran tersentak kecil. "Biar betul, Bunga?"

"Betul tapi ada syaratnya."

Tengku Imran mengalihkan tangan cucunya dan digenggam kemas.

"Apa dia?"

"Saya tak nak kenal dengan calon suami sebelum nikah. Atuk jangan nak pandai-pandai suruh saya blind date dengan bakal suami saya macam orang lain." Dia bangun dari tempat duduknya dan memijak rumput dengan berkaki ayam.

"Atuk teruskan je bila atuk dah berkenan sebabnya... bagi saya semua lelaki kaya membosankan dan tidak mencabar bila dia dah tahu saya bakal isteri dia."

"Eh, macam tu pula?"

Bunga berpaling dan senyum melebar. "Betul la atuk. Nanti mesti dia layan saya baik-baik so saya susah nak nampak dia sayang saya ke tidak. Lagi satu, saya akan jadi isteri dia yang sempurna lepas saya tamat belajar."

"Bunga!"

Bunga berpaling. "Atuk jangan marah. Saya bukan nak kahwin kontrak."

"Lelaki mana yang nak kahwin dengan syarat awak ni?"

Bunga senyum lebar tengok riak wajah atuk berubah.
"Tak apa atuk. Saya okay je kalau dia tolak syarat yang tak masuk akal ni."

"Bukan ke nanti nikah jumpa juga?"

"Memanglah jumpa cuma lepas nikah tu saya tak nak tinggal dengan dia lagi. Saya nak duduk dengan atuk."

"Bertuah punya budak. Tak kahwin nanti macam mana?"

"Anggap je tak ada jodoh."

Pipi atuk dicubit lembut sebelum mengatur langkahnya masuk ke dalam rumah. Tengku Imran pula masih duduk kaku di situ. Dia memandang langkah cucunya hilang. Nafasnya dihela perlahan.

"Harap dia tak menyesal dengan keputusan dia."

Tangannya mencapai telefon. Satu nama tertera di skrin. Dia diam seketika sebelum menekan butang hijau di skrin.

"Hello, Aziz."

Share this novel

SAFIELA
2026-05-07 17:49:42 

Wowww baby baru best


NovelPlus Premium

The best ads free experience