Series
5823
MALAM semakin memanjat hari. Bunga dalam perjalanan pulang memberhentikan motor di sebuah stesen minyak tepi lebuh raya. Dia menanggalkan helmet, menghela nafas panjang sambil membetulkan rambut yang kusut.
"Isi minyak, lepas tu balik sebelum atuk bebel lagi. Dah seminggu balik lewat je," gumam Bunga dengan perasaan bersalah.
Selesai sahaja mengisi minyak gegendang telinga Bunga terdengar suara lelaki tua bergema di hujung stesen.
"Lepaskan dia!"
Bunga berpaling. "Ya Allah!"
Seribu satu perasaan bercampur baur. Depan matanya sendiri dia melihat seorang lelaki tua sedang ditarik kasar oleh dua lelaki bertopeng. Seorang lagi menggeledah beg pemandu yang sudah jatuh ke lantai.
"Hurry up!"
Bunga mengeluh. Beberapa orang awam yang melihat mula ketakutan dan ada yang terus masuk ke dalam kedai stesen minyak. Nafasnya hampir terputus melihat kejadian itu.
"Senangnya hidup dengan merompak."
Sesaat Bunga sarung semula helmet. Langkahnya makin laju ke arah mereka tanpa sengaja.
"Hoi!"
Salah seorang penyamun berpaling ke arahnya. Tanpa amaran, dia melompat, satu tendangan tepat mengenai lengan lelaki bertopeng itu.
"Yes, good job Bunga," omel Bunga sebaik pisau yang berada di tangan penyamun itu jatuh jauh ke lantai.
"Who are you?"
"Orang yang tak suka tengok orang tua kena buli."
"What?!"
"Whatever la, sampah."
Bunga tahu mereka tidak faham dengan bahasa Bunga dan itu bukan masalahnya. Matanya tajam manakala langkahnya pantas melawan serta menepis serangan mereka.
"Uhukk!"
Tubuh Bunga hampir melayang apabila seorang penyamun menumbuk dadanya. Nafasnya putus akibat tendangan tadi. "Bodoh punya penyamun!"
Seorang lagi penyamun mula menyerangnya dan pisau di tangannya hampir terkena pipi.
"You really wanna die, huh?"
Bunga tersenyum nipis disebalik helmet walaupun dada berdenyut sakit.
"Kalau mati pun… itu dah memang bukan rezeki aku sebab Dia dah pilih aku balik, bukan sebab kau."
Belum sempat dia mahu membalas serangan, mereka melarikan diri apabila beberapa orang pekerja stesen keluar.
"Baru nak panas badan," gumam Bunga sambil menggosok dadanya yang sakit.
"Adik! Tolong abang," jerit pemandu kereta yang cedera tadi.
Bunga berpaling dengan wajah pelik. "Orang Malaysia ke?"
Belum sempat lelaki itu jawab dengan jelas, tangannya tiba-tiba mencengkam pergelangan tangan Bunga. Pegangannya kuat walaupun tubuhnya sudah longlai.
"Tolong... tolong bos abang dik."
Bunga cuba menarik tangannya tapi lelaki itu seperti bergantung harap sepenuhnya.
"Hah? Bos apa pula ni?" tanya Bunga dengan nada tinggi antara geram dan cemas.
Lelaki itu terbatuk berulang kali, mulutnya berdarah manakala nafasnya tercungap-cungap.
"Dia dalam sana," balas lelaki itu dengan suara hampir putus.
"Mereka tu akan datang balik... adik... selamat... bos."
Bunga terdiam sekejap. Tangannya yang tadi cuba dilepaskan, kini kaku di situ.
"Siapa? Siapa bos abang?" tanya Bunga.
Lelaki itu cuba bersuara tapi hanya sepatah yang keluar. Bunga merendahkan tubuh dan entah mengapa belum habis berbicara, kepala lelaki itu terkulai ke tepi. Pegangan di tangan Bunga longgar sebelum terlepas sepenuhnya.
"Eh! Abang!"
Bunga menepuk perlahan pipinya sambil memandang lelaki itu. "Masalah betul."
"Jangan mati bang, saya malas nak jadi saksi. Bang... bangun!"
.
.
.
Bunga berdiri di luar, nafasnya masih lagi tidak teratur. Jam di tangan dijeling berulang kali. Jujur perasaannya mula berbelah bahagi antara lelaki di dalam itu dan atuk yang sedang menunggu di rumah.
"Lama lagi ke ni... lewat sangat ni," bebel Bunga.
Beberapa minit kemudian, jururawat keluar menghampirinya. Matanya digosok akibat rambut halus di mata.
"Are you patient's family?"
Bunga menggeleng. "No. I just… happened to be there."
Jururawat itu mengangguk. "Patient stable. We already contacted his family."
Bunga menghela nafas lega. "Good. Thank you so much."
Dahinya berkerut memandang jururawat itu pergi meninggalkannya. Tidak sampai seminit Bunga tersedar yang dia bakal ditimpa musibah.
"Alamak. Sorry ya bang, I have to go. Semoga abang dengan bos abang cepat sembuh." Dia capai helmetnya dan terus berjalan keluar. Kain muka di leher ditarik menutup wajah.
Kakinya melangkah agak besar dan laju tanpa menghiraukan orang sekeliling. Tanpa sengaja bahu Bunga berlanggar kuat hingga dirinya hampir hilang imbangan namun dia sempat mengimbangi diri dari jatuh.
"Sorry," ucap Bunga tanpa menoleh.
Fiqar menoleh ke arah susuk tubuh yang baru dilanggar tadi. Pegang helmet, langkah laju dan auranya berbeza dengan orang tempatan di sini.
"Baju dengan helmet dia menarik tapi lenggok dia...." gumam Fiqar.
"Sir."
Fiqar berpaling dan memandang pemandunya berdiri di depannya.
"Is everything okay, sir?"
Fiqar terkedu. Tidak sampai sesaat dia menggeleng. "Nothing.”
Sayangnya saat kedua, baru sahaja selangkah dua Fiqar sekali lagi berpaling ke pintu tadi. "Aku kenal ke dia?"
.
.
.
Bunga melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh berhati-hati. Pintu rumah ditutup perlahan-lahan agar tidak tertangkap. Riak wajahnya cuba dikawal agar atuk tidak syak sesuatu dengannya.
"Baru balik?"
Suara atuk mematikan langkahnya. Tubuhnya menegak sekejap sebelum menoleh ke arah atuk sedang duduk di sofa sambil menggenggam telefon.
"Maaf atuk, saya lambat balik. Kena cover staff lain," ucap Bunga dengan perasaan bersalah.
"Hmm... dah breakfast belum?" soal Tengku Imran acuh tidak acuh.
"Belum lagi," jawab Bunga.
Bunga mendekati atuk dengan senyuman nipis. Jelas wajah atuk dari sisi tidak sama seperti hari sebelumnya.
"My love, kenapa muka ketat? Sorry ya, saya janji saya tak balik lambat lagi," ucap Bunga dengan rasa bersalah.
Tengku Imran tidak menjawab. Dia meletakkan cawan teh di meja kecil, kemudian memandang cucunya seketika.
"Kawan atuk... masuk hospital."
Kening Bunga terjongket sebelah. Tangannya menyentuh bahu atuk dengan niat memujuk. "Sebab ni ke muka atuk ketat."
"Kawan baik atuk tu ke? Dia kenapa?"
Tengku Imran menghela nafas panjang. "Dia kemalangan tapi yang buat atuk risau, dia sorang-sorang masa tu. Ada driver pun tak boleh harap."
Bunga memicit kedua bahu atuk dengan penuh kasih. "Keadaan dia... macam mana sekarang?"
"Alhamdulillah, okay... tapi atuk rasa tak sedap hati pula."
"Tak sedap hati sebab apa atuk?"
Tengku Imran mendesah panjang. "Atuk nak pergi lawat dia."
Bunga menepuk bahu atuk dengan senyuman riang. "Pergi je tok. Dia tu kawan baik atuk, lagipun kita ni di negara orang. Saya yakin, mesti sedara mara susah nak datang lawat. Bila atuk datang je... mesti dia happy."
Bicara Bunga cukup menenangkan Tengku Imran. Dia mengganguk tanda setuju sambil menyentuh tangan Bunga di bahunya.
"Bunga teman atuk, ya."
Permintaan itu membuatkan Bunga seperti disambar petir. Dia terbungkam sekejap.
"Bunga, atuk tunggu awak balik sebab nak suruh teman."
Sesungguhnya dirinya teramat penat selepas apa yang berlaku. Badan masih terasa sakit, dada masih pedih akibat tumbukan tadi namun bila tengok wajah atuk yang suram, nampak risau timbul satu rasa yang lain. Hatinya dihimpit serba salah.
"Boleh je... tapi bagi saya naik mandi dulu. Segarkan badan dan tukar baju boleh tak?"
Atuk mengangguk. "Pergilah. Jangan lama sangat. Lagi satu, tolong pakai elok sikit."
Bunga senyum senget. "Faham atuk."
Pipi atuk dicubit manja sebelum beredar ke bilik. Tiba sahaja di bilik, dia terus membuka baju dan masuk ke bilik air dengan wajah menahan sakit.
"Ya Allah, sembuhkan segala sakitku seperti mana air ini memebersihkan tubuhku dari kotoran," tutur Bunga sambil tangan memeulas pili air.
Air mengalir perlahan membasahi tubuhnya. Dia berdiri di hadapan cermin yang makin berkabus. Seminit, perlahan-lahan jari jemarinya naik menyapu wap di permukaan kaca itu. Wajahnya mula jelas kelihatan. Minit kedua, pandangannya turun ke dada yang ada kesan lebam. Tidak besar tapi cukup jelas untuk buatkan dia mengeluh sendirian.
"Hisyhh."
Tangannya menyentuh kawasan lebam itu dengan penuh cermat.
"Auchh."
Bunga berdiri tegak di bawah pancutan air menenangkan diri. Cermin mula berkabus semula.
"Tak keras mana pun tumbukan dia tadi tapi... tetap berbirat."
Bunga memejam mata seketika. "Jangan sampai atuk nampak."
Matanya dibuka. Tangannya menadah air dan terus menyiram ke wajahnya demi menutup segala kesakitan.
.
.
.
Bunga berjalan di sebelah atuk, tangannya memeluk lengan atuk erat. Wajahnya kelihatan tenang walaupun fikirannya masih kusut melihat suasana di sini. Hospital ini merupakan hospital yang sama dengan pagi tadi. "Harap tak jumpa orang tadi."
"Atuk yakin ke tingkat ni?" tanya Bunga.
"Yakin Bunga. Atuk rasa ini biliknya. Nombornya sama dengan cucunya bagi," kata atuk sambil berhenti di hadapan pintu wad.
Bunga mengangguk. Dia membantu atuk menolak pintu wad. Langkahnya terhenti apabila melihat susuk tubuh yang terbaring di atas katil.
"Assalamualaikum Aziz. I datang jenguk you."
"Waalaikumsalam, terima kasih datang Im, Bunga."
Bunga senyum segaris. Dia membantu atuk duduk di kerusi tanpa suara.
"Sabar ya Aziz, anggap je semua ni ujian Allah," pujuk Tengku Imran.
"Alhamdulillah, Im. I bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan umur I," balas Tengku Aziz.
Bunga yang dari tadi diam mula yakin lelaki di depannya ini merupakan lelaki yang sama dia tolong pagi tadi. "Allahuakhbar, ini bukan kebetulan. Ini tak ubah seperti perangkap.”
"Bunga, kenapa diam? Tok Aziz tanya awak."
Suara atuk menyedarkan Bunga dari lamunan. Dia tunduk dan meletakkan tangannya di belakang badan atuk menghilangkan gemuruh.
"Tak. Tak ada apa atuk. Saya cuma bayangkan kenapa orang jahat tu rompak Tok Aziz," jawab Bunga, sopan.
"Bunga tahu mana tok kena serang? soal Tengku Aziz, terkejut.
"Hah! Apa ni... tadi... itu... hah, atuk cerita dalam kereta tadi," balas Bunga, gagap. Keningnya digaru sekejap menahan rasa malu.
Tengku Aziz mengangguk dan senyum nipis. Dia memandang wajah Bunga lama sebelum beralih ke rakannya.
"Cantik sungguh anak Puteri Norain ni. Apa perancangan lepas habis belajar?"
Bunga senyum tawar. Spontan bahunya terangkat akibat tiada jawapan untuk soalan tadi.
"You masih muda Bunga, jauh lagi perjalanan tu. Kena rancang dari sekarang."
"Maaf Tok Aziz. Saya dah biasa dibesarkan dengan abi dan ummi cara sederhana. Bila abi dengan ummi kemalangan, atuk suruh datang sini saya jadi kena penyakit kejutan budaya."
Dua orang tua di depannya ketawa mengekek dan itu cukup buat Bunga terkedu.
"Kenapa you kerja?"
"Tak nak susahkan atuk."
Tengku Aziz ketawa lagi manakala Tengku Imran mengeluh.
"You dengar sendiri, kan... macamlah I ni tak mampu tanggung dia."
Bunga tunduk malu namun pada masa sama dia sempat menjeling ke arah nama lelaki itu sekali lagi. "Memang dia orangnya."
"Baguslah tu. Sekurang-kurangnya Bunga boleh belajar dari bawah. Jauh beza dengan cucu I yang sorang tu."
Hampir lima minit Bunga bermain dengan tali beg tangan demi menutup rasa canggung ketika mereka berbual tentangnya. Dia dapat rasakan masa bergerak terlalu perlahan.
"Macam mana driver you?" soal Tengku Imran.
"Alhamdulillah… dia dah stabil sekarang. Untung sangat ada orang tolong pagi tadi," ucap Tengku Aziz.
Tengku Imran mengangguk kecil. "Siapa yang tolong?"
Kedua bahu Tengku Aziz terangkat. "Tak kenal Im. Nurse sini bagitahu, ada seorang anak muda Malaysia yang bawa aku dengan Amar ke sini."
Terbit batuk kesat daripada Bunga. Dia mengalihkan pandangan ke arah langsir dan senyum senget. "Anak muda eh."
Bunga menarik nafas dalam-dalam. Tangannya mula terasa kebas.
"Err… atuk. Bunga nak pergi buat panggilan sekejap."
Tengku Imran mengangguk tanpa banyak soal. "Pergi, jangan lama."
"Ya. Maaf ya, Tok Aziz. Saya keluar sekejap."
Bunga keluar dari wad dengan langkah yang cuba dikawal. Sebaik sahaja pintu tertutup dia bersandar seketika dengan keluhan yang amat panjang.
"Ini gila. Lagi lama aku dalam tu... boleh kantoi terus."
Bunga memandang kiri kanan sebelum beredar dari situ. Sungguh dia tidak sanggup berada lama bersama mereka.
Hampir 10 minit Bunga hilang dan itu cukup meresahkan Tengku Imran. "Mana pergi budak bertuah ni."
Tokk! Tokk!
Tengku Imran dan Tengku Aziz menoleh ke arah pintu. Pandangannya terhenti ke arah seorang lelaki yang memakai jaket, rambut kemas, wajahnya bersih dan tenang.
"Apa khabar Tok Im?"
"Khabar baik. Fiqar baru sampai?"
"Ya, tadi balik ambil barang tokpa di rumah. Tok Im sorang je?"
"Tak, atuk dengan budah bertuah tu. Mana entah dia, Fiqar nampak cucu atuk, Bunga? Tadi… ada orang keluar dari sini."
Fiqar senyum kelat. "Bunga? Tak nampak Tok Im. Oh ya! Tokpa, cucu bertuah tokpa dah dalam perjalanan ke sini."
Tengku Aziz mengangguk. "Mesti bising mulut dia."
Fiqar hanya mampu tersengih. Lidahnya kelu untuk sambung berbual.
"Im, macam mana cadangan kita dulu?" Tangannya menepuk bahu rakannya, lembut.
"I ni bukan tak suka Aziz. Budak tu bukan reti diam. Dia ikut kepala dia je."
Fiqar hanya diam mendengar perbualan mereka. Dia tahu Tokpa mahu jodohkan dirinya dengan cucu Tok Im. "Biar adik je jadi menantu Tok Im."
"Faham. Budak sekarang bukan boleh dipaksa-paksa."
Fiqar hanya diam dan memikirkan siapa yang telah selamatkan tokpa. "Orang yang selamatkan tokpa tu...."
"Kenapa aku rasa… orang yang aku langgar pagi tadi selamatkan tokpa?"
Share this novel