Series
5823
SEJAK kejadian dulu, satu perkara saja bermain dalam kepala Faqar hingga sekarang. 'Siapa perempuan itu'. Sepanjang hidupnya tidak pernah seorang perempuan berani menghinanya di depan pekerjanya dan merosakkan mindanya hingga sekusut ini selain adiknya Fiqah.
Faqar bangun dengan keluhan kasar. Dia berdiri di tepi tingkap kaca sambil memeluk tubuh dan memandang ke bawah kosong. "Kasut tak ada tumit dalam tong sampah tu jelas buktikan dia memang bukan gelandangan."
"Siapa dia dan kenapa dia seteruk tu? Nampak dia tengah dalam masalah dan aku pula yang dah rosakkan hari dia," gumam Faqar.
"Encik ZulFaqar," tegur Nuh sebaik masuk ke dalam ruang bilik majikannya.
Faqar hanya memandang bayang-bayang Nuh berdiri tegak di belakangnya dari pantulan tingkap kaca. Nafasnya dihela kasar dengan penuh harapan.
"Kau dah cari?" soal Faqar, dingin.
"Dah. Saya dah suruh pengawal check cctv di lobi dan luar bangunan ulang kali," balas Nuh dengan penuh berhati-hati.
"Lepas tu?"
Nuh menelan liur. "Maaf, masih sama... tak jumpa."
Jawapan itu jatuh seperti kaca terhempas di lantai. Faqar berpaling dengan pandangan tajam.
"Tak jumpa atau kau yang tak pandai cari?"
"CCTV kami dah semak tapi view kabur. Tak nampak jelas muka dia. Saya dah tanya semua pekerja dalam bangunan ni baik pekerja am yang berkerja di lobi. Tak ada seorang pun kenal."
"Mengarut!"
Sunyi.
"Terang-terang dia masuk ikut pintu tepi tu. Nuh, bukan semua orang luar reti guna pintu tu."
Nuh tunduk demi mengumpul semangat berdepan dengan majikannya. Dia sedar tugas yang diberi majikannya sudah lama dan masih belum selesai.
"Encik, perempuan tu memang hilang lepas kejadian tu," ucap Nuh dengan berani.
"Dia manusia bukan hantu!"
Belum sempat Nuh menjawab, pintu pejabat ditolak tanpa salam.
"Woi!"
Suara itu disulami dengan gelak yang sangat kuat hingga tawanya bergema di bilik Faqar.
"Azim, kau nak apa?"
Satu-satunya musibat merangkap sahabat lama yang tidak pernah tahu erti masuk dengan adab yang sopan. Ruang ini umpama ruang membawang untuknya.
"Qar, betul ke... aku dengar cerita panas. Alahai, aku baru dua bulan tinggalkan kau. Tak sangka balik dapat berita sensasi."
Azim melabuhkan punggung di sofa dengan wajah tidak bersalah.
"Perempuan mana yang berani baling kek dekat kau? Cantik tak?"
Nuh memilih untuk diam. Faqar pula hanya memandang rakannya dengan pandangan meluat.
"Asal tak jawab? Wei, seriuslah!"
Tangannya didepa dan senyum kelat ke arah Azim. Jelas dia tidak boleh sorok lagi rahsia dengan rakannya ini walaupun sebesar kuman.
"Kau nampak aku main-main ke sekarang?"
Azim sedaya upaya mengunyah senyuman namun gagal. Tawanya berderai sekali lagi dan kali ini lebih panjang.
"Gila wei! CEO Zulfaqar kita kena baling kek."
Faqar mengeluh. Dia beralih duduk di kerusinya dengan wajah pasrah dibuli Azim. Hanya kerana perempuan asing itu, Azim dengan berani mengutuknya sekarang.
"Kau dah habis ketawa?"
"Belum."
Sunyi. Faqar memilih diam menunggu Azim selesai ketawa. Jam di pergelangan tangan dipulas menghilangkan resah. Matanya dipejam sekejap. "Siapa kau perempuan."
"Azim, kau dari...."
"Sekejap. Qar, aku tengah bayangkan muka kau penuh krim masa tu. Ya Allah, tidak ternilai harganya kalau ada orang dapat snap gambar kau masa tu."
Faqar tersandar di kerusi dan menggeleng. Masak benar dia dengan perangai Azim suka serangnya secara depan-depan.
"Nuh."
"Ya, encik."
Wajah Nuh ditenung sebelum berbicara. Satu keluhan dilepas kasar.
"Kau boleh keluar. Teruskan cari dia."
Azim berhenti ketawa dan mengesat mata yang berair. Dia bangun, beralih duduk di depan rakannya sebaik sahaja pembantu peribadi Faqar keluar.
"Eh, kau serius ke cari nak dia lagi? Sampai bila Qar?" tanya Azim.
"Sampai jumpa sebab dia baling kek ke aku," balas Faqar, ringkas.
Azim menjongketkan kening. "Hanya sebab tu?"
Faqar menongkat dagu. "Dia hina aku."
Bibirnya mengherot. Riak wajah Azim berubah sebelum dia mengangguk.
"Kau dah kenapa terangguk-angguk?"
Azim angkat tangan dengan senyum meleret. "Tak ada apa. Okay... okay. Aku cuma curiga. Tak mungkin sebab tu je kau sanggup suruh Nuh cari satu building, satu semenanjung."
Faqar terdiam.
"Aku tak sangka... perempuan tu boleh rosakkan otak kau. Tahniah, Qar." Dia bersandar dan memandang Faqar lama.
"Tahniah hotak kau."
"Qar, sudahlah. Atuk kau tengah sibuk buat persiapan abang kau nak jumpa rakan lama dia. Kau pula sibuk cari perempuan yang kau tak kenal."
"Sebab tak kenal aku wajib kenal dia."
"Qar… kau bukan nak cari dia sebab dia baling kek dekat kau." Wajah rakannya ditenung dengan kening terjongket.
"Kau nak cari sebab kau tak boleh lupa dia."
.
.
.
Suasana berbeza di lapangan terbang. Bagi Bunga yang pertama kali menjejakkan kaki di ruang ini terasa seperti baru belajar benda baru. Ruang ini nampak tenang, sedikit sesak dan menyeramkan.
Bunga berdiri di tengah-tengah laluan dengan wajah beribu persoalan. Baju T besar yang dipakainya hampir menelan tubuh. Seluar baggy longgar koyak lutut serta topi di kepala ditarik rendah. Mukanya pula ditutup dengan penutup kain.
"Gate mana tadi," keluh Bunga.
Tubuhnya berpusing satu pusingan lengkap bersama beg galasnya. Tidak sampai seminit, dia menoleh ke arah kiri dan kanan.
"Semua nampak sama je. Ya Allah, aku sesat ke ni?"
Langkahnya berubah menjadi perlahan demi menenangkan diri. Sayangnya, langkahnya itu seperti menyusahkan orang lain di sekelilingnya.
Bamm!
Beg galasnya dan beg lelaki yang baru bertembung dengannya terlepas dari tangan.
"Sorry," ucap mereka serentak.
Bunga memanggung wajah. Dia lihat lelaki di hadapannya nampak terlalu berbeza. Walaupun lelaki ini memakai jaket kulit berjenama, seluar jeans limited edition dan memakai snowcape, gayanya nampak kemas dan menenangkan jiwa Bunga. "Artis ke dia ni."
"Maaf ya, saya tak sengaja."
"Awak baik-baik je, kan?"
Bunga mengangguk.
Lelaki itu menghela nafas panjang manakala Bunga mencapai beg pakaian miliknya di kaki lelaki itu. Senyuman terukir melihat kasut sukan mereka sama. "Auuww, damn! Sama pula. Jangan cakap ni jodoh."
"You okey baguslah. I yang tak," keluh lelaki tadi.
"Kenapa pula?" tanya Bunga dengan mulut herot disebalik mask.
Senyumannya nipis tapi cukup mengusik hati Bunga yang kaku akibat terpesona tanpa sedar.
"I tengah sesat," ucapnya, perlahan.
Sunyi. Bunga pandang wajah lelaki itu lama dari atas sampai ke bawah. Tidak sampai sesaat dia ketawa mengekek dan menggeleng. Kepalanya ditepuk sekali dua.
"Rasanya... awak bukan seorang. Saya pun sesat," jawab Bunga.
Pandangan mereka bertaut seketika tanpa bicara. Minit kedua mereka mengalihkan pandangan serentak. Malu. Minit ketiga mereka tunduk dan ketawa riang bersama-sama.
"Baguslah. Ada kawan sesat."
"Kan... sekurang-kurangnya saya tak nampak bodoh sorang-sorang."
"Setuju. I selalu dengan PA. Bila kena tinggal PA ni... macam you kata... bodoh pula."
Bunga menekup mulutnya menahan tawa walaupun ada kain yang menutup senyumannya dari mata lelaki itu. Mereka berdiri tegak dengan keluhan kasar. Tidak sampai seminit, mereka memandang papan tanda yang sama.
"Awak nak ke mana?"
"Gate A12."
"Saya pun."
Bunga berpaling laju. Wajah lelaki itu ditenung dari sisi. "Menarik sangat dia. Ini mesti orang punya."
"Serius?" tanya Bunga lagi.
"Serius," jawabnya.
Bunga tarik nafas lega. "Okay bagus. Kita sesat berjemaah."
Bunga dengar lelaki di sisinya ketawa kecil. Tanpa dirancang, mereka berjalan seiringan dan penuh yakin.
Dalam ribuan manusia di sini dia jumpa seorang yang sama-sama hilang arah tapi entah mengapa dirinya terasa macam dah jumpa destinasi.
"Ini A, kan?" Tangan Bunga tunjuk arah kiri.
"Nampak macam A." Zip jaket ditarik ke atas.
Mereka sambung berjalan dan kali ini lebih santai dan nampak serasi bila bersama-sama. Lagak mereka seperti ingin bercuti berdua.
"Nama you?"
Bunga diam seketika. Topinya ditarik ke bawah menutup wajah dari dilihat.
"Bunga."
Bunga nampak lelaki itu membuat isyarat ibu jari kepadanya.
"Nama betul ke tu, sis?"
Bunga mengangguk.
"Cantik nama tu."
Bunga meraba poketnya mencari sesuatu. "Nama je cantik."
Tanpa Bunga sedar, lelaki itu senyum nipis ketika memandangnya.
"Nama I...."
"Tak payah."
"Hah?! Maksud you tak payah?"
"Saya tak perlu tahu pun siapa awak. Kita bukan jumpa lagi lepas ni."
"Baiklah, Cik Bunga. Seronok dapat jumpa you," ucapnya, sopan.
"Seronok sesat sama-sama walaupun kita ni memang warganegara," balas Bunga sambil ketawa kecil.
"I doa lepas ni biar sesat lagi dan dapat jumpa you."
"Lambat lagi rasanya sebab saya nak sambung study. Mungkin lepas habis study agaknya baru dapat balik Malaysia."
Bunga beredar lebih awal namun langkahnya terhenti di tengah-tengah jalan. Dia membuka topi dan berpaling. Susuk tubuh lelaki itu sedang membelakanginya ditenung sekejap. "Not bad juga dia ni."
"Awak!"
Lelaki itu berpaling dan itu cukup buatkan Bunga tersenyum riang. Topi dilambai ke arah lelaki itu.
"Abi pesan, bila kita musafir doa kita makbul. Saya doakan awak dapat isteri cantik dan baik hati macam awak, itu pun kalau awak belum kahwin. Doakan saya ya biar tamat belajar dengan cemerlang dan balik Malaysia lagi."
Kepalanya terteleng melihat lelaki itu mengangkat tangan dan memberi ibu jari kepadanya. Bunga melompat dan berlari ke dalam dengan perasaan teruja.
Tanpa Bunga sedar lelaki itu tersenyum lebar melihatnya berlari. "Dia nampak... menawan dan manis."
"Banyak-banyak orang, budak ni je hyper dan tak takut orang asing. Luar biasa sungguh."
Tangannya menggenggam pemegang beg kemas. "I doakan kita dapat jumpa lagi dan jika doa tu makbul… I harap you orang yang sama."
Share this novel