HMMR - BAB 3 - STATUS

Romance Completed 23255

"Tuan cemburu?" tiada jawapan dari Megat Raess.

"Atau sebenarnya, tuan takut kehilangan Puan Lily?"

"Aku...aku tak tahu, Zi. Aku tak tahu apa yang aku rasakan ketika ini. Tolong jangan paksa aku, Zi. Aku takde jawapan untuk soalan kau tu..."

"Takpe, tuan. Saya faham. Ada apa-apa lagi yang tuan nak saya lakukan untuk Puan Lily?"

"Lindungi isteri aku walau apa pun yang berlaku, Haizi."

"In shaa Allah, tuan. Lagi, tuan?"

"Pastikan Lily dihantar dan dijemput ke kolej atau ke mana sahaja dia pergi."

"Saya faham, tuan."

"Emm, aku nak info tentang tempat Lily belajar. Aku nak tahu siapa yang akan jadi pemandu merangkap penjaga Lily nanti."

"Ya, tuan. Saya akan dapatkan semua maklumat yang tuan mahukan dengan segera."

"Thanks, Zi." Haizi mengangguk sebelum berlalu meninggalkan Raess sendirian di bilik bacaan.

'Maafkan aku, Lily. Aku punya sebab tersendiri. Satu hari, kau akan tahu juga.'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku bersetuju untuk kau kembali belajar di kolej tu." ujar Raess ketika makan malam. Sejak tengahari tadi, Lily memberontak sehingga enggan keluar dari bilik. Sejak dipaksa turun untuk makan malam, hanya sesudu nasi masuk ke mulut Lily. Selebihnya, Lily sekadar menguis dengan sudu.

"Apa dia?"

"Aku izinkan kau sambung belajar di kolej yang sama."

"Betul ke, tuan?" terdongak Lily mendengar kata-kata Raess sebelum Raess mengangguk laju menyambung suapan tanpa memandang Lily.

"Terima kasih, tuan. Terima kasih." teruja Lily mendengar kata-kata Raess.

"Seperti yang aku katakan, ada syarat yang perlu kau ikut kalau kau benar-benar nak sambung belajar." terhenti kunyahan.

"Maksud tuan?"

"Tiga syarat aku. Pertama, kau akan dihantar dan dijemput oleh Maleek, pemandu merangkap penjaga kau sepanjang kau ke kolej." berkerut dahi Lily.

"Kedua, kau tak dibenarkan berkawan rapat dengan mana-mana lelaki kerana kau kini bergelar isteri aku."

"Ketiga?" celah Lily sambil menyambung suapan.

"Ketiga, jaga batas pergaulan kau. Aku tak nak dapat apa-apa aduan dari sesiapa mengenai isteri aku." Lily pincingkan mata.

"Untuk pengetahuan tuan, di kolej selalu ada assignment yang memerlukan kami bercampur berlainan jantina untuk berkongsi maklumat."

"So?"

"Adakah tuan tahu atau sengaja buat tak tahu mengenainya?"

"Aku tak peduli apa alasan kau. Ikut arahan aku atau kau tak berpeluang untuk habiskan pelajaran kau." tegas Megat Raess.

"Faham?"

"Itu je?"

"Yap. Itu je setakat ini."

"Bagaimana kalau orang bertanyakan tentang status saya?"

"Lily, kau belajarkan? Dan, ini tahun terakhir kau di kolej. Kenapa perlu persoalkan tentang status?"

"Tuan mengatakan saya akan dijaga oleh siapa yang tuan sebut tadi. Hah, Maleek! Maleek selaku pemandu merangkap penjaga saya. Kawan-kawan saya tentu akan persoalkan siapa Maleek. Jadi, apa yang perlu saya katakan?"

"Cakap je itu bodyguard kau."

"Semudah itu? Sedangkan semua orang tahu, saya orang susah. Hidup sebatang kara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang." Raess meletakkan sudu dan garfu ditepi pinggan.

"Kenapa perlu risau tentang semua itu? Tugas kau belajar seperti yang kau mahukan."

"Tuan memang dilahirkan tanpa ada hati dan perasaan ke?" cerlungan tajam dihadiahkan buat Lily.

"Disebabkan Maleek, akan keluar isu tentang saya nanti. Dah tentu saya akan dituduh dibela dan ditaja seseorang yang berkedudukan. Sedangkan, semua orang tahu saya anak orang miskin yang terpaksa hidup melarat demi menyambung kehidupan." Raess mati diksi.

"Kita bukan hidup di negara luar, tuan. Bebas melakukan apa sahaja. Kita hidup dalam realiti masyarakat yang berbilang kaum. Ada adab, ada hukum halal haram." tambah Lily lagi.

"Di sini, terlalu ramai manusia yang gemar berbicara hal orang lain. Jaga tepi kain orang. Dan saya pasti, saya takkan terlepas dari hinaan dan tohmahan orang disebabkan Maleek nanti."

"Lily, kau..."

"Kalau begitu, takpelah, Tuan Megat Raess. Tak perlulah saya habiskan pelajaran saya. Biar saya terus hidup sampai mati dalam sangkar emas ni sahaja." sindir Lily.

"Kau kena ikut arahan aku, Lily."

"Kenapa? Bagi saya sebab supaya saya lebih faham. Kalau setakat tuan nak katakan yang saya isteri tuan, alasan tu tak relevan langsung. Saya bukan isteri yang didambakan. Saya isteri di atas kertas."

"Kau masih mentah, Lily. Kau tak tahu keadaan sekeliling kau..."

"Jangan pandang saya macam budak kecil yang baru bertatih, Megat Raess. Kehidupan saya mengajar saya erti kematangan. Saya bukan budak-budak yang boleh diperlekehkan." tegas Lily.

"Aku tak peduli apa juga yang kau nak katakan. Carry on. Yang aku tahu, segala arahan aku perlu kau patuhi." tegas Raess seraya meneruskan suapan.

"Huh! Tuan memang takkan pernah faham hati manusia semiskin saya." Lily mencampakkan kain pengelap mulut di meja sebelum berlalu. Keluhan dilepaskan. Sudah tiga hari bergelar suami isteri. Tetapi, mereka berdua sering bertelagah disebabkan sikap masing-masing yang tidak mahu mengalah.

"Tuan..."

"Takpe, Kak Tina. Biarkan Lily bertenang." Raess meneruskan suapannya. Dalam hati memikirkan kata-kata Lily yang Raess akui kebenarannya.

"Err, Kak Tina..."

"Ya, tuan..."

"Hantarkan makanan ke bilik Lily. Jangan paksa Lily kalau dia tak makan."

"Baik, tuan." Kak Tina menurut arahan Megat Raess

Tok! Tok! Keluhan dilepaskan. Dengan langkah longlai, Lily menguak pintu bilik.

"Ya, Kak Tina?" soal Lily dengan mata bengkak dan sembap dengan pucuk hidungnya yang kemerahan.

"Lily menangis?"

"Tak. Lily terlelap tadi." bohong Lily.

"Tuan megat minta akak hantarkan makanan untuk Lily."

"Saya tak lapar."

"Akak hanya ikut arahan tuan megat." Lily gelengkan kepala.

"Saya tak nak."

"Lily, jangan begini."

"Tolong saya, kak. Saya tak nak diganggu."

"Jangan begitu, Lily. Tuan megat risaukan Lily."

"Huh! Risau? Katakan pada tuan megat, saya bukan sesiapa untuk dirisaukan. Saya tak lapar dan jangan bazirkan masa untuk manusia miskin seperti saya." pintu ditutup perlahan sebelum Lily melangkah longlai ke katil.

"Maafkan saya, tuan megat." ujar Kak Tina perlahan sebaik Lily menutup pintu biliknya.

"Takpe, Kak Tina. Terima kasih. Biarkan Lily bertenang dulu." rupanya sedari tadi, Megat Raess mendengar segala keluhan Lily dari luar bilik.

"Baik, tuan." Kak Tina berlalu pergi. Raess lepas keluhan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan Lily. Walaupun mereka berdua sah sebagai suami isteri, itu bukan tiket untuk Megat Raess menerima Lily bulat-bulat. Kekecewaan yang pernah Raess alami, membuatkan dia terlalu berhati-hati dengan manusia bernama wanita.

Enggan kenangan lama muncul kembali, Raess nekad tak mahu terlalu berlembut dengan wanita. Sakitnya dikhianati oleh tunang sendiri membuatkan Raess enggan membuka hatinya buat mana-mana wanita.

Walaupun pertunangannya diaturkan keluarga, Raess tidak pernah membantah. Bagi Raess, keluarga adalah segalanya sehinggalah dia ditipu hidup-hidup oleh tunang dan abang tirinya sendirinya.

Dalam diam, mereka menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan sesiapa sehinggalah, wanita yang sepatutnya menjadi isterinya, minta dilepaskan lantaran tidak pernah menyimpan hati dan perasaan pada Raess. Raess yang sudah menyediakan segalanya untuk majlis perkahwinan mereka, akhirnya terduduk saat menerima kebenaran yang amat pahit itu.

Raess tidak dapat menerima kenyataan yang tunangnya sendiri mengakui mencintai abang tirinya, Megat Zahrin Megat Zamil walaupun mereka bakal dinikahkan dua bulan lagi. Mendengar sendiri pengakuan bekas tunangnya, membuatkan Raess jatuh terduduk.

Hampir setahun, Raess mengambil masa memulihkan hati dan perasaannya sendiri sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis yang sekufu dengannya di majlis makan malam anjuran nendanya sendiri di istana lama.

Puteri Anastasia Aisyah binti Megat Zahrul Zaharin, seorang model yang mempunyai cukup pakej, cantik, bijak dan dari kalangan anak-anak orang ternama. Gadis yang berjaya membuka pintu hati Raess setelah hampir dua belas purnama tertutup lantaran ditinggalkan tunangannya.

Perkenalan pada awalnya sekadar sebagai seorang kawan, akhirnya membuahkan rasa cinta antara keduanya dan direstui nenda Raess. Selama enam bulan berkenalan, malah hubungan keduanya semakin rapat, sehinggalah Raess mengambil keputusan untuk melamar Puteri Anastasia Aisyah yang lebih gemar disapa dengan panggilan Aisy.

Flashback #

"Aisy sayang..." Aisy memusingkan tubuh bila namanya disapa. Senyuman paling manis Aisy hadiahkan buat sang kekasih.

"Bie..." Aisy mendapatkan Raess sebelum lengan Raess dirangkul manja.

"Sorry, bie lewat sikit. Ada kerja yang bie kena selesaikan."

"Takpelah. Sayang pun baru je sampai."

"You look stunning, sayang..." puji Raess. Sememangnya, Aisy bertuah memiliki tubuh badan langsing dengan tinggi lampainya dan memang bersesuai menjadi seorang model. Cuma, Raess sedikit tinggi berbanding Aisy.

"And you look handsome as usual..." balas Aisy membuatkan Raess tersenyum lebar.

"Err, bie..."

"Ya, sayang..."

"Tadi, bie kata ada hal penting yang bie nak sangat nak jumpa sayang. Apa dia?" air liur ditelan kesat.

"Err, sayang dah order minuman?" sengaja Raess menukar topik agar tidak gugup.

"Belum. Sayang tunggu bie..." Raess tersenyum.

"Jom, kita duduk dulu. Sayang nak air apa?"

"Strawberry smoothie..."

"Oh, okay. Sayang tunggu sekejap, ya? Bie order air dulu." Aisy mengangguk laju sebelum Raess menapak ke kaunter pesanan. Sesekali Raess memusingkan tubuhnya melihat kekasih hati. Tiga kali pusingkan kepala, tiga kali juga Aisy sedang leka berbual di telefon bimbitnya.

Perasaan negatif dibuang jauh. Raess tidak mahu perasaan syak wasangka mengganggu hubungannya dengan Aisy. Raess dapat lihat kekalutan Aisy meletakkan telefon bimbit di atas meja sebaik terlihat Raess menghampirinya sambil membawa dulang yang berisi air minuman.

"Alhamdulillah... Lega rasa tekak dapat minum smoothie ni. Thanks, bie..." Raess melorek senyuman. Telefon bimbit Aisy diperhatikan bila kedengaran deringan telefon.

Serta-merta skrin telefon bimbit Aisy menyala dan Raess terlihat nama lelaki di skrin telefonnya.

"Siapa tu?"

"Ala, kawan-kawan sayang ni. Dorang selalu ganggu sayang..." ulah Aisy seraya mematikan deringan telefon lantas memasukkan telefonnya ke dalam tas tangan.

"Err, bie nak cakap apa tadi? Macam penting je..." tegur Aisy seraya menyedut smoothie dengan perlahan.

"Emm, sebenarnya, bie memang ada hal penting nak bie bincangkan dengan sayang."

"Cakaplah. Sayang sedia mendengarnya."

"Bie nak... Emm, bie..."

"Bie, kenapa ni? Cakap jelah..."

"Be my wife." terdongak Aisy.

"Apa?"

"Bie nak melamar sayang." Raess mengeluarkan sebuah kotak kecil berbaldu merah dari poket blazernya lalu diletakkan di depan Aisy. Raess memerhatikan reaksi Aisy yang bersahaja.

"Bie, bie buat apa ni?"

"Bie nak melamar sayang. Bie nak sayang jadi suri hati bie untuk selamanya." kotak cincin tersebut dibuka lalu terserlah kilauan cincin berlian berjenama mewah didepan mata Aisy.

"Bie, sayang..."

"Sayang, please. Bie sayangkan sayang dan bie tahu sayang juga sayangkan bie, kan?"

"Betul. Sayang sayangkan bie. Tapi..." terhenti bicara Aisy.

"Kenapa sayang? Apa lagi yang sayang nak bie lakukan? Katakan..." Raess tergamam bila Aisy menarik tangannya dari disentuh Raess.

"Sayang, kenapa ni?" soal Raess bila Aisy seolah tidak gembira dengan lamarannya.

"Bie, I'm really sorry. I'm not ready yet..."

"Not ready? What do you mean? Sayang tahukan yang bie sayang dan cintakan sayang sangat-sangat? Dan hubungan kita direstui nenda. Apa lagi alasan sayang? Kita dah kenal dah lebih enam bulan. Tak salah kalau kita ke fasa seterusnyakan?" Aisy tersengeh.

"Bie, come on. Kita baru kenal enam bulan, bie. Enam bulan. Bukannya enam tahun. Relakslah. Masih terlalu awal untuk kita berkahwin."

"Sayang, I'm getting old. Bie dah nak masuk tiga puluhan."

"Tiga puluhan je bie. Bukan lima puluhan. Ada je ramai lelaki perempuan kat luar sana yang kahwin lewat. Dorang happy je."

"Itu dorang, bukan bie, sayang. Bie nak rasa kenikmatan sesebuah perkahwinan. Bie nak rasa bahagia ada keluarga sendiri, dengan anak dan isteri."

"Anak? Isteri? Jadi, bie fikir matlamat perkahwinan untuk dapatkan zuriat, begitu?"

"Tak salahkan? Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang dimuliakan? Kita dilahirkan di dunia ni, berpasang-pasangan, sayang. Dan, sayang diciptakan untuk bie..." sekali lagi Aisy menarik tangannya dari disentuh Raess.

"Oh gosh... Please, jangan terlalu sentimentallah. I rasa nak muntah je..." Raess sedikit terkejut bila Aisy menukar bahasanya dari sayang kepada I.

"Sayang, jangan buat bie macam ni. Bie dah bincang dengan nenda yang bie akan melamar sayang." Aisy kelihatan tidak senang duduk. Rambut panjang lurus ditebak ke belakang.

"Dan, nenda merestui hubungan kita berdua." Aisy masih tiada jawapan.

"Bie, you tahu tak, yang I ni dah lama tunggu peluang nak jadi model terkenal."

"Ya, bie tahu. Sayang ada cakap dengan bie pasal ni. Tapi, tak salahkan kalau kita berkahwin? Bie takkan halang minat sayang nak teruskan kerjaya sayang sebagai model."

"Ini bukan soal kahwin je. Tapi, bila I berkahwin, karier I akan hancur. I tak nak disebabkan ikut kata you, I kena korbankan tubuh langsing I!" naik seoktaf suara Aisy. Raess tergamam.

"Sayang cakap apa ni?"

"I tak pernah terfikir nak kahwin dalam masa terdekat ni, Raess. Dan, I tak nak sebab nakkan zuriat I terpaksa korbankan cita-cita I yang dah lama I pendam. I sayangkan kerjaya I!"

"Dan, sekarang, you nak I berkahwin dan lahirkan anak untuk you? Oh, please!"

"Sayang, kita dah janji..."

"Stop it! I tak cakap pun nak kahwin dengan you, Raess!"

Bab ketiga yang boleh dibaca secara percuma sehingga bab ke 4. seterusnya, akan dikunci.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2026-01-22 19:25:26 

ouh ada sejarah hitm rupanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience