HMMR - BAB 4 - KISAH LAMA

Romance Completed 23255

"Stop it! I tak cakap pun nak kahwin dengan you, Raess!" terkedu Raess dengan jerkahan Aisy.

"Sayang..."

"Stop it! I dah bosan dengan you, Raess. I nak bebas."

"Bie tak pernah sekat atau halang atau kawal hidup you, sayang. Bie hanya nak ajak sayang ke fasa seterusnya. Sayang dan bie, hanya kita berdua. Salah ke?"

"Salahlah!" jerkah Aisy sambil melipat tangan ke dada.

"I baru nak nikmati zaman kegemilangan I, Raess. You tahu tak, nama I tengah meningkat naik sekarang ni dan I tengah tunggu peluang untuk ke Itali. I nak kembangkan kerjaya I, Raess. Ini cita-cita I selama ini." Raess bungkam.

"I dah bersusah-payah selama bertahun-tahun ni untuk naikkan nama I, Raess. Dan sekarang, you nak suruh I kuburkan minat I semata-mata untuk kahwin dengan you? Hell no!" Raess dapat merasakan wajahnya terasa panas menahan marah sejak tadi.

Raess kecewa seketika. Aisy di depan matanya bukan lagi Aisy yang Raess kenali dengan kelembutan dan sopan santunnya. Raess terasa sekali lagi dirinya tertipu dengan manusia bergelar wanita.

"I tanya you sekali lagi." Aisy cerlungkan matanya ke arah Raess.

"You nak terima lamaran I atau tidak, Puteri Anastasia Aisyah binti Megat Zahrul Zahrin?" soalan diajukan tepat ke wajah Aisy.

"No! You takde hak nak paksa I, Megat Raess." Raess berdiri tegak.

"Fine! You ikut kepala you lepas ni dan kita dah takde apa-apa hubungan lagi."

"Raess!" Raess tidak mempedulikan jeritan Aisy.

"Bie, no! No, no, no. You tak boleh tinggalkan I macam ni, bie. You tak boleh buat I macam ni..." Aisy menghalang Raess sambil mendepangkan kedua tangannya.

"Bie, please..."

"Get lost!" Raess merentap lengannya dari cengkaman Aisy.

"Bie, I love you, bie. I love you so much." terhenti langkah Raess bila mendengar ungkapan cinta dari Aisy. Tubuh dipusingkan menghadap Aisy.

"So, marry me." tergeleng kepala Aisy.

"I...I can't do that. I can't..." rintih Aisy.

"Cakap dengan I, kenapa you tak boleh nak kahwin dengan I?"

"I...I just can't..."

"You tetap dengan pendirian you, kan? So, ikut je cara you dan I ikut cara I. Anggap je kita tak pernah berkenalan antara satu sama lain." Raess berlalu pergi.

"Raess! Raess! You tak boleh tinggalkan I, Raess! Raess!!!" Raess langsung tidak endahkan jeritan Aisy di tengah cafe.

"Argh!" Raess menjerit di dalam kereta bersama hentakan di stereng kereta.

Buk! Buk!

Raess benar-benar tidak dapat menerima kenyataan yang Aisy menolak lamarannya walaupun mereka saling mencintai antara satu sama lain. Apa yang Raess tidak puas, Aisy seolah-olah mahu bermain tarik tali. Persoalan yang Raess ajukan, langsung tidak berjawab, sekaligus membuatkan Raess merasakan yang mereka memang tidak ditakdirkan bersama.

Merah tangan Raess akibat hentakan di stereng kereta tadi. Kecewanya Raess dengan Aisy, hanya tuhan yang tahu.

Flashback end #

Keluhan berat dilepaskan. Jujur, Raess rasa sangat terkesan akibat perbuatan dan penipuan Aisy. Tidak lama kemudian, Raess mendapat maklumat beserta bukti dari penyiasat persendirian yang diupah untuk mengintip Aisy.

Dan keputusannya amat mengejutkan Raess apabila Aisy mempunyai hubungan dengan lelaki lain dalam masa yang sama bercinta dengan Raess. Gelap gelita dunia Raess dengan kelakuan Aisy. Selama ini, Aisy rapat dengan Raess hanya kerana mahu dirinya dimanjakan dengan wang ringgit.

"Tuan..."

"Kak Tina. Ada apa, Kak Tina?"

"Puan Lily, tuan."

"Kenapa dengan Lily?"

"Puan Lily tidak keluar dari bilik sejak tadi. Kak Tina dak ketuk pintu bilik, tapi berkunci. Dah ketuk berkali-kali. Tapi, tetap takde jawapan dari Puan Lily." Raess bungkam.

"Mana kunci pendua?"

"Sekejap, Kak Tina ambilkan." Kak Tina berlalu. Raess melepaskan keluhan. Bimbang sebarang masalah timbul, Raess melangkah laju menuju ke bilik Lily.

Lily! Lily!

Tok! Tok!

"Lily!"

Tok!

"Tuan..." Raess menoleh.

"Mana kunci?"

"Ini dia, tuan." Raess capai gugusan kunci sebelum mencari nombor kunci untuk pintu bilik Lily.

"Lily! Lily!"

"Tuan..." Kak Tina menudingkan ibu jarinya ke bilik pakaian yang sedikit tersorok dan bersebelahan dengan bilik mandi.

"Allahuakhbar... Lily, Lily... Kau takutkan aku." omel Raess sebelum mengusap kepala Lily yang berlapik dengan telekung sebelum mencempung tubuh Lily lalu diletakkan di atas katil.

"Agaknya Puan Lily tertidur usai solat tadi, tuan."

"Agaknya. Takpelah, Kak Tina. Biarkan Lily berehat. Mungkin dia masih marahkan saya."

"Mata Puan Lily bengkak dan sembap." wajah Lily ditatap penuh minat.

"Saya tahu."

"Boleh Kak Tina tanya tuan satu soalan?"

"Tanyalah, Kak Tina. Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab."

"Emm, tuan sayangkan Puan Lily." Raess menghela nafas.

"Sayang, Kak Tina. Saya terlalu sayangkan Lily. Lily, isteri saya."

"Kalau sayang, kenapa tuan buat Puan Lily macam orang asing?" Raess tergamam.

"Kak Tina tahu tuan berniat nak selamatkan Puan Lily. Tapi, tuan tak boleh layan Lily begitu."

"Saya ada sebab tersendiri, kak."

"Apa pun alasan tuan, Lily isteri tuan dan berhak disayangi dan dilayan selayaknya sebagai seorang isteri, tuan megat."

"Akak minta maaf campur hal tuan. Akak kesiankan Lily. Tuan dah tahu kisah Lily tapi, tuan..." terhenti bicara Kak Tina bila Raess enggan mengangkat wajahnya.

"Maafkan saya, tuan. Saya sekadar meluahkan apa yang tersirat di wajah Lily."

"Saya faham, Kak Tina. Saya tak salahkan Kak Tina ataupun Lily. Cuma, saya tak sangka Lily begitu berani melawan saya."

"Kekadang, orang yang kita nampak diam ni, bila dia bersuara, berbisa, tuan. Mungkin Lily kecewa apabila dipaksa berkahwin sehingga dia berani menentang tuan."

"Saya tahu, Kak Tina."

"Kak Tina dah lama dengan tuan. Kak Tina tahu tuan takde niat tak baik pada Lilykan?" Raess gelengkan kepala.

"Saya ikhlas memperisterikan Lily."

"Tuan, kalau betul pun tuan ada sebab tersendiri, Puan Lily perlu tahu sebabnya, tuan. Kalau betul tuan sayangkan Lily, buktikan." ujar Kak Tina sebelum berlalu. Raess mati diksi. Wajah tenang Lily diperhatikan.

Tanpa secalit solekan, Lily tetap kelihatan cantik. Terhenti Raess mengelus wajah cantik Lily bila ada sedikit gerakan akibat sentuhannya.

'Kau cantik, Lily. Maafkan aku sebab belum mampu nak berterus-terang. Aku janji akan jaga kau sebaik mungkin, Lily Layla.' bisik Raess sebaik melabuhkan satu kucupan di kening Lily. Raess melangkah keluar dari kamar Lily sebelum menutup pintu bilik Lily dengan perlahan. Enggan mengejutkan Lily yang sedang terlena.

Keluhan terbit dari bibir Raess yang kemerahan kesan dari tidak merokok. Raess cukup menjaga disiplin diri. Tiada rokok, tiada arak walaupun mengalami kekecewaan berganda akibat putus cinta dan dipermainkan manusia bernama wanita.

Kali pertama putus cinta, Raess hampir sahaja terjerat dengan idea kotor rakan-rakannya yang mengajak melepak dan membuang masa di kelab-kelab malam dengan alasan untuk menghilangkan tekanan perasaan dan kekecewaan.

Nasib baik, Raess sejenis yang cepat tersedar dari kesilapan. Jika tidak, sudah tentu Raess tak ubah seperti manusia-manusia bodoh yang menjadikan air kencing syaitan sebagai peneman di kala kesunyian.

"Allahuakhbar..." wajah diraup perlahan bersama nafas yang dihela.

"Tuan..." Raess sedikit tersentak saat bahunya disentuh perlahan.

"Haizi..." Haizi tersenyum sebelum duduk di hadapan Raess.

"Ada apa, Zi?"

"Saya nak serahkan maklumat tentang kolej yang menjadi tempat Lily belajar. Segala maklumat berkaitan pengetua, tenaga pengajar, semuanya ada dalam fail ini."

"Tapi, saya rasa, tuan tak perlu risau tentang pengetua kolej ini." berkerut dahi Raess.

"Kenapa? Kau kenal dengan pengetua atau maybe pemilik kolej tempat Lily belajar?" Haizi tersengeh.

"Tuan, pemiliknya nenda tuan sendiri, tuan."

"Kau biar betul, Zi?"

"Ya, tuan. Tuan tengok sendiri segala maklumat tentang kolej ini." Raess membelek satu per satu helaian kertas di dalam fail tersebut.

"Ya Allah, kecilnya dunia."

"Ya, tuan."

"Megat Naim Najmi Megat Nazrul?" Raess pandang Haizi minta penjelasan.

"Megat Naim sebagai pengetua sahaja, tuan. Dia pun jarang ada kat sana. Tuan tak perlu risaukan dia." keluhan Raess lepaskan.

"Jadi, selama ini, Lily dibawah seliaan Naim?" Haizi anggukkan kepala.

"Tuan, saya yakin, Puan Lily sendiri tidak mengenali Megat Naim. Macam yang saya katakan, Naim tak selalu ada di kolej. Dia punya syarikat sendirikan?"

"Aku risau, Haizi. Aku risau kalau dia kenal Lily. Aku tak nak ada ada orang tahu Lily, isteri aku."

"Tuan, selagi tiada siapa yang pecahkan rahsia ini, takde siapa akan tahu hubungan tuan dengan Lily."

"Aku tak percayakan ibu tiri Lily."

"Saya juga fikir begitu, tuan. Bukan ibu tirinya sahaja. Adik tiri Lily juga begitu, tuan. Nampak dari raut wajah mereka, dua beranak memang tidak boleh dipercayai."

"Itu yang menjadi masalah bagi aku sekarang ni, Zi. Aku tak nak disebabkan duit, dua beranak tu ugut aku untuk bocorkan rahsia siapa Lily pada aku."

"Tuan sebenarnya, lebih risaukan kalau Naim tahu tentang hubungan tuan dan Lilykan?" Raess menebak rambut ke belakang.

"Tapi, kau tahukan, aku dengan Naim tak sebulu."

"Atau tuan bimbang, Lily akan dicaras Naim sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini?"

"Aku tak kisah hal tu lagi, Zi. Aku tak pernah fikirkan lagi. Tapi, apa yang aku risaukan, Naim. Aku takut kalau dia cuba ganggu Lily."

"Tuan, itu dulu. Sekarang ni, saya percaya Megat Naim sudah berubah dan semakin matang."

"Kau bercakap seolah kau lebih mengenali Naim dari aku."

"Relaks, tuan. Ingat tak pertemuan tuan dengan Megat Naim ketika majlis makan malam di istana lama?"

"Aku...aku tak pasti, Zi. Yang aku ingat, aku terserempak dengan manusia gila kat majlis tu." Haizi tertawa kecil.

"Sudahlah tu, tuan. Biarkan je Cik Aisy. Pedulikan dia. Dia sebenarnya masih mengharapkan tuan menerima dia semula."

"Huh! Gila! Aku tak bodoh nak terima dia semula dalam hidup aku, Zi. Cukuplah dia dah mainkan aku selama ini. Buang masa aku je..." bebel Raess.

"Perempuan macam tu, aku harap dia akan terima balasan yang setimpal. Nak sangat hidup mewah, nak kaya-raya. Nak senang-lenang. Tak nak mengandung, takut body rosak. Sorrylah. Kau kahwinlah dengan lelaki yang memang tak nak komitmen. Tiba masanya nanti, kau melopong."

"Marah sangat tu, tuan."

"Memang aku marah, Zi. Aku tak pernah lupa kata-kata dia, Zi. Aku takkan lupa bila dia cakap dia tak pernah terfikir nak kahwin dengan aku dan aku lagi marah bila dia cakap tak nak mengandung, beranak bagai. Perempuan jenis apa macam tu?"

"Sudahlah tu, tuan. Biarkan je dia. Sekarang ni, yang nyata, saya tak nak tuan terlalu fikirkan hal Cik Aisy. Tuan fokus pada Puan Lily. Tentang hal Naim, in shaa Allah, saya sendiri akan uruskan kalau ada sebarang permasalahan."

"Thanks, Zi. Aku letak sepenuh kepercayaan aku pada kau."

"Saya faham, tuan. Itu dah memang tugas saya." ujar Haizi seraya berura-ura mahu melangkah pergi.

"Haizi..." terhenti langkah Haizi sebelum pusingkan tubuh menghadap Megat Raess.

"Ya, tuan?"

"Kau takkan khianati aku, kan?" berkerut seribu dahi Haizi.

"Apa maksud, tuan?" Haizi lipat tangan ke dada bersama kerutan di dahi.

"Tuan tak percayakan saya?" soal Haizi lagi sebelum menghampiri Raess yang jelas kelihatan keliru ketika ini.

"Bukan begitu. Aku tahu kau dah lama bekerja dengan aku. Aku cuma bimbang ada pekerja aku yang berniat nak khianati aku. Kau tahukan siapa aku yang sebenar dan apa yang mampu aku lakukan?"

"Tuan Megat Raess Rayyan bin Megat Rasheed." nama penuh Raess disebut membuatkan Raess jongketkan kening kanannya.

"Saya pernah bersumpah dan berikrar akan setia dengan tuankan? Saya bekerja dengan ikhlas, tuan. In shaa Allah, selagi saya percaya pada takdir Allah, selagi itu saya akan setia dan ikhlas bekerja dengan tuan."

"Terima kasih, Haizi. Aku hargai kebaikan kau."

"Sama-sama, tuan. Saya minta diri dulu."

"Thanks, Haizi." Haizi angguk kepala sebelum berlalu. Raess hela nafas kelegaan. Hampir tujuh tahun Haizi bekerja dengan Raess sebagai pembantu peribadi. Sebelum ini, pembantu peribadi Raess, seorang wanita.

Namun, Raess terpaksa memecat wanita itu lantaran berniat tidak baik padanya selain daripada menggunakan kad kredit platinum Raess untuk kegunaan sendiri. Wanita itu yang dikenali dengan nama Mas, tidak jujur. Malah menyimpan perasaan pada Raess dan cuba mendapatkan Raess dengan cara yang tidak betul.

Raess bertuah kejahatan wanita itu dapat dikesan awal. Itupun, disebabkan Kak Tina yang perasan perubahan wanita tersebut. Atas arahan Raess, Mas disiasat sedalam-dalamnya sehingga dia akhirnya mengaku.

Jika bukan disebabkan Kak Tina, dah tentu Raess kini di dalam genggaman Mas. Cuma, sekarang ini fokus Raess, menjaga Lily. Pernikahan yang tiada siapa yang tahu, menyukarkan Raess untuk membawa Lily keluar dari rumah agam ini tanpa gangguan.

Raess ada sebab tersendiri kenapa pernikahan ini dirahsiakan. Raess berniat baik mahu menjaga Lily dan menyelamatkan diri dari Khadijah dan Karmila seperti yang telah dia persetujui ketika arwah ayah Lily masih ada.

Dan, sejujurnya, Raess telah jatuh cinta pandang pertama pada Lily sejak kali pertama gambar Lily yang ditunjukkan ayahnya sebelum kemalangan.

last free chapter for HMMR. bab 5 sehingga tamat akan dikunci. harap maklum. enjoy reading. terima kasih support Nurul

Share this novel

Saemah
2026-04-29 23:16:05 

macam mana nak buka kunci , dah saya top up pun tak terbuka

zuraida
2026-02-07 17:02:55 

kalau terus Bab kena beli coin ke? tuk full Bab brpe coin kena pakai?

DHIA AMIRA.
2026-01-22 19:31:36 

tp as usual bca smpai bab 4 hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience