MHHR - BAB 2 - DIKTATOR

Romance Completed 23255

"Pakaian? Almari?" Kak Tina angguk tersenyum, sementara Lily berkerut dahi.

"Tapi, saya hanya bawa sebuah beg pakaian je..." jawab Lily polos.

"Takpe. Puan rehatlah. Mandi. Bersihkan tubuh, ya? Dalam almari ni semuanya pakaian untuk puan. Tuan megat tak suka pada kekotoran. Harap puan bersihkan tubuh puan dan pakai cantik-cantik. Nanti Kak Tina akan panggil puan untuk makan malam."

"Kak Tina, nanti..." terhenti langkah Kak Tina sebaik namanya dipanggil.

"Ya, puan."

"Emm, takpelah. Terima kasih." Kak Tina mengangguk dan berlalu meninggalkan Lily sendirian di dalam bilik besar itu. Lily melangkah ke jendela.

"Apalah nasib aku. Kenapa Kau uji aku sebegini, Ya Allah. Dari mulut buaya, terperangkap dalam mulut naga..." omel Lily bersama keluhan berat yang dilepaskan. Pandangannya kabur dengan air mata yang mula bertakung ditubir mata. Berat kepala memikirkan masalah diri, Lily mengambil keputusan untuk merehatkan diri di atas katil bersaiz besar.

"Ya Allah, selesanya..." mudah sahaja Lily terlena lantaran kantuk menguasai mata. Dan inilah pertama kali Lily dapat rehatkan diri seselesa begini.

Tok! Tok!

Tersentak Lily sebaik terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu. Mata digosok seketika. Dengan berat langkah, Lily ke muka pintu.

"Kenapa kau tak bersiap?" Lily berlalu dari pintu sebaik terjegul wajah bengis Megat Raess.

"Saya tak fikir saya perlu bersiap." balas Lily membelakangkan Raess.

Buk! Tersentak Lily terdengar tumbukan di pintu. Tubuh dipusingkan menghadap Raess. Berlekuk pintu bilik ditumbuk Raess.

"Apa yang tuan buat ni?" tangan Raess yang berdarah dilap dengan kain tuala mandi yang dari ditarik kasar dari atas katil.

"Kalau marahkan saya jangan sampai cederakan diri sendiri." omel Lily. Raess leka memerhatikan seraut wajah tanpa cacat cela dan bersih dari secalit make-up.

"Kau cantik..."

"Apa?"

"Err, takde apa. Aku bagi kau masa setengah jam untuk kau bersiap."

"Saya tak nak."

"Ini arahan. Jangan sampai aku bertindak diluar kawalan. Siap!" terhinjut tubuh Lily.

"Ish! Bencilah! Diktator!" jerit Lily.

"Aku tak peduli apa jua gelaran yang kau bagi. Pastikan kau turun dalam masa setengah jam. Tolong bersiap dan pakai pakaian yang aku sediakan di dalam almari."

"Tapi..."

Bum!

"Ish, ingatkan terlepas dari rumah neraka tu, aku akan selamat." keluhan berat dilepaskan sebelum Lily melangkah ke kamar mandi.

"Pakaian apa yang dia maksudkan?" Lily merayau-rayau di dalam bilik yang tiga kali ganda besar dari rumahnya sendiri.

"Wah! Banyaknya baju. Barang kemas. Barang kebersihan semua ada. Siapa punya ni? Takkan aku punya pulak? Aku baru sehari kot kat rumah ni..." omel Lily.

"Ya Allah, cantiknya pakaian ni semua. Tentu mahalkan?" omel Lily lagi seraya menarik sepasang dress labuh berwarna biru lembut.

"Cantik. Ngam-ngam kat badan aku. Pelikkan? Macamana dia tahu ini saiz aku?"

Tok! Tok!

Laju langkah Lily ke arah pintu.

"Puan, maaf mengganggu." tegur Kak Tina sebaik pintu dikuak.

"Err, takpe Kak Tina."

"Tuan dah menunggu. Silakan."

"Ya, ya." pintu bilik dikatup sebelum Lily mengekori Kak Tina ke ruang makan. Mata leka melilau melihat ruang rumah agam yang tersergam indah.

Terpegun Megat Raess melihat keindahan di depan mata sebaik Lily menuruni tangga. Tidak berkalih mata Raess melihat Lily. Sebelum ini, Lily yang dilihatnya agak comot dan biasa-biasa sahaja. Tapi, di depannya kali ini, Lily kelihatan sangat cantik.

"Tuan..."

"Duduk." Lily akur sebelum melabuhkan punggung dikerusi. Terdapat dua orang pembantu membantu Raess dan Lily di meja makan.

"Makan. Selepas ni, kita akan berbicara. Kau boleh tanya apa sahaja."

"Emm..." pendek jawapan Lily. Melihat lauk-pauk di depan mata membuat air liur Lily kecur.

"Makan. Jangan ditengok sahaja makanan tu. Kalau kau tak nak makan, aku buang semua makanan ni..." Lily lepas keluhan. Sempat mata dipincingkan ke arah Raess yang beriak selamba.

'Sabar je aku dengan diktator sorang ni...' gumam Lily.

"Kenapa kau tak ambil lauk?"

"Sa...ya tak biasa makan lauk banyak. Satu ni pun dah mencukupi..."

"Makan lebih. Aku tak nak tengok kau jatuh sakit kat rumah aku ni..." tegas Raess tanpa memandang ke arah Lily.

"In shaa Allah, tuan. Saya akan jaga kesihatan diri sendiri. Saya dah terbiasa makan makanan orang miskin."

Nah! Lily pulangkan paku buah keras. Dengusan kedengaran. Lily tersungging.

"Dah selesai, naik ke bilik bacaan. Kak Tina akan tunjuk kau bilik tu nanti." ujar Raess lagi sebelum berlalu meninggalkan Lily.

"Eh, jangan puan. Kami akan kemas meja ni."

"Takpe. Saya bukan puan. Saya tak reti nak duduk diam."

"Jangan begitu, puan. Puan dah berkahwin dengan tuan megat dan itu bermakna puan adalah isteri majikan kami. Tolong kami, puan. Tuan megat tak benarkan puan melakukan sebarang kerja dalam rumah ni."

"Tapi..."

"Puan, kami akan dipersalahkan dan akan dihukum jika puan berdegil." kali ini Kak Tina terpaksa campur tangan mewakili pembantu rumah yang lain. Keluhan dilepaskan. Tangan dicuci selepas meletakkan kain pengelap meja.

"Puan, naiklah berehat di bilik bacaan. Mari, Kak Tina tunjukkan."

"Hurm..." pendek jawapan Lily.

"Ada lif? Kenapa saya tak perasan?" soal Lily sebaik masuk ke dalam lif yang berdekatan dengan tangga menuju ke tingkat tiga rumah agam itu.

"Puan baru sampaikan? Tuan pun belum sempat suruh Kak Tina bawa puan keliling kawasan rumah agam ni."

"Kak Tina dah lama bekerja dengan tuan megat?"

"Lama juga. Hampir sepuluh tahun."

"Uish, lama tu..."

"Tuan megat tinggal seorang ke kat sini?"

"Err, silakan puan." cantas Kak Tina. Enggan menceritakan apa-apa yang berkaitan dengan dirinya dan tuan megat. Perjanjian yang telah dia tandatangani ketika masuk bekerja di rumah agam ini.

Tok! Tok!

"Masuk!"

"Tuan..." terdongak seketika Raess sebaik pintu dikuak.

"Bawa puan ke mari."

"Baik, tuan. Silakan, puan..."

"Terima kasih, Kak Tina..." pintu bilik ditutup.

"Duduk." pendek arahan Raess bila Lily melilau melihat suasana bilik bacaan yang sunyi sepi.

"Duduk, Lily Layla..."

"Err, maaf..." Lily melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Raess yang leka membuat kerja di laptop tanpa memandang Lily.

"Tuan..."

"Emm..."

"Tuan sibuk ke? Kalau sibuk, saya nak masuk bilik dulu." terhenti jari-jemari Raess dari meneruskan kerjanya. Laptop dipandang seketika sebelum ditutup.

"Ma...maafkan saya. Tapi, apa tujuan tuan panggil saya ke mari?" Raess menyandarkan belakang tubuh ke badan kerusi sambil merapatkan kedua tangannya seraya memandang ke arah Lily tanpa kerlip.

"Kau tahu sekarang kau telah sah menjadi isteri aku..." laju Lily anggukkan kepala.

"Pernikahan ini tiada siapa yang tahu melainkan pembantu peribadi aku dan pembantu rumah ini sahaja."

"Apa yang tuan cuba perkatakan? Straight to the point."

"Wah! Aku kagum dengan keberanian kau."

"Saya tak salah. Jadi, kenapa saya perlu takut?" tersungging Raess.

"Pertama kali aku bertemu dengan perempuan yang tidak takut dengan aku."

"Tuan bukan hantukan? Tuan dah sah menjadi suami saya walaupun tanpa kerelaan." tajam pandangan Raess pada Lily.

"Kau memang sejenis yang suka berterus-terang ke Lily Layla?"

"Ya. Saya tak suka kalau bermuka-muka. Dalam erti kata lain, saya benci manusia hipokrit. Belakang kata lain, depan kata lain. Atau lebih sesuai jika digelar manusia sebegitu sebagai munafik." terjongket bibir Raess.

"Apa yang membuatkan tuan mahu menikahi saya? Yang berhutang adalah ibu tiri saya, bukan saya. Kenapa tidak dipilih sahaja adik tiri saya, Kamila? Kamila jauh lebih cantik dari saya."

"Maksud kau?"

"Bukankah lelaki lebih memilih kecantikan dan paras rupa seseorang wanita untuk dijadikan teman hidup? Kenapa saya? Jangan bagi alasan yang tuan terpaksa sedangkan hakikat sebenarnya, tuan sendiri tahu maksud sayakan?"

"Well... Memang pada mulanya, Puan Khadijah cagarkan anaknya sendiri demi melunaskan hutang. Tapi, tiga minggu sebelum majlis pernikahan, rancangan itu terpaksa ditukar."

"Kenapa?"

"Kau tak perlu tahu semua tu. Itu rahsia antara aku dengan Puan Khadijah."

"Jadi, apa sebenarnya tujuan tuan mengahwini saya selain saya dijadikan cagaran untuk melunaskan hutang?"

"Kau tak perlu tahu semua tu..."

"Tapi, disebabkan tindakan tuan, saya terpaksa berhenti belajar!" naik seoktaf intonasi suara Lily.

"Tindakan tuan ini membuatkan hidup saya huru-hara. Saya dipaksa berhenti belajar sedangkan saya ada kurang setahun untuk habiskan pelajaran saya..." ada getaran pada suara Lily.

"Saya dah lama simpan hasrat untuk sambung pengajian. Tapi, disebabkan sikap pentingkan diri tuan dan ibu tiri saya, saya yang menjadi mangsa keadaan." air mata memenuhi tubir mata.

"Saya berusaha keras untuk menempatkan diri di pusat pengajian ini. Ini cita-cita saya, tuan. Cita-cita untuk saya ubah nasib dan hidup saya." air mata mengalir sebaik Lily memejam mata seketika.

"Saya berusaha siang malam untuk tampung kehidupan saya, tuan. Saya berusaha sendiri. Saya belajar sambil bekerja demi kelangsungan hidup." esakan kecil mula kedengaran saat Lily meletakkan dahi di bucu meja.

Terhinjut-hinjut tubuh Lily menahan esakan. Timbul perasaan belas kasihan pada Lily. Ingin sahaja rambut panjang Lily diusap. Namun, hasrat itu dimatikan. Semua rahsia Lily, diketahui Raess sebelum Raess menukar rancangannya untuk menikahi Lily bukannya Karmila.

Hampir sebulan Raess mengekori langkah Lily, melihat sendiri aktiviti Lily. Jika Raess tidak berkesempatan, orang kanan Raess akan mengambilalih mengekori Lily kemana sahaja yang Lily pergi.

"Aku akan benarkan kau sambung belajar." terdongak Lily. Air mata dikesat kasar.

"Apa tuan cakap?"

"Aku izinkan kau sambung belajar."

"Betul ke, tuan? Saya boleh sambung belajar?" Megat Raess anggukkan kepala tanpa bicara.

"Ya Allah, alhamdulillah. Terima kasih, tuan. Terima kasih."

"Tapi, dengan syarat."

"Syarat?"

"Ya. Aku ada syarat yang perlu kau patuhi."

"Kenapa perlu bersyarat?"

"Kau tak perlu tahu."

"Saya perlu tahu!" bentak Lily. Raess pincingkan mata ke arah Lily.

"Baik. Aku bagitahu kenapa aku tetapkan syarat untuk kau belajar semula. Sebab kau sekarang, isteri aku!" tegas Megat Raess.

"Huh! Isteri cagaran? Itu maksud tuan?"

"Aku tak peduli. Jika kau benar nak belajar, aku akan izinkan. Tapi, kau perlu patuh dengan semua syarat yang telah aku tetapkan!" tersengeh Lily.

"Saya sekadar isteri atas kertas, isteri cagaran dan sekarang tuan perlakukan saya seolah-olah tuan telah membeli saya!" bentak Lily sambil berdiri. Tidak puas hati bila terpaksa mengikut segala perintah Raess.

"Kau isteri aku dan aku suami kau! Kau kena ikut dan akur dengan segala perintah aku!" tengking Raess.

"Huh! Tuan berlagak seperti tuhan yang perlu saya patuh." sindir Lily sambil melipat tangan ke dada.

"Lily, jaga pertuturan kau. Apapun yang berlaku, kau dah menjadi isteri aku yang sah!"

"Isteri? Isteri cagaran yang dipaksa tidur berasingan dengan suami sendiri?" Raess mati diksi.

"Kenapa diam? Tuan katakan saya isteri yang sah. Tapi, saya dipaksa tidur berasingan dengan tuan."

"Kau tak tahu apa-apa, Lily." kendur suara Raess.

"Jadi, jelaskan! Jelaskan agar saya faham permainan tuan sebenarnya!" bentak Lily.

"Adakah saya ni isteri yang tidak dianggap? Atau, mungkin saya ni isteri yang tidak diakui? Atau, saya hanya isteri cagaran yang terpaksa tuan nikahi demi melunaskan hutang?"

"Diam, Lily! Jangan mengarut!"

"Jadi, terus-terang dengan saya! Siapa saya di sisi tuan? Isteri atau perempuan simpanan?"

"Lily!!!" bergema bilik bacaan dengan jeritan Megat Raess. Terhinjut tubuh Lily dengan sergahan Raess. Berombak dada Raess menahan amarah.

"Saya benci tuan! Saya benci!" jerit Lily sebelum melangkah keluar dari bilik bacaan tanpa mengendahkan Raess.

"Lily! Lily!" Lily berlalu tanpa mempedulikan jeritan Raess.

"Shit! Shit! Shit!" marah Raess seraya menghentakkan tangan ke meja. Punggung dihenyakkan ke kerusi. Keluhan dilepaskan bersama rambut yang ditebak ke belakang.

"Tuan okey?" soal Haizi, selaku pembantu peribadi Megat Raess yang telah bersama Raess hampir sepuluh tahun lamanya.

"Aku tak tahu..."

"Tuan tak nak berterus-terang dengan Puan Lily?"

"Aku fikir belum masanya untuk Lily tahu."

"Jadi, sekarang ni macamana?"

"Aku tak tahu, Zi. Aku..." kelu.

"Tuan, belajar kawal baran. Lily, sekarang ni isteri, tuan. Saya dapat lihat Puan Lily bukan sebarangan wanita yang mudah tunduk pada arahan."

"Aku tahu. Kehidupan yang menjadikan dia begitu."

"Tuan menyedarinya dan masih nak berselindung dengan Puan Lily?"

"Aku...aku takde keberanian untuk berterus-terang dengan Lily, Zi. Aku takde keberanian itu. Alasan mengahwini Lily atas sebab melunaskan hutang ibu tirinya, adalah satu-satunya alasan yang paling munasabah bagi aku."

"Tapi, sampai bila tuan nak sembunyikan kisah sebenar?"

"Sampai aku betul-betul dapat memaafkan diri aku sendiri."

"Tuan menyeksa diri tuan sendiri."

"Apa maksud kau, Haizi?"

"Lily isteri tuan yang sah. Jangan jadikan alasan itu untuk menidakkan hak Puan Lily. Saya tak fikir puan sahaja yang akan terseksa. Tuan juga akan turut terseksa."

"Aku faham, Zi. Tapi, aku takde cara lain dari menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan Lily."

"Takpe, tuan. Tuan fikir masak-masak." keluhan Raess lepaskan.

"Emm. Err, Haizi, tolong aku dapatkan info tentang tempat Lily belajar."

"Tuan izinkan Puan Lily sambung belajar?"

"Ya. Tapi bersyarat. Aku tak nak Lily rapat dengan mana-mana lelaki walaupun sekadar teman rapat."

"Tuan cemburu?"

alhamdulilah, bab kedua selamat diterbitkan. jemput baca guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience