Baik atau jahat.
Devil or angel.
Aku sendiri tak tahu nak label diri aku macam mana. Dan aku tak tahu macam mana orang lain label aku sepanjang aku hidup.
Setiap orang ada baik dan jahat mereka sendiri.
Aku.
Aku tak suka bila orang label aku sebagai seorang yang baik. Maybe aku lebih prefer orang anggap aku ni jahat.
Aku ada ego sendiri.
Aku ada baran sendiri.
Tapi semua tu aku sembunyikan dalam sudut diri aku yang paling dalam.
Bagi aku, aku tak mampu untuk marah atau menengking seseorang apabila aku rasa marah dan benci pada orang. Sometimes bila aku marah orang, mereka akan endah tak endah je aku ni. Memandangkan badan aku ni kecil.
Memendam terlalu banyak dan lama buatkan diri aku terseksa. Itu membuatkan mengeluarkan sifat teruk yang tersudut dalam diri aku. Itu menjadikan aku seorang yang paling hina bila sampai saatnya.
Daripada jauh dapat aku lihat Sofie. Dia adalah salah satu pekerja Nana yang baru. Aku tak suka sangat perangai dia. Awal-awal kerja dulu aku rasa okay je. Makin lama makin menyampah tengok perempuan tu.
Ya, aku agree yang aku tak berhak campur tangan urusan atau hidup orang tapi kalau jenis yang macam tak ada common sense ni aku tak tahu la nak cakap.
"Jenny, aku tak suka la si Sofie tu. Sumpah aku annoying dengan dia. Borak phone memanjang. Dah la video call. Habis mamat yang dia call tu nampak muka kita sorang-sorang", complain la aku kat situ pasal si Sofie.
"Ye ke?", maka bermulalah sesi membawang kami. Segala ketidakpuashatian yang terbuku semua kami luahkan.
"Perempuan tu tak ada common sense ke hah?", terkuat sikit suara Jenny.
"Korang cakap pasal apa ni?", terkejut beruk aku dan Jenny apabila ditegur oleh Nana. Disebelah Nana berdirinya Una, pembantu Nana dan juga merangkap kawan baik aku, Jenny dan Nana.
"Tak ada apa sangat pun. Si Hannan ni cerita dia nampak Sofie tu video call lelaki mana entah. Dalam bilik rehat pun dia still on call. Kan, Hannan?". Nana memandang ke arah aku. Aku hanya menggangguk.
"Oh, Sofie tu ke?", semua berpaling memandang Una yang bersuara. "Haritu lagilah. Nampak haritu dia panggil perempuan guna 'sayang' tau". Kami semua menekup mulut terkejut dan tidak percaya khabar yang baru didengar.
Dia lesbian ke?!
Astaghfirullahalazim.
"Ish, banyak gila la orang cakap yang diorang semua nampak Sofie tu on call, kuat pula tu. Memang boleh dengar la apa topik mereka cakap. Lelaki bukan sorang dua dia main. Nampak dah macam dekat lima orang"
"Iya, aku dengar pun macam tu. Padahal dia dah ada boyfriend kan. Boyfriend dia baik gila!" aku pula menyampuk. "Takkanlah dua jenis dia kaut!",aku berspekulasi. Kami semua berpaling ke arah Sofie yang masih ralit berbual ditelefon.
"Kau tak nak buang ke Sofie tu Nana?Macam tak okay je kalau ada pekerja yang tak boleh bertolak ansur dengan privacy orang lain", Jenny bertanya. Air muka Nana sudah mula berubah, mungkin tengah berfikir tu.
"Hmmm...Entahlah"
Alamak, dah start dah Nana ni!
Nana ni memang lain daripada orang-orang yang pernah aku kenal selama aku hidup. Tengok la sekarang ni. Nak buat keputusan untuk buang pekerja bermasalah pun tak mampu.
Aku pun ada la masa yang aku tak dapat nak buat keputusan sendiri. Tapi Nana ni tahap nak fikir nak beli makan ke tak pun problem. Padahal makanan dah depan mata, pilih je nak yang mana.
Lagi teruk kitorang pernah kena. Kitorang dah masuk kedai sebab dia kebulur nak makan, dia punya fikir nak makan apa sampai kitorang tak jadi nak makan dan beli air lepastu cau dari kedai tu.
Disebabkan aku rasa agak menyampah. Aku pun pergi dari situ dan meninggalkan perbualan tadi tergantung tak bertali.
Aku mula pergi melihat-lihat kawasan sekeliling meskipun sudah beberapa kali aku datang ke sini. Meskipun tempat yang sama, lukisan di sini sentiasa berubah setiap kali aku datang.
Oh, lupa pula aku nak cakap. Sekarang ni aku berada di galeri milik Nana. Reason aku kat sini mesti akan buat orang terkejut sebenarnya.
Aku merupakan seorang pelukis. Tapi boleh dikatakan yang aku ni lebih prefer untuk sembunyikan identiti aku dan menggunakan nama samaran. Painting yang aku hantar dengan penat lelah serta segala dugaan adalah seni yang aku sendiri hasilkan dengan kedua tangan aku.
Nana lah yang selalu membeli hasil lukisan yang aku buat untuk sama ada diletakkan sebagai pameran ataupun galeri.
Boleh dikatakan mahal la juga harga yang aku letakkan. Namun itu, sama sekali tidak merugikan Nana kerana semestinya harga yang diletakkan di galeri lebih mahal dari harga yang dia beli.
Aku memulakan langkah, melihat satu per satu lukisan yang terletak cantik di dinding. Setiap lukisan mempunyai teknik lukis, warna dan cerita yang berbeza. Itulah sebab aku sukakan lukisan.
Tika melukis la aku dapat meluahkan semua isi hati yang terbuku. Melukis la tempat aku mencurahkan segalanya.
Harini merupakan hari terakhir untuk galeri. Sedih dan gembira bercampur baur di dalam hati aku. Manakan tidak aku tidak sedih bila galeri ni dah nak habis walhal aku sangat suka vibe apabila aku melihat lukisan yang tergantung cantik dan mendengar pujian yang dilemparkan.
Yang membuatkan aku gembira pula adalah dua daripada lukisan aku telah mendapat tuan baru untuk menjaga mereka! Dah macam aku cakap pasal haiwan pula. Tuan dan penjaga.
Agak kecewa la lukisan aku yang satu lagi belum menambat hati sesiapa. Padahal bagi aku, lukisan itu lah yang paling aku suka dibandingkan dengan dua yang lain. Mungkin lukisan itu ditakdirkan kembali ke pangkuan aku ataupun takdir akan menemukan dengan orang yang tepat.
Aku memerhati tak berkelip melihat setiap lukisan. Aku meneliti setiap inci lukisan untuk memahami erti-ertinya. Ada beberapa lukisan yang sukar aku fahami meskipun aku adalah seorang pelukis.
Tanpa aku sedar langkah aku terhenti tepat berhampiran dengan lukisan terakhir aku. Niat hati aku mahu melihat lukisan aku la tapi niat tu terbatal bila seorang lelaki berdiri tepat dihadapan lukisan aku.
Aku hanya berdiri meneliti lukisan lain. Aku nak je tengok muka orang yang berdiri di sebelah tapi takut mengganggu orang pula. Hujung mata aku hanya menunggu untuk melihat wajah lelaki itu.
Baru aku sedar lelaki disebelah aku mempunyai gigbag dibelakangnya. Corak gigbag itu seperti pernah aku lihat. Tapi dekat mana ye?
"Jiwa"
Perkataan lelaki itu membuatkan aku ingin mencuit dia tapi deringan telefon memberhentikan aku dari melakukannya.Segeralah aku angkat kerana panggilan itu daripada Nana.
"Hello?Hannan, kau kat mana?"
"Aku ada kat dalam galeri lagi la. 2 minit lagi aku turunlah"
Aku terus menutup telefon. Cepat-cepat aku berpusing memandang belakang namun tiada sesiapa lagi berdiri di situ.
Di dalam sudut hati yang paling dalam aku agak sedih la. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku rasa sedih. Mungkin sebab lelaki tu tak berminat dengan lukisan aku? Atau aku mengharapkan lelaki tu adalah seseorang?
Aku pun turun ke kereta Nana dengan seribu satu rasa yang membelenggu dihati.
Share this novel