Sedang aku duduk berseorangan sambil meminum teh panas di kerusi empuk bersebelahan atelier aku. Otak aku masih ligat memikirkan surat yang aku terima sebentar tadi.
Macam mana la aku nak bersikap jujur dengan apa yang aku rasa...
Banyak detik dalam hidup aku yang aku sendiri tak dapat luahkan.
Dan kekadang tempat aku luahkan adalah salah.
Aku sedar bahawa aku mempunyai sifat yang suka mengumpat seseorang apabila aku marahkan seseorang itu. Aku tahu itu perkara tak baik dan sangat jahat. Namun, ini sahajalah cara untuk aku meluahkan segala isi hati aku selain daripada melukis.
Ish, kepada para pembaca… Jangan tiru aksi ini!
Kekadang selepas meluahkan segala yang terpendam. Aku akan mula rasa bersalah kerana mengumpat orang tersebut. Lawakkan aku. Dah buat jahat tiba-tiba rasa bersalah. Masa aku buat tak fikir salah baik.
Seperti surat yang aku terima, surat itu aku terima daripada Laili. Seseorang yang aku pernah tabik hormat namun sebentar. Kenapa?
Semuanya kerana Laili tidak dapat mengawal emosi dia. Selama pernah berkumpulan dengan dia di universiti, aku selalu rasa seperti menjadi kuli dan rasa diarah-arah. Walhal dia pun boleh je untuk tolong aku baiki apa yang salah.
Oleh kerana tidak tahan dengan sikap Laili, aku mula bertanya la tentang sikap Laili pada group mate dan rakan sekelas. Ada lah beberapa orang yang setuju akan apa yang aku rasa kerana mereka juga pernah melaluinya.
Aku pernah tabik hormat pada Laili kerana berpendirian tetap dan taat kepada agama. Apabila kepala aku rasa dipijak sedemikian rupa, aku pun menunjukkan sisi buruk aku.
Mungkin dia pernah mendengar sesuatu ketika aku mengumpat dia. Jadi hubungan kami agak tegang dan kami berdua tidak pernah saling meminta maaf antara satu sama lain. Bagi aku, kedua-dua pihak bersalah tapi tidak melakukan sebarang tindakan.
Laili patut berkumpulan atau bekerja dengan seseorang yang lebih kuat, matang dan yang mampu menegur. Bukan orang lemah seperti aku.
Aku merasakan yang aku patut mengendahkan saja surat itu namun dalam sudut hati aku ada rasa bersalah untuk melakukannya. Kerana surat itu merupakan undangan untuk berkolaboratif dengan syarikat tempat Laili bekerja. Nampak seperti aku ini tidak professional untuk menolak padahal aku ada hak untuk menolaknya.
Mungkin sesuatu boleh berubah dan itulah yang aku harapkan.
Aku mencapai berus di atas meja. Cawan teh tadi aku letak ditepi. Entahlah. Teh itu sudah terasa tawar di lidah aku.
Emosi yang tidak terkawal seperti ingin mencurah keluar. Berus tadi aku celup ke dalam cat lalu dioles-oles dahulu. Canvas putih tidak lagi putih, canvas itu kini dipenuhi dengan emosi dan jiwa aku.
Begitulah antara bagaimana lukisan 'Jiwa' dihasilkan. Masterpiece aku. Kini telah petang, sudah hampir waktu untuk galeri ditutup. Lukisan 'Jiwa' pada akhirnya telah menjumpai tuannya.
Aku tak tahu siapa yang beli lukisan tu. Tapi aku harap dia dapat mendalami pesan yang disampaikan dalam seni aku.
Meskipun telah dijual lukisan itu masih berada di galeri dan belum dicabut dari gantungannya. Jadi aku ambil keputusan untuk melihatnya untuk kali terakhir.
Satu sosok berdiri tepat di hadapan lukisan aku.
Kenapa macam pernah nampak, ya?
Oh, dia lelaki petang tadi!
"Assalamualaikum, maaf awak tapi lukisan tu dah dijual"
Lelaki memusingkan badannya memandang aku. Alangkah terkejutnya aku, lelaki dihadapan aku ini adalah lelaki yang sama menolongnya tempoh hari.
"Hi", dia menyapa terlebih dahulu. Nampak sangat aku terjegat kat situ sebab terkejut. Malunya aku. Mesti dia anggap aku ni tunggul kayu.
"Tak sangka jumpa kau kat sini".
Eh?
Aku kaku semula.
Apasal aku guna 'aku kau' dengan dia! Alamak, ni baru second time aku jumpa dia kot!
Nampak sangat aku berdendam dengan dia sebab paksa-paksa aku duduk haritu.
"Sorry la, terpanggil awak 'kau' pula", aku menggaru pipi kerana suasana terasa awkward bagi aku.
"Apa yang risau sangat. Aku tak kisah la. Haritu pun aku terguna aku kau. Ingatkan kau tak selesa", dengan muka sinis dia menjawab.
Ish, nasib baik mamat ni okay je aku panggil dia kau. Hmm... Kalau tak mesti aku akan awkward gila nak cakap dengan dia ni. Aku ni dah la tak biasa panggil awak-awak bagai.
"Aku agak suka lukisan ni. Aku tak tahu betul atau tak tapi aku dapat rasa apa yang disampaikan dalam lukisan ni",jarinya menunding kearah lukisan aku.
"Ye ke? Apa yang awak faham?", tanya aku untuk menguji. Ramai je yang cakap diorang faham lukisan aku tapi sukar untuk jumpa yang betul-betul faham akan ia selain Nana.
"Gubahan yang dipegang wanita dalam gambar ni terlampau besar. Mungkin dia sengaja nak sembunyikan diri dia. Memandangkan separuh wajahnya mengintai. Dia mesti nak tahu tentang apa yang di hadapannya. Tapi aku tak pasti mengenai gubahan yang dipegangnya, macam pelik atau ada maksud lain"
Tepat! Sebetulnya hampir tepat. Tepat tapi tak terlalu tepat.
Saat itu Hannan merasa sebak kerana ada orang yang tidak mengenalinya secara dalam dapat mentafsir apa yang dia sampaikan.
Sedang aku sibuk melayan drama hati. Dia tiba-tiba bertanya,"Kau buat apa kat sini sebenarnya?", kening sebelah dia jongkekkan.
Poyo pula mamat ni harini. Bawa girlfriend ke dia ni?
Lambat aku balas. "Aku... Pelukis"
"Wow, pelukis?!So, lukisan haritu kau punya la". Aku mengangguk perlahan. Tiba-tiba rasa malu pula nak mengaku diri sendiri pelukis.
"Kau punya yang mana satu?"
"Apa?"
"Lukisan yang kau lukis yang mana satu?Nak juga tahu hebat ke tak lukisan kau"
"Dah tak ada kat sini. Orang yang beli dah ambil bawa balik"
"Iya?!Alamak rugilah aku tak dapat tengok!"
Ish rasa nak tumbuk pula lelaki ni. Dia ni betul-betul devil with angel smile.
Aku asyik panggil dia lelaki tu. Lelaki ni. Apa eh nama dia?
"Mmm... Apa eh nama awak. Haritu tak ingat pula nak tanya?"
"Ye ke?".
Aku mengangguk.
"Okay! Kau boleh panggil aku, Jack"
"Jack? Kau ni biar betul. Serious ke main-main ni?",berkerut kening aku memandang Jack. Betul ke tak mamat ni?Dah makan ubat ke belum mamat ni? Macam orang terlepas dari rumah sakit jiwa.
"Betul lah. Aku serious. Ada nampak muka aku ni jadi badut?",bombastic side eyes lah aku pandang Jack ketika itu. Lantak dia la. Jack pun Jack la.
"Okay, biar aku pula",kata aku sambil muka acah pick me girl. Acah je la tapi. "Selamat berkenalan. Meskipun first time jumpa macam hauk sikit. Nama aku Hannan. Nak panggil apa tak kisah asal jangan menghina"
"So, kita official kawan ke ni?" tanya Jack.
"Asal? Selama ni tak kira kawan la? Aduh, lawak la",tanya aku sambil ketawa. Ada-ada saja Jack ni. Nak je aku siku Jack ni.
Sebenarnya aku dah lama tak ada kawan lelaki. Jadi aku cuba sebaik mungkin untuk tak buat situasi jadi awkward sepanjang kami berbual.
Mungkin aku patut belanja Jack sebab tolong aku haritu. Tengoklah nanti bila aku free. But first! Aku kena la minta nombor dia.
Share this novel