Pengalaman baru untuk aku. First time dalam hidup aku save nombor lelaki bukan atas urusan kerja. Wah, ni ke rasa ada member lelaki. Menarik juga.
Tapi tak baik pula kalau aku terlebih excited. Mampus kalau Jack ada girlfriend. Mahu tak aku dicop penyondol nanti.
Sebetulnya, aku patut fokuskan diri aku pada benda lain harini. Boleh pula aku fikir pasal lelaki. Aduhai teruk betul aku ni!
Aku tak suka sangat apa yang aku patut buat harini. Pada akhirnya, aku terima juga tawaran kolaboratif dengan syarikat Laili.
Aku mencermin diri. Membetulkan sedikit pantsuit berwarna beige yang dipakai aku. Berbanding dress, aku lagi selesa pakai pantsuit. Namun, kawan-kawan aku lebih suka melihat memakai dress. Katanya, aku lebih nampak ayu dan kewanitaan.
Excuse me! Aku lagi suka gaya goth and street, okay!
Mungkin aku patut lebih berani bersuara dan bertindak tentang apa yang aku lagi suka dan selesa. Susahnya ada perangai yang selalu nak nampak normal. Rasa macam tak ada kelainan dalam hidup aku.
Kasut pvc aku sarungkan ke kaki. Kenapa aku tak pakai heels? Bukan aku tak nak. Aku... Aku malu bila berhadapan khalayak ramai dan tika itu aku takut aku akan jatuh macam nangka busuk dan mempermalukan diri sendiri.
Sekali lagi aku overthinking dengan apa yang belum pun berlaku. Perspective orang membuatkan aku jatuh ke juram.
Mungkin inilah waktunya untuk aku berubah. Langkah kaki dimulakan dengan bismillah, berdoa pada Allah SWT untuk memudahkan perjalanan hari ini.
Syarikat Solic, tempat di mana Laili bekerja. Yang aku tahu Laili ditugaskan dalam team promotion and marketing. Itu pun aku tahu dari Nana. Maklumlah aku dah lama tak pergi reunion kelas.
Aku, Nana dan Laili merupakan rakan sekelas dalam course seni dan multimedia. Kebiasaannya setiap orang akan ada yang kelebihan dan kekurangan dalam certain subject. Untuk aku dan Nana, kitorang lebih mahir ke arah seni halus. Laili ni pula more better dalam bab-bab camera dan editing. Tapi dari pandangan aku, Laili lagi beraksi apabila berkaitan leadership dan pengurusan.
So, aku tak terkejut yang dia diterima bekerja dalam syarikat besar serta ditempatkan dijawatannya yang sekarang.
Aku setuju saja bila Laili memberi cadangan untuk mengadakan meeting di kafe. Disebabkan kafe tu tak terlalu jauh dan dekat dengan rumah aku, aku terima dengan hati terbuka.
Pintu kafe ditolak oleh aku. Dari jauh aku dapat lihat tempat yang aku bakal duduki kerana Laili telah siap berdiri agar aku nampak dirinya.
Aku menarik dan menghembuskan nafas sebelum melakar senyuman di pipi.
"Hai, assalamualaikum", aku menyambut salam Laili.
Aku hanya memandang lelaki yang berdiri disamping Laili. Berbadan tegap dan bersut. Mungkin rakan sekerja Laili.
"Thank you so much sebab datang Hannan".
"Oh,welcome. Bukan senangkan nak collab dalam project macam ni", aku cuba bersuara santai untuk membuat suasana tidak tegang.
"Hi, nice to meet you Hannan. Saya Amirul Aiman, CEO Solic. Laili ada cakap beberapa benda pasal awak. Thank you sebab datang"
Rasa nak terbeliak biji mata aku bila tahu CEO Solid sendiri yang datang meeting ni. Penting sangat ke kolaboratif ni?
Aku memandang Laili membuat muka. Aku inginkan kepastian sekarang ni! Laili tidak mengendahkan pandangan aku dan hanya memasang muka bekunya.
"Mmm... Memandangkan orang besar sendiri sanggup berjumpa saya. Saya harap pihak anda dapatlah mendengar dan menerima apa yang saya nak cakap", aku memandang mata Laili memberi isyarat untuk bersedia.
"Saya dah baca semua maklumat yang diberi. Tapi saya tak faham dengan tujuan kolaboratif ini. So, sebetulnya saya nak pihak korang jujur dengan saya tentang ini"
"Maaflah tapi dah-",kata-kata Laili dihentikan apabila Encik Amirul mengangkat tangannya.
Encik Amirul tersenyum lebar. "Maafkan pihak kami sebab tak jujur dengan cik Hannan. Oleh kerana cik Hannan dah bertanya, biar la saya jujur saja".
"Secara tepatnya ini bukanlah kolaboratif tapi request dari kami untuk satu lukisan yang dihasilkan oleh cik"
"Boleh saya tahu untuk apa?", aku mengangkat kening. "Maaf saya tak dapat lakukan itu", Encik Amirul menunduk sikit tanda maaf.
"Kalau macam tu biar saya teka. Pihak encik sebenarnya mahukan lukisan saya sebagai cagaran untuk projek lain kan?". Riak muka Encik Amirul berubah. Melihat itu buatkan aku tersenyum sinis.Dah agak!
"Maaf kalau cik rasa macam tu. Macam mana kalau saya kata ini bukan cagaran? Tapi⦠kolaboratif antara 3 pihak".Aku meneguk kopi sambil mendengar penjelasan.Rasa nak tutup telinga je sebab malas dengan alasan yang dilemparkan.
"Kalau macam tu... Terangkan sedikit projek ni sebenarnya. Selepas tu barulah saya beri kata putus".
"Syarikat Solic dalam usaha untuk bekerja sama dengan Harold International. So, Harold minta kami sediakan satu painting sebagai tanda tunjuk ketulusan kami. Dan mereka nak kalau boleh pelukis tu ikut serta dalam projek ini. Sebagai balasan Harold akan sediakan satu area untuk tunjuk kerjasama"
"So, maksudnya cik Hannan tak akan rugi malah akan luaskan lagi nama cik sebagai pelukis", Laili mencelah dan aku hanya diam membisu untuk sementara.
"Ada apa-apa tema dan kenapa korang pilih aku", kali ini nada suara aku agak keras.
"Pihak Harold cakap bos diorang suka lukisan cik. Mereka minta kami usahakan sebaik mungkin untuk kerjasama ni. And untuk temanya adalah... bebas", ucapan Laili buatkan aku tertanya dalam hati. Tak bertema kadang-kadang lagi mencabar daripada yang bertema.
"Macam mana kalau saya cakap yang saya akan fikirkan lagi untuk kesepakatan ini?", aku memandang mereka berdua silih berganti. "Kami sanggup bayar banyak dekat cik. Tapi untuk masa ini kami takkan desak cik", kata Encik Amirul.
Untuk masa ini? Diorang ni dah planning nak serang hendap aku ke?
"Emailkan pada saya apa yang patut. Saya akan bagi kata putus nanti", aku bangun untuk beredar terus tapi disebabkan aku rasa stress dengan urusan tadi aku pun pergi ke kaunter untuk membeli secawan kopi.
"Hannan, can I talk to you? "
Aku memandang ke belakang. Laili sedang berdiri dibelakang aku dengan muka marah. Aku memandang sekeliling, rupanya Encik Amirul tu dah balik. Patutlah si Laili ni berani sangat.
"Cakap kat sini je. Aku dah nak balik ni", kata aku sambil sibuk menyebut air yang aku nak pesan.
"Kenapa ya kau buat macam tu?Kau tahu kan project tu penting untuk syarikat aku"
"Yup, aku faham je. Tapi tak bermakna aku patut terima semudah tu. Korang ingat aku main celup- celup siap ke. Yang terseksa tu nanti aku. Aku buat bukan petik jari lepastu siap. Aku pun ada banyak lagi projek yang aku tak sentuh"
"Syarikat aku akan bagi kau banyak duit. Kau ambil je la dulu. Yang untuk persetujuan tu pun dah okay. Nanti yang lain tu kau minta bincang balik. Kau-"
"Yo, Hannan"
Ucapan Laili terhenti. Kami berdua memandang kearah suara yang tiba-tiba mencelah. Aku sangatlah terkejut dengan lelaki yang berdiri di depan aku sekarang ni. Jack yang membawa gigbag dibelakangnya hanya membuat muka bekunya walhal baru saja mencelah perbualan orang.
"Sorry sangat-sangat tapi aku ingat nak tegur nanti. Tapi aku tak tahan perempuan ni membebel kat kau so aku datang je"
"What you talk about?!", tanya Laili dia seperti mahu meletup di situ.
"I'm talking about you miss. Aku tak tahu apa yang korang bualkan sebelum ni. Tapi untuk aku yang baru je pasang telinga aku rasa cik ni tengah mengarah-ngarahkan kawan saya"
Laili memandang kami berdua silih berganti. "Air tu biar aku yang bayarkan", ucap Laili. "Tak payah cik. Saya sebagai kawan yang baik akan bayarkan. Saya tak nak kawan saya kena tangkap ambil rasuah", kata Jack secara sarcastic. Mendengar itu membuatkan Laili beredar dari situ begitu saja. Aku pula tergelak besar dalam hati.
"Thank you".
"Thank you je?"
"Nak aku belanja air ke?". Jack tersenyum menggangguk. Ada saja perangai si Jack ni.
Sedang ralit aku membayar telefon aku tiba-tiba berdering. Aku pun apa lagi angkat la. Sudahlah nama pada screen phone tertera 'Ibu'. Nak tak nak memang kena angkat.
"Assalamualaikum, ibu"
"Waalaikumussalam. Ibu nak datang rumah engkau petang nanti"
Terjerit aku mendengar apa yang dikatakan ibu, "Hah?!". Jack yang berdiri disebelah memberi isyarat mahu mengetahui apa yang berlaku. Muka aku sudah cuak ketika itu. "Pukul berapa tu?".
"Dah cakap petang kan. Lantak ibu la nak sampai pukul berapa. Rumah anak sendirikan", aku menjeling marah. "Iyalah ibu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Cepat-cepat aku end call. Maka saat ini aku pun mencari nombor contact pembantu-pembantu tersayang.
"Hello, Mia! Tolong aku. Mak aku nak datang rumah. Rumah tu dah la macam tongkang pecah dengan barang seni aku"
"Hah! Sumpahlah. Nanti aku call Nana. Kau balik settle kan sikit-sikit. Aku on the way pergi rumah kau"
"Okay, thank you!". Panggilan terus ditutup. Semua perlu bertindak cepat.
"Nak aku tolong tak?", Jack bertanya. Aku hanya memandang kerana berfikir.
"Okay boleh. Tapi kau berdiri kat luar lepastu nanti aku hulur-hulur je kat kau. Sementara tunggu member aku yang lain". Jack menggangguk.
Aku dan Jack berlari untuk keluar dari kedai. Jack tiba-tiba mengangkat tangan pada sekumpulan lelaki dimeja hujung. Jack menjerit, "Bak kunci kereta!". Seorang lelaki bangun lalu melepar kunci kepada Jack.
Share this novel