Jam di pergelangan tangan kiriku dipandang sekilas.
Alamak, dah betul-betul lambat ni!
Aku pun menambah kelajuan larianku apabila pintu train hanya menunggu masa saja untuk tertutup. Bukan main laju lagi aku berlari, tentu aku boleh dapat nombor satu kalau berlari laju macam ni time sekolah dulu.
Aku menarik dan menghembuskan nafas. Tercunggap-cunggap aku mencari nafas. Apabila sudah sedikit lega aku memandang sekeliling. Dunia terasa terhenti untuk aku, sekali lagi dia terasa sesak di dada tapi ini bukan kerana tercunggap dek berlari.
Train yang dimasuki aku itu, sungguh penuh serta semua sedang bersesak di dalamnya. Mata aku melilau memandang sekeliling, tika ini aku tak tahu mahu memandang ke mana. Dada aku juga masih terasa sesak, aku cuba mencari udara tetapi gagal apabila orang ramai mula merempuh-rempuh sahaja bahu aku.
Dia punya rempuhan itu boleh buat aku terjatuh macam nangka busuk je. Dah la badan aku ni kecil cili padi je, dirempuhnya aku yang memang tengah lemah longlai ni. Kalau terpelanting pun orang tak sedar gamaknya.
Tiang dipegang erat oleh aku sebagai sokongan. Kepala aku mula pening dan aku seakan-akan mahu muntah sahaja di situ tapi tetap aku tahan.
Selama ini memang aku akan pastikan untuk tak naik train pada waktu-waktu yang bersesak macam sekarang ni. Apakah daya sudahlah lewat, kereta kawan pula rosak. Memang dia terpaksa menempuh hari yang sukar macam ni dengan sepenuh hati dan tenaga.
"Cik, awak okay tak?"
Satu suara membuat aku memandang ke sebelah. Seorang lelaki memandang aku dengan muka gusar.
"Hah?" ", itu jawapan yang aku berikan. Dengan keadaan yang tengah pusing tu aku tak pasti yang lelaki tersebut memang bercakap dengan aku atau tak. Jawapan paling selamat untuk aku adalah tanya semula untuk kepastian.
"Muka awak macam pucat. Berat sangat ke lukisan tu?"
Lukisan?
Aku hanya memandang kosong tangan kanan aku. Macam manalah aku boleh terlupa aku tengah pegang satu canvas yang sudah cantik berbalut.
Patutlah dia risau sangat dekat orang macam aku ni. Lukisan lagi besar dari tuan badan. Tuan ni pulak terhuyung-hayang je orangnya. Aku rasa nak side eyes je lukisan kat tangan. Sebab painting ni la aku kena bersesak-sesak dengan orang ramai.
"Nak saya tolong pegangkan tak?".
Aku memandang kembali lelaki tadi. Aku pandang atas bawah.
Dia ni betul ke nak pegangkan dia pun tengah bawa guitar kat belakang. Cermin diri dulu bang!
Ish jahat pulak aku ni! Orang nak tolong aku ni complain pula dah."Err, takpe awak saya boleh je pegang ni".
Aku bahasakan dia ‘awak’. Segelintir orang akan terasa bila dipanggil abang atau kak sebab tak nak terima hakikat hidup. Memandangkan lelaki ni nampak macam baya aku jadi aku panggil la guna awak.
Announcement tiba-tiba bersuara menandakan sudah menghampiri next station. Ada yang siap sedia bangun dari duduk mereka untuk turun ke station tersebut.
Hampir terjerit aku apabila lelaki itu mengambil painting di tangan aku tapi aku hanya diam terpaku. Maklumlah aku ni bukan jenis yang boleh menjerit sangat suara aku slow je.
"Cepat duduk"
"Tapi...", aku teragak-agak.
Perlahan saja suara lelaki itu, "Muka kau pucat sangat. Macam orang mabuk kereta. Aku tak nak la awak muntah"
Aku hanya menjeling. The devil with angel smile. Itulah pandangan aku terhadap lelaki itu sekarang ni. Aku husnuzon je lelaki tu cakap macam tu sebab aku degil sangat tak nak duduk. Tapi tak dinafikan cara lelaki itu buat aku duduk juga pada akhirnya.
Aku hanya memandang lelaki itu memegang canvas aku serta gitar dibelakangnya.
Kenapa lelaki ni baik sangat dengan aku. Seram gila!
Aku menundukkan kepala aku. Kedua tangan aku, aku pandang. Tangan aku menggeletar rupanya aku selama dalam train ni. Aku menggepal-gepal tangan aku berharap dapat mengurangkan sikit rasa nervous.
Aku mendonggak kepala semula. Lelaki itu menolehkan kepala ke arah lain.
Lelaki itu pandang aku ke tadi? Lantaklah.
Mata aku beralih ke arah tingkap. Aku hanya memandang kosong tingkap dihadapan aku. Dapat aku lihat diri aku sendiri berserta pemandangan diluar.
Aku tatap lama diri aku, namun dalam masa yang sama diri aku teralih akan pemandangan. Itulah yang sentiasa aku hadapi. Ada detik yang aku tak boleh terima diri aku sendiri dan rasa penuh dengan kekurangan.
Bagi aku, aku bukan macam perempuan yang lain. Dari sudut hati yang dalam aku nak sangat jadi diri yang aku nak atau jadi macam kawan sebaya aku. Jealous la juga bila tengok kawan-kawan make up tapi time aku make up aku rasa diri aku nampak tua dan tak sesuai. Selama 25 tahun aku hidup aku tak pernah make up.
Kadang-kadang rasa malu la sebab rasa ketinggalan zaman. Aku selalu guna alasan yang muka aku ni tak boleh make up sangat nanti gatal. Aku tak tipu pun pasal tu. Masa aku kecil aku pernah try main make up and in the end, muka aku start ada jerawat. Aku tak tahu la semua tu kebetulan atau apa.
Tapi yang aku sedar tentang diri aku adalah aku takut untuk keluar dari comfort zone aku dan cuba sesuatu baru.
Hidup aku.
Hidup aku…
Hidup aku selalu dipenuhi oleh pandangan orang dan overthinking dengan banyak benda. Aku nak cuba untuk endahkan semua itu dan jadi diri yang aku nak. Tapi sampai sekarang aku masih terletak di tempat yang sama. Seperti burung di dalam sangkar. Terletak cantik namun akhirnya dibuang bila tak berguna atau mati.
Aku selalu berusaha untuk berubah dengan cara aku sendiri dalam masa yang sama menerima segala kekurangan aku. Namun, terlalu melampau menerima diri dapat buatkan aku untuk takut untuk berubah.
Sekarang aku pun seperti disebalik tirai. Walau aku menerima tepukkan orang ramai, aku masih berada dibelakang tirai sambil melihat belakang orang lain. Berada dalam keramaian pun aku lemah macam orang nak mati. Aku memang tak berguna!
Dan sekarang aku telah menyusahkan yang entah siapa-siapa dan dia telah nampak kelemahan yang ada pada aku.
Mungkin dia tengah menghina aku dalam hatinya. Kekadang aku berfikir apa je yang aku buat selama 25 tahun aku hidup? Layakkah aku dipanggil manusia?
Sekali lagi aku overthinking. Pada saat ini, aku telah membuat prasangka buruk dengan orang yang tengah tolong aku. Jahatnya aku!
"Cik?"
"Cik?"
"Awak?!"
Aku memandang dia selepas terkejut dari lamunan. Dia menjongkek kening memandang aku."Eh,sorry!Fikir jauh pula saya",jawab aku perlahan saja.
"Betul ke awak,okay?Tak perlu pergi klinik or hospital ke?"
Aku menggeleng laju. Aku tak nak menyusahkan dia lagi. Cukup lah banyak ni je. "Eh, takpe awak.Saya okay",jawab aku sambil menunjukkan thumb ups tanda aku okay saja.
Mata aku tertumpu kepada gitar dia. Lama la juga aku tenung mesti nanti dia perasan aku ushar gitar dia.
Anak mata aku beralih memandang dia. Terkejut beruk aku, rupanya dia pun tenung aku.
Lama aku diam di situ sebelum bertanya,"Gitar awak,eh?". Dia mengangguk. Entah kenapa tika itu aku tiba-tiba tersenyum lebar. "Ish, seronok ah awak pandai main gitar. Saya pun pernah nak try juga tapi tak reti. Dulu ada la nak juga beli tapi bila sibuk campur tak reti main last-last tak beli pun. Sumpah selalu jealous dengan orang main gitar ni". Mata aku terbeliak.Kenapa la aku ni tiba-tiba banyak mulut. Ish, aku ni pun time macam ni la nak keluar dia punya teruja bukan main.
Jarang-jarang la berlaku, biasanya jadi bila aku terjumpa Genshin Impact player je. Itu pun tengok orang.
Classmate lama ada je yang main gitar tapi tak adalah ada excited pergi tanya plus cerita. Dulu pun tengok dari jauh je kalau nampak budak-budak band sekolah main gitar. Excited sorang-sorang. Yang ni pulak aduh la. Rasa macam nak berguling atas lantai sebab malu.
Ting!
Notification berbunyi. Aku keluarkan phone dan membaca mesej yang baru aku terima.
Weh, kau kat mana, Hannan? - Jenny
Kat dalam train lagi ni. Dah dekat nak sampai. Get ready ambil aku! - Hannan
Baik bos! - Jenny
Tak payah nak bos bos kan aku!Lain kali cakap kalau tahu kereta Si Nana tu rosak - Hannan
Okay -Jenny
Chat kami berhenti dengan emoji sedih oleh Jenny. Aku menyimpan kembali telefon aku ke dalam beg. Aku menyelongkar beg memeriksa adakah semua barang telah berada di dalam beg aku.
Aku mendonggak memandang lelaki itu. Dia menghulurkan genggaman tangannya ke arah aku. Dia membuka genggaman tangannya, terdapat sebiji gula-gula. Aku senyum nipis namun manis memandang gula-gula yang diterima.
Announcement menandakan hentian aku membuatkan aku bersiap sedia untuk turun di hentian tersebut. Menunggu masa untuk pintu terbuka, aku pun pantas bangun untuk bergegas. Aku menghulur tangan untuk mengambil painting yang dipegang lelaki itu. "Thank you".Sebaik pintu terbuka, aku berlari keluar dari train.
Hampir terlupa.
Aku berpusing memandang kebelakang. Rupanya lelaki itu juga turun di hentian itu. "Awak!", aku menjerit tak terlalu kuat tapi tak terlalu perlahan. Lelaki itu memandang aku. "Thank you tau!", jerit aku sambil menunjukkan gula-gula yang diberinya dengan senyuman yang lebar.
Share this novel