Ceritera

Crime Series 22076

"Nash seorang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Dia memang sangat berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal berkaitan keganasan dan pakar dalam penggunaan senjata api." Jawab Papa Zafri sewaktu aku bertanya perihal Nash.

Wow! Boleh tahan hebat juga si Nash ni.

"Tapi Papa, kenapa Nash berhenti dari UTK? Nak masuk dalam unit tu bukan 'kaleng-kaleng' punya training, hanya jiwa cekal dan kental saja yang berjaya." Aku pelik.

Papa Zafri mengeluh, cerut disedut perlahan.

"Dia kemurungan setelah kematian ibunya 2 tahun lalu. Bagi Nash, satu-satunya orang yang paling dia sayangi adalah ibunya sendiri. Nash anak tunggal kerana ibu dan ayahnya bercerai ketika dia masih kecil lagi." Terang Papa Zafri.

Tak sangka Nash yang nampak begitu kuat, menjadi lemah apabila kehilangan orang tersayang. Tapi dia pandai menyembunyikan kesedihan hatinya daripada pandangan orang lain termasuk aku.

"Papa, kenapa lama sangat pergi tinggalkan Inaara. Tahu tak teruk Inaara kena sakat dengan Nash tau." Aku mengadu.

"Bila masa aku sakat kau, Anggun?" Nash tetiba muncul entah dari mana.

Gulp! Air liur terasa payah untuk di telan. Mati aku!

Papa Zafri ketawa melihat muka cuak aku.

"Nash, sudah-sudah menyakat si Inaara ni. Mulai sekarang kamu yang akan jaga keselamatan Inaara. Mana dia pergi kamu akan ikut." Papa Zafri beri kuasa veto.

"Tapi Papa.." Aku tak kuaser apatah rela si Nash ni ikut buntut ke hulu hilir.

"Tiada tapi-tapi lagi. Noktah." Papa bertegas.

"Kau bukan dah ketagih ke dengan Senakal Laksamana?" Nash menyinis sambil memeluk tubuh memandang aku.

Ish mamat ni ada aku sepuk karang. Ok, sinceĀ  kau dah sebut-sebut pasal Senakal Laksamana, meh sini aku tunjuk sesuatu pada kau. This is show time!

"Nash, jom ikut aku kejap." Aku tarik tangannya.

Papa Zafri hanya memandang dengan ekor mata, malas nak amik port.

Nash hanya mengekor dari belakang sambil tangannya tidak lepas dari pegangan aku. Sampai saja di dalam bilik, terus aku mengunci pintu.

Aku merapati tubuh Nash, deru nafasnya sudah tidak sekata. Dada kekarnya berombak kuat seperti sukar bernafas. Kedua belah tangan aku mula memeluk leher Nash, aku dekatkan hidung pada lehernya menghirup bau feromon semerbak gahayu yang buatkan aku ketagihan. Hidung yang bersentuhan dengan lehernya digesel perlahan, nafas Nash semakin kencang tidak teratur.

Pucuk hidungku mula menjalar hingga ke pipi Nash dan hampir bersentuhan dengan tepi bibirnya. Dia hanya membatu, antara rela dalam tidak.

Tadi kemain kau sindir aku ketagih dengan gaharu kau kan? Sekarang, aku buat betul-betul. Kau hadaplah bila aku dah mula 'meow-meow' mood.

"Anggun..." bergetar suara si Nash bila bibir menyentuh sekilas bibir si dia.

Aku hentikan dan ketawa. Padan muka!

Nash bengang. Mungkin baru nak feeling 'up' dah terbantut bila aku hentikan aksi.

Aku tarik tangan Nash menuju ke balkoni. Aku dudukkan dirinya menyuakan sebatang rokok bagi meredakan keresahan nafsunya yang tak kesampaian.

Nash nyalakan sebatang rokok dan disedut dalam-dalam. Sedikit kelegaan terpancar dari raut wajahnya.

"Nash, kenapa kau berhenti dari UTK?" Aku ingin dengar dari mulutnya sendiri walaupun Papa Zafri dah explained tadi.

Nash sedut lagi rokok, berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya.

"Aku anak tunggal, dibesarkan oleh ibu yang amat penyayang. Ibu aku seorang wanita yang tabah, diceraikan oleh ayah ketika aku baru berusia 2 bulan dengan alasan perkahwinan ayah dan ibu tidak direstui oleh mommy ayah iaitu nenek aku." Nash mula ceritera.

"Ibu aku adalah isteri kedua ayah, mereka berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga ayah. Kerana cintakan ayah, ibu sanggup dihalau keluar kerana ingin hidup bersama ayah walaupun keluarga menentang. Bagi ibu, syurga cinta abadinya hanya pada ayah."

"Sewaktu ibu diceraikan, kami berdua hidup susah ditinggalkan sehelai sepinggang kerana ibu tidak bekerja sewaktu hidup bersama ayah. Ibu hilang arah dan hampir berputus asa dengan hidup kemiskinan yang dibelenggu. Tetapi hatinya cekal, aku dibawa menetap di sebuah daerah untuk memulakan hidup baru dan ibu mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di kedai makan pada sebelah siang dan malam hari ibu akan menjahit."

Nash padamkan api rokok yang hampir habis disedut.

"Walaupun kami hidup susah, ibu tak pernah sekali pun mengeluh apatah lagi kurang dalam memberi kasih sayang pada aku. Ibu akan pastikan perut aku sentiasa kenyang, tidur lena, tempat tinggal selesa dan mendapat pendidikan secukupnya. Setelah aku tamat persekolahan, aku menyertai polis kerana minat sejak kecil dan diserap ke dalam UTK setelah berjaya melepasi 3 fasa latihan yang mencabar ketahanan mental dan fizikal."

"Ibu adalah segalanya buat aku. Dia adalah pemangkin semangat untuk aku bertahan dalam UTK yang sememangnya begitu mencabar. Sehingga ibu hembuskan nafas yang terakhir, dia hanya tahu yang aku seorang anggota polis saja. Aku tidak dibenarkan untuk membocor maklumat tugas sebenar aku pada sesiapa."

"Aku ralat kerana perlu rahsiakan tugas sebenar pada ibu sehinggakan ketika dia sakit di hospital, aku tidak dapat pulang melawat apatah lagi menjaganya kerana ketika itu aku dalam misi penting memerangi keganasan militan Filipina di Daerah Sebahani." Mendung raut wajah Nash.

"Sehinggalah ibu menghembuskan nafas terakhir, aku masih tiada disisinya juga. Aku seorang anak lelaki yang tak berguna kerana tidak mengimamkan solat jenazah ibunya sendiri. Aku hanya sampai ketika ibu telah selesai dikebumikan tanpa sempat menatap wajah ibu buat kali terakhir. Aku memang anak yang tak berguna." Bergenang air mata seorang lelaki.

"Disebabkan itu, aku kemurungan dan mula hilang fokus. Aku sering gagal dalam setiap misi yang ditugaskan sehingga pihak atasan memberi kata dua samada aku berhenti atau diberhentikan. Dan sekarang, here I am now." Nash senyum kelat.

Aku bersimpati dengan apa yang telah berlaku dalam kisah hidup Nash. Dia lelaki yang nampak kuat pada fizikal luaran tetapi hatinya selembut salju.

"Dah, jangan nak sedih-sedih lagi. Sekarang aku kan ada? Aku akan sentiasa berada disisi bila-bila kau perlukan aku. Lagipun aku kan ketagih senakal laksamana dan kau pun suka dengan haruman srikandi aku kan?" Aku memujuk.

Nash mengukir senyuman. Senyuman yang mengandungi berbagai muslihat. Sah, dia tengah cari idea nak sakat aku la tu. Nash..Nash..kau ni buatkan aku rindu pula pada si dia, again?

Tapi aku rindukan seseorang yang aku tak sabar-sabar nak balas dendam padanya.

Aku akan pastikan kita bertemu nanti!

"Err.. Nash, kau handal dalam penggunaan senjata kan? Boleh tak ajar aku teknik menembak style UTK?" Idea gila tercetus.

:::

Raef makin melajukan langkah menuju ke arah lif untuk ke tingkat 5. Dia sudah tidak sabar ingin bertentang 4 mata dengan Ashraff di Hospital Teja tempat dia dirawat.

Seminggu fikiran Raef kusut memikirkan hal penting yang membuatkan hidupnya tunggang terbalik. Periuk nasinya kini bergantung kepada statement Ashraff yang bakal dia dengar sebentar lagi.

Faizal mengekori rapat dari belakang. Sesekali berlari anak supaya tidak tertinggal jauh dari Raef.

"Ish Tuan Raef ni dalam acara marathon ke apa. Kemain laju dia berjalan, macam la Tuan Ashraff tu nak lari tinggalkan dia." Faisal membebel perlahan takut di dengari Raef.

Pintu lif terbuka, berpusu-pusu orang keluar dan masuk. Masing-masing ingin melawat kenalan, saudara-mara yang sedang dirawat di dalam Hospital Teja ini. Kedua-dua mereka turut masuk ke dalam lif, butang 5 ditekan oleh Raef dan matanya hanya tertumpu pada skrin yang memaparkan lif sedang bergerak naik.

Raef merengus sedikit, hatinya sudah bagaikan mahu meletup kerana terasa lama masa yang diambil untuk sampai ke tingkat 5. Hilang sudah sifat sabar dan cool seorang Raef gara-gara kes ini.

Sebaik saja pintu lif terbuka, Raef dan Faizal menghala ke Wad 5A. Kaki mengatur langkah ke bilik bernombor 53, tempat Ashraff dirawat. Tombol di pulas perlahan, pintu dikuak selebarnya bagi memuatkan diri untuk masuk ke dalam bilik itu.

Katil Ashraff kosong tidak berpenghuni, hanya bunyi suara dari television yang terpasang. Sejurus kemudian terdengar bunyi flush dari dalam bilik air. Raef menarik nafas lega, mati-mati ingat Ashraff dah discharged dari hospital tadi. Pintu terbuka, kelibat Ashraff yang masih bertongkat keluar dari bilik air dengan penuh cermat.

"Apa khabar bro?" Sapa Raef sambil memapah Ashraff berjalan ke katilnya.

"Macam ni la keadaan aku Raef, si tempang. Nyaris muka still macho lagi." Ashraff berseloroh.

Meledak ketawa mereka bertiga di dalam bilik hospital itu.

Ashraff duduk di atas katilnya. Dicapai remote TV, memperlahankan bunyi bising yang menganggu perbualan mereka nanti. Raef menarik kerusi dan duduk di sebelah kanan katil Ashraff, manakala Faizal duduk di sofa yang tersedia di sudut penjuru bilik.

"Macamana kesihatan kau Ashraff? Doktor cakap apa?" Raef bertanya.

"Alhamdulilah, aku semakin sihat. Luka pada bahagian perut dan peha makin sembuh, dalam 3-4 hari lagi aku dah boleh discharge kot." Ashraff senyum.

"Baguslah kalau kau dah ok. Tuan Suffian kirim salam, dia tak dapat datang melawat sebab perlu hadiri meeting penting di Ibu Pejabat." Raef sampaikan amanat.

"Sebenarnya tujuan aku dan Faizal datang ni sebab ditugaskan untuk mengambil keterangan dari engkau mengenai insiden yang berlaku tempoh hari." Raef mulakan mukadimah.

Ashraff diam. Tangan mula memicit tengkuk.

"Aku masih lagi tak percaya dengan apa yang dah terjadi Raef. Semuanya berlaku dengan pantas." Ashraf mula bercerita.

"Aku dilanggar sebuah kereta dari arah kiri. Aku tak boleh nak pastikan siapa 2 lelaki yang keluar dari kereta tu sebab pandangan kabur dan pening kesan kepala terhentak pada cermin sisi. Nak bergerak pun aku tak mampu, seluruh badan rasa lemah dan sakit."

"Apa jenis kenderaan yang melanggar kau? No plate kau ingat atau warna kenderaan?" Soal Raef sambil mencatat di dalam buku kecil yang dibawa.

"Aku tak pasti kerana ketika itu aku lebih pentingkan keadaan aku dan keselamatan Inaara saja. Nak minta bantuan pun tiada kenderaan atau orang yang lalu di kawasan itu." Jawab Ashraff.

"Di mana kemalangan ini berlaku?" Raef perlukan butir terperinci untuk lengkapkan siasatan.

"Dekat simpang empat, di jalan 2D/4, Semantan. Lebih kurang 20 minit untuk sampai ke hospital." Kata Ashraff.

"Boleh kau ceritakan semula apa yang berlaku dan bagaimana Inaara boleh hilang?" Pandangan Raef masih tertumpu pada Ashraff.

Ashraff betulkan duduk supaya lebih selesa.

"2 lelaki berbadan tegap, salah seorang datang ke arah aku. Aku ditarik keluar secara kasar, tanpa sebarang kata dia menumbuk perut aku dan merampas pistol dari belakang badan yang aku sorokkan. Dia terus tembak pada peha kiri dan satu lagi di bahagian abdomen aku."

"Lelaki itu sangat cekap menggunakan senjata. Dia seperti seorang yang sangat profesional, tembakan jarak dekat dan tepat. Aku tak rasa dia nak bunuh aku ketika itu. Dia tahu bahagian mana yang boleh buatkan seseorang itu cedera tanpa membahayakan nyawa. Dia hanya mahu aku cedera supaya mudah bagi dia dan kawannya menyelamatkan Inaara."

"Aku sedang dalam kesakitan, hanya mampu melihat lelaki kedua itu bawa Inaara pergi dari situ. Belum sempat aku capai handphone untuk minta bantuan, lelaki pertama yang tembak aku tu dah pecahkan dulu. Kemudian dia hentak belakang kepala aku dengan pistol hingga pengsan."

"Sedar-sedar aku dah dekat hospital. Nasib nyawa aku masih panjang lagi." Ashraff bercerita panjang lebar.

"Kau ingat bagaimana wajah 2 lelaki itu?" Raef masih ingin tahu.

Ashraff mengeleng kepala.

"Mereka berdua pakai mask, berkaca mata hitam dan berhoodie." Jawab Ashraff.

Raef mencatit setiap butiran dari Ashraff untuk dia melakukan siasatan terperinci nanti. Satu helaan nafas panjang dilepaskan.

"Aku akan panggil pelukis untuk melakar gambaran 2 wajah lelaki hasil apa yang kau lihat." Beritahu Raef.

"Tuan Suffian mahu penjenayah itu di tangkap dengan segera. Aku memikul beban yang berat sekarang atas kealpaan aku sendiri, Ashraff." Raef mengeluh.

"Benda nak jadi Raef. Maafkan aku. Kalau lah aku tidak buat keputusan terburu-buru bawa Inaara ke hospital sendiri, tentu semua ini tak akan berlaku." Ashraff sungul.

"Sudah la tu bro, kau berehatlah. Biar aku selesaikan masalah ini. Terima kasih kerana luangkan masa untuk beri kerjasama dengan aku, Ashraff. Aku balik dulu, nak siapkan laporan ini secepat mungkin untuk dibentangkan pada Tuan Suffian." Raef bangun dan mengajak Faizal untuk beredar dari situ.

"Tuan rasa siapa 2 lelaki tu agaknya ya?" Soal Faizal ketika aku memandu pulang ke pejabat semula.

Aku hanya menggeleng, tiada jawapan untuk soalan Faizal. Teka-teki paling susah nak dijawab.

Di fikiran kini ligat berputar, memikirkan siapa 2 lelaki misteri yang membawa Inaara lari. Motif masih lagi samar-samar kerana tak banyak maklumat yang Ashraff dapat sampaikan.

Tetapi salah seorang itu begitu cekap mengunakan senjata dan menembak mengundang pertanyaan di benak Raef.

Adakah lelaki itu salah seorang anggota dari kumpulan mafia?

Atau mungkin juga dari anggota elit pasukan polis?

Semakin pening memikirkan hal ini, maka semakin serabutlah ingin memulakan pencarian Inaara, penjenayah yang paling dikehendaki setakat ini.

Anggun Inaara, mana awak menghilang?

Tahukah yang saya semakin meragui tentang diri awak Anggun?

Siapakah awak sebenarnya?

Share this novel

Zaihan
2024-10-12 20:33:16 

lama betul tunggu cerita ini di sambung..


NovelPlus Premium

The best ads free experience