Titik Permulaan

Crime Series 22076

"Inaara, nanti dah besar nak jadi apa?" Soal papa sewaktu aku duduk di atas pehanya bermanja selepas dia pulang daripada kerja.

"Hmmm..Inaara nak jadi macam papa lah. Nak tangkap orang jahat." Jawapan aku yang baru berusia 10 tahun ketika itu.

Papa ketawa.

Itu jawapan cliche budak zaman masih berhingus.

Kini, cita-cita aku menjadi kenyataan. Dengan Ijazah Sarjana Muda yang ada, aku berjaya menjawat jawatan sebagai Pegawai SB di Ibu Pejabat Desa Aman.

Ketika menyertai latihan polis dulu, seminggu aku menangis akibat rambut panjang yang dibela sejak kecil dipotong pendek seperti lelaki. Hilang kecantikan seorang Anggun ketika itu. Latihan yang dilalui juga cukup dahsyat membuatkan mental dan fizikal aku hampir putus asa.

2 bulan pertama aku di Pusat Latihan Polis tanpa dapat berhubung dengan keluarga, aku mula dihimpit perasaan rindu pada mereka. Handphone tak dibenarkan, nasib ada pondok telefon, boleh guna tapi waktu malam jer, itu pun tengok pada pusat latihan dan bila boleh digunakan.

Erk! Hidup lagi pondok telefon di zaman moden ni ek. Ada juga yang sembunyi-sembunyi bawa handphone, tapi kebiasaan kantoi la.. hukuman? Masuk training baru!

Ringkasnya, latihan terbahagi kepada 3 fasa. Fasa permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Fasa pertama, fasa kau diajar, dibentuk, dididik untuk menjadi seorang pegawai polis. Bersedia ke tidak, masa ni memang penuh dengan kawad. Terkejar-kejar masa, tiba-tiba rollcall. Baru naik bilik, kena panggil turun bawah dah.

Penat tu tak payah cakap la. Memang penat untuk permulaan hingga pengakhiran la senang cakap. Nak bagi badan biasa dengan aktiviti lasak. Setiap hari kena bangun awal pagi untuk mandi, sebab nak pergi masjid solat berjemaah. Ini wajib! Solat sunat sebelum solat pun wajib! Kalau tak buat, kau bakal kena double kawad berjemaah.

05.30 pagi aku dah kena beratur rollcall sebelum pergi masjid. Kau ingat boleh berjalan lenggang Mak Limah ke? Selagi kau dalam pusat latihan polis, tak berbumbung kau kena kawad! Haaa...masa ni, kena ada kerjasama dalam platun juga. Nanti dorang check, turun solat ke tak.

Ok, dah selesai solat, kena bergerak pantas untuk balik ke bilik, bersiap sedia untuk pergi kawad pulak. 06.30 pagi kau dah terpacak kat Padang Kawad untuk berkawad. Berlarilah kau beberapa pusingan padang. Macam-macam cara kawad ada. Hadap sajalah.

Lepas settle kawad, 8 pagi pergi makan sarapan. Rehat jap, 10 pagi dah kena siap kat padang kawad. Sambung kawad sampailah tengahari. Lepas makan tengahari, pukul 2 petang, sambung kawad lagi.

Kau bayang ek panas terik tu tadah muka untuk berkawad. Mau tak hitam? Aku nasihatkan janganlah pakai produk menghakiskan kulit bagi perempuan. Kebersihan jaga. Sebab kau berpeluh, jerawat suka rela datang subur di dahi dan pipi comel tu tau.

Ok, settle kawad minum petang pula. Selepas solat asar, ada aktiviti petang pula iaitu larian sejauh 2.4km. Itulah aktiviti yang harus dibuat dekat pusat latihan setiap hari, kawad, senaman balak, karate, TBM (Tindak balas m16) masa dah dapat senjata. Sumpah penat kalau dapat senjata. Kena julang la, tatang la. Berlarilah tengah panas bawa M16. Ingat ringan macam belon?

Dalam training kalau sorang buat salah, semua kena. Lepas tu, confirm kena maki berbakul-bakul. Yang bagusnya, jam 11 malam kena tutup lampu dah. Lega dapat rehat sebab masa siang sangat padat.

Letih beb! Hari-hari kau akan berpeluh saja, seharum Tun Teja gitu. Mental jangan cakap memang tak tahan, rabak!

Tapi kau maintain sihat. Awal-awal je wei kau nak sakit-sakit badan. Join skuad zombie, jalan mengengkang, jalan kaki seret. Dah lepas 2-3 bulan, badan dah imun dan lari pun dah laju.

Cukup 9 bulan aku berjaya tamatkan sesi latihan dan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis DesaAman. Papa cukup bangga bila anak daranya berjaya juga mengikut jejak langkahnya. At least, adalah keturunannya dari unit beruniform.

Sepanjang berkhidmat di unit SB, segala cabaran dan dugaan aku berjaya tempuhi dengan tabah. Siapa kata Unit Cawangan Khas ni best? Nak cerita lebih-lebih memang tak boleh sebab aku dah tandatangan 'akujanji' masa mula-mula lapor diri di DesaAman dengan tidak membocorkan sebarang maklumat mengenai unit ini.

Yela, dah nama pun Unit Cawangan Khas maka segala rahsia haruslah disimpan rapi. Tapi cukuplah korang tahu, tak sia-sia mental fizikal aku di 'rabak' kan ketika dalam pusat latihan polis dulu kerana kalau tak kuat, awal-awal aku dah hantar surat resigned.

Tetapi, ketabahan aku semakin lama semakin pudar apabila papa pergi meninggalkan aku, Mama dan Rania untuk buat selamanya akibat kemalangan jalanraya.

Kini harapan aku untuk meneruskan legasi Papa sudah lebur akibat episod duka yang datang menimpa.

Jika Papa masih hidup sekarang, adakah Papa masih berbangga dengan Inaara lagi?

:::

"Aku tak sangka, selama ini kau adalah Black. Kau memang licik sehebat lakonan kau, Inaara. Kau memang perempuan tak guna, memalukan nama baik polis."Jerkahnya kuat.

"Raef, inilah Black, suspek utama yang kita cari selama ini. Tak sangka dia berselindung disebalik wajahnya yang jelita dan perwatakannya yang baik. Sarjan, gari dia dan bawa ke balai." Ashraff memberi arahan.

Aku?? Aku dituduh sebagai Black??? Apa yang sedang berlaku sekarang?? Kenapa aku?

Shasha... Shasha harus bantu aku, dia tahu perkara yang sebenar tapi mana dia? Mataku melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat Shasha di situ tapi hampa. Ternyata Shasha juga berdusta dengan janji manisnya yang akan melindungi dan menjaga aku walau apa pun terjadi.

Aku terduduk meraung. Mulut terasa berat untuk menyangkal segala kata-kata Ashraff. Aku lemah tidak berdaya. Segala-galanya telah hancur seperti hati aku sekarang. Kenapa aku diuji sebegini hebat? Sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku terjaga dari lena yang panjang. Pasti seharian aku tidur akibat banyak menangis. Lantas cuba duduk, menyusun semula nafas yang tersekat-sekat dengan muka basah akibat peluh. Atau mungkin airmata?

Realiti yang terjadi semalam, terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi aku tadi. Shit!

Kini baru perasan yang aku berada di tempat yang tak sepatutnya? Mata dikerlip berulang kali sehingga penglihatan semakin jelas dan terang.

Aku kat mana ni? Hanya itu persoalan yang terbit dari minda, memastikan keberadaan aku kini di mana.

Dahi dipicit, ingin melegakan kepala yang berdenyut.

"Rahem, inform Amanda yang Anggun dah sedar." Laung satu suara garau.

Aku menoleh ke arah suara itu, seorang lelaki bertubuh tegap dan sedikit berjambang berdiri di kaki katil.

"Kau, siapa? Aku kat mana?" Aku bertanya kasar.

Si lelaki tegap itu hanya merenung. Renungan dari dua alis mata yang redup itu sungguh memukau.

Ah! Aku tak percayakan lagi kaum Adam, spesies 'mangkuk' yang sama perangai!

Pintu dibuka dari luar, bunyi hentakan kaki si pemakai stiletto mencemari suasana. Semua pandangan terarah pada si pemilik stiletto kuning mustard itu. Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an, berambut pendek atas bahu dengan potongan badan yang masih solid dan lentik seperti anak dara memakai swing skirt dengan fitted top, begitu anggun tetapi jelas terpancar raut sombong.

"Hi Anggun. How your feel now? Ada sakit dimana-mana?" Sapa si wanita itu.

Lelaki bermata redup itu berbisik pada si wanita yang masih menantikan jawapan aku.

"Kau, siapa? Aku kat mana?" Aku ulang semula soalan sama pada 2 'Homo Sapiens' ini.

Si wanita senyum sinis. Dia berjalan mendekati dan duduk di hujung katil sambil bersilang kaki mempamerkan betis bunting padi.

"Rileks Anggun. I Amanda dan ini Nash. You sekarang dah selamat, don't worry." Jawabnya bersahaja.

Aku memicit lagi dahi yang terasa berdenyut. Jawapan yang diberikan masih belum cukup meleraikan kekusutan fikiran. Senang cakap aku tak faham apa dia kata walaupun ayat yang dia ungkap dalam bahasa melayu.

Adeh, aku salah soalan atau input lambat loading?

Amanda senyum lebar mempamerkan 32 batang gigi yang tersusun cantik. Awet muda betul si Amanda ni.

"Bukankah aku seharusnya di lokap? Kenapa aku dekat sini? Apa yang dah berlaku? Mana Black? Raef?" Bertubi-tubi soalan aku lontarkan.

Amanda menyalakan sebatang rokok. Disedut dalam-dalam dan dilepaskan berkepul-kepul asap. "Sepatutnya you harus berterima kasih pada Nash sebab dia bawa you ke sini dengan selamat."

Nash menunduk sedikit kepala bila pandangan aku beralih ke arahnya. Pemalu pula kau ni Nash. Auch!

"A..ak..aku tak faham. Apa semua ni?" Aku semakin bingung.

"Kau akan tahu nanti Anggun. Sekarang mandi and get dressed, someone want to see you." Amanda memberi arahan, tuala mandi dihulur.

Selesai mandi, aku menyarung pakaian yang telah tersedia di atas katil. Nasib ngam dengan size aku. Sikat rambut lebih kurang, tepek bedak ala kadar then siap.

Langkah diatur turun ke bawah menuju ke bilik makan yang telah Amanda inform aku awal-awal tadi. Hati risau campur teruja, siapa pula 'hero' yang bawa aku lari dari perjalanan ke lokap? Dah macam dalam filem Fast to Furious pulak nih!

Pintu yang telah sedia terbuka luas itu aku masuk. Aroma dari hidangan yang tersedia di meja makan 20 kerusi itu buatkan perut aku berdangdut lapar.

"Apa khabar Inaara?" Suara lelaki itu cukup aku kenali.

Lelaki itu berpusing menghadap aku dengan senyuman manis.

"Uncle Zafri? Is that you?" Aku masih ragu-ragu.

"Yes sayang, your beloved uncle, best friend papa you." Dia mendepa tangan untuk memeluk.

"Uncle, Inaara rindukan uncle. Mana menghilang? Lepas papa meninggal, Inaara langsung tak dengar sebarang berita lagi." Aku berlari masuk ke dalam pelukan eratnya sambil memuncung.

Uncle Zafri ketawa. Lawak kot soalan aku tu.

"Now Inaara dah jumpa uncle kan? Tak payah nak muncung, hilang 'anggun' tu dah." Uncle Zafri menyakat.

Pelukan terlerai, dahi aku dicium lembut. Terpejam mata merasai kasih sayang seorang papa padaku.

Inaara rindukan Papa!

"Jom kita makan. Dari luar pintu tadi Uncle dah dengar lagu dangdut." Aku dibawa duduk disisinya.

Aku malu. Hai la perut, buat hal betul!

Selesai makan, aku dibawa berjalan keluar rumah melepak di patio yang dikelilingi bunga-bunga mekar berwarna-warni. Cantiknya pemandangan, begitu tenang.

Uncle Zafri leka menghisap cerut, lambang kemewahan, kemegahan dan keegoan. Aku pula nak hisap apa ek?

"Uncle, macam mana Inaara boleh ada di sini? Sepatutnya Inaara dah masuk lokap, jadi orang paling famous sebagai penjenayah paling dikehendaki." Aku bergurau.

Uncle Zafri memandang wajahku lama.

Eh2, lawak sendu aku tak menjadi ke?

"Wajah Inaara saling tak tumpah seperti Papa, nasib lain jantina." Uncle Zafri ketawa perlahan.

Pergh! Lawak mu tak kelakar la Uncle. Aku hanya senyum kambing, menggaru kepala yang tak gatal.

"Sebenarnya Uncle yang arahkan Nash untuk selamatkan Inaara dan bawa ke sini. Inaara tak bersalah, untuk apa Inaara perlu habiskan sisa hidup sebagai banduan di penjara sedangkan si bangsat hidup bahagia bebas di luar?" Jawab Uncle Zafri.

Dahi aku berkerut seribu. Tak akan lah... ish mana mungkin Uncle Zafri ni tau sedangkan dia dah bertahun-tahun hilang tidak berjumpa dengan aku.

"Selama ini, Nash sentiasa memantau keselamatan Inaara. Dia yang akan beritahu Uncle setiap pergerakan Inaara termasuklah kejadian yang berlaku semalam." Sambung Uncle Zafri.

"Tapi kenapa pula Uncle perlu ambil berat tentang Inaara?" Aku cuak.

"Uncle buat semua ini kerana Papa Inaara." Uncle Zafri menjawab pendek.

"Papa Inaara?" Aku semakin berkerut dahi.

"Uncle banyak terhutang budi pada Papa Inaara. Dulu, Uncle sering diperas ugut oleh kumpulan gangster yang mahukan wang perlindungan jika ingin berniaga di dalam kawasannya. Papa Inaara berjaya banteras kumpulan gangster itu walaupun nyawanya menjadi taruhan." Uncle Zafri menunduk sayu.

"Papa Inaara meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya, bertembung dengan lori. Kemalangan itu dirancang oleh kumpulan gangster yang berdendam dengan Papa Inaara." Uncle Zafri sebak.

Aku terkaku mendengar penjelasan Uncle Zafri. Ya Allah, kenapa baru sekarang aku diberitahu?

Perlahan-lahan airmata turun membasahi pipi. Papa seorang yang baik, penyayang dan jujur. Mengapa mereka mengambil nyawa Papa dengan cara yang sadis? Apa dosanya pada mereka?

"Kenapa Papa yang menjadi mangsa bila dia cuba menegakkan keadilan?" Aku menangis.

"Inaara perlu tahu sesuatu juga." Uncle Zafri berjeda seketika.

Aku masih teresak dalam debaran menunggu ungkapan seterusnya dari Uncle Zafri.

"Kumpulan gangster yang berdendam dengan Papa Inaara itu adalah Black Hardy."

"Hah!!" Esakan terhenti. Tak semena-mena dunia rasa berputar laju.

Aku pegang meja untuk stabilkan diri daripada tumbang. Uncle Zafri menerpa dan memeluk.

"Kenapa mereka sungguh kejam Uncle?" Aku kembali teresak dalam pelukan.

Tak sudah-sudah aku dirundung nasib malang akibat Black Hardy! Black!

2 nama yang cukup buat aku rasa menyampah dan jijik.

"Inaara sabar. Kita jangan menghukum masa lalu dengan menangisi tetapi hukumlah dengan kesabaran yang ada pada diri kita sendiri agar mereka melihat kamu boleh hidup hari ini untuk membalas kembali semua perbuatan mereka yang dulu."Uncle Zafri memujuk.

"Uncle, boleh bantu Inaara balas dendam pada Black?" Aku bertanya dalam esakan.

Dendam yang membara makin membakar hati ini.

Uncle Zafri hanya diam tidak beriak, seperti memikirkan sesuatu.

"Sharill..." Sebaris nama yang cukup aku kenali meluncur keluar dari Uncle Zafri.

"Huh?!" Esakan aku terhenti.

Mengapa nama itu yang disebut?

Pandangan aku kelam bersama sebaris nama yang buatkan hidup baru Anggun Inaara menuju titik permulaan yang belum tahu di mana ia berakhir.

SHASHA...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience