"Uncle, Inaara rindukan Mama dan Rania. Boleh tak Inaara call Mama?" Sungguh aku rindui mereka.
"Buat masa ini, biarlah keadaan tenang dulu Inaara. Pihak polis masih giat mencari Inaara. Kita perlu berhati-hati."
"Oh ya Inaara, Uncle nak tanya sikit. Kenapa bila Uncle sebut nama Sharill kelmarin, suddenly you passed out?" Soal Uncle Zafri.
"Papa, boleh tak kalau Inaara panggil Uncle as Papa? Inaara dah tak ada Papa while Mama dan Rania pula jauh dimata. Tak salahkan jika Papa menjadi sebahagian dalam hidup Inaara sekarang?" Aku menukar tajuk.
"Uncle..err Papa senang hati dengan permintaan Inaara tu." Senyum lebar terukir manis pada wajah Uncle Zafri.
"Banyak yang Inaara nak tanya dengan Papa ni tau. Yelah, kelmarin Inaara passed out." Aku ketawa dengan perangai pelik nan satu ni, pengsan kalau terkejut. Pelik-pelik lah aku ni!
"Soalan Papa tadi pun Inaara tak jawab lagi, dah nak tanya macam-macam dekat Papa pula?" Uncle Zafri ketawa.
Alamak, ingatkan orang tua ni dah lupa masa aku pusing cerita tadi. Hampeh betul!
"Err..macamana Papa kenal dengan Sharill tu?" Aku ajukan soalan sebelum membuka kisah sendiri.
"Bapa Shasha dulu kenalan rapat sewaktu Papa mula menceburi bidang perniagaan. Papa pasti semua orang ingat SHASHA tu adalah Black tapi hakikatnya dia cuma orang kanan yang menguruskan Black Hardy saja." Papa Zafri mula bercerita.
Yes Papa, Inaara tahu semua pasal Shasha tu sampaikan brief warna apa dia pakai pun semua in my pocket hokey! Hanya suara hati aku berbicara.
"Bapa Shasha juga orang kanan Black Hardy yang dipimpin oleh Daddy Black dulu. Dia yang banyak bantu Papa, kalau tidak Papa tak kaya begini." Sambungnya lagi.
Aku termangu seketika. Cuba menghadam info yang Papa sampaikan tadi. Papa ni buat business apa sampai Bapa Shasha banyak membantu? Haih, lambat loading betul aku ni!
"Err, Inaara tak fahamlah. Kelmarin Papa kata, dulu selalu di peras ugut oleh Black Hardy dan sekarang Papa cakap Black Hardy pula yang bantu perniagaan Papa. Ish, Papa cakap apa ni?"
"Papa buat business apa?" Aku mula nak berangin.
Papa ketawa dan terus ketawa bila aku kemukakan soalan yang membenak otak.
Rupa aku jangan cakaplah, bila-bila masa boleh bertukar jadi hijau bila soalan aku di gelak tanpa munasabah.
"Ok..ok Papa tak gelak dah. Tapikan..tapikan Papa macam tak boleh nak stop gelak pula sekarang ni." Bertambah kuat ketawa Papa Zafri, entah apa yang geli hati sangat tu tak tahulah. Sawan gelak mungkin!
Aku memeluk tubuh, menunggu dia habiskan ketawa. Muncung dah sedepa dengan muka merah menahan geram.
Ketawa Papa mulai reda, mungkin takut aku mengamuk. Dia kembali menyambung cerita.
"Dulu, Black Hardy di bawah pimpinan Daddy Black dan di uruskan oleh Bapa Shasha. Papa ketika itu, baru berjinak-jinak dalam bidang pengangkutan. Syarikat pengurusan Papa terletak di bawah kawasan jagaan Black Hardy. Setiap premis perniagaan perlu membayar wang perlindungan 10K kepada mereka setiap minggu. Jika tidak, perniagaan akan di hancurkan."
"Papa Inaara memang kenal kumpulan Black Hardy ini yang mempunyai ramai anggota di setiap kawasan yang di kuasai mereka dan dengan ketangkasan pihak polis, kumpulan Black Hardy di kawasan Papa berjaya di tumpaskan. Pada ketika itu, Black Hardy diuruskan oleh orang lain kerana Bapa Shasha berada di Mexico untuk tempoh yang lama. Sepanjang ketiadaan Bapa Shasha, Black Hardy makin ganas dan kejam."Kata Papa Zafri.
"Bukan ke Black Hardy hanya sebuah kumpulan gangster yang mendapatkan duit dengan cara memeras ugut? Tapi sekarang bagaimana Black Hardy boleh dikenali sebagai salah sebuah kumpulan kartel dadah terbesar di Asia Tenggara pula?" Aku makin serabut.
Papa senyum melihat dahi aku yang berkerut seribu, cuba menghadam cerita yang disampaikan dengan keadaan yang berlaku sekarang.
"Ok, biar papa ringkaskan saja supaya mudah Inaara faham. 25 tahun dulu Black Hardy hanyalah sebuah kumpulan gangster yang mengunakan kekerasan untuk memeras ugut. Tetapi selepas beberapa tahun, Daddy Black telah menukar cara kumpulan ini menjadi sebuah kumpulan kartel dadah."
"Bapa Shasha mengunakan perniagaan Papa sebagai transporter untuk setiap bekalan dadah yang dibawa masuk dari Mexico untuk di edarkan pada para pembeli disini mahupun luar negara."
"Papa sedar, bersubahat dengan Black Hardy adalah satu kesalahan jenayah. Tapi Papa tiada pilihan lain, selain bekerjasama dengan mereka. Papa Inaara sendiri pun tak tahu rahsia papa ini. Papa tersepit antara kawan dan lawan." Ujar Papa Zafri.
Bulat mata aku bila mendengar pengakuan Papa Zafri. Sungguh tak di sangka, Papa juga sama-sama bersubahat melakukan jenayah berat tetapi kenapa pihak polis tak target Papa?
"Papa, mana pergi bapa Shasha?" Soal aku.
Uncle Zafri diam, wajahnya sungul.
"Bapa Shasha telah meninggal dunia setahun selepas Daddy Black mati dalam kemalangan jalanraya. Apa punca Bapa Shasha mati, Papa tak pasti. Black kemudian mengambil alih pimpinan Black Hardy setelah daddynya tiada." Sambung papa Zafri.
"Papa masih lagi jadi transporter untuk Black Hardy?"
Uncle Zafri lepaskan keluhan berat.
"Setelah Black ambil alih pimpinan Black Hardy, Papa diketepikan. Black telah mengunakan orang-orangnya sendiri untuk membuat urusniaga penjualan dadah dengan alasan Papa belot padanya."
"Belot?" Aku pelik.
"Terlalu banyak input yang masuk dalam otak Inaara hari ini kan? Biarlah setakat itu dulu. Nanti Papa akan ceritakan pada Inaara bila sampai masanya nanti. Cukuplah Inaara tahu yang Papa tiada kena mengena lagi dengan Black mahu pun Black Hardy." Papa Zafri menarik aku dalam pelukannya.
"Now, cerita pada Papa kenapa Inaara passed out kelmarin?" Tanya Papa Zafri setelah pelukan di lepaskan.
Oh gosh! Aku ingatkan dia dah lupa.
Aku berjeda seketika.
"Papa, aura yang ada pada Shasha buatkan Inaara rasai segalanya. Amarah, asmara, kasih atau pedih, segalanya indah bila memang tepat pada waktunya. Dia lelaki yang berperwatakan kasar tetapi hatinya sangat lembut dan baik. Itu yang buatkan Inaara mula jatuh sayang padanya."
"Tapi semuanya telah berubah. Satu-satunya hal yang lebih menyedihkan dari dibenci adalah diabaikan kerana janji yang memang mudah dia ucapkan, tapi tidak ditepati. Disaat Inaara perlukan dia disisi, Shasha tinggalkan Inaara tanpa sepatah pesan, tanpa sepatah bicara, tanpa alasan yang pasti."
"Hati Inaara berkecai lumat jatuh ke bumi. Rebah. Hilang punca. Hilang segalanya. Hanya kesakitan. Hanya luka yang makin dalam." Aku mula teresak perlahan.
Sungguh aku kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Papa Zafri menarik aku dalam pelukannya. Di usap perlahan ubun-ubun, cuba menenangkan aku.
"Inaara, belajarlah untuk lepaskan duka. Sekali pun rasa kecewa di hati, jiwa luka rabak. Bila kita melepaskan, kita akan membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita." Papa Zafri memujuk lembut.
"Masa lalu tidak dapat di ubah. Masa depan di cipta pada hari ini. Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menghantui hidup Inaara lagi. Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha kita untuk bangun semula. Semuanya bermula dengan keputusan."
"Now baru Papa tahu kenapa Inaara passed out kelmarin. Jadi apa yang Inaara putuskan hari ini akan menentukan arah tuju hidup Inaara sendiri. Buatlah keputusan yang bijak Inaara." Sambung Papa Zafri.
Sungguh aku bersyukur dipertemukan dengan Papa Zafri. Kata-kata yang di ungkap olehnya buatkan semangat aku mulai bangkit dari kesedihan dan kekecewaan yang belum tentu ada kesudahan jika dibiarkan hati terus melancholy begini.
Air mata yang mengalir, aku kesat. Senyuman di ukir untuk menghilangkan kesedihan. Cukuplah aku membazirkan air mata yang mahal ini buat si dia.
"Papa, look at the situation they got me facing? I can't live a normal life now papa." Aku berjeda dan kemudian menyambung.
"So, let's been spending most our lives living in the gangsta's paradise." Aku senyum dan kemudiannya mula ketawa di ikuti papa Zarif.
Keputusan telah pun aku pilih. Sharill, Shasha, Darling wait for me!
:::
"Apa perkembangan terbaru mengenai kes ini, Raef?" Tuan Suffian mulakan perbincangan pagi ini dengan soalan cepumas.
"Setakat ini, pasukan unit khas sedang giat memburu suspek Tuan." Raef memberi laporan.
"Memalukan! Bagaimana si penjenayah itu begitu mudah boleh terlepas? Bagaimana kamu buat kerja?" Tuan Suffian menjerkah Raef.
Raef hanya diam. Persoalan yang tiada jawapan.
"Pihak atasan mula mempersoalkan kredibiliti kita. Saya tidak mahu mereka menuding jari pada unit kita yang cuai ketika menjalankan tugas. Tolong jaga nama baik saya juga, Raef." Merah muka Tuan Suffian melepaskan amarah.
"Maafkan saya Tuan di atas kecuaian saya yang mengakibatkan semua ini terjadi. Saya akan pastikan suspek dapat ditangkap dengan secepat mungkin." Raef berkata yakin.
"Saya mahu awak tumpukan 100 peratus perhatian pada kes ini. Penjenayah yang paling dikehendaki itu harus diberkas dengan segera. Jika tidak, nama baik polis akan tercemar disebabkan oleh..KAMU !! Sekarang awak boleh keluar." Tuan Suffian berkata tegas.
Raef berdiri menabik hormat dan keluar dari bilik Tuan Suffian.
Hatinya terguris dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Tuan Suffian. Tidak seharusnya semua kesalahan harus dituding pada nya.
Raef kembali semula ke dalam bilik. Dia terduduk dengan fikiran kusut.
"Mana awak menghilang Anggun Inaara?" Raef bertanya pada diri sendiri.
Fikirannya menerawang pada kejadian di gudang yang berlaku 5 hari lalu.
Sejurus Inaara pengsan, Ashraff mengangkat masuk ke dalam kereta miliknya untuk dibawa ke hospital yang berdekatan.
"Biar aku yang bawa Inaara ke hospital Tanjung Teja, kita jumpa disana nanti. Kau bawa sekali unit sokongan." Ashraff terus bergerak meninggalkan Raef dan anggota yang lain.
Raef yang masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi hanya mengangguk perlahan. Hatinya menjerit ingin ikut serta tetapi suara itu kekal di dalam hati.
Mata Raef hanya menghantar pemergiaan Ashraff ke hospital tanpa ada kereta peronda atau anggota lain yang mengikutnya sekali.
Sampai saja dihospital, kelibat Ashraff bahkan keretanya langsung tidak kelihatan. Raef cuba menghubungi Ashraff tetapi panggilan masuk kedalam peti suara. Dicuba lagi dan lagi dengan harapan Ashraff dapat dihubungi tetapi hampa.
20 minit kemudian, sebuah ambulance berhenti di depan unit kecemasan. Bulat matanya apabila melihat Ashraff terbaring di atas stretcher dalam keadaan berlumuran darah mengalami kecederaan yang agak parah.
Raef mula berdebar. Mana Anggun Inaara? Mata melilau mencari kelibat Inaara jika dia juga turut tercedera. Berlari Raef melihat ke dalam ambulance, ternyata hanya Ashraff saja yang dibawa ke hospital.
Apa yang telah terjadi? Mengapa Ashraff cedera parah? Mana Inaara hilang? Berbagai soalan bermain di benak Raef.
Raef berlari mengejar Ashraff yang ditolak masuk ke dalam unit rawatan, hatinya meronta ingin mengetahui apa yang telah berlaku tetapi dia dihalang oleh jururawat.
"Saya Inspektor Raef dari Unit Cawangan Khas Ibu Pejabat DesaAman. Saya perlu tahu apa yang terjadi kepada Inspektor Ashraff yang cedera itu?" Raef mula kalut.
"Maaf Tuan Raef, pesakit sedang dapatkan rawatan lanjut. Mohon Tuan tenang dan duduk diruangan menunggu dulu. Doktor akan maklumkan pada Tuan nanti." Jururawat itu menunjukkan arah yang dimaksudkan.
Raef melangkah longlai, dia buntu. Kini mula timbul segala macam kenapa.
Kenapa dia tidak ikut sekali Ashraff?
Kenapa dia biarkan Ashraff yang membawa Inaara tanpa di escort oleh anggota lain?
Kenapa dia tidak tunggu saja ketibaan ambulance di gudang tadi?
Kenapa Ashraff boleh cedera parah?
Kenapa Inaara tiada bersama Ashraff?
Raef segera menghubungi Tuan Suffian. Dia harus memaklumkan perkara ini.
Setelah hampir 4 jam Raef mundar mandir di ruangan menunggu, dia didatangi oleh Doktor yang merawat Ashraff. Matanya sempat melihat tanda nama yang dipakai Doktor Gurmeet, tangan dihulur sambil memperkenalkan diri.
"Doktor, bagaimana keadaan rakan saya itu? Apa yang telah menyebabkan dia cedera parah?" Raef mengaju soalan.
"Tuan Raef, rakan Tuan telah ditembak pada abdomen perut dan peha kirinya. Nasib baik peluru yang terbenam tidak menembusi organ penting pada abdomen perut. Dia selamat tetapi kami terpaksa berikan dos ubat tidur yang tinggi supaya beliau dapat berehat secukupnya. Kami akan letakkan di unit rawatan rapi bagi memantau perkembangan beliau. Tuan Raef jangan khuatir." Doktor Gurmeet menepuk perlahan bahu Raef sebelum beredar dari situ.
Terduduk Raef bila mendengar ulasan dari Doktor Gurmeet. Fikirannya kusut, apa yang perlu dilakukan kini.
Hanya 2 persoalan yang bermain diminda Raef kini. Bagaimana Ashraff boleh ditembak? Kemana Inaara menghilang?
Segala masalah datang serentak pada masa yang salah. Raef pasti dia pula yang akan menjadi orang paling dikehendaki oleh Tuan Suffian nanti.
"Tuan Raef? Tuan?" Faizal memanggil dari muka pintu setelah lenguh tangannya mengetuk kerana tiada sahutan 'masuk' dari Raef.
Faizal perlu melaporkan hal penting pada Tuan Raef yang kelihatan kusut setelah keluar dari bilik Tuan Suffian tadi.
Terhinjut bahu Raef, hilang segala lamunannya tadi. Dibetulkan duduk supaya tegak.
"Ada apa Faizal?" Serius suara Raef.
"Tuan Raef, pihak hospital memaklumkan pada saya tadi yang Tuan Ashraff dah sedar dan dia akan dipindahkan ke wad biasa petang nanti." Senafas Faizal berkata.
"Terima kasih Faizal. Saya akan maklumkan hal ini pada Tuan Suffian nanti." Tegas Raef.
"Baik, Tuan." Faisal menabik hormat dan beredar dari situ.
Raef menarik nafas lega.
Kini segalanya bakal terungkai.
Share this novel