Dua bulan aku terperap di dalam rumah banglo 2 tingkat ini tanpa boleh keluar bergerak kemana-mana pun sebab aku 'the most wanted' person lah katakan. Tak payah cakaplah betapa boring tahap gaban aku rasa, tapi apa boleh buat dah ini jalan yang di pilih.
Paling jauh aku keluar pun sampai di patio saja melihat bunga-bunga yang kembang cantik dengan rimbunan pepohon yang menghijau. Melalui Nash, baru aku tahu dengan melihat daun-daun hijau selalu, melambatkan hayat mata untuk menjadi rabun.
Cakap mengenai Nash, dia jenis tak banyak cakap, tak berapa romantik dan dingin. Sombong tu jangan cakaplah, memang kau rasa macam nak tumbuk-tumbuk aja muka dia. Nasib lah dia ni 'handsome', tu buat aku berfikir seribu kali nak buat. Ahaks!
Siapa sangka pada awalnya Nash begitu dingin sekali dengan aku sehingga lah kisah 'Semerbak Keramat Seharum Srikandi' buatkan kami mulai rapat dan mesra. Bukan itu saja, sejak dari itu rutin harian Nash bila celik mata adalah menyakat aku. Sama ada aku akan ketawa berguling-guling atau sakit jiwa dengan sakatnya yang maha sadis itu.
Ia bermula bila aku diserang demam panas selepas 2 minggu berada di rumah Papa Zafri. Mungkin demam rindu pada Mama dan Rania atau mungkin juga pada Shasha? Shasha! What the heck aku nak demam rindu dekat dia ni ek!
2 hari aku terbaring tak bermaya, kepala berdenyut menyucuk siap seluruh sendi-sendi sakit. Papa Zafri pula tiada di rumah kerana keluar daerah dengan Amanda untuk beberapa hari atas urusan yang perlu diselesaikan, maka tinggal lah aku, orang gaji, Nash dan beberapa orang bodyguard saja.
Mungkin Mak Melah, orang gaji Papa Zafri ada mengadu dengan Nash tentang aku yang tengah sakit, maka dia mencemar duli masuk ke dalam bilik tidur aku tanpa ketuk mahu pun salam.
Wei, adab mana? Nasib masa tu aku berkemban sebab nak mandi, bayangkan kalau aku tengah telanjang bulat? Mahu pengsan tak pun sawan si Nash tu depan pintu.
"Eh, apahal kau tetiba terjah bilik aku ni? Mana adab kau? Tak reti nak ketuk atau bagi salam dulu?" Aku mula menyinga.
Riak Nash tetap maintain cool as usual. Langsung tak ada rasa bersalah walaupun aku tengah naik hangin dengan dia.
"Mak Melah kata kau tak sihat, 2 hari tak keluar bilik dan makan. Ingatkan dah mati, tu yang aku masuk tengok. Kang Papa Zafri marah pula apsal anak dara dia ni tak ada orang tolong tengok-tengok kan." Selamba Nash menjawab.
Ya Rabbi, dia ni boleh tahan gak mulut puaka. Tak padan dengan lelaki, tetapi laser serupa macam muntut ayam, kalah perempuan.
"Kesian kau, niat kau nak tengok aku mati belum termakbul lah. Tuhan masih beri aku peluang untuk bernafas hidup lagi." Aku menyinis.
"Dah tu apa lagi, keluar lah! Aku nak mandi bagi panas badan aku ni reda sikit. Lelama kau kat sini boleh meletup badan aku sebab panas hati." Aku menghalau.
Nash senyum sinis. Pintu bilik aku ditutup dan dikunci. Dia berpeluk tubuh, bersandar pada belakang pintu memerhati aku seperti nak di kunyah.
Malas aku nak cakap banyak dengan orang yang tak faham bahasa atau mungkin pekak. Aku terus masuk ke dalam bilik air sambil menutup pintu tetapi terhadang dek tangan kekarnya.
"Eh, apahal ni? Aku nak mandi. Tepilah!" Aku menolak tangan nya yang menghalang pintu bilik air dari di tutup.
Nash memegang kemas pergelangan tangan kiri dan menolak aku kebelakang, dengan selamba dia turut masuk sama ke dalam bilik air itu. Aku mula memegang kemas ikatan kain tuala yang tersimpul di dada, takut terburai. Kang tak pasal-pasal tayangan perdana Nash tonton percuma.
"Kenapa ni Nash? Aku tengah demam ni, kepala sakit macam nak pecah. Bagilah aku mandi dulu." Kendur suara aku, separuh merayu.
Aku memang tengah tak larat ni. Dia pula nak buat drama apa dalam bilik air ni dengan aku. Sumpah, aku tak ada mood nak melayan kerenah kau lah Nash.
"Rileks Anggun, aku cuma nak pastikan kau tak pengsan dalam ni saja. Kau mandilah, aku tunggu sini." Tenang saja Nash.
Gila ah dia ni! Nak tunggu aku mandi bagai. Kalau kau tu ada kaitan dengan aku tak apalah juga nak teman sambil tengok aku mandi. Ini baru 2 minggu aku dekat sini, jumpa kau pun kadaang-kadang apatah lagi cakap memang jarang-jarang. Ada hati pula nak teman aku mandi. What the heck!
"Kau jangan nak perasan la Anggun. Badan pun keding aje macam papan, tak selera la aku dengan kau ni. Aku tolong siapkan air bath tub, kau gosok gigi dulu." Nash melintasi aku untuk membuka pili air pada bath tub.
Cis! Dasar mulut muntut ayam betul. Aku sikit punya cantik, body mantop kegilaan si Darling dengan si Yunk dulu wei. Kau apa tau, terperap duduk dalam sangkar mewah ni macam katak! Hah, tu dia aku menyumpah seranah, nasib baik dalam hati. Kalau tak memang lebam dah muka aku kena kiss dengan penumbuk si Nash tu.
"Apa yang kau senyum? Gosok gigi tu bersih-bersih. Mulut kau dah bau hapa tah. Ketiak kau pun dah bau srikandi pulang dari medan perang tau tak. Nasib aku tak pengsan tadi." Nash mula menyakat.
Eh, dia ni lebih-lebih plak. Aku hari-hari mandi kot, pagi bangun tidur terus mandi, tengahari tadi dah mandi, ni pun nak mandi lagi supaya panas badan aku boleh kebah sikit.
Dari aku melayan si Nash, baik aku gosok gigi dan cuci muka dulu. Cepat siap, cepat aku boleh sambung tidur balik.
"Air dalam bath tub dah penuh. Aku takung air sejuk supaya panas badan kau tu boleh kurang sikit. Cepat mandi." Nash menarik tangan aku supaya masuk berendam.
Serba salah menjalar hati. Aku memang tak sabar-sabar nak berendam tapi si Nash ni memang tak nampak langsung yang dia akan keluar dari sini. Elok saja dia berdiri bersandar di tepi singki, mata memang tepat tengok aku.
Adeh, apa aku nak buat ni.
"Kau tercegat apa lagi, cepat masuk dalam bath tub tu." Naik seoktaf suara Nash sampai terhinjut bahu aku terkejut.
Malas nak panjang-panjang cerita, aku leraikan ikatan tuala yang membalut tubuh dan terus melompat masuk ke dalam bath tub yang dipenuhi dengan buih shower gel.
Mak Ai, sejuk nak mati wei air tapi sebab nak cepat baik demam punya pasal, aku hadap sajalah.
Aku gosok seluruh tubuh dengan buih sabun dari Dark Kiss Shower Gel Bath & Body Works. Aroma wangi yang terhasil dari shower gel menyelubungi seluruh bilik mandi. Pasti siapa yang bau akan merasai sensasi sexual dari haruman itu.
Aku jeling sekilas pada Nash, matanya masih lagi memerhatikan aku. Tiada riak pada wajahnya, hanya beku dan sombong. Sah, Nash ni memang kunyit aku rasa sebab langsung tak terangsang dengan apa yang terhidang di depan mata. Kalau si Darling dan Yunk aku dulu, memang dah beround-round aku ditunggang. Ish, apahal aku boleh melalut memikirkan 2 malaun tu?
Aku bersandar, memejam mata seketika. Rasa tenang walaupun sakit kepala masih ada. Dalam aku hampir terlelap, terasa kepala di urut perlahan. Urutan yang tidak terlalu kuat, tidak juga terlalu lembut.
~ Aaahhh....~
Terbit erangan kecil dari bibir aku. Bukan terangsang tapi lebih kepada kelegaan bila sakit kepala yang menyucuk berasa selesa bila di urut.
Tak perlu aku nak terkejut dengan jari misteri siapa yang memicit kepala kalau bukan si Nash sebab dia memang di situ. Ternyata dia juga punyai sentuhan listrik yang hebat.
"Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala kalau kau nak tau." Sambil memicit Nash meng'explain' satu persatu pada aku.
Aku hanya memejam mata, memasang telinga menikmati urutan Nash.
1. Titik Yintang
Titik mata tiga atau Yintang terletak di antara kedua-dua kening sejajar dengan laluan hidung melintasi dahi. Titik ini boleh menghilangkan keletihan pada mata.
2. Titik Zan Zhu
Titik semetri ini terletak di dalam kawasan kening. Dengan mengurut di bahagian ini, dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 60 saat dengan pergerakan secara membulat.
3. Titik YingXiang
Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang sebaris dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan melegakan stres.
4. Titik Tian Zhu
Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah antara telinga dan permulaan tulang belakang. Urutan pada bahagaian ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk dan migrain.
5. Titik Shuai Gu
Titik Shuai Gu terletak 2cm hingga 3cm daripada permulaan garisan rambut . Rasakan lekuk kecil di titik ini. Urutan pada titik ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan menghilangkan keletihan pada mata.
6. Titik He Gu
Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Mengurut pada bahagian ini dapat melegakan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.
"Nash.." Aku bersuara
"Hmm.." Nash berdehem.
"Mana kau tahu pasal urutan ni?" Aku bertanya.
"Google." Nash menjawab pendek.
Aku ketawa mengekek, baru nak puji, rasa kelakar pula jawapan spontan Nash ni. Nash memang jujur dan bukan jenis yang suka dengan pujian aku rasa.
"Lega tak sakit kepala kau Anggun?" Soal Nash sambil tangan nya masih memicit tengkuk dan menjalar hingga ke bahu.
Aku senyum dalam mata terpejam, seronok menikmati sentuhan listrik tangan kasar seorang lelaki.
"Better." Jawabku.
"Bagus, sebab tangan aku dah penat ni. Kau jangan nak mengada-ngada suruh aku urut lagi, kang lain pula jadinya. Dah, jangan nak berendam lama-lama, kena selsema nanti aku pulak di persalahkan. Bangun." Nash menghulur tuala padaku.
Dengan selamba aku berdiri dan membalut tuala pada badan, ikatan diperkemaskan pada dada takut terburai.
Nash hanya memandang tanpa sebarang riak. Alah, dia kan kunyit, mana selera pun nak tengok so buat apa aku nak segan-segan kan?
Aku dan Nash keluar dari bilik air, terasa dingin mula mencucuk tulang. Nash hulurkan sehelai sweat shirts dan pants berwarna kelabu untuk aku pakai. Pantas aku menyarung baju tanpa bra dan panties, nak tidur malam kan so tak payah pakailah.
Rambut yang masih basah dibiar lepas tanpa bersikat. Kaki menuju ke katil kerana aku hanya nak baring saja sekarang ni.
"Kau jangan mengada nak tidur tanpa makan ubat, Anggun. Duduk sini dulu makan bubur yang aku dah sediakan ni." Aura dominant Nash buatkan aku menurut perintah.
Aku duduk pada sofa 2 seater yang berada di hujung katil. Nash yang duduk disebelah mula menolak mangkuk bubur dekat pada aku.
"Suap. Aku tak larat lah nak pegang sudu dan mangkuk ni." Aku sengaja.
Nash menggeleng kepala dengan perangai manja aku di kala demam.
"Mengada betul kau ni, Anggun." Nash menyuap sudu demi sudu walaupun mulut dia membebel.
"Sedap lah bubur ayam ni. Pandai kau masak." Sampai licin semangkuk aku telan dalam tak ada selera.
"Kau jangan ingat lelaki tak pandai sediakan bubur. Bubur ni bukan susah nak buat pun, kau order pakai grab dekat Mc'D, lepas tu salin masuk mangkuk aja." Nash menjawab selamba sambil menyuakan ubat dan segelas air untuk aku telan.
"Eh, bukan kau cakap tadi kau masak ke?" Aku blur.
"Bila masa aku cakap masak, aku kata sediakan. Sedia dengan masak 2 maksud dan perkataan yang berbeza. Kau ni bila demam memang blur betul." Sakat Nash.
Aku mencebik, sakit pula hati dengan perangai menyakat dia ni. Aku melangkah longlai mahu ke katil.
"Esok kalau nak jumpa aku, kau jangan mandi dulu." Nash bersuara di muka pintu.
Aku menoleh, dahi berkerut seribu sebab pelik dengan permintaan nya.
"Kenapa?" Soal aku.
Nash berjalan mendekati aku, di bisikkan sesuatu yang buatkan pipi aku mula merona merah.
Nak tau apa kata Nash?
"Kau 'Seharum Srikandi dari medan perang' bila tak mandi dan berpeluh. Bau yang buatkan aku ketagih untuk terus mendekati diri kau, Anggun." Nash mengenyit mata dan keluar dari bilik sambil menutup pintu.
Arghhhhhh!! Hati aku menjerit miang dengan panahan kenyitan mata si Nash.
Kalau la kau tahu wahai Nash, aku juga ketagih dengan bau peluh kau yang 'Senakal Laksamana' itu. Bau yang buatkan aku rasa nak peluk kau sekuat hati.
Oh gosh, taman larangan aku mula rasa sesuatu.
Eh, tapikan Nash sendiri cakap dia tak berselera dengan aku. Habis tu yang dia boleh addicted dengan bau 'srikandi' tu apa kes?
Jadi, yang tadi tu Nash 'kencing' aku lah supaya dapat tengok tayangan percuma?
Nash !!!!... Aku menjerit sekuat hati.
Terdengar ketawa Nash yang maha kuat dari luar pintu bilik tidur aku.
Sah, memang Nash suka menyakat aku!
Share this novel