Series
6456
Dua minggu telah berlalu sejak Adara Sofea melakukan keputusan paling gila dalam hidupnya. Keputusan melarikan diri yang nekad, kemarahan keluarganya yang pasti sedang membara, dan kini kehidupan baru yang terpaksa dia bina dari awal tanpa sokongan sesiapapun kecuali daripada Intan.
Adara berdiri di balkoni kecil rumah sewa Intan sambil memegang secawan kopi panas yang wapnya masih menari-nari di udara pagi. Angin dingin menyapa lembut pada wajahnya, membawa bauan hujan yang masih tersisa dari malam tadi. Di bawah, jalan kecil di kawasan perumahan itu sudah mula sibuk dengan deruman enjin kereta yang keluar pergi bekerja.
??Termenung lagi?? Suara Intan tiba-tiba kedengaran dari dalam rumah, memecahkan kesunyian pagi yang damai itu.
Adara menoleh perlahan. Kelihatan sahabatnya itu berjalan keluar ke balkoni dengan sudah lengkap berpakaian untuk ke tempat kerja.
?Awal bangun hari ni, Dara. Selalunya kau yang paling liat nak celik mata,? kata Intan sambil menyandarkan tubuh di bingkai pintu balkoni.
?Adara tersenyum nipis, pandangannya kembali ke arah jalan raya. ?Tak boleh tidur. Banyak sangat benda yang berpusing dalam kepala otak aku ni, Intan.?
?Intan memandangnya seketika sebelum mengeluh perlahan. Dia tahu apa yang sedang dirasakan oleh sahabatnya itu. ?Dara? kau masih fikir pasal benda tu lagi ke? Pasal majlis nikah kau tu.?
?Adara tidak menjawab. Dia memandang jauh ke hadapan. Tentang hari itu? Tentang majlis yang sepatutnya menjadi hari paling bersejarah dalam hidupnya. Namun sebaliknya, dia melarikan diri seperti seorang penjenayah yang paling dikehendaki. Dia tahu tindakannya itu telah menconteng arang ke muka keluarganya.
??Aku bukan menyesal lari, Intan,? akhirnya Adara bersuara perlahan. Suaranya sedikit serak. ?Cuma? aku rasa bersalah. Aku tahu aku sangat pentingkan diri sendiri waktu tu. Semua orang kena tanggung malu besar sebab aku. Mommy, Daddy? malunya mereka depan kawan-kawan korporat mereka, aku tak boleh nak bayangkan betapa hancurnya perasaan mereka sekarang ni.?
?Intan mendekat lalu berdiri di sebelah Adara. ?Dara, kalau kau terus fikir macam ni, kau takkan boleh bergerak ke depan. Benda dah jadi. Nasi dah jadi bubur, malah mungkin dah jadi bubur lambuk pun. Sekarang ni, kau kena fikir untuk masa depan kau.?
Adara diam, menghadam kata-kata itu. Dia tahu Intan betul. Beberapa saat kemudian, Adara menarik nafas panjang. ?Aku dah buat keputusan intan.?
?Intan mengangkat kening. ?Apa dia? Jangan cakap kau nak lari pergi London pulak.?
?Aku nak cari kerja,? ujar Adara tekad.
??Kau serius ke ni?? Intan menyoal dengan dahi berkerut.
?Adara mengangguk. ?Aku serius Intan. Aku tak boleh duduk sini goyang kaki je. Aku kena belajar berdikari. Takkan selamanya aku nak bergantung hidup pada kau. Kau pun ada komitmen sendiri. Aku kena buktikan pada Daddy yang aku boleh hidup tanpa duit dia."
?Intan memandangnya lama, kemudian dia tersenyum kecil. ?Akhirnya kau guna juga kepala sendiri, bukan ikut emosi semata-mata. Inilah Adara Sofea yang aku kenal sejak dari sekolah dulu. Degil, tapi bijak dan sangat kental pendiriannya.?
?Adara menjeling manja. ?Terima kasih atas sokongan yang sangat menyentuh hati dan sedikit menyakitkan hati tu.?
?Intan ketawa kecil. ?Okaylah, aku sokong seratus peratus. Tapi jangan lupa, kalau ada masalah, kalau kau kena buli dengan bos ke, kau still boleh bergantung pada aku.?
Adara tersenyum tulus. Rasa syukur membuak-buak kerana mempunyai sahabat sejati seperti Intan. ?Terima kasih, Intan, sebab kau je yang faham aku.?
*******
?Hari-hari seterusnya dipenuhi dengan sesi menghantar resume ke serata tempat. Sebahagiannya memanggilnya untuk sesi temuduga, manakala sebahagian lagi langsung sepi tanpa sebarang khabar berita yang diterima kerana mungkin dia tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja.
?Adara hampir berputus asa sepenuhnya. Dia duduk di meja makan dengan wajah sugul sehingga suatu petang, telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
??Hello, Adara Sofea bercakap.?
??Cik Adara? Saya dari wakil dari Kharisma Holdings. Kami ingin memaklumkan bahawa interview Cik Adara telah berjaya.?
?Adara terpaku. Dia seakan lupa bagaimana hendak bernafas. ?Serius ke puan? Saya tak salah dengar ke ni??
??Ya, cik. Jika tiada sebarang masalah, cik boleh lapor diri pada hari Isnin ini tepat pukul lapan pagi.?
?Dia hembus nafas lega. Rasa tidak percaya masih lagi bersisa dalam hati.
Kharisma Holdings bukan calang - calang syarikat. Ia adalah syarikat gergasi dalam industri hartanah dan pelaburan yang sangat terkenal di seluruh Malaysia.
??Terima kasih puan! Saya akan datang pada hari tersebut. Terima kasih banyak-banyak juga kerana memberi saya peluang!? Selepas talian dimatikan, Adara menjerit kecil memanggil kawannya.
??INTAN! INTAN! AKU DAH DAPAT KERJA!?
?Intan yang berada di dapur terus muncul dengan wajah terkejut. ?Kenapa kau terjerit - jerit ni??
??Aku dah dapat kerja! Kharisma Holdings, Intan! Sebagai Executive Assistant!?
?Intan terus meletakkan sudip dan melompat kegembiraan. ?Serius ke? Wah, untungnya kau Dara! Syarikat besar tu!?
?Adara mengangguk berkali-kali, matanya bersinar dengan harapan baru.
?Serius! Aku pun tak sangka mereka terima aku walaupun aku tak ada langsung pengalaman kerja.?
?Mereka berdua ketawa gembira dan berpelukan. Bagi Adara, ini bukan sekadar pekerjaan untuk mencari rezeki semata-mata. Ini adalah satu batu loncatan yang besar untuknya membina semula keyakinan dirinya.
*******
?Isnin pagi yang dinanti-nantikan pun tiba. Adara berdiri di hadapan bangunan pencakar langit yang tersergam indah di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur. Di bahagian atas bangunan itu, tertera logo besar yang sangat gah: KHARISMA HOLDINGS.
Adara menarik nafas panjang, membetulkan sedikit baju kemeja biru lembut dan skirt pensil hitam labuh yang dipakainya. ?Okay Adara? Ni hari kau,? tekadnya penuh semangat.
?Dia melangkah masuk ke dalam lobi yang terlihat mewah. Suasana sibuk dengan pekerja - pekerja yang berpakaian kemas keluar masuk dari pintu lif. Adara menghampiri kaunter penyambut tetamu.
??Selamat pagi. Saya Adara Sofea. Saya datang untuk melapor diri.?
?Wanita di kaunter itu tersenyum manis kepada Adara. ?Sebentar ya, cik. Saya semak rekod dahulu dalam sistem kami.? Setelah membuat panggilan ringkas, seorang wanita berusia sekitar empat puluhan dengan gaya yang sangat sofistikated datang menghampirinya dengan tenang.
??Cik Adara? Saya Puan Laila, dari Unit HR.?
? Adara tersenyum sopan dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
?Selamat pagi, Puan Laila. Saya Adara Sofea.?
??Selamat pagi. Mari ikut saya. Pejabat Managing Director terletak di tingkat paling atas, di tingkat lima puluh,? jelas Puan Laila sambil berjalan menuju ke lif eksekutif yang hanya boleh diakses dengan kad khas jabatan.
??Awak akan bekerja secara langsung di bawah Managing Director kita yang utama. Jawatan awak sangat krusial kerana awak akan menguruskan segala jadual sulit Dato' setiap hari,? jelas Puan Laila lagi dengan nada yang agak serius.
?Adara mengangguk faham. ?Baik, Puan. Saya akan cuba beri komitmen penuh dan akan cepat belajar.?
??Dato' agak tegas orangnya dan seorang yang sangat perfectionist dalam segala hal. Tapi kalau awak buat kerja dengan teliti dan cekap, InshaAllah semuanya akan baik - baik saja.? Puan Laila memberi sedikit penerangan ringkas mengenai bosnya.
?Mereka berhenti di hadapan sebuah pintu kayu jati. Puan Laila mengetuk pintu itu perlahan sebanyak tiga kali sebelum memulas tombol pintu tersebut untuk masuk.
??Masuk.? Suara garau seorang lelaki kedengaran dari dalam bilik.
?Mereka melangkah masuk. Di belakang meja kerja yang besar, seorang lelaki sedang tekun meneliti dokumen di tangannya.
Lelaki itu perlahan-lahan mengangkat wajah apabila menyedari kehadiran mereka berdua di situ. Dan ketika itu, masa seolah-olah terhenti sepenuhnya bagi Adara. Mata mereka bertembung. Lelaki itu kelihatan sangat tenang, namun renungan matanya sangat tajam seolah - olah dapat menembus terus ke dalam jiwa Adara saat ini.
??Dato',? ujar Puan Laila memecah kesunyian yang melanda. ?Ini Executive Assistant baru kita yang lapor diri hari ini, Adara Sofea.?
?Nama itu disebut dengan sangat jelas. Adara dapat melihat hujung kening lelaki itu terjungkit sedikit ke atas. Lelaki itu meletakkan pen yang dipegangnya ke atas meja.
?Dato' Irfan mengangguk. Terima kasih, Laila. Awak boleh keluar,? arah lelaki itu tanpa melepaskan pandangan daripada wajah Adara yang kaku.
?Selepas Puan Laila keluar dari bilik tersebut, suasana di dalam pejabat itu menjadi sunyi sepi buat seketika waktu.
??Duduk,? kata lelaki itu ringkas sambil matanya masih memaku pada wajah Adara yang kelihatan sedikit pucat itu.
?Adara menurut dan perlahan menarik kerusi di depannya. ?Terima kasih, Dato'.? Suaranya kedengaran sedikit tergagap-gagap. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu kerdil berada di hadapan bosnya ini.
??Awak dah tahu skop kerja awak di pejabat ini? Saya tak suka ulang perkara yang sama dalam satu masa,? soal lelaki itu, suaranya kedengaran dingin tapi masih tenang nadanya.
??Ya, Dato'. Saya dah baca dengan teliti deskripsi tugas dalam surat tawaran saya tempoh hari.?
??Bagus kalau awak dah baca dan faham.? Lelaki itu menolak satu fail kulit berwarna hitam yang sangat tebal ke arah Adara. ?Ini kerja pertama awak untuk hari ini. Susun laporan pelaburan ini mengikut kronologi dan siapkan ringkasan eksekutif sebelum tengah hari ini tanpa sebarang kesilapan. Saya nak hanya point - point penting sahaja. Jangan sesekali bazirkan masa saya dengan ayat yang berbunga-bunga dan tidak penting.? Arah Dato' Irfan tegas.
?Adara membuka fail itu dengan teliti. Dokumen di dalamnya sangat tebal dan penuh dengan istilah kewangan yang sangat rumit untuk difahami. Dia menelan liur yang terasa pahit di kerongkong. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi sekarang. Ini bermakna dia hanya ada masa dua jam sahaja untuk siapkan semuanya!
??Baik, Dato'. Saya akan siapkan segera sebelum tengahari.? Adara bangun, ingin segera keluar dari bilik tersebut. Namun, sebaik sahaja Adara melangkah ke arah pintu keluar, lelaki itu memanggilnya lagi dengan suara yang sangat tegas. ?Adara Sofea.?
?Adara berpaling semula. ?Ya, Dato'? Ada apa-apa lagi yang saya perlu buat??
?Lelaki itu hanya memandangnya dengan pandangan yang penuh makna yang sukar untuk Adara tafsirkan. "Cepat selesaikan tugas awak. Saya dah pilih awak antara ratusan calon lain yang lebih berpengalaman di luar sana. Buktikan yang pilihan saya tak salah dan awak layak untuk berkhidmat di sini.?
?Adara hanya mengangguk kecil dan tergesa-gesa untuk keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja pintu kayu jati itu tertutup rapat, Adara urut dada. Jantungnya berdegup laju gila seakan baru lepas lari maraton.
?Di dalam pejabat yang mewah itu, Dato' Irfan masih memandang pintu yang baru sahaja ditutup oleh Adara tadi. Perlahan-lahan, satu senyuman nipis terukir di bibirnya.
??Adara Sofea?? Dia menyebut nama itu perlahan. Nama yang tidak mungkin dia lupakan seumur hidupnya. Nama yang telah mencalar maruahnya sebagai seorang lelaki.
Namun kini, wanita itu berdiri tepat di hadapannya tanpa menyedari siapa sebenarnya di sebalik nama Dato' Irfan itu.
??Tunggu saatnya akan tiba, Adara." Irfan mencapai fail peribadi Adara yang terletak di atas meja kerjanya. Dia meneliti setiap maklumat di dalamnya dengan penuh teliti. Dia tahu Adara baru pulang dari luar negara, sebab itu Adara tidak mengenali wajahnya kerana sepanjang tempoh pertunangan singkat mereka yang diatur keluarga, mereka tidak pernah bertemu secara bersemuka.
Adara hanya mengenali nama tunangnya dulu adalah "Dato' Irfan", dan mungkin membayangkan seseorang itu lelaki yang jauh lebih tua dan berperut buncit.
?Irfan tertawa kecil dan menutup fail tersebut dengan satu bunyi yang kuat hingga bergema. Matanya tajam memandang ke arah pintu pejabatnya yang tertutup rapat tadi.
?Awak fikir awak boleh lari dari saya, Adara? Bandar Kuala Lumpur ini sangat kecil bagi pengaruh saya. Dunia ini pun terlalu kecil untuk awak menyorok daripada saya."
?Dia bersandar semula pada kerusi kulitnya yang empuk. Dia sengaja menerima permohonan kerja Adara bukan kerana dia sangat memerlukan pembantu baru yang mentah itu, dia ada ramai calon yang jauh lebih kompeten untuk jawatan itu. Dia cuma mahu Adara ada di depan matanya setiap hari. Dia mahu melihat sejauh mana wanita degil itu boleh bertahan di bawah tekanan kerjanya itu nanti. Bibirnya menyeringai tawa nipis.
??Satu permainan baru sahaja bermula hari ini, Adara Sofea. Dan kali ini, saya takkan biarkan awak lari lagi dari radar saya walau seinci pun. Saya akan pastikan awak sendiri yang akan datang melutut dan memohon maaf di kaki saya satu hari nanti atas perbuatan awak tempoh hari.?
?Lampu pejabat yang terang menyinari wajah kacaknya yang kini dipenuhi dengan satu azam dendam yang baru membara. Dia akan membalas apa yang Adara telah lakukan padanya.
Permainan "kucing dan tikus" ini baru sahaja di fasa permulaan. Adara Sofea kini berada dalam genggamannya. Dia tersenyum sinis melihat fail tersebut.
Hidup Adara kini berada di bawah telunjuknya. Selamat datang ke dalam sangkar emas saya, Adara.
Segala-galanya sudah bermula dan awak tidak akan dapat berpaling lagi dari takdir yang saya tentukan ini buat selamanya. Kita akan lihat siapa yang akan menang dalam pertaruhan ego ini nanti.
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel