Series
6456
Pagi itu, suasana di cafe hotel mewah yang terletak di tengah-tengah jantung ibu kota nampak sangat tenang dan eksklusif. Bau haruman lilin aromaterapi yang mahal dan alunan muzik piano yang sayup-sayup kedengaran di latar belakang membuatkan tempat itu terasa sangat privasi, jauh daripada hiruk-pikuk kota. Di satu sudut yang agak tersorok dan terlindung daripada pandangan orang ramai, Dato? Irfan Khairi duduk dengan gaya yang cukup tenang namun penuh dengan aura kuasa.
?Kemeja putih yang dipakainya nampak sangat kemas tanpa sehelai kedut pun, dipadankan pula dengan sut kelabu gelap yang dipotong mengikut bentuk tubuhnya yang tegap. Di hadapannya, Dato? Farid, lelaki yang berumur 52 tahun dan merupakan bapa kepada Adara, sedang membelek dokumen projek pelaburan terbaru. Walaupun mereka sedang membincangkan urusan bisnes yang melibatkan angka berjuta-juta ringgit, Irfan perasan tumpuan Dato? Farid sering terganggu.
?"Saya rasa cadangan Irfan untuk projek pembangunan di Cyberjaya ni sangat bernas. Visi kamu memang tak pernah mengecewakan Uncle," ujar Dato? Farid sambil membetulkan letak cermin matanya. Namun, di sebalik kata-kata itu, suaranya kedengaran sedikit layu dan tidak bersemangat seperti kebiasaannya. Matanya seringkali termenung memandang ke luar tingkap restoran.
?Irfan menghirup kopinya perlahan, memerhatikan setiap gerak-geri lelaki tua itu dengan penuh teliti. Dia tahu benar apa yang sedang menghantui fikiran bapa mentua tak jadinya itu.
?"Uncle nampak kurang sihat hari ni. Masih fikirkan tentang Adara ke?" Irfan bertanya dengan nada yang kedengaran sangat prihatin, seolah-olah dia benar-benar mengambil berat, padahal dia sudah memegang semua jawapan dalam genggamannya.
?Dato? Farid mengeluh berat. Dia meletakkan dokumen itu ke atas meja dan menyandarkan tubuhnya dengan perasaan lelah yang amat sangat. "Siapa lagi kalau bukan Adara, Irfan. Sejak dia lari dari majlis nikah korang empat bulan lepas, Uncle rasa macam hilang arah. Malu dengan keluarga kamu tu satu hal yang Uncle tak tahu macam mana nak tebus, tapi risaukan keadaan dia kat luar sana lagi buat Uncle sesak dada. Dia tu anak tunggal, mana pernah hidup susah. Sekarang dia hilang, call tak angkat, mesej tak balas. Uncle risau dia jadi apa-apa, atau dia tak ada duit nak makan."
?Irfan tersenyum nipis. Senyuman yang nampak tulus di mata Dato' Farid, tapi sebenarnya penuh dengan muslihat yang tajam. "Sebenarnya Uncle, saya ada berita baik. Adara selamat. Dia sebenarnya bekerja di pejabat saya sekarang sebagai Executive Assistant saya, uncle jangan risau pasal dia yer."
?Dato? Farid punya terkejut sampai hampir tertumpah air kopi yang baru mahu dihirupnya. Dia terus menegakkan badan, wajah yang tadi nampak layu dan kusam terus berubah menjadi cerah sekelip mata. "Betul ke Irfan? Ya Allah, Alhamdulillah! Dia kerja dengan kamu? Macam mana dia boleh ada kat situ? Dia tahu ke itu syarikat kamu?"
?"Dia mohon kerja tu tanpa tahu saya bos dia, Uncle. Mungkin takdir memang nak temukan kami semula untuk selesaikan apa yang tergantung," tipu Irfan dengan riak wajah yang sangat selamba. "Tapi saya ada satu permintaan besar pada Uncle. Tolong jangan paksa dia balik lagi buat masa ni. Dan tolong sangat, jangan beritahu dia yang saya dah beritahu Uncle pasal keberadaan dia. Biar dia ingat rahsia dia masih selamat 'bersembunyi' di pejabat saya. Saya nak dia belajar hidup sendiri bawah pengawasan saya, biar dia belajar macam mana susahnya hidup sendiri. Kalau dia tahu Uncle dah tahu dia kat mana, saya risau dia akan lari lagi ke tempat yang kita susah nak cari. Biar saya bimbing dia dengan cara saya sendiri."
?Dato? Farid mengangguk laju-laju tanpa berfikir panjang. Matanya nampak berkaca kerana terlalu bersyukur mendengar khabar berita itu. "Uncle faham, Irfan. Uncle percayakan kamu seratus peratus. Kamu memang lelaki yang baik dan berhati mulia. Walaupun dia dah buat naya kat kamu, malukan kamu depan tetamu, kamu masih sanggup ambil dia kerja dan jaga kebajikan dia. Tolong ya Irfan... bimbing dia untuk Uncle. Ajar dia apa itu erti tanggungjawab."
?"Jangan risau, Uncle. Saya akan 'jaga' dia baik-baik. Dia takkan boleh lari ke mana-mana lagi kali ni," balas Irfan dengan nada yang kedengaran sangat sejuk. Dalam hati, dia sudah merencana pelbagai "modul pembelajaran" yang bakal membuatkan Adara Sofea menyesal dengan setiap saat dia bernafas di pejabat itu.
*******
Awal pagi itu di pejabat Kharisma Holdings, keadaan Adara Sofea adalah bertentangan dengan apa yang dibayangkan oleh daddynya. Dia rasa macam nak meletup dan menjerit sekuat hati. Sampai sahaja di tempat duduknya, dia sudah dikerah untuk menyusun semula beratus-ratus fail lama yang tebal dan berhabuk di dalam stor arkib yang terletak di tingkat bawah tanah.
Bilik itu luas, penuh dengan rak - rak buku serta peti besi untuk fail - fail rahsia. Pendingin hawa pula langsung tidak terasa, membuatkan Adara berpeluh lencun dan sesak nafas.
?Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggung untuk menarik nafas seketika di meja kerjanya, interkom di mejanya berbunyi dengan nada yang sangat menjengkelkan, seolah-olah mengejek keletihannya.
?"Adara! Mana kopi saya? Dah sepuluh minit saya tunggu ni. Awak tidur ke kat luar tu?" suara garang Irfan bergema dengan kuat, membuatkan Adara tersentak sehingga hampir terjatuh dari kerusi.
?Adara mendengus geram. Dia mengesat peluh di dahi dengan hujung lengan baju. "Sabar Adara, sabar..." bisiknya sendiri. Dia terus bangun dan berlari ke arah pantri. Di sana, Irfan telah meletakkan satu set pengisar kopi manual yang baru dibelinya minggu lepas. Alasan Irfan sangat remeh, kononnya dia mahu rasa kopi yang lebih "original" dan beraroma segar.
"Kopi manual konon... bajet barista sangat mamat ni! Padahal mesin kopi paling canggih berharga beribu ringgit ada kat sebelah ni je!" bebel Adara sendirian sambil memusing pemutar pengisar kopi itu sekuat hati. Tangan dia yang halus itu dah mula rasa lenguh dan kebas, tapi dia terpaksa teruskan juga kerana dia tahu, kalau dia lambat seminit, makin kuatlah singa di dalam bilik kaca itu akan mengaum.
?Selepas selesai membancuh dengan penuh teliti, dia membawa cawan kopi itu masuk ke dalam bilik Irfan. Dia mengetuk pintu perlahan sebelum melangkah masuk. Irfan langsung tidak memandang wajahnya, matanya tetap melekat pada skrin laptop seolah-olah Adara itu halimunan.
?"Lambat... Kopi ni pun dah kurang panas. Pergi buat lain. Saya nak suhu dia tepat 80 darjah Celsius. Kalau kurang atau lebih, rasa dia dah lari dan saya tak nak mood saya nak buat kerja ke laut," kata Irfan dengan nada yang cukup menyakitkan hati.
?Adara tercengang. "Dato', saya dah kisar manual macam Dato' nak tadi. Ambil masa lama nak kisar biji kopi tu. Takkan nak buat baru kut?"
?Irfan angkat muka, merenung tepat ke dalam mata Adara dengan pandangan yang tajam dan beku. "Awak EA saya ke atau tukang bagi alasan? Sebagai Executive Assistant, tugas awak adalah memastikan keselesaan bos awak. Kalau saya kata buat baru, maksudnya buat baru. Dan lepas tu, saya nak awak pergi ke kedai bunga kat blok depan. Beli sejambak bunga lily putih. Tapi ingat, saya nak yang betul-betul kuncup. Kalau ada satu kelopak yang dah terbuka sikit pun, awak hantar balik dan beli baru guna duit awak sendiri. Faham?"
?"Dato', lily putih kuncup nak buat apa? Saya ada banyak lagi laporan yang nak kena taip yang Dato' minta siapkan sebelum makan tengah hari tadi," Adara cuba memprotes dengan suara yang bergetar.
?"Jangan banyak tanya. Itu arahan. Estetika pejabat saya adalah sebahagian daripada imej syarikat. Dan satu lagi, taip balik laporan semalam. Saya tak suka font yang awak guna. Nampak murahan sangat dan tak ada kelas. Saya nak awak guna font yang saya dah tandakan kat nota ni. Semua alignment kena tepat sampai ke milimeter. Lari sikit, awak taip balik semua lima puluh muka surat tu sampai esok pagi."
?Irfan mencampakkan sehelai kertas penuh contengan di atas meja. Adara melihat senarai tugas itu dengan rasa tertekan yang teramat sangat. Kisar kopi, beli bunga yang belum kembang, taip balik benda yang sebenarnya sudah sempurna... semua ini memang sengaja direka untuk membuli mental dan fizikalnya ke???.
"Dato' memang sengaja nak buli saya kan? Semua kerja ni bukan dalam skop kerja EA saya!" Adara akhirnya bersuara, air mata kemarahan mula bertakung di kelopak matanya.
?Irfan bersandar pada kerusi kulitnya, dengan tersenyum sinis. "Buli? Saya cuma mahukan kerja yang sempurna daripada staff saya. Atau... Kalau awak rasa kerja ni membebankan awak boleh berhenti, tak perlu datang kerja lagi." Terungkap kata sinis dari mulut Dato' Irfan tanpa memikirkan perasaan Adara.
Adara terkedu. Sebelum membalas. ?"Baik Dato'. Saya pergi beli sekarang," kata Adara perlahan dengan suara yang hampir pecah, matanya tunduk memandang lantai. Dia mahukan kerja ni. Dia tidak mahu berhenti.
?"Bagus. Oh, satu lagi. Jangan guna lift. Lift staff tengah diservis hari ni. Guna tangga keselamatan. Awak kena senaman sikit supaya otak tu lebih cergas nak berfikir dan tak lembap buat kerja," tambah Irfan lagi. Kata - katanya pedas dan menghiris hulu hati Adara.
?Adara keluar dari bilik itu dengan hati dengan perasaan yang sebal. Dia tahu lift itu tidak rosak pun, sebab dia nampak Farah baru sahaja keluar dari lift dengan wajah ceria tadi! Dato' Irfan memang sengaja. Dia terpaksa menuruni tangga dari tingkat 50 semata-mata mahu membeli bunga lily yang kuncup tu!
?Setiap langkah di tangga yang sunyi itu terasa sangat berat. Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh juga ke pipi.
"Kenapa dia benci sangat kat aku? Apa salah aku sampai kena macam ni sekali? Aku nak bekerja baik - baik je..." bisik dia sendirian sambil mengesat air mata dengan hujung jari.
?Sampai sahaja di kedai bunga dalam keadaan lencun dengan peluh, Adara mula mencari lily yang paling kuncup. "Kak, tolong saya kak... ada tak lily yang belum kembang, maksud saya masih kuncup? Bos saya tu cerewet dia tahap dewa. Dia tak nak kelopak terbuka walau sikit pun," rayu Adara dengan wajah memohon pada pekerja kedai tersebut.
Pekerja kedai bunga tersenyum. "Ada cik, nak berapa kuntum?"
Adara hembus nafas, dia terlupa untuk bertanya berapa kuntum yang bosnya perlukan. Nak naik atas balik, memang tak dayalah. Ni pun berpeluh basah satu badan dek peluh.
"Boleh bagi dalam dua belas kuntum. Buat gubahan bunga sekali," balas Adara.
?Pekerja kedai mengangguk faham. Selepas hampir sejam mencari bunga yang menepati "piawaian gila" bosnya itu, dan kemudian terpaksa mendaki semula tangga ke tingkat 50 dengan kaki yang sudah mula menggigil kepenatan, Adara masuk ke bilik Irfan dengan rupa yang memang sangat kasihan.
Rambutnya sudah serabai, wajahnya merah padam kerana kepenatan dan bahang panas tengah hari.
?Irfan membelek bunga itu seolah-olah dia sedang memeriksa kualiti berlian yang paling mahal di dunia.
"Hmm... kuncup dia okeylah. Saya lepaskan awak kali ni. Sekarang, pergi taip laporan tu. Saya nak siap sebelum pukul 5 petang. Kalau tak siap, awak tak boleh balik. Faham?"
?Adara mengetap bibir sehingga terasa pedih. Dia rasa nak menjerit sekuat hati tepat di hadapan muka Irfan yang kacak tapi menyakitkan hati itu.
"Saya faham, Dato'." ?Sepanjang petang itu, Adara memang tidak senang duduk. Irfan memberikan tugas yang bukan-bukan dan tidak masuk akal. Dia suruh Adara menyusun klip kertas mengikut tona warna, betulkan kedudukan pasu bunga setiap sepuluh minit sebab dia kata "senget sikit ke kiri", dan taip balik dokumen yang sebenarnya sudah pun sempurna di mata orang lain.
?Adara stres. Serabut. Kepalanya sudah mula berdenyut-denyut tahap migrain. Dia memicit - micit pelipisnya setelah kembali ke tempat duduknya.
?Bagi Irfan, melihat Adara yang dulu seorang "puteri" yang manja sekarang merangkak melakukan kerja-kerja bawahan adalah satu kemenangan besar buat dirinya. Dia mahu Adara tahu bahawa di pejabat itu, dialah raja yang menentukan nasib Adara. Dan selagi Adara takut untuk balik berjumpa Dato' Farid, selagi itulah Adara akan terus menjadi mainan di dalam genggaman sang singa beku ini.
Adara duduk di mejanya, mata memandang skrin komputer yang masih penuh dengan kerja-kerja yang tidak akan habis. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, tapi Dato' Irfan tidak memberi sebarang tanda untuk menyuruhnya pulang.
Dia mengeluh panjang, menyapu air mata yang jatuh ke pipi buat kesekian kalinya. Dia perlu kuat. Dia tidak boleh kalah dengan permainan mental Irfan ini. Dia perlu buktikan bahawa dia mampu bertahan walaupun kadang - kadang diperlakukan seperti hamba.
?Tetapi persoalannya, sampai bila dia mampu bertahan untuk terus mencari rezeki di syarikat ini.
Adara, kau pasti boleh. Jangan mudah mengalah. Adara berbisik di dalam hatinya. Rakan - rakan sekerjanya sudah lama meninggalkan ruang pejabat meninggalkan dirinya yang masih belum menunjukkan tanda - tanda mahu pulang.
Happy reading ❤️ ES LILIN
Share this novel