BAB 3

Romance Series 6456

Pagi kedua Adara Sofea di Kharisma Holdings bermula lebih awal daripada biasa. Jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi ketika dia sudah keluar dari kereta Intan di hadapan bangunan pejabat yang tinggi itu.

?"Awal kau pergi kerja hari ni," tegur Intan sambil memandangnya dari tempat duduk pemandu.

Adara mengangkat bahu sambil tersenyum kecil. "First impression penting."

?Intan ketawa kecil. "Bos kau tu nampak macam jenis yang susah nak impress."

?"Lagilah aku kena usaha lebih."

? Intan memandang sahabatnya seketika sebelum mengangguk. "Okay, good luck tau."

?"Terima kasih sebab hantar aku."

Intan mengangguk perlahan ?"Petang nanti call aku."

? Adara menunjukkan isyarat jari 'ok' sebelum menutup pintu kereta. Dia berdiri seketika di hadapan bangunan Kharisma Holdings. Cahaya matahari pagi memantul pada permukaan kaca bangunan itu, membuatkan ia kelihatan lebih megah daripada semalam. Adara menarik nafas panjang.

?Dia melangkah masuk ke dalam bangunan dengan langkah lebih yakin berbanding semalam. Di lobi, beberapa pekerja sudah mula memenuhi ruang. Ada yang sedang berbual sambil memegang cawan kopi, ada yang berjalan laju menuju ke lif. Adara menekan butang lif dan menunggu.


Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka. Dia melangkah masuk bersama beberapa pekerja lain.

?Apabila lif berhenti di tingkat pejabatnya, Adara segera keluar dan berjalan ke arah mejanya. Farah yang duduk di meja sebelah sudah pun berada di situ.

?"Awal awak datang hari ni," tegur Farah sambil tersenyum.

?Adara meletakkan begnya di atas meja. "Tak nak lambat."

?Farah mengangguk. "Bagus. Dato' Irfan biasanya datang awal juga."

?Seolah-olah dipanggil oleh namanya, pintu pejabat besar di hujung ruang itu terbuka. Seorang lelaki keluar dari dalam. Langkahnya tenang dan kemas seperti biasa. Dato' Irfan. Adara yang sedang menyusun beberapa dokumen di mejanya terangkat kepala. Mata mereka bertemu seketika. Namun lelaki itu hanya memandangnya sepintas lalu sebelum berjalan menuju ke arah mesin kopi di sudut pejabat.

?Adara kembali menundukkan kepala. Entah kenapa setiap kali lelaki itu berada berhampiran, suasana terasa sedikit tegang.

?"Bos dah sampai," Farah berbisik perlahan.

?Adara hanya mengangguk. Beberapa minit kemudian telefon di mejanya berbunyi. Adara terus mengangkat.

?"Adara.... "Masuk." ?Suara Dato' Irfan kedengaran pendek dari hujung talian.

Seperti biasa, talian dimatikan tanpa kata tambahan. Adara mencapai buku nota kecil di mejanya lalu bergegas ke bilik Dato' Irfan. Pintu pejabat dia ketuk.

?"Masuk."

?Adara melangkah masuk. Dato' Irfan sedang berdiri di tepi meja sambil membelek beberapa fail.

?"Selamat pagi, Dato'."

?"Pagi."

? Lelaki itu meletakkan fail di atas meja.

"Jadual saya hari ni?"

? Adara membuka buku notanya.

"Pukul 9 mesyuarat dengan bahagian kewangan. Pukul 11 meeting dengan klien dari Singapura. Lepas makan tengah hari ada site visit."

?Dato' Irfan mengangguk. "Baik."
?Dia berjalan ke arah kerusinya lalu duduk. Kemudian dia mengeluarkan beberapa dokumen dari laci meja. "Awak ikut saya untuk meeting pukul 9."

Adara sedikit terkejut. "Saya?"

?"Awak EA saya. Awak perlu tahu semua perkara."

?"Baik," balasnya lemah.

?Dia mencatat sesuatu di dalam buku notanya. Sebelum Adara sempat berpaling, lelaki itu bersuara lagi.

"Dan Adara."

?Dia berhenti. "Ya?"

?Irfan memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Jangan buat saya menyesal ambil awak bekerja."

?Adara terdiam seketika. Ayat itu terasa sedikit tajam. Namun dia tetap menjawab dengan tenang. "Saya akan buat yang terbaik."

?Irfan tidak berkata apa - apa lagi. Adara keluar dari pejabat itu dan kembali ke mejanya. Farah segera memandangnya dengan wajah ingin tahu.

?"Apa bos nak?"

?"Meeting."

?Farah mengangguk. "Normal."

?Adara duduk di kerusinya sambil meneliti beberapa dokumen yang perlu dibawa ke mesyuarat nanti.

Namun di dalam pejabat itu, Irfan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Matanya memandang pintu yang baru sahaja ditutup. Wajahnya tenang. Tetapi fikirannya kembali kepada kenangan yang tidak pernah hilang.

Hari pernikahannya. Pelamin yang dihias indah. Tetamu yang menunggu. Dan akhirnya berita yang memalukan, pengantin perempuan menghilang.
?Senyuman nipis muncul di bibirnya. "Adara Sofea?" Dia menyebut nama itu perlahan. "Awak memang pandai buat orang tunggu..."

?Namun kali ini keadaan sudah berbeza. Wanita itu kini bekerja di bawahnya. Dan dia mempunyai masa yang cukup untuk membuatkan Adara merasai apa yang pernah dia rasakan.

?Mesyuarat pagi itu berjalan hampir satu jam. Adara duduk di sebelah Dato' Irfan sambil mencatat setiap perkara penting yang dibincangkan. Beberapa kali dia terpaksa bertanya soalan untuk memastikan dia memahami isu yang dibincangkan. Walaupun pada awalnya dia merasa sedikit gugup, lama - kelamaan dia mula menyesuaikan diri.

?Apabila mesyuarat selesai, mereka kembali ke pejabat.

?"Dato'..."

?Irfan berhenti melangkah. "Ya?"

?"Saya dah susun ringkasan meeting tadi. Nanti saya e-mail."

? Lelaki itu memandangnya seketika.

"Cepat."

? Adara hanya mengangguk. Menjelang tengah hari, Adara sudah mula merasa keletihan. Kerja sebagai Executive Assistant ternyata lebih sibuk daripada yang dia jangka. Namun dia tidak merungut. Setiap kali dia hampir rasa penat, dia akan mengingatkan dirinya sendiri, ini adalah pilihan yang dia buat. Dan dia tidak boleh gagal.

?Telefon di mejanya berbunyi sekali lagi.

?"Adara... Masuk."

?Seperti biasa. Pendek dan terus.

Adara mencapai fail di mejanya lalu berjalan menuju ke bilik bosnya. Apabila dia masuk, Dato' Irfan sedang berdiri di tepi tingkap.

?"Dato'?"

?Lelaki itu berpaling. "Site visit petang ni batal."

?Adara sedikit terkejut. "Oh? jadi?"

?"Awak ikut saya jumpa klien lain."

?"Baik." ?Adara mula mencatat sesuatu di dalam buku notanya.

Dato' Irfan memandangnya seketika. Entah kenapa setiap kali melihat wanita itu, dia merasakan sesuatu yang bercampur dalam dirinya. Marah. Kecewa. Dan ada sesuatu perasaan yang sukar dijelaskan. Namun dia menepis semua itu.

?"Awak boleh keluar."

?Adara mengangguk sebelum keluar dari bilik itu. Petang itu ketika Adara keluar dari bangunan pejabat, langit sudah mula bertukar warna jingga. Hari kedua bekerja terasa lebih panjang daripada semalam. Kereta Intan sudah menunggu di hadapan. Adara masuk ke dalam kereta dengan wajah penat.

?"Macam mana hari ni?" tanya Intan.

?Adara menyandarkan kepala ke kerusi. "Penat."

?"Bos kau buat hal lagi?"

?Adara berfikir seketika. "Taklah? cuma dia serius sangat."

?Intan tersenyum. "Haa? lama-lama nanti kau akan biasa."

?Adara memandang keluar tingkap kereta. Namun di fikirannya terlintas wajah lelaki itu sekali lagi. Dato' Irfan. Ada sesuatu tentang lelaki itu yang terasa pelik. Namun dia tidak tahu apa.

Dan jauh di tingkat atas bangunan Kharisma Holdings, Dato? Irfan Khairi sedang berdiri di belakang tingkap pejabatnya. Matanya memandang kereta putih yang perlahan-lahan meninggalkan kawasan parkir. Dia tahu siapa yang berada di dalam kereta itu.
?Senyuman nipis muncul di bibirnya. "Baru dua hari?" bisiknya perlahan. "Masih ada banyak masa, Adara."

Adara tidak tahu kenapa sepanjang perjalanan pulang petang itu fikirannya masih teringatkan pejabat. Bukan kerana kerja yang terlalu banyak. Tetapi kerana lelaki itu. Dato' Irfan. Dia tidak tahu kenapa setiap kali lelaki itu memandangnya, dia merasakan sesuatu yang sukar dijelaskan. Bukan takut. Tetapi lebih kepada? tekanan.

Seolah-olah lelaki itu sedang menilai setiap pergerakannya.

?"Kenapa senyap je?" Suara Intan memecahkan lamunan Adara.

?Adara menoleh sedikit. "Hmmm...?"

?"Dari tadi aku tengok kau macam tengah fikir sesuatu."

? Adara menghela nafas perlahan. "Kerja."

?Intan ketawa kecil. "Baru dua hari kerja dah fikir macam tu?? Banyak benda kena belajar." Nasihatnya.

?Kereta Intan berhenti di lampu isyarat merah. Dia menoleh memandang sahabatnya itu. "Boss kau tu memang jenis serious sangat ke?"

?Adara terdiam seketika. "Entahlah?" Dia memandang keluar tingkap. "Tapi dia macam? suka tengok aku buat kerja."

?Intan mengangkat kening. "Eh baguslah."

?"Bukan macam tu."

?"Habistu?"

?Adara cuba mencari perkataan yang sesuai. "Macam? dia tunggu aku buat salah."

?Intan ketawa kecil. "Ala boss mana yang tak macam tu."

? Adara hanya tersenyum nipis. Mungkin Intan betul. Mungkin dia terlalu memikirkan perkara kecil. Kereta kembali bergerak apabila lampu bertukar hijau.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di rumah. Adara membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Tubuhnya terasa sedikit letih. Namun jauh di dalam hatinya, ada rasa puas. Dia berjaya bertahan dua hari pertama. Itu sudah cukup baik bagi dirinya.

?Keesokan paginya. Adara datang ke pejabat lebih awal seperti biasa. Dia menyalakan komputer dan mula menyemak jadual Dato' Irfan untuk hari itu. Farah tiba beberapa minit kemudian sambil membawa secawan kopi.

?"Pagi."

?"Pagi," balas Adara sambil tersenyum.

?Farah meletakkan cawan kopinya di meja. "Awal lagi bos datang hari ni."

?Adara terangkat kepala. "Dah sampai?"

?Farah mengangguk ke arah pejabat besar di hujung ruang. Lampu di dalam bilik itu memang sudah menyala. Adara memandang seketika sebelum kembali fokus kepada kerjanya. Telefon di mejanya berbunyi tidak lama kemudian. Dia sudah boleh meneka siapa yang menelefon.

?"Adara... Masuk."

?Seperti biasa. Hanya arahan pendek. Adara mengambil buku nota kecilnya lalu berjalan menuju ke bilik Dato' Irfan.

Dia mengetuk pintu.

?"Masuk."

?Apabila dia melangkah masuk, Dato' Irfan sedang berdiri di hadapan rak fail.

?Adara berdiri tegak dan menunggu arahan.

?Lelaki itu menyerahkan satu fail kepadanya. "Ini laporan projek semalam."

?Adara membuka fail itu. Tebal. Sangat tebal.

?"Awak semak semua ni."

?Adara memandang dokumen di dalamnya. "Semua?"

?"Ya."

?"Bila Dato' nak?"

?Dato' Irfan memandang jam di pergelangan tangannya. "Petang ni."

?Adara hampir terdiam. Namun dia cepat mengawal wajahnya. "Baik."
?Dia menutup fail itu dan berpaling untuk keluar. Namun suara lelaki itu menghentikannya.

"Adara."

?Dia berpaling semula. "Ya?"

?Dato' Irfan memandangnya dengan tenang. "Kalau awak rasa kerja ni terlalu susah?" Dia berhenti seketika. "?awak boleh berhenti."

?Adara terasa seperti dicabar. Dia memandang lelaki itu dengan tenang.

"Saya takkan berhenti."

?Beberapa saat mereka saling berpandangan. Kemudian Dato' Irfan mengangguk kecil. "Bagus."

? Adara keluar dari bilik itu dengan fail tebal di tangannya. Farah yang melihat terus bertanya. "Apa lagi dia bagi?"

?Adara meletakkan fail itu di atas meja. "Semak laporan projek."

?Farah memandang fail itu. "Banyak tu?"

Adara hanya tersenyum nipis. "Tak apa."

?Dia duduk di kerusi lalu memulakan kerja menyemaknya. Walaupun kerja itu nampak mustahil untuk disiapkan dalam masa singkat, Adara tetap mencuba. Dia membaca setiap dokumen dengan teliti.

Menanda bahagian penting. Menyusun semula maklumat yang bercampur. Masa berlalu begitu cepat.

Tanpa sedar jam sudah hampir pukul dua petang.

?Farah memandangnya dengan hairan. "Awak tak makan?"

?Adara menggeleng. "Nak habiskan ni dulu."


?Farah menggeleng kepala. "Jangan lupa makan." Nasihatnya.

?Namun Adara tidak membalas. Dia terlalu fokus dengan kerjanya. Beberapa jam kemudian akhirnya laporan itu siap. Bersama laporan itu dia bergegas ke bilik Dato' Irfan. Pintu bilik dia ketuk.

?"Masuk."

?Dato' Irfan sedang duduk di kerusinya ketika dia masuk.

Adara meletakkan fail itu di atas meja. "Laporan yang Dato' minta."

?Lelaki itu membuka fail tersebut. Dia membaca beberapa halaman dengan teliti. Suasana di dalam bilik itu sunyi.

Beberapa minit berlalu. Akhirnya Dato' Irfan menutup fail tersebut.
"Cepat..."

?Adara tidak tahu sama ada itu pujian atau sekadar pemerhatian. Namun dia tetap menjawab. "Saya cuba buat yang terbaik."

?Dato' Irfan memandang jam di tangannya, sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Lama dia mendiamkan diri. Namun akhirnya lelaki itu bersuara. "Awak boleh balik."

? Adara sedikit terkejut. "Sekarang?"

? "Ya."

?Dia mengangguk perlahan. "Bbaaaik, encik."

?Dia keluar dari bilik itu. Namun sebaik sahaja pintu tertutup, Dato' Irfan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Matanya masih pada fail di hadapannya. Dia membuka halaman pertama sekali lagi. Kerja yang dilakukan oleh Adara sebenarnya kemas. Lebih kemas daripada yang dia jangka. Senyuman kecil muncul di bibirnya. "Menarik?" Dia berbisik perlahan. Namun itu tidak bermaksud dia akan berhenti. Sebaliknya, dia semakin ingin melihat sejauh mana wanita itu mampu bertahan.


?Di tempat duduk, Adara sedang mengemas mejanya.

Farah memandangnya dengan pelik. "Awak balik awal, biasa pukul 6.30 baru balik?"

?"Bos suruh."

?Farah terkejut. "Serius?"

?Adara hanya mengangguk, "Saya balik dulu." Dia mengambil begnya lalu berjalan menuju ke lif.

Namun tanpa dia sedari, sepasang mata sedang memerhatinya dari dalam bilik kaca itu. Dia tersenyum nipis. "Awak memang kental Adara Sofea?" bisiknya perlahan.

?Adara melangkah keluar dari lobi dengan perasaan yang bercampur - baur. Walaupun dia dibenarkan pulang awal, kata-kata Dato' Irfan tentang sindiran untuk berhenti kerja tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Baginya, itu bukan sekadar sindiran, tetapi satu provokasi yang sengaja mencabar maruahnya. Namun,,, semakin ditekan, semakin kuat azam Adara untuk membuktikan bahawa dia bukan wanita lemah di mata bosnya itu.

?Suasana petang itu terasa sedikit hening. Adara sempat menoleh seketika ke arah pejabat kaca di tingkat atas sebelum melangkah masuk ke dalam kereta Intan. Dia sedar bahawa tugasnya sebagai EA bukan sekadar mengurus jadual dan fail, tetapi satu permainan catur mental yang sangat halus.

?Dia menyandarkan kepala, memejamkan mata seketika mencari ketenangan. Walaupun tubuhnya letih, ada satu kepuasan yang mula mekar di hati. Dia telah membuktikan bahawa laporan tebal itu mampu disiapkan tepat pada masanya. Perjalanan ini mungkin semakin rumit, tetapi Adara sudah bersedia untuk menghadapinya.

Happy reading ❤️ ES LILIN

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience