Bab-1

Romance Series 2470

“SOFEA hanya merenung, kaca
televisyen. Seolah cerita di kaca
lebar itu langsung tak menarik.

Sejak tadi, fikirannya itu jauh
melayang memikirkan suami yang masih lagi belum memberi khabar. Tanpa sedar, dia melepas keluhan.

Hampir dua bulan lelaki itu tak kasih khabar. Tak tahu rasa apa yang sedang melanda fikirannya kini. Rasa tak sedap hati dan curiga makin menghimpit jiwanya.

namun dia pilih untuk abaikan...

“ Tahulah, rindu laki. Tapi tak payahlah sampai macam tu, sekali." tegur Amara membuat Sofea berpaling ke arahnya.

“ you tak kerja ke, hari ni?"kini perhatiannya ditumpukan dengan sahabat baiknya.”

“Cuti. Lupa lah tu."Sofea hanya tersengih. Maklumlah dalam fikirannya hanya di penuhi dengan suaminya. Karena sampai saat ini lelaki itu belum lagi kasih khabar.

“Dah ada khabar dari Harraz ke,
Fea?"soal Amara setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.

"Belum…"

“what?! Dah dua bulan ni. Takkan masih belum call you?"Amara geleng kepala seolah tak percaya.

"Mungkin dia busy kot. Itu yang
dia tak sempat call I."Sofea
cuba berfikiran positif, mana tahu kan kalau suaminya itu betul-betul busy. Kan?

“Harap macamtulah, jangan lupakan you kat sini sudahlah."
ucap Amara, Sofea terus sahaja menjelingnya.”

"Apa? I cakap je, kan."ujarnya
tak mau mengalah.

"Tapi ucapan adalah satu doa, Amara."bebel Sofea.

"Okay, okay, I tak cakap lagi.
I harap sangat, Harraz tak lupakan you, Fea."

Bukan apa, dia sangat kasihan
dengan sahabatnya. Hari-hari
tunggu kabar dari suaminya.
Dia tahu, sahabatnya itu sangat
cintakan suaminya. manakan
tidak setiap hari wanita itu
selalu menunggunya.

"I pun, harap macam tu, Amara."

“ you jadi ke nak pergi klinik? I tengok makin melarat je ni. I jadi risau tinggalkan you.”

Sejak jatuh sakit, sahabatnya itu hanya duduk di rumah sepanjang hari. Sofea kelihatan lemah dan tidak bermaya. Dah serupa ayam berak kapur.

I okay je. Nantilah I pergi. I demam sikit je ni. Nanti I minum obat, okay la tu. Tak payah risau. I okay je."

"Betul ni?"Sofea angguk.

Amara yang cantik dengan uniform pramugarinya itu di pandang...

“sepatutnya I yang risaukan you. Bukan you risaukan I." Amara mencebik.

"Tak ada apalah, Fea. Hidup dan mati ni Allah yang tentukan. Bila tiba sampai masanya nanti, kita akan kembali juga pada pencipta kita." Sofea mengangguk setuju.

“ betul, you okay?”

"Okay. Dah, dah, nanti pakcik pilot kesayangan you tunggu."Amara ketawa kecil melihat muka tak puas hati Sofea. Jealous lah tu.


********


GENAP lima bulan, kepergian suaminya. Namun masih lagi belum ada khabar dari lelaki itu.

Dia jadi tertanya-tanya apa yang
dah berlaku? hingga lelaki itu tak menghubunginya mahupun menanyakan khabarnya. Tak mungkin lah, suaminya itu melupakannya, seperti yang telah
di katakan sahabatnya.

Namun Sofea masih cuba
berfikiran positif, tidak mahu berfikiran yang tidak-tidak.

“you termenung macam ni, di sebabkan Harraz kan? kenapa?
dia masih tak call you lagi ke?
dah lima bulan ni.”

Sofea yang terkejut itu terus mengurut dada. Nasib baik dia
tiada riwayat penyakit jantung.
Kalau tidak, nauzubillah.

“Diam bermakna tiada."

Amara geleng kepala, masa
bercinta janji bagai nak rak. Hidup semati, konon! ni batang hidung dia pun tak nampak.

“apa nak jadilah dengan
hubungan korang ni."

Namun Sofea hanya diam, karena tak tahu lagi nak membalas apa. Karena hampir setiap hari, sahabatnya itu akan menanyakan soalan yang sama. Sampai naik pening dia di buatnya.

Dia sendiri tak mengerti, kenapa lelaki itu susah sangat menghubunginya...

“ you dah try call number dia tak?”soalnya lagi.

"Dah, tapi tak dapat."Amara
hanya geleng dengar jawapan
Sofea.

"Hmmm, tak apalah Amara.
Mungkin dua busy sangat kot."

Sofea cuba menyedapkan hatinya. Entahlah, ada juga perasaan sedikit risau. Jika suaminya itu ada perempuan lain.

"I pun harap macamtulah, Fea.
I pun tak nak tuduh Harraz bukan-bukan. Karena biasanya dia pantang kalau tak dengar suara you. Tapi bila dia senyap macam ni buat I-

“kita tak payah cerita pasal dia boleh?I letih lah, Amara. Tak apa, andai dia lupakan I sekalipun, I redha." Sofea senyum kelat, enggan berharap pada janji manusia.

"Macam mana dengan hati you,fea?takkan semudah itu you lupakan dia."

“ Hati kita Allah yang pegang Amara. Sebab itu hati kita mudah berbolak-balik. Seperti itu juga dengan hati I dan Harraz. Semoga Allah senantiasa jaga hati kita untuk senantiasa berpaut dari-Nya.”

“Dah, jangan risaukan tentang I. I okay, je walaupun tak ada Harraz kat sisi I. I boleh hidup tanpa dia.”Bersahaja dia menuturkan kata.

Bukan sebab dia dah berputus asa, sebaliknya dia tak nak terlampau mengharap, takut dia yang kecewa.

"Sorry Fea, kalau bukan sebab I,
you takkan-

“ Jangan salahkan diri you, Amara. Jodoh, ajal, maut, semua dia yang aturkan.”

"Tapi I pelik lah, takkan dia tak ingat you. Ke dia dah ada perempuan lain kat sana?"soal Amara tak Bertapis.

Plakk..

"Adoii,kenapa you pukul I?"ujarnya tak puas hati.

"You lah, mulut tu nak kena cili ke?kalau nak, meh sini I cili mulut you."

"I cakap je, pun. itupun nak sentap." Amara geleng kepala. Period ke apa ni.

Entahlah,semenjak dua menjak ni dia terlebih emosional pulak...

“ dah, dah, pergi keluar. I nak rehat ni.”

"Muka you pucat sangat tu, Fea. Pergilah ke klinik."Suaranya begitu bimbang, merisaukan sahabatnya.

"Nanti-nantilah I pergi.I nak rehat, tak larat sangat dah ni." matanya terus dipejam rapat. Apabila dirasa kepalanya makin berdenyut.

"Tapi esok I tak dapat antar you.
I ada flight kat Beijing."

Sofea hanya angguk, sebagai jawapan.tak larat sangat dah ni...

“ Tak apalah, you rehatlah dulu.
Nanti kalau you nak apa-apa panggil je,I."pesan Amara terus keluar dari bilik Sofea.

*************

“ I sakit apa ya doktor?kenapa I kerap loya dan tak selera makan?paling ketara sekali I kerap sakit kepala.”

"Itu perkara normal, Puan. Puan jangan risau ya. Nanti I bekalkan vitamin untuk Puan."

"Normal Doktor?!
maksud Doktor?"

"Iya normal. Bagi wanita mengandung."

"Jadi, I mengandung Doktor? Doktor itu mengangguk sambil tayang senyuman manis. Taniah Puan,
dah masuk Lima bulan.

Sofea menekup mulutnya, seolah tak percaya. Hampir menitis airmatanya karena terlampau gembira.

"Tapi kenapa perut I tak kelihatan sangat ya, Doktor? biasanya
kalau orang hamil lima bulan Perutnya ada yang dah kelihatan."namun berbeza
dengan Sofea.

"Puan jangan risau, mungkin
sebab kehamilan pertama. Jadi perkembangan besar perut umumnya berjalan lebih lambat. Karena otot-otot Puan masih kencang dan belum melebar. Tapi
ia masih normal." terang sang Doktor.

Sofea menarik nafas lega...

Terimakasih, ya allah engkau anugerahkan aku rezeki yang tak ternilai harganya.

“ Tak sabar nak bagitahu kat Amara."bisik hati Sofea.

"Maaf, I nak tanya Suami Puan Mana ya? Sepatutnya waktu-waktu macam ni lah dia selalu ada dengan puan."

Sofea mendengar Soalan tak di jangka itu hanya tersenyum tawar…”outstation Doktor."Doktor
itu mengangguk.

“ I Cuma nak nasihatkan, kat Puan. Kalau boleh puan jangan angkat bende berat-berat ya. Ia akan menjejaskan kandungan puan.
jadi puan kena banyakkan rehat
dan jangan stress. Sebab
kebiasaannya di awal kehamilan ni mudah sahaja gugur. Nanti bulan depan puan datang lagi ya untuk check up."

Sofea angguk. sambil tersenyum manis ke arah Doktor tersebut...

"Terimakasih, Doktor." bibir nya tak lekang mengukir senyuman. Hatinya begitu gembira karena tak lama lagi dia akan bergelar ibu. Impian yang di idamkan setiap wanita.

“Terimakasih ya Allah, atas segala nikmat yang engkau Beri. Atas kehadiran malaikat kecil didalam Rahim ku. Sofea tak henti-henti mengucap kata syukur, sambil mengusap perutnya.
Selepas mengambil vitamin,Sofea terus sahaja menapak keluar.

-----------



“Macam mana dengan keadaan kawan I, Doktor?"

Kawan you selamat, cuma I nak mintak maaf. Sebab tak dapat selamatkan janin yang dikandung
nya." maklum sang Doktor.

“ Janin, Doktor?! maksud Doktor kawan I mengandung?" Doktor itu mengangguk, mengiyakan.

Mulut Amara ternganga, selepas Doktor menyampaikan khabar itu.
Patutlah, selama ini sahabatnya itu sering sahaja loya-loya. Serta badannya tak seberapa sehat. Rupa-rupanya mengandungkan anak lelaki itu.

"I harap, you jangan bagitahu perkara ini pada dia dulu. Biar condition patient betul-betul stabil. You baru boleh bagitahu kat dia."Amara mengangguk faham.

“ Baik, Doktor”

"Kalau tak ada apa, I keluar dulu." ucap Doktor tersebut di balas anggukan oleh Amara.

Dugaan apalagi,yang engkau beri pada kawan aku Ya Allah...

Amara menatap Sofea yang masih lagi belum sedarkan diri. Mungkin karena kesan ubat yang di beri.

" I harap, you kuat Fea."tangan Sofea dicapai. Tak terasa, Airmatanya jatuh mengalir.

Walaupun mereka tiada pertalian darah. Namun Amara anggap Sofea lebih dari Saudaranya.

“ kenapa I kat sini, Amara?"

"You dah sedar, Fea." Amara yang agak terkejut itu cuba mengawal reaksinya sehabis baik.

"You tak jawab lagi soalan I,
Amara."hampir gugup saat di tenung bagai nak tembus.

“ Masa I sampai kat rumah. I
tengok you dah pengsan kat Dapur. Tu yang I bawa you kesini.”

“kandungan I macam mana?
okay ke?oh....ya, Doktor cakap I pregnant, Amara. You tak lama lagi nak jadi makcik. You suka tak?"
ucap Sofea yang begitu teruja.

Amira hanya mengangguk sambil menangis kat dalam hati...

"Walaupun Harraz tak ada kat sisi I. Tapi baby ni, ada teman kan I.”

Amara yang mendengar itu, tak dapat menahan Airmatanya dari mengalir.

“ Amara...kenapa you nangis ni? Sepatutnya you gembira Amara.
you tak suka ke, I pregnant?"

Amara hanya diam, karena tak
tahu nak balas apa. Dia masih ingat, akan nasihat Doktor. Untuk tak beritahu perkara sebenar. Dia sendiri pun tak kuat. Ditambah riak kebahagiaan yang terpancar di wajah sahabatnya itu, membuat hatinya di Rundum pilu.

“Walaupun you tak suka, I akan tetap besarkan anak I. Dia adalah satu-satunya kekuatan yang I ada, Amara. I sayangkan baby ni.”Sofea menunduk sambil mengusap perutnya.

"Masa doktor bagitahu kat I, you tahu tak apa yang I rasa?I Happy, sangat-sangat Amara. Sampai I takut kehilangan anak ini."

Amara hanya diam, sambil
meneguk air liurnya sendiri...

apa agaknya reaksi Sofea, andai
dia tahu anak dalam perutnya sudah tiada?dapatkah dia menerimanya?dia nak membayangkan pun takut.

"Jadi, kenapa you boleh pengsan kat dapur, Fea?" Sengaja Amara menukar topik perbualan.

"I nak masak Maggi. Sebab I
teringin sangat nak makan. Tapi tiba-tiba Kepala I pening, tu yang I pengsan tak sedarkan diri tu kot.

“ Tapi baby dalam perut I, okay kan Amara?doktor cakap apa dekat you, Amara?”Soal Sofea membuat Amara tak senang duduk di tempatnya.

soalan sahabatnya itu paling
nak di elak sejak tadi. Bantulah
hambamu ini ya Allah.

Aduh! nak cakap apa, ni?gumam Amara perlahan. Hatinya betul-betul resah. Dah serupa cacing kepanasan.

“Amara!"

"Janji dengan I, kalau you takkan sedih bila I beritahu you."Amara tiada pilihan lain, sahabatnya perlu tahu perkara sebenar.

"You cakap je, kenapa?"

Hati Sofea mula tak tenteram. Fikirannya mula dipenuhi perkara yang dia sangat takutkan. Namun dia tidak ingin membuat sebarang andaian.

"Ingat Fea, walau apapun yang berlaku dalam hidup you, I nak you ingat, rukun iman yang ke enam."

debaran didada makin menggila. Saat dia dah boleh agak yang telah terjadi. Tapi....takkan lah.

“you keguguran, Fea. masa I bawa you kesini you dah bleeding teruk.”luah Amara akhirnya.

"I keguguran? jadi anak I dah tak ada?"Sofea tak dapat membendung kesedihannya, hingga tanpa di pinta Airmatanya mengalir deras.

"Akenapa, dia ambik anak I Amara?tak layak ke, I merasa kebahagiaan sekejap saje? tak
layak ke I jadi seorang ibu?"
rintihnya perlahan dengan deraian airmata.

"Tak baik, cakap macam tu Sofea. Ingat pesan I tadi, you masih ingatkan apa yang I pesan tadi?"

Sofea angguk…

-Mempercayai takdir yang telah di tetapkan oleh Allah SWT
-Mempercayai qada’ yaitu ketetapan takdir yang telah tertulis bagi setiap manusia sebelum di lahirkan.
-Mempercayai qadar iaitu ketentuan atau kepastian yang telah di tetapkan.

"I tahu, bukan mudah untuk you terima semua ini, Sofea. Tapi Allah pilih you sebab dia tahu, you boleh. You wanita kuat.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Qs al-Baqarah-286. Kehidupan adalah perjalanan yang penuh dengan berbagai macam rintangan dan pengalaman.

Sofea hanya diam, meratapi nasib hidupnya…

“ Fea, janganlah macam ni. Kalau you fikir you sebatang kara kat dunia ni, you silap besar. Sebab you masih ada I. Apa gunanya I kat sini dengan You.”

Makin lebat Airmatanya mengalir..

" Sorry, Amara. I buat you sedih. I janji, ni yang kali terakhir. you tengok I macam ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience