Prologue

Romance Series 2470

SOFEA membelek cincin berlian yang tersarung cantik di jari manisnya. Bibirnya tak lekang mengukir senyuman, yang tentunya tersangatlah manis. Saat mengenang detik indah dalam hidupnya.

Tak disangka bukan, dia baru sahaja bergelar isteri disaat usianya masih terlalu muda untuk menempuhi alam perkahwinan.

Namun siapa dia nak menidakkan takdir yang telah tertulis. Walaupun perkahwinannya hanya sekadar Majlis akad nikah sahaja yang di jalankan. Namun dia tetap bersyukur karena semua berjalan lancar. Dan kini dia sah bergelar seorang isteri anak kepada jutawan yang terkaya di Malaysia.

Namun dia tak sangka pulak, kalau jodohnya anak orang kaya. Kalau difikirkan balik, dia tak layak pun. Sebab dia hanya gadis biasa yang tak memiliki apa-apa.

Kalau dibandingkan dengan lelaki itu yang serba -serbi Sempurna, memang tak sesuai. Ibarat langit dan bumi.

Siapa yang tak kenal, dengan anak pengusaha terkaya yang berjaya menempah nama dipelbagai negara TENGKU HARRAZ LUTHFAN BIN TENGKU ABDUL FATTAH.

Lelaki berumur 25 tahun itu sudah mempunyai kekayaan puluhan juta.
Perkenalan mereka juga sangat singkat, Tak sampai dua bulan. Lelaki itu terus saja mengajaknya kawin.

“Sayang."

Lamunannya terhenti, tatkala suara suami menyapa. Automatik bibirnya mengukir senyuman. Wajah kacak suaminya dipandang.

“Kenapa Bie?”

”I miss you.“ ujar Harraz pada Sofea, seraya dahi isterinya dikucup penuh syahdu. Sofea kulum senyum dengan sikap manja Harraz kepadanya.

“I miss you too, Bie.” walaupun agak kepelikan, Sofea tetap membalas. Membuat hati Harraz berbunga-bunga Karena terharu.

“Sayang." jarinya mengusap lembut bibir Sofea. Membuat jantung Sofea berdebar tak keruan. Haih...la jantung, bahave please.

“kenapa? you ada masalah ke, Bie?” Kedengaran suaranya kerisauan.

“Noting. Rindu you je.”

Terasa ada rama-rama berterbangan di dalam perutnya, saat Harraz mengungkapkan kata itu. Jujur dia terharu.

“yeke? Bukan sebab ada bende lain?” wajah kacak suaminya dipandang.

Tak pernah jemu dia menatap wajah lelaki bergelar syurganya. Rambut hitam Harraz dibelai penuh kasih, saat lelaki itu baringkan kepala di atas pahanya.

Harraz menatap dalam mata bundar Sofea, membuat Sofea tertunduk malu. Karena dipandang sebegitu oleh suami sendiri.

Wajah bujur sirih Sofea menggetarkan jantungnya, Sungguh teramat cantik. Namun bukan itu yang buat dia terpikat dengan isterinya.

Ada sesuatu yang membuat dia tertarik dan ingin memiliki gadis itu.

“Tak. You tak percayakan I?”

“percaya…”

Harraz bernafas lega, tangannya naik mengusap lembut pipi Sofea.

“Sorry, kalau kita kawin tak macam orang lain." luah Harraz serba salah.

Mereka kawin pun orang tua lelaki itu tak tahu, Harraz sengaja tak nak bagitau. Dia sendiri pun tak faham kenapa lelaki itu merahsiakan perkahwinan mereka dari pengetahuan kedua orang tuanya.

“Tak apa Bie. Lagipun bukan perkara wajib kan.”

Memang mereka kawin ala kadar sahaja, hanya majlis akad nikah yang di jalankan. Nama pun majlis tiba-tiba, kan. Jadi buat secara ringkas je.

“Orang tua you dah tau ke, kalau kita dah kawin?” tanya Sofea setelah agak lama mereka berdiam diri.

Harraz melepas keluhan, dari semalam lagi isterinya itu asyik menanyakan soalan yang sama.
Dia sendiri belum ada keberanian menceritakan perkara sebenar dengan kedua orang tuanya. Takut kalau kedua orang tuanya tak dapat terima isterinya. Di tambah isterinya itu hanya orang biasa sahaja, bukan orang berada sepertinya.
Dan Sebab utamanya dia belum bersedia.

“Kenapa Raz? You belum sedia lagi ke?” terdengar nadanya begitu kecewa. Karena sampai sekarang lelaki itu masih merahsiakan perkahwinan mereka.

Kenapa susah sangat, lelaki itu nak berterus terang tentang hubungan mereka pada kedua orang tuanya? apa karena dia hanya orang biasa? yang tak punya harta benda?Sampai Suaminya itu malu mengatakan hal sejujurnya.

“nanti I bagitahu bila kita balik Malaysia” putus Harraz, memutuskan perdebatan antara mereka.

“Betul ni,?”

“iya sayang.”

Sofea tersenyum lebar, gembira tak terkata. Membuat Harraz makin geram dengan isterinya. Lalu pipi sang isteri dicium bertalu-talu membuat Sofea menggeliat, kegelian.

“Bie stop, geli.” Di tolak-tolak wajah suaminya, supaya menjauh. Bukannya menjauh, suaminya itu makin galak menciumnya, hampir keseluruhan wajahnya, membuat dia rimas.

“Janganlah”

“jangan apa, sayang? I tak buat apa-apa pun. Ke you nak I buat-

“Raz, stop it!” marah Sofea. Lelaki itu suka sangat membuatnya tak tenteram, tak aman. Suka sangat mendera jantungnya. Tahu tak, jantungnya sejak tadi bagai di palu?

“You blushing ke sayang? Hmm?” makin galak dia menyakat. Tak sah agaknya kalau tak menyakat isterinya.

“Tak nak kawan, you!”

“I Kesah apa. Janji, kita dah kawin. Halal pun.” Sambil kenyit mata.

Sofea tepuk dahi, “suami aku ke ni?” asal gedik semacam ni?eh...

…………

"Siapa call?"

soal Sofea yang melihat suaminya
seperti dilanda masalah...

"Sayang," Harraz terus sahaja
peluk erat isterinya.

"you okay tak?" Harraz geleng.

"Mummy suruh I balik Malaysia,
la sayang."luah Harraz akhirnya.
wajah sang isteri dipandang
ingin melihat reaksinya. Namun
isterinya itu hanya berlagak biasa.

" So?"

"you tak kesah ke sayang, kalau
I tinggal you sorang-sorang kat
sini?" soal dia penuh berhati-hati.
Bimbang, kalau sampai dia
menyinggung hati wanita yang
begitu dicintainya itu.

Walaupun agak terkejut, dia
tetap mengangguk juga...

"I okay je. You pergilah."

Mungkin ada perkara penting...
fikirnya.

" tapi...macam mana kalau I
rindukan, you."nadanya terdengar
begitu sedih. Sungguh dia berat
meninggalkan isterinya dinegara
orang, tanpa ada yang menemankan.

"tak apa, lagipun you pergi
sekejap sahaja kan?so...jangan
risau, I boleh jaga diri."

Tapi entah kenapa dihati
berkata sebaliknya. Seolah lelaki
itu pergi tak akan pernah kembali
lagi. Namun dia cepat-cepat beristighfar dan mengusir bayangan
buruk yang menganggu fikirannya.

"you tahu kan sayang, kalau I
sangat cintakan you?so...much!
sampai I begitu takut kehilangan
you."mata bundar isteri ditatap
penuh kasih.

"Dan I juga sangat cintakan you."

"Really?" angguk.

"Berapa banyak tu."Nampak
isterinya itu tengah berfikir.
pabila disoal begitu...

"seluas dalamnya laut."Bisik
Sofea lembut. Membuat Harraz
tersenyum lebar.

"Tapi...tak sebesar cinta I pada
you, sayang."Kata Harraz, sambil
menyelitkan rambut isterinya
kebelakang telinga.

"I know-

Bicaranya terhenti saat nafasnya
dicuri sesaat. Namun mampu
melonggarkan urat lututnya.

"dah-dah cepat siap, nanti lambat."
Arah Sofea, nadanya begitu tegas.
Risau kalau dilayan, takut benda
lain pulak yang jadi. Bukan tak
kenal dengan perangai Harraz
Naufal.

Sofea yang baru ingin bangun itu,
ditahan oleh Harraz. Lalu dia
mencium semula bibir Sofea
yang merah bak delima itu.
Sofea yang agak terkejut itu
turut membalas, dan mereka
turut tengelam dalam lautan
Asmara...

TBC....

Assalamualaikum semua...memandangkan novel yg bertajuk hot mother akan menemui jalan penamat. Perkenalkan novel terbaru saya yg akan gantikan novel Hot mother yg akan tamat tak lama lagi. Tapi untuk pengetahuan semua novel terbaru saya yg ni UC ya. Terimakasih para readers yg sudi baca karya saya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience