“Mummy.“ Tengku Haslina tersenyum manis melihat bakal menantunya bertandang ke rumah.
"Amira duduk dulu lah. Mummy
nak siapkan sarapan dulu. Nanti kita sarapan sekali ya."Tengku Haslina, yang baru ingin bangun
itu terus sahaja di tegah oleh bakal menantunya.
"Tak payah susah-susah Mummy. Biar Amira je yang buat sarapan."
bertambah lebar senyuman Tengku Haslina dengan sikap Amira
yang baik dan hormat kepada
orang tua. Ringan tulang pulak
tu.
Memang I tak salah pilih, jadikan
dia sebagai menantu'...gumam
Tengku Haslina perlahan.
"Mummy senyum sorang-sorang,
ni kenapa?"tegur Harraz dengan nada dingin. Seperti selalu.
Sifatnya yang semulajadi dingin
itu bertambah kali ganda dingin.
Akibat kejadian dimana dia di
paksa bertunang dengan wanita
lain. Anak sahabat ibunya.
“Eh, Raz. Meh duduk sini. Kita
sarapan sekali. Amira dah masak makanan kesukaan Raz tu."
“Buat apa, dia pagi-pagi dah menyemak kat rumah orang, ni?
tak ada kerja ke?"ucap Harraz kasar.
"Harraz !"
"Kenapa?salah ke, Raz cakap macam itu? baru tunang aja pun. Itupun belum tentu, Raz nak kawin dengan dia."
Tengku Haslina memicit pelipisnya. pening dengan sikap keras kepala anaknya....
“Raz suka ataupun tak, Amira
akan tetap jadi isteri Raz! tak ada bantahan! Terima Amira, atau Raz takkan dapat harta Mummy.”
Mendengar itu, Harraz terus sahaja mengepal tangannya....
“Raz tak kesah pun, dengan
semua itu.”
Iya, dia memang tak pernah kesah dan tak mengharap dengan harta kedua orang tuanya. lagipun dia
ada Empayar sendiri. Hasil titik peluhnya. Dia Cuma nakkan kebebasan! tanpa kongkongan
dari ibunya. Bebas bukan berarti
dia nak buat perkara bukan- bukan. Seperti yang di larang di sisi agama ataupun undang-undang. Dia nakkan kebebasan memilih jalan hidupnya.
"Jadi, Raz lebih pilih lawan cakap Mummy? dari tunaikan permintaan Mummy?"Soal Tengku Haslina seolah tak percaya.
“Tak salahkan, kalau Raz yang tentukan kehidupan Raz sendiri. Selama ini Raz dah banyak sangat ikut kehendak Mummy. Tapi kali ini Raz Minta maaf. Raz tak boleh."
"Jadi, you lebih pilih jadi anak
durhaka?macamtu ke, Harraz
Naufal."ucap Tengku Haslina
dengan nada tinggi.
"Jangan lupa, Raz. Mummy la
yang besarkan you. Sampai
you berjaya macam sekarang.
You dah lupa ke dengan pengorbanan Mummy? ibu yang
lahirkan you sendiri."ucapnya lagi
dengan riak marah.
Inikah balasan seorang anak
kepada ibu yang telah melahirkannya...
"Kenapa Mummy, suka sangat paksa Raz? Raz tak ada hak ke, tentukan pilihan Raz sendiri?" terdengar suaranya begitu frustasi.
“ Mummy Cuma, nakkan yang terbaik, buat anak Mummy."
"Terbaik?! dengan cara jodohkan
Raz dengan Amira? tanpa pengetahuan Raz. Itu yang kata Mummy terbaik?" tajam matanya merenung sang ibu.
"Sebab Amira je, yang sesuai jadi isteri Raz! dan menantu di rumah ini!"suaranya naik seoktaf apabila puteranya masih sahaja melawan cakapnya.
"Sesuai sebab dia berharta?ataupun sebab dia anak---"
“ Stop it, Raz! jangan jadi anak biadab."
"Tak betul ke, yang Raz cakap mummy? Raz Cuma nakkan Hak Raz. Untuk Tentukan pilihan sendiri. Bukan ikut semua kehendak mummy. Tapi mummy tetap sahaja mengatur hidup Raz. Seolah Raz tak layak Tentukan kehidupan sendiri."
Sampai bab pasangan hidup pun
mummy nya yang tentukan. Dia
tak ada hak ke pilih pasangan
hidupnya sendiri? Dia pun nak
cari pilihannya sendiri.
"Jadi Raz nak salahkan Mummy?"
"Entahlah mummy. Raz malas cakap lebih-lebih. Dah lah, Raz
nak pergi ke office dulu." lantas dia menyalami tangan sang ibu.
Semarah apapun dia pada sang ibu. Wanita itu tetap ibunya, syurganya.
“ you nak kemana tu, Raz?jom, sarapan dulu. I dah masak sarapan special untuk you.”Amira terus sahaja menarik lengan Harraz, namun lelaki itu cepat sahaja menepisnya.”
"Kenapa Raz buat macam tu kat Amira?"tajam matanya menikam mata sang anak.
“Amira dah susah-payah masak untuk Raz, cubalah hargai dia.
Dia tunang you.”tambah Tengku Haslina dengan nada tegasnya.
Langsung tak dipedulikan riak
anaknya yang berubah tegang
itu. Dia ibunya! jadi dia ada hak
tentukan kehidupan anaknya.
"Kenapa pulak Raz kena hargai dia? Sedangkan ibu sendiri pun tak pernah Hargai Raz."luahnya
dengan nada mendatar.
Tengku Haslina diam, tak mampu nak berkata apa. Mungkin kah dia yang terlampau mengongkong kehidupan sang anak? tapi, salah ke kalau sang ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya?
“Setidaknya, you rasalah masakan
I dulu. Penat tahu I masak untuk you." Amira masih lagi tak berhenti memujuk. Nadanya dilembutkan.
Nak pujuk tunang, kenalah cakap lemah lembut. Mana boleh cakap kasar-kasar.
"I tak mintak pun. You je yang beria." ucapnya cukup sinis. Biar gadis
itu tahu, dia tak pernah suka!
“Tak boleh ke, cakap elok-elok sikit dengan tunang tu, Raz?asyik nak cakap kasar je."tegur Tengku Haslina. Kalau dibiar, makin melampau puteranya itu.
"Perempuan untuk dilindungi Raz. Bukan untuk dikasari. Begitu juga dengan Amira dia berhak dapat layanan dari Raz. Dia tunang Raz. Tak lama lagi nak jadi isteri."
"Dengar cakap Mummy tu, I ni
tunang you tau. Jadi I berhak dapat layanan special dari you. Lagipun tak lama lagi I nak jadi isteri you. So...kenalah layan I baik-baik."
“Kat dalam mimpi pun, I tak ingin
kawin dengan you.“balasnya kasar. Seraya melangkah pergi.
Amira mengetap bibir, geram. Apalagi dipermalukan seperti tadi. Depan ibu Lelaki itu sendiri.
"Nasihatkan anak mummy tu sikit, jangan kasar sangat dengan Amira.
I ni tunang dia, bukan orang luar." tanpa sedar dia membentak.
"Nanti mummy cuba nasihatkan Harraz, ya."sebenarnya dia agak
terkejut dengan perubahan Amira sebentar tadi. Namun dia berfikiran positif. Mungkin Amira stres dan tertekan dengan sikap anaknya yang melayannya endah tak endah.
“ Baguslah, macamtu."
----------------
“ Fea."
"Hmmm…"Sofea pandang sahabatnya sekilas. Lalu
pandangannya dihalakan
kedepan semula.
"Sampai bila you nak terus
macam ni? Fea yang I kenal tak
macam ni. Dia kuat!" Amara
menyuarakan isi hatinya.
Saban hari sahabatnya itu bertemankan airmata. Menangis!
itu yang yang sering Sofea lakukan.
"You dah janji, Fea."ucapnya
lagi. Bila wanita itu hanya
diam membisu.
"Please Fea. cakap something.
Jangan diam macam ni. You
ada I. Papa, mama I. Kami semua
sayangkan you. You tak keseorangan."makin lebat airmata
Sofea, bila sahabatnya itu begitu
ikhlas mahukan dia seperti dulu.
"Sorry Amara. I buat you risau."
lambat-lambat dia berpaling
memandang sahabatnya.
Wanita ini, tak pernah jemu
menasihatinya. Tak pernah
tinggalkannya. Hanya wanita
ini yang ada dengannya.
"I tahu, bukan mudah untuk you
lupakan semuanya. Tapi you
kena redha Fea. Kalau you sayangkan Baby, ikhlaskan dia.
Baby pun dah bahagia di sana."
Tanpa menjawab, Sofea terus
sahaja peluk Amara. Menghambur tangisannya. Esakan yang
meruntun jiwa itu membuat Amara mengetap bibirnya. Menahan dari tangisnya.
"Lepaskan semuanya, Fea.
Kalau itu buat you tenang."
ucap Amara sambil mengusap
belakang Sofea.
"Thanks Amara. Selalu
ada dengan I."Sofea tersenyum
nipis disela tangisnya.
"Sama-sama, Fea."
Amara turut senyum bila dirasa sahabatnya itu semakin tenang...
"Jadi ke you balik Malaysia?"
soal Sofea menukar topik
perbualan. Sebolehnya dia
tak nak ikut perasaan sedihnya.
Mungkin betul cakap Amara.
Dia kena lupakan semuanya.
Dia perlu buka lembaran baru.
"Jadi. You ikut I balik kan."
"Kalau I tak ikut, tak boleh ke Amara? I nak duduk kat sini je.
Boleh ya, Please? lagipun I dah biasa hidup sorang-sorang kat
sini---".bicaranya termati tatkala telunjuk jari lurus tertuding ke wajahnya.
Okay! kalau sahabatnya dalam
mood serius ni, dia pun tak berani melawan dah. Gerun!
"no excuse."balasnya tegas.
"Ke you tak nak ikut I sebab
you takut jumpa Har---."
"Jangan pernah sebut nama dia or apa-apapun berkaitan dengan dia!
I tak nak dengar!" luah Sofea dengan pandangan kosong.
"Sorry, I tak buat lagi."
Sofea hanya senyum nipis.
"lain kali, jangan buat lagi.”kata Sofea dengan nada tegas.
"Baiklah, Fea. Jadi you ikut I kan?"
Sofea angguk, mengiakan.
”yeayy, kita balik Malaysia." sorak Amara seperti kanak-kanak Ribena.
“Thanks Amara. tumpangkan I kat rumah you.”Amara yang mendengar itu terus menjeling tajam.
"Tak ada istilah tumpang -menumpang, Fea. You dah I anggap macam saudara I sendiri. Jadi, you jangan pernah cakap macam tu lagi. Okay?"
Sofea hanya senyum segaris...
"Cuma you yang I ada kat dunia ni, Amara. Kalau tak ada you, I tak tahu-
"Jangan cakap macam tu. I tak nak tengok you sedih lagi. Cukuplah
you dah banyak bazirkan Airmata untuk lelaki tak guna seperti dia."
Sofea sekali lagi tersenyum,
dengan sikap keperihatinan
sahabatnya, Amara. Sungguh
dia manusia paling bertuah,
karena memiliki sahabat sebaik Amarah.
“Boleh lah I makan nasi lemak lagi.
Dah lama tahu, I tak rasa nasi lemak negara sendiri."
“Sabarlah, nanti I suruh Mama masak. Mama I masak, sedap.
You cakap je nak makan apa.
Mama I pandai masak. Lauk kampung pun Mama I pandai tahu. Itu sebab kenapa Papa I perut buncit, semacam. Bukan pasal Papa I yang tak pandai jaga badan. Tapi hampir setiap hari, mama I yang masakkan lauk sedap-sedap buat Papa.”celoteh Amara. Sambil tergelak.
"Bestnya, nanti I nak belajar
masak dengan Mama you lah.
Boleh je. Mama I lagi suka. Ada yang tolong dia. Sebab dia ada kawan. Tak adalah dia sunyi kalau
I tak ada kat rumah."
“ You pemalas, kot “kutuk Sofea dengan tayang muka tak bersalah.
Eh, eh, main kasar pulak dia…
"Hello, I bukan pemalas okay.
Tapi I tak reti masak."
"Samalah tu. Makcik Oii…"Sofea
geleng kepala dengan perangai
sahabatnya. Dasar pemalas!
"Apa susah. Oder jelah grab.
Food panda ke, hello pun boleh. Sekarang kan jaman canggih."
“Bijak jugak kan you ni.”ucap
Sofea seakan menyindir.
"You baru tahu, ke?"
Sofea angguk.... "I baru tahu, ada kawan pemalas Macam you."
hahaha.....Sofea tergelak melihat wajah tak puas hati Amara.
-----------
“Kenapa, Abang termenung kat luar ni?ada masalah kat office ke?”Soal Tengku Qasrina perihatin.
"Budak bertuah tu, pergi mana?dia tak pergi office hari ni?" Tengku Nazrin geleng kepala dengan perangai anaknya yang tak habis-habis memeningkan kepalanya.
“Katanya pergi jumpa tunang dia.”
"Anak awak tu syik nak kacau Harraz je, kerja nya. Kerja kat office tu berlambak. Tapi dia tak nak buat. nak jadi apalah anak awak tu."
"Biarlah Amira tu, bang. Lagipun anak kita tu jumpa tunang sendiri. Lain lah kalau jumpa tunang orang. Itu kita perlu risau."
"Memang lah, tunang dia. Tapi awak sebagai orang tua tu jangan ikut sangat kehendak dia. Kasih nasihat sikit budak tu."marahnya pada sang isteri.
“Tahulah, saya didik budak tu bang.”Tengku Qasrina menjeling,
suaminya. Tak puas hati.
"Suka hati, awak lah. Saya
ingatkan aja."
"Ayahanda, Bunda, kenapa ni?"
Amira yang terdengar suara biseng-biseng itu terus menghampiri kedua orang tuanya.
"Awak dari mana ni, Mira? kenapa tak masuk office lagi? Mira tahu tak, kerja kat office tu berlambak. Tapi Mira tinggal macam tu je."
"Ala, pasal kerja kat office tu nanti-nantilah Mira buat. Bukan Mira tak buat langsung kerja Mira tu."
"Jadi, Harraz lebih penting dari kerja kat office tu? Tengku Nazrin cuba mengawal suaranya, agar tak berkasar pada anaknya.
"Bukan Maksud Mira macam tu, ayahanda. Mira---"
"Kalau bukan karena Harraz,
sebab apa? sampai Mira abaikan kerjaya Mira. Orang lain kat luar sana susah nak cari kerjaya. Mira yang dapat kedudukan kat office tu senang-senang abaikan. Seolah kerjaya dah tak penting bagi Mira." hujah Tengku Nazrin nadanya terdengar begitu kecewa.
"Jadi, Ayahanda nak salahkan
Amira la ni?ucap Amira seolah tak percaya."
"Ayahanda Cuma nakkan yang terbaik buat Mira. Ayahanda tak
nak Mira abaikan tanggungjawab Mira di sebabkan kejarkan Harraz. kalau betul Harraz suka kat Amira kenapa dia layan Amira macamtu?!"
Amira hanya diam, tak mampu nak menjawab. Dalam fikiran dia hanya nakkan Harraz! salah dia ke?kalau dia mencintai lelaki itu?namun lelaki itu tak pernah faham akan perasaannya.
"Sorry, tapi Amira sangat cintakan Harraz.”lepas berkata Amira terus naik ke atas biliknya.
"Awak tengok sendiri kan, sikap anak awak macam mana?awak terlalu manjakan dia, Rin”ucap
Tengku Nazrin tak puas hati.
Tengku Qasrina diam, tak berani hendak menjawab. Dia hanya menunduk.
"Abang bukan marahkan Rin.
Tapi abang cuma tak nak Mira
salah pilih jalan, itu aja Rin.”luah Tengku Nazrin, tak nak sang isteri salah faham.
Tak apa, abang. Rin faham.”
Tengku Qasrina mengukir senyuman. Langsung tak ambil
hati. Memang betul, apa yang di ucap suaminya.
Mungkin betul silapnya, karena terlampau manjakan anaknya.
Assalamualaikum readers kesayangan... happy reading ya. Tq sudi baca karya sis.
Share this novel