“TAK semua orang sama macam
dulu. Sedangkan laut dan pantai pun berubah. Inikan pula manusia.
Namun jauh disudut hatinya
masih berharap kalau semua ini
hanyalah sekadar mimpi ngeri. Tetapi sayang, hakikatnya inilah realiti.
Dia, tidak pernah menginginkan hidupnya akan jadi seperti ini.
Terombang-ambing tanpa hala
tuju yang pasti.
Mengenal lelaki itu, tidak pernah sesekali terlintas difikirannya. Apatah lagi sampai berangan
hidup bersamanya.
Namun hanya karena peristiwa semalam, mengubah segalanya.
Dia redha, mungkin ini sudah menjadi takdir buatnya.
Benar, kata Orang tua angkatnya. Cinta itu begitu melemahkan.
Karena Cinta juga, dia merasai Sakit. Lebih sakit dari di toreh ataupun di tembak. Lebih-lebih
lagi dibahagian dada. Tempat terletaknya sang Hati.
Ianya merupakan pengalaman
yang begitu pahit dan kelam. di relung hati yang hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa hatinya begitu hancur tak berdaya.
Biarlah Takdir yang menentukan… karena hanya dia, yang mengetahui segala-galanya.
"Jadi, inilah Sofea ya sayang?
mukanya nampak lain. Makin
cantik."
Pertanyaan yang mengejut itu membuat Sofea tersedar dari lamunan panjangnya.
Amara menjulingkan matanya. Sudah tahu, masih tanya. Namun Amara tetap mengangguk sebagai balasan.
"Cantiknya, Sofea.”Datin Alisya teruja dapat bertemu dengan
Sofea buat kali kedua.
“Mama, sehat?Sofea menyalami tangan Datin Alisya.”
“Alhamdulillah, sehat sayang”. Datin Alisya tersenyum ramah.
"Papa, mana Ma?sejak tadi, Amara tak nampak Papa?"soal Amara.
"Papa keluar. Ada hal dengan kawannya.”Amara hanya mengangguk tanda faham.
Memang dari dulu lagi papanya itu senantiasa busy. Untuk keselesaan dia serta Mama nya.
Namun sesungguhnya bukan kemewahan yang Amara mahukan!Amara Cuma nakkan masa Papanya. Terkadang Amara rindukan jaman masa kecilnya.
papanya itu akan selalu ada waktu dengannya. bukan macam sekarang ini.
Sejak dia sampai kat tanah air, Amara teruja sangat ingin berjumpa kedua orang tuanya. Maklumlah,
dia pun dah lama tak balik kat
tanah kelahirannya. Alih-alih dia
tak dapat jumpa papanya.
"Sofea, rehat dulu kat bilik ya.
Malam karang kita makan sama-sama.”ujar Datin Alisya.
Langsung tak kekok dengan Sofea. Sebaliknya, dia dah anggap Sofea seperti anaknya sendiri.
"Eh! dapat anak yang baru, anak lama di lupakan.”ujar Amara sedih. mukanya di buat-buat seperti nak nangis.
“Sofea yang melihat itu terus
sahaja senyum. Geli hati lihat perangai kebudak-budakan sahabatnya.
"Dua-dua anak kesayangan Mama.”serentak itu dia menarik lembut Amara dan Sofea kedalam pelukan.
“TerimaKasih Mama, sudi terima Sofea jadi anak Mama.”luah Sofea dengan mata berkaca.
"Sama-sama sayang. Sofea kena ingat, Sofea tak keseorangan.
Sofea ada Papa, Mama dan Amara. Kami semua, sayangkan Sofea." Datin Alisya mengucup lembut
dahi Amara dan Sofea secara bergantian.
-------------------------
“Lambat abang balik?”tegur
Tengku Qasrina.
"Banyak kerja kat office.
Ingat makin tua ni makin senang. Boleh rehat. Ni tak, makin sibuk
kita di buatnya."
"Ada anak, macam tak function!tahunnya duit!duit!duit! apa nak
jadi dengan budak jaman sekarang, ni." Tengku Nazrin mengeluh.
“Mira tak masuk office lagi ke, bang?”
"Kalau anak kesayangan awak tu masuk office. Tak adalah Abang susah macam ni. Apa nak jadi dengan anak dara awak tu. Tak habis-habis kejarkan Harraz."
Tengku Qasrina hanya diam, tak mampu nak balas. Apalagi mood suaminya tak seberapa baik.
"Yang awak tercongok kat sini,
kenapa?tak reti buatkan suami
Air?"Tengku Nazrin geleng kepala dengan sikap isterinya.
“Mak Mah…oh….Mak Mah. Tolong buatkan Tengku Air."arah Tengku Qasrina.
"Saya, suruh awak! bukan suruh Mak Mah! baik saya kawin dengan Mak Mah. Kalau sikit -sikit asyik Mak Mah je. Tak awak, tak Mira dua-dua sama. Asyik nak harap pembantu rumah aja. Saya ambik pembantu rumah bukan untuk siapkan seratus peratus keperluan kita. Tapi untuk ringankan kerja awak."Tengku Nazrin meluah yang dah lama terbuku dihati.
Belum sempat Tengku Qasrina menjawab.Pembantu rumahnya terlebih dahulu sampai.
“ Air Tengku.“ Mak Mah pembantu rumah menghulurkan segelas jus
Oren."
"Terima Kasih, Mak Mah."
Tak menunggu lama, jus oren
terus diteguk perlahan.
"Sama-sama, Tengku."
"Yang Abang marahkan Rin, kenapa?pasal air pun Abang nak marahkan saya. Bukan Abang tak tahu saya ni tengah buat apa."
ucap Tengku Qasrina sambil meniup kuku, yang lepas di
oleskan nail polish. Biar cepat kering.
“ Itu jelah, kerja awak. Asyik menjawab je kerjanya.”pantas
Tengku Nazrin bangun. Malas
layan isteri. selalu je nak menang.
"Awak nak kemana, tu?"
“Naik atas. Rehat.”
---------
“SOFEA terjaga dari tidurnya,
saat terdengar suara Adzan
subuh berkumandang.
kelopak matanya yang sedikit memberat perlahan-lahan di buka. Tanpa membuang masa, dia
bangkit dari katil untuk bersihkan diri sebelum menjalankan kewajipannya pada yang Esa.
Selepas menunaikan solat subuh, dia melakukan tugas paginya seperti biasa.
Walaupun Mama Amara dah melarangnya buat kerja rumah. Sofea tetap sahaja buat. Sebab
dia dah terbiasa. Mereka
sekeluarga dah banyak menolongnya. Tak salahkan,
kalau dia turut membalas
kebaikan mereka.
Bak kata pepatah, orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.
"Mama kan dah kata, takpayah susah-susah buat semua ini. Biar bibik yang buat."ucap Datin Aliyah tegas sambil bercekak pinggang.
"Sikit je ni, Ma."Sofea tersengih.
tak dihiraukan Datin Aliyah yang berada di sebelahnya. Dia teruskan kerjanya semula.
“Sofea masak apa?"Datin Aliyah yang tadinya ingin marah Sofea karena tak dengar cakapnya mula menjenguk masakan yang di masak wanita itu. Nampak sangat menyelerakan.
"Lasagna Ma…"
“Sedapnya."hampir kecur air liur Datin Aliyah di buatnya. Melihat masakan Sofea yang begitu menyelerakan. Tak dinafikan
wanita itu rajin di dapur.
Adakalanya, wanita itu suka meringankan tugas pembantu rumah. Walau banyak kali di tegah.
“Pandai Sofea, masak."puji Datin Aliyah dengan senyuman. terdengar begitu ikhlas di pendengaran Sofea.
Sofea hanya senyum. Bila di puji sebegitu. ” tapi tak seterer Mama”
Datin Aliyah geleng kepala…
Setelah selesai menyiapkan sarapan pagi, Sofea mengajak mereka sekeluarga untuk menjamu selera.
*******
“MACAM mana, kau ada jumpa wife aku?"soal Harraz pada orang suruhannya.
"Tak dapat Tengku. Rumah tu dah kosong. Isteri Tengku nampaknya tak tinggal dekat rumah itu lagi.”
Harraz meraup mukanya. Saat mendengar jawapan orang suruhannya. Kat mana lagi, dia harus mencari isterinya?
”kau yakin, wife aku tak tinggal kat situ?"soal Harraz minta kepastian.
"Yakin, Tengku. Sebab penduduk situ sendiri yang bagitahu.”
"Okay, la. Kau boleh pergi. Tapi
kalau ada perkembangan baru bagitahu aku.”pesan Harraz.
Orang suruhannya itu angguk.
"saya keluar dulu Tengku.”
"Hmmm..."
“You pergi mana, sayang?"
"Andai I tak pergi tinggalkan you pasti kita masih bersama.”ucap Harraz sendirian. Tanpa sedar, air mata lelakinya mengalir.
Dia lemah. Lemah tanpa wanita
itu...
“Maafkan I, Fea.”
---------------
“Malam ni, you jangan lupa l
ada surprise untuk you.”
Bunyi pesanan ringkas dari tunangnya, hanya dibiarkan sepi.
Tanpa ada rasa ingin membalas.
Tok ! Tok ! Tok
"Come in..."
"Bukan ke, hari ni hari jadi you
Raz?tanya Akila. Kawan baik Harraz.
“Kenapa you masih ada kat sini?”tanpa disuruh gadis itu melabuhkan punggungnya depan meja Harraz.
Akila tersenyum, lihat reaksi lelaki itu. Saat menyebut nama tunang nya. Entah kenapa, nama itu
seakan malapetaka bagi Harraz.
"Malas! lagipun tak
penting!"balasnya dingin.
"You tak kasihan Amira ke?l
tengok dia betul-betul cintakan
you. l boleh nampak.”ucap Akila.
Walaupun dia tak suka dengan Amira, namun dia masih ada sifat kasihan dengan wanita itu.
Namun berbeza dengan lelaki itu. Seolah tak terusik dengan effort Amira yang begitu nakkan dirinya.
"l tak cintakan dia!"
I cintakan orang lain!
namun hanya dapat diluah
kat dalam hati.
"You boleh belajar cintakan dia,
Raz. Mungkin betul yang dicakap Mummy you. Dia jodoh you.”Akila memujuk.
"Jangan bahas pasal dia boleh tak?Lelaki itu kacip gigi, direnungnya gadis itu dengan pandangan tajam.
Tak habis-habis nak cakap pasal dia. Macam tak ada orang lain kat dunia ni.
“you ada orang lain, ke? Sampai
you tolak Amira.”gadis itu angkat kening.
Nak kata, Amira tak cantik. Dia serba-serbi sempurna. Namun dia Heran, sahabat itu tolak gadis itu mentah-mentah.
"Kalau ada, kenapa?"
"Serius lah, Raz." gadis itu terus sahaja berdiri menghampirinya.
"I kenal dia, tak?"
Alang-alang menyeluk pekasam.
Biar sampai ke pangkal lengan.
Tak gitu?
“Tak payah sibuk!pergi balik!I busy ni .”Akila mencebik.
"You halau, I Raz?"soalnya tak percaya.
"Hmmm…"
kurang asam punya kawan.
Mujurlah kau kawan aku. Kalau
tak aku cincang-cincang kau bagi
kucing makan.
---------------
“I rasa, I nak cari kerja lah Amara." luah Sofea menyuarakan hasratnya.
"Kerja, apa?"
"Tak kesah. Janji dapat kerja halal." Amara mengangguk faham.
“kalau macam tu, nanti I
carikan."
"Thanks, Amara."
"Kerja office, you okay tak?"
Amara menyoal lagi.
"Boleh juga. Kalau ada jawatan kosong. Lagipun I tak nak terus
menyusahkan orang. I nak berjaya di atas kaki Sendiri. Tanpa bantuan orang lain. I dah banyak susahkan you sekeluarga."
"Betul ni?"Amara ingin kepastian.
Sebenarnya, dia beserta Papa, Mamanya tak kesah pun kalau Sofea tak kerja. Mereka lebih dari mampu. Pun begitu, kedua orang tuanya dah anggap Sofea seperti anaknya sendiri.
Sofea mengangguk mantap.
------------------
“Qasrin! you pun kat sini?"tegur Tengku Haslina mereka mula berlaga pipi.
"Yelah, malam ni kan calon
menantu I hari jadi. Offcourse I
kena kelihatan cantik. Walau umur dah masuk kepala lima."
Tak mustahil lah, wanita paruh
baya itu masih kelihatan cantik
dan awet muda. Wanita itu amat menitik beratkan penampilannya.
"Kan? sama juga dengan I.
walaupun kita ni dah tua, kenalah jaga penampilan kita. Betul tak?
“Betul. Jap I nak buat rawatan
muka jap. Nanti you tunggu I tahu, kita shopping sekali.”
Tengku Qasrina angguk…
"Tengku nak buat rawatan seperti biasa ke?"soal gadis penolong Salon kecantikan tersebut.
"Aah. You buat elok-elok tahu.
sebab malam ni I ada party hari
jadi anak I. I nak kelihatan cantik dan menarik malam ni.
"Baik Tengku..."
----------------
SOFEA tersentak saat Amara menjerit kuat namanya.
"kenapa you jerit ni, Amara?"
Sofea jeling geram dengan
perangai sahabatnya yang satu ini.
"you la. l panggi you banyak kali
pun you tak dengar.”rungut Amara sambil pasang muka tak puas hati.
"Sorry. You nak apa tadi?"
"Bukan l. Tapi sepupu l mintak tolong you temankan dia pergi ke pesta hari jadi kawan sekolahnya." terang Amara.
"Okay. Bila tu?"
"Malam ni."Sofea angguk.
"Make up cantik-cantik tahu.
siapa tahu kan, ada Pangeran
sesat kat pesta hari jadi nanti."
sengaja Amara mengusik Sofea.
Karena dah lama dia tak lihat senyuman manis dibibir Sofea.
Sofea hanya geleng kepala
mendengar usikan Amara…
-------------------
Sofea agak terpegun lihat di
korasi hari jadi begitu meriah. Nampak begitu elegant.
Menandakan citarasa si-empunya
badan sangatlah tinggi. Nampak
sangat bukan orang biasa.
Dewan besar itu sudah mula di penuhi tetamu jemputan”. Seketika, Sofea terleka. Saat melihat suasana yang begitu meriah. First time dia tengok pesta orang kaya-kaya.
Maklum la, dia bukan anak orang berada. Ayah ibu angkat nya hanyalah orang biasa-biasa.
“Fea jom kita jumpa Auntie Lina
dulu." pantas Akila menarik lembut tangan Sofea supaya mengikuti langkahnya.
"Itulah Mama kawan Kila."
Tanpa di tanya Akila memberitahu.
“Auntie Lina ingat Kila tak datang.”sapa wanita paruh baya yang masih terlihat cantik.
Walaupun dah berusia...
"Of course Kila datang, Auntie”. Jawab Akila sambil menyalami tangannya.
Tengku Haslina menyambut huluran Akila dengan hati hangat. bahkan wanita itu turut memuji kecantikannya.
Tengku Haslina lalu berpaling menatap Sofea. Pandangannya sukar di artikan.
“ kawan Kila ke?"sambil pandang Sofea atas bawah.
"Maaf sampai lupa. Kila nak kenalkan, ni kawan sepupu Kila Auntie. Sofea Amanda nama nya."
Akila memperkenalkan.
Sofea yang ingin menyalami tangan Tengku Haslina terbantut, saat wanita itu menyembunyikan tangannya.
Namun Sofea tak Mengambil hati. Mungkin Tengku Haslina tak selesa dengan pertemuan pertama mereka.
Melihat keadaan yang begitu janggal, Akila memutuskan untuk meminta diri.
“Auntie, Kila nak pergi jumpa
Harraz jap, eh."pamit Akila.
Wanita paruh baya itu hanya angguk, sebagai balasan...
Hati Sofea mula di pagut gelisah. Jiwanya pun mula rasa tak tenteram. Saat mendengar sebaris nama itu.”
semoga saja bukan orang yang sama. Bisik hati Sofea.
“ Harraz.”
Jantung Sofea tiba-tiba berdetak kencang tak keruan, saat melihat sosok tubuh yang ingin dia hindari. Bukan sahaja tubuhnya, nama pun serupa.
Allah....dugaan apalagi ini?
TBC....
Share this novel