"HAAA dah sampai pun Mi, kenapa Mi lambat? melepaskan hajat ke tadi?."
Ibu melihat Fahmi dengan renungan side eyes yang maut.
"Hahahhah takda lah buu, ada budak jatuh tadi, kaki dia luka sikit... jadi Mi balut lah kaki dia sebab kebetulan pulak Mi ada tapau pembalut luka dari rumah kot kot ada kecemasan"
"Ehhh kejap, siapa nama budak tu??"
"Dia bagitau Mi nama dia Amar"
Ibu pun tersenyum lalu mengajak Fahmi ke balai perlepasan kerana penerbangan mereka dah nak berlepas.
Tetapi Fahmi pun hairan... kenapa Ibunya Puan Sofea ketawa setelah mendengar cerita tentang dia dan Amar.
Tapi tak mengapa.
Ibu pun ternampak Ustazah Hasnita di tempat menunggu kapal terbang lalu menegurnya
"Ehhhh Nita, lama dah tak jumpa"
"Ehhhh Fea"
Mereka pun berpelukkan. Biasalah... Mak-mak memang begitu
"Ya Allah dah besar Fahmi sekarang ya... Last time Aunty tengok Mi, sebijik macam paras Beg Bagasi Aunty ni"
"Heheh biasalah Aunty, Mi dah besar ni"
"Amboiii dah besar sangat la tu... bila nak kahwin?"
Ibu sedang memerli anaknya yang terlalu lama single
"Ehhh Mi masih single lagi ke?"
balas Aunty Hasnita dengan nada yang hairan
"Ishhh Ibu ni, Ha'ah Aunty... Mi masih belum jumpa calon"
"Mi nak Aunty carikan calon isteri? In Shaa Allah Aunty pilih yang sholehah... kalau tak pun, Mi kahwin lah dengan anak Aunty. Rasanya dia seumur dengan Mi"
Dari sana Fahmi nampak, dia dah dapat greenlight. Tetapi Fahmi belum pernah berjumpa dengan anak Aunty Hasnita
"In Shaa Allah Aunty..., Mi nak habiskan semester yang terakhir ni dulu and then baru lah Mi akan fikirkan pasal perkahwinan"
"Ohhhh baiklah, kalau itu yang Mi nak... Mi boleh ja bertunang dengan anak Aunty lepas habis semester kan?"
"Betul jugak apa yang Aunty Hasnita tu cakap Mi..., lagipun Mi dah single terlalu lama kan..."
"Hahahah, Ayah kat mana buu?, kejap biar Mi teka, Ayah berborak-borak dengan Ustaz Kamarul ni kan?"
Fahmi dengan cubaannya untuk menggelak daripada topik itu
"Hebat betul tekaan Mi ni... ha'ah dia sekarang berborak dengan Ustaz Kamarul. Tak silap-silap dia dah masuk duluan ke dalam kapal."
"Bertuah punya Ayah"
"Ayah kau tu memang Mi"
Mereka menggetawakan Encik Harun
"Ibu, Mi cari Ayah dulu ya"
"Okay... Ibu nak borak dengan Aunty Hasnita dulu"
"Okay"
Sebaik saja Fahmi beredar untuk mencari Ayahnya, perbualan antara Puan Sofea dan Ustazah Hasnita semakin serius
"Soooo, Nita... bila you free? I dan Harun nak ke rumah you untuk Melamar Aisyah. Of course Fahmi setuju kalau Aisyah tu calon isterinya"
"Okay, Nanti selepas Mi dah balik ke Uni... kita lancarkan operasi kita ya..."
------------------------
Fahmi mencari Ayahnya di seluruh tempat di balai perlepasan lapangan terbang itu, tetapi tidak menjumpai Ayahnya.
Sampai waktu dia mendengar bunyi yang kuat
HAHAHAHHAAHAHHAHA
yes. bunyi ketawa yang sangat dahsyat
"Huhh, naluri aku mengatakan bahawa ketawa itu sangat familiar dan tidak asing bagi aku. Ketawa Bapak-bapak memang begitu lagi-lagi Ayah aku"
'Dah Agak'...
Fahmi bergerak menuju ke arah suara ketawa bapak-bapak yang di dengarinya tadi. Akhirnya Fahmi nampak bahawa Encik Harun dan Ustaz Kamarul kencang bersembang di sebuah koridor
"Takda lagi kuat ke Ayah nak ketawa"
"Ehhh Mi, lambat jugak Mi dekat bawah tadi..."
Encik Harun hairan kerana hampir setengah jam Fahmi berada di bawah tadi.
"Ada something tadi heheh, ehhh Assalamu'alaikum Uncle Rul"
"Wa'alaikumussalam Mi, Alhamdulillah Mi sekarang dah makin besar ya..."
"Ha'ah Uncle, sekarang ni Mi dalam semester terakhir dekat Uni."
"Wahhhh besar panjang dah Mi ni ya... Dah jumpa calon isteri?"
"Hahahaha Dia ni Rul sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa calon"
Encik Harun menyindir Fahmi yang single terlalu lama.
"Kalau macam tu apa kata Mi nikah dengan anak Uncle Rul... Nak tak?"
"In Shaa Allah Uncle, wajah anak Uncle pun saya tak pernah tengok... lagipun saya nak habiskan Ijazah saya dulu"
"Ohhhh kalau macam tu..."
Ustaz Kamarul memandang Encik Harun seolah olah mereka sedang berkomunikasi di dalam kepala mereka
'Fahmi ni dah ready nak jadi Suami, Jom Kahwinkan dia dengan Aisyah'
ujar Ustaz Kamarul
'Info diterima, sebaik saja dia dah balik ke universiti, kita tunangkan dia ni haa'
Isyarat Encik Harun kepada Ustaz Kamarul
Mereka berdua mengangguk dalam tempoh yang sama
Fahmi pun hairan,
'ada something wrong kot dekat mereka berdua ni...Takpa lah, Aku nak menikmati Cuti Aku sebelum masuk Uni'
-Kepada penumpang pesawat AK 2298, sila berasa di stesen 11 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah-
"Alhamdulillah nasib Flight kami tak delay... Bismillahirrahmanirrahim"
Fahmi dan keluarganya akhirnya menikmati percutiannya di Kota Kinabalu dan melawat pusat bandar dan tempat yang menarik di sana.
-Sebelum mereka memulakan perjalanan dari Airport ke pusat bandar-
"Dekat sini saja kami bersama kamu ya" Ustaz Kamarul dan isterinya Ustazah Hasnita seperti ingin ke tempat yang berbeza daripada mereka
"Alaa takpa lah, lain kali kita pergi sama,"
'Sebagai 1 keluarga'
Encik Harun dan Ustaz Kamarul nampaknya berkomunikasi melalui kepala mereka sendiri. Salam Brotherhood juga telah dilakukan oleh mereka.
'Memang rapat diorang berdua ni'
bisik Fahmi dalam hati.
"Kami gerak dulu ya"
nampaknya Ayah dah tak sabar nak melawat Sabah ni
Sebaik sahaja, Encik Harun bergerak menggunakan kereta sewanya itu, mereka sempat melambai Keluarga Ustaz Kamarul.
Tetapi, Ada seorang budak berlari terus memeluk ke arah Ustaz Kamarul. Tak salah lagi, bahawa budak tersebut ialah Amar dan dia diiringi oleh seorang wanita yang bercadar iaitu memakai purdah, tudung labuh dan memakai baju labuh...
Budak tersebut menjerit ke keretanya, "BYEE ABANG MI"
"BYEE AMAR" balasku yang menurunkan cermin kereta.
Wanita itu pun melambai Fahmi, walaupun Fahmi kaku, dia tetap melambainya balik tetapi mata Fahmi ke arah benda lain kerana dia ingin menundukkan pandangannya.
Fahmi dan keluarganya pun pergi ke pusat bandar.Semasa dalam perjalanan, dia tertanya-tanya kepada dirinya, 'Adakah wanita itu kakak kepada Amar?
Kenapa wanita itu seperti familiar denganku?
Wallahu'alam'
banyak soalan yang bermain di fikiran Fahmi tetapi... hatinya mengatakan bahawa wanita itu ialah Aisyah, seorang pelanggan yang selalu berkunjung di bakerinya. Tetapi dia tidak pasti bahawa itu ialah Aisyah, dan Fahmi mengambil langkah untuk tidur kerana terlalu penat berfikir.
-Sementara itu di Lapangan Terbang-
"Kakak, kenapa muka kakak merah? UMMII ABIIII, MUKA KAKAK MERAH MACAM TOMATO"
"Ehhh ha'ah lah, merah lah kan sayang, hahahah" ujar Ustazah Hasnita kepada suaminya Ustaz Kamarul
"Hahahah, mesti effect dia lambai Mi tu kan"
dengan nada yang ingin memerli Aisyah
"UMMII ABIIIII" Aisyah marah-marah manja ketika dibahan Ustaz Kamarul.
"Abi gurau je lah, dah... jom naik kereta sewa dekat hujung tu."
"Jom"
'ARGHHHHHHHH MALU NYA AKU... Ya Allah, sungguh kuat perasaan cinta yang engkau telah tanamkan ke dalam diriku untuknya... maka Engkau permudahkanlah urusan kami sehingga menjadi halal ya Allah"
Aamiin
"Kalau Aisyah berborak dengan Fahmi tadi, mesti Aisyah terus pingsan kan? tadi baru lambai sikit pun muka dah jadi tomato HAHAHAHHA" usik Ustaz Kamarul terhadap anak sulungnya Aisyah. "ABIIII" Aisyah dengan nada marahnya
Share this novel