"FAHMI, tolong ambilkan kek nombor 3 tu, customer nak take away"
"Okay Ibu"
Aku Fahmi. Keluarga aku sebenarnya pengusaha sebuah kedai bakeri yang terletak di bandar. Aku boleh dikatakan menolong perusahaan keluarga aku dan sekurang-kurangnya aku berniaga sekali dapat jugak wang saku yang boleh aku gunakan untuk membeli belah nanti.
Aku masih melanjutkan pelajaran aku di University Awam. Yes, sekarang ini aku tengah menikmati cuti Semester aku dengan mencari wang saku lebih. Bidang yang aku ceburi pulak adalah Pendidikan, kiranya aku nak jadi cikgu la ni.
Setiap hari ada sahaja customer yang dari pelbagai latar belakang dan datanglah pelbagai karenah. Ada yang meminta kek tanpa sebarang krim, ada juga pasangan suami isteri yang baru saja selesai majlis pernikahan, kiranya New Wed la ni nak semata mata ke bakeri kami untuk membeli sekotak cream puff. Dan ada juga yang berasal daripada Tahfiz berdekatan
Namun suatu hari, Bakeri keluarga Fahmi ini didatangi oleh seorang wanita yang bercadar dan memakai pakaian yang labuh menuju ke meja makan.
Masya Allah..... Sebaik saja Fahmi mengemas stesennya, Dia terus menghala ke meja Wanita itu tadi.
"Assalamu'alaikum Cik, Cik nak order apa ya?" mata Fahmi memandang lurus ke buku pesanannya kerana takut kehilangan dirinya di mata wanita tersebut.
"Wa'alaikumussalam, saya nak order Kek nombor 5 dengan Ice Latte"
"Okay Cik, Ada apa-apa lagi yang cik nak tambah?"
"Itu sahaja ya"
"Okay"
Fahmi bergegas ke Dapur untuk menyelesaikan pesanan daripada wanita tersebut.
Hati Fahmi berdegup degup... 'Ya Allah, susahnya nak cari perempuan macam ni zaman sekarang'
Ibu yang berada di belakang Dapur itu hanya mampu tersenyum dan ketawa melihat keadaan Fahmi yang agak cemas dan tersipu malu itu.
Wanita tadi hanya mampu tersenyum dengan keadaan Fahmi yang bergegas di stesennya
Fahmi terus ke meja wanita itu dengan berhati-hati
"Here's your order Miss" Fahmi bergegas ke dapur sebaik sahaja dia menghantar pesanan milik wanita itu.
"Thank You, Fahmi."
'Adakah aku salah dengar yang dia menyebut namaku???
ARGHHHHHHHHHHHH'
---------------
"Alhamdulillah ramai jugak orang yang singgah dekat Bakeri kita ni kan Ibu?"
"Boleh lah Mi, berkat doa Datuk dan Nenek kau." jawab Ibu sambil melihat gambar Arwah Datuk dan Nenek Fahmi
"Ayah kat mana?"
"Ayah busy nak prepare barang untuk dibakar esok"
"Ohhhh kalau macam tu, Mi tidur dulu lah dah penat ni heheh"
Yes. Aku tak boleh tidur, jam di dinding menghala pada pukul 3.30 pagi.
'Takpa lah, kalau macam tu aku Tahajjud lah kalau macam tu... sebab aku teringat satu Ayat ni.... yang berbunyi
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "SEMBAHYANG TAHAJJUD" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Surah Al-Isra, Ayat 79
In Shaa Allah doa yang aku panjatkan ke langit ini dikabulkan'
---------------
Hari ini wanita itu juga singgah ke Bakeri kami, bukan untuk dine in di sini, tetapi untuk take away pulak. Kali ini aku dah berani
"Ini pesanan cik ya"
"Terima kasih"
"Cik, sebelum cik pergi, boleh saya nak tahu nama Cik?"
"My name is Aisyah"
Wanita itu pun berlalu pergi.....
'Masya Allah... namanya cantik seperti orangnya'
Ya Allah, Jikalau dia benar jodohku maka engkau permudahkanlah
Share this novel