5

Romance Series 1523

"DENGAN siapa lagi Ibu nak kahwinkan Mi ni?" Fahmi pun terkejut bila Ibunya Puan Sofea nak menjodohkan anaknya Fahmi itu,
Yelah takut-takut anaknya tak laku sebab tiada siapa yang nak kot.

Fikirannya pun membuai-buai, seakan-akan tidak tentu arah. Dia mungkin berfikir bahawa ini mungkin keputusan yang agak melulu. Namun, dia ingin tahu juga siapakah calon yang ingin dikahwininya.

"Dengan anak sulung Ustazah Hasnita lah. Ibu nak kamu ta'aruf dengan dia dahulu. Nanti Ibu buatkan group WhatsApp biar kamu berkenalan yer"

"Hmmm kalau macam tu Mi akur dengan keputusan Ibu lah... Mi nak tido dulu ya Bu" Dia seakan reda dengan keputusan Ibunya Puan Sofea. Setelah lama dia berfikir tentang perkara ta'aruf itu, dia pun tertidur dengan tenang.

-------------------------
Alam tersebut serba putih, kawasannya yang dipenuhi dengan corak-corak floral dan aesthetic dapat dilihat oleh Fahmi.

"Huhhh aku dekat mana ni?" Seketika Fahmi terbangun dan berada ditengah-tengah kawasan taman itu.

Dia memulakan perjalanannya untuk meneroka taman tersebut sambil menikmati hasil ciptaan Allah yang indah itu.
Air sungai yang terlihat jernih deras mengalir menghasilkan bunyi-bunyi yang tenang apabila didengar.

Ikan pula seakan terbang di dalam air kerana betapa jernihnya sungai itu sehingga Fahmi menganggap bahawa air itu bersih untuk diminum.

Dia meneruskan perjalanan sehingga terjumpa sebuah ruang kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga. Walaupun hanya menarik nafas, bau-bauan yang dihasilkan oleh bunga itu pun jelas terhidu di pancarindera Fahmi.

Tidak beberapa lama kemudian, Fahmi terlihat sebuah pondok yang tidak jauh daripada sungai dan mengambil keputusan untuk duduk di sana. Rekaan bentuk pondok tersebut yang seakan-akan classic dan bercorakkan bulan dan bintang.

Namun, di pondok tersebut terdapat seorang sosok wanita yang tidak diketahui. Sepertinya dia menunggu kedatangan seseorang.

Wanita tersebut memakai pakaian yang teduh dan tidak menjolok mata, tidak seperti zaman kini yang hanya mengikut trend semasa dan sanggup menggadaikan martabat dan maruah diri demi mengejar dunia.

Dia juga bertudung labuh sambil memakai purdah. Dipendekkan cerita, dialah wanita yang susah untuk ditemukan ketika akhir zaman ini.

Fahmi dengan perasaan ingin tahunya yang membuak-buak mengambil keputusan untuk mendekati pondok tersebut untuk bertanyakan soalan kepada wanita itu dan Fahmi berusaha untuk menjaga pandangannya daripada. Fahmi dikejutkan dengan panggilan wanita tersebut kepadanya iaitu "Abi".

"Abi... cepatlaa lama tau umi tunggu dekat sini" wanita tersebut seakan menunggu Fahmi tetapi dia masih hairan

Fahmi pun tertatap wajah wanita itu, matanya yang coklat, dan kelakuan wanita itu yang manja terhadap Fahmi membuatkan Fahmi tersenyum dan tertawa.

-Dia ni... isteri aku ke?- Fahmi berbisik dalam hati

"Ape awak ketawa... hurmm kalau macam ni Umi merajuk la" wanita tersebut nak merajuk.

-Allahu, dalam mimpi pun nak merajuk ke, namun kenapa wanita tersebut seakan familiar dengan seseorang?-

"Sorry lah, tapi Abi ada bawak something untuk Umi ni.." Fahmi mengeluarkan banquet bunga yang dipetiknya di taman tadi.
-Aikk tubuh aku seakan bergerak dengan sendirinya, mana pulak datang bunga ni???-

"Wahhhh Abi, cantiknya bunga ni, harum pulak tu"wanita tersebut seakan terpesona dengan keindahan warna pada bunga tersebut dicampurkan pula dengan bauan yang wangi.

Tidak beberapa lama kemudian, taman itu seakan-akan bergegar dan pandangan Fahmi mulai kabur. Dia seakan-akan ingin pengsan tetapi perasaan ingin tahunya siapakah sosok wanita yang berada dihadapannya itu. Fahmi cuba untuk menanyakan soalan tersebut selagi sempat.

"Abi dah nak pergi ke?" tiba-tiba wanita tersebut menanyakan soalan itu kepada Fahmi.

-Dia seakan-akan tahu yang aku ingin pergi dari sini...-

"Iya Umi, Abi dah nak pergi ni, tapi sebelum tu... Abi lupa lah nama panggilan Umi, heheh"
aku cover soalan aku untuk menemukan identitinya

"Ya Allah Abii, macam mana boleh lupa nama isteri sendiri ni... nama panggilan Umi ialah Ai-... jangan lupa cari Umi dekat sana tau..."

------------------------

ALLAHU'AKBAR ALLAHU'AKBAR

Azan Zohor sayup-sayup berkumandang menandakan sudah tiba waktu untuk umat manusia bertemu dengan pencipta-Nya. Lantas dia bangun dan mengambil air wuduk lalu menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah.

Selesai sahaja solat Zohor, dia duduk bersila di atas sejadah. Fikirannya melayang pada mimpinya. Siapakah sosok itu? Adakah itu benar-benar jodohnya? Mungkinkah mimpi itu adalah petunjuk. Jikalau benar, adakah dia harus mencari keberadaan gadis di dalam mimpinya itu?

Setelah agak lama dia duduk di atas sejadah, Fahmi akhirnya memutuskan untuk keluar sebentar bagi menenangkan fikirannya. Mungkin keindahan ciptaan Allah itu dapat meredakan sedikit gelora jiwanya yang menghempas bagaikan ombak deras ini.

Namun, dia terfikir

Jikalau wajahnya tidak ditutupkan dengan purdah, pasti ramai yang terjatuh hati kerana menatap wajahnya yang cantik, Inikan pula keperibadiannya yang indah.

Alhamdulillah kali ni ada assistant yang tolong<⁠(⁠ ̄⁠︶⁠ ̄⁠)⁠>

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience