"IBU..... Ayahhh, Cuti semester Mi dah nak habis ni... Ibu ada plan ke nak buat sebelum Mi masuk Uni balik?" jerit Fahmi sambil melihat calendar yang dilekatkan di Peti Sejuk Ibunya"
"Apa kata kita pergi holiday dulu nak?" Sahut Ayah di ruang tamu sambil menonton drama pukul 7
"Idea yang bagus la Sayang" sahut Ibu yang berada di dapur sedang menyuci piring.
Sebaik sahaja Ibu selesai menyuci piring, Ibu bergegas ke ruang tamu untuk menyertai perbualan antara Fahmi dan Ayahnya
"Kalau macam tu, Fahmi tanya Ayah kau tu Encik Harun, bila dia free." Ibu dengan nada ingin memerli Suaminya iaitu Encik Harun
"Ehhh sayangku, Wahai Pemilik Cintaku Miss Siti Sofea, demi you, semua I free" Dengan nada sweet dicounter oleh Encik Harun untuk Isterinya
Encik Harun pun mencium dahi Siti Sofea sambil diperhatikan oleh Fahmi
"EWWWW....Tua-tua pun nak sweet-sweet depan anak sendiri ke?, UNTUNG LAH DAH KAHWIN... yang Mi ni pulak bila lagi?"
"Ayah saja je nak buat Mi jealous. Alahh nanti Mi jumpa lah jodoh yang lagi sweet daripada kami berdua ni"
"Sayang, I nak bawak Keluarga Hasnita join kita pergi bercuti sekali boleh tak?"
dengan nada yang manja kepada Encik Harun
"Bagus jugak Idea Miss Sofea tu, I pun nak jumpa dengan Kamarul, lama dah tak lepak dengan dia" jawab Encik Harun.
"Kalau macam tu, Mi setuju ke?"
Ibu dan Ayah yang memandang Fahmi yang mengharapkan bahawa Fahmi akan setuju.
"Uhhhhh terpulang... lagipun lagi ramai lagi meriah kan?"
"Okay done. Ibu akan call Hasnita dan suruh dia bawak 1 Family."
'Huh buat apa Ibu nak Bawak Keluarga Aunty Hasnita join holiday kita pulak ni?? Something's Fishy'
---------------
"Adik okay ke, sini Abang kasi ubat dulu kaki adik. Alaaaa jangan lah nangis, hmmm kalau macam tu, selepas selesai abang letak ubat dekat kaki adik, abang belanja Aiskrim nak tak?"
budak yang tadinya nangis terus terpujuk dengan kata-katanya dan melihat kepada Fahmi
"Abang janji tau"
"Iye Abang janji... dah tak sakit kan?" sambil membalut kaki budak tersebut.
"Ha'ah tak sakit dah"
budak tersebut sambil mengilap air matanya
"Alhamdulillah Allah sembuhkan.... Haaa jom beli Aiskrim"
"Jommm"
Cerita dia begini sebenarnya... Fahmi nak ke tandas sebelum naik ke kapal terbang untuk holiday keluarganya.
Sebaik saja dia keluar dari tandas itu, ada seorang budak yang terjatuh kerana dia berlari di Lapangan Terbang tersebut. Lututnya mula berdarah dan tiada sesiapa pun yang menolong budak itu.
kebetulan pulak yang Fahmi ni ada pembalut luka dan dia seorang bekas Pengerusi Bulan Sabit Merah sekolah lamanya.
-Kembali semula-
"Abang, Adik nak Aiskrim Vanilla yang dekat kedai tu, boleh ke?"
"Boleh je,"
Fahmi menuju ke kedai aiskrim yang ditunjuk oleh budak itu seolah-olah adik itu adik kandungnya... ye lah, Fahmi kan anak tunggal.
"WOWWW TERIMA KASIH ABANG"
dengan matanya yang bulat dan excited
setelah mendapat Aiskrim Vanilla nya
"Sama-sama dik, ohh ya... abang lupa nak tanya nama adik tadi... boleh adik ceritakan apa yang sebenarnya berlaku
"
"Nama adik sebenarnya Amar, Amar tadi lari sebab nak cari Kakak tapi Amar tak jumpa... tengah lari tu, Kaki Amar terlanggar batu sampai jatuh. Nasib Abang tolong Amar tadi... Terima kasih Abang"
"Sama-sama Amar,"
"Alang-alang Amar dah bagitau nama, apa nama Abang?"
"Nama Abang ni Fahmi, In Shaa Allah kalau jumpa lagi, panggil je Abang Mi... Oh ya, Amar ingat tak nombor telefon kakak?"
"Ingat"
"Okay kalau macam tu Amar bagi nombor dia dekat Abang biar dia boleh Ambil Amar dekat sini nak tak?"
"Nak nak"
Tuttttt Tutttt
"Assalamu'alaikum Cik, Adik awak dekat cafe Aiskrim di tingkat satu ya,"
"Wa'alaikumussalam, Ya Allah terima kasih ya encik, saya suruh dia tunggu dekat luar tadi sebab saya nak ke surau. Sebaik saja saya dah selesai solat, dia dah hilang."
suara yang lega yang dapat didengar oleh Fahmi daripada wanita itu.
"Betuah punya Amar, tadi dia terjatuh sebab berlari nak cari Cik, tapi jangan risau, saya dah balut kaki dia just nice"
"Ya Allah... Saya akan ke sana sekarang" Wanita tersebut terus mematikan panggilan itu"
"Amar... Abang Mi dah nak gerak ni, Parents Abang dah tunggu dekat atas. Amar tunggu kat sini ya, kakak dah on the way tu"
"Okay Abang Mi"
"Bye Amar, kirimkan salam dekat kakak ya"
"Bye Abang Mi"
Sebaik saja Fahmi masuk ke dalam Lif untuk ke balai perlepasan,
"Amarrrrr Amarrr... Ya Allah puas Kak Aisyah cari Amar tadi. Amar pergi dekat mana tadi?"
"Amar pergi ke Arcade sambil tunggu kakak, pastu kakak dah hilang, jadi Amar cari lah kakak tapi... Amar terjatuh, nasib ada Abang Mi yang tolong Amar."
"Abang Mi? siapa tu?" Aisyah pun hairan
"Tak silap Amar, Abang tu bagitau nama dia Fahmi"
"Ohhhh..."
Muka Aisyah pun bertukar kemerahan
"Akak okay ke?"
"Ehhh jom la naik lif, flight kita dah dekat ni, nanti Ummi dengan Abi marah kita pulak"
"Jom"
Aisyah dan Amar pun memasuki Lif untuk ke balai perlepasan
Ketika dalam perjalanan
'Ya Allah, mendengar namanya sahaja membuatkan jantung ku berdebar-debar'
bisik Aisyah di dalam hatinya
"Dari mana Amar dapat Aiskrim tu?". "Abang Mi yang belanja Amar tadi"
Share this novel