Completed
326763
TAUFIQ membuka matanya. Terasa begitu kelat sekali. Denyutan kepalanya mulai dirasai. kepalanya dipusing ke arah kiri. Tubuh Aira yang tidur tanpa selimut di kerlingnya.
"Bila masa pulak dia pakai baju? " Taufiq bersuara perlahan. Tudungnya juga sudah berada di kepalanya.
Taufiq menguap. Pemuda itu mengerling kearah jam dinding. 5.45 pagi. Masih awal lagi untuk dia bersiap ke pejabat. Tubuhnya yang hanya dibaluti boxer itu diangkat menuju ke bilik mandi.
Selesai di bilik mandi, pemuda itu tercari-cari telefon bimbitnya. Seingatnya dia melontar iphonenya itu di atas tilam sebelum mandi semalam. Taufiq menarik selimut di atas tilam king sizenya laju.
"Apa tu? " Soal Taufiq hairan. Ada tompokan berwarna merah dia atas cadar tilam berwarna putih itu.
"Betulkah dia? " Taufiq ternganga.
"Jadi betul dia belum pernah kena sentuh oleh mana-mana lelaki?" Taufiq senyum puas. Pemuda itu bangga dengan pencapaian yang diperolehinya malam tadi.
Masih ada lagi rupanya perempuan yang masih menjaga maruah diri mereka. Masih menjaga batas pergaulan dan aurat mereka. Sayang Aira terjerat dalam permainan yang tak sepatutnya.
Masih lagi terngiang-ngiang suara rintihan dan rayuan gadis itu malam tadi, namun itu semua Taufiq tidak mahu ambil peduli. Yang penting dia puas. Puas merasa perempuan seperti Aira. Yang belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.
Bella? Dia bukan dara lagi. Dia sedia maklum tentang kehidupan sosial Bella. Bukan Bella seorang perempuan yang pernah ditidurinya. Ada ramai lagi. Cuma yang ini agak berbeza.
Telefon bimbit yang di cari sudahpun berada dalam tangannya. Nombor telefon wong di dail. Panggilan itu tidak berjawab. Taufiq menekan dada telefonnya. Pesanan ringkas di hantar ke nombor Wong.
AKU NAK GUNA PEREMPUAN NI SEMINGGU LAGI. PASAL DUIT NO PROMBLEM!
Telefon dilontar perlahan kerara kerusi panjang dihadapan katil. Tubuhnya dibaringkan. pemuda itu mengerling kearah Aira.
"Aku akan gunakan kau sepuasnya" ucap Taufiq nakal.
***************
"TUAN" terdengar suara Mak Senah dari luar. Aira yang sedari tadi terjaga cepat-cepat menutup kedua belah matanya apabila tubuh Taufiq mulai bergerak perlahan.
"Ada apa Mak Senah? " laung Taufiq malas.
"Dah pukul 9 pagi ni.. Tuan tak ke pejabat ke? Pak Harun dah tunggu kat bawah tu" beritahu Mak Senah.
Saya tak ke pejabat hari ni Mak Senah" jawab Taufiq.
"Kenapa? Tak sihat ke?" Mak Senah menyoal lagi
"Taklah.. Rasa letih je" Taufiq menutup wajahnya dengan bantal. Tulang-tulang badannya terasa berat untuk diangkat.
"Tuan nak saya hantarkan sarapan ke?"
"Nanti saya turun sendiri"
Mak Senah menghela nafasnya panjang. Wanita itu akur. Langkahnya diatur menuruni anak tangga perlahan.
Taufiq mengangkat tubuhnya menuju ke bilik mandi. Perutnya mulai berbunyi. Minta diisi. Dia sebenarnya enggan menyusahkan Mak Senah.
Agak lama pemuda itu di bilik mandi hingga membuatkan Aira memberanikan diri untuk bangun dari katil. Sisa-sisa airmata di seka perlahan. Dia perlu memikirkan cara untuk meloloskan diri dari Taufiq, sekaligus dari tangan Wong. Dia tidak mahu berada dalam keadaan sebegitu. Sungguh dia jijik dengan dirinya sendiri ketika itu.
Tapi bagaimana caranya? Aira menjenguk keluar banglo itu. Dia sendiri tidak tahu selok belok banglo itu. Dia datang tatkala langit berwarna hitam. Manakan bisa dia tahu mana pintu masuk, mana pintu keluar. Aira mati kutu. Kukunya digigit. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.
"Kau tengok apa tu?" Taufiq menegur Aira tinggi. Gadis itu berpaling. Sekali lagi pemuda itu bertuala. Aira cepat-cepat melarikan pandangannya.
"Kenapa dia ni asyik bertuala je? Tak dapat ke tukar baju dalam bilik mandi?" gerutu Aira dalam hati.
"Pergi mandi! " arah Taufiq sebelum melangkah kearah sebuah bilik di sebelah kirinya.
"Agaknya bilik pakaiannya" teka Aira. Gadis itu masih tercegat disitu. Taufiq yang sedari tadi melirik Aira dengan ekor matanya, menghentikan langkahnya.
"Yang kau tercegat disitu kenapa? " pekik Taufiq.
"Saya tak ada pakaian lain" Aira bersuara takut.
Taufiq menyelak rambutnya yang basah ke belakang. Pemuda itu bercekak pinggang. Dia mulai berfikir.
"Takkan aku nak pakaikan dia dengan baju Bella kot.. " Taufiq hendak ketawa memikirkan situasi di mana Aira yang berbaju kurung, mengenakan baju Bella yang terdedah dan agak jarang itu, namun pemuda itu cuba menahan tawanya.
"Ambik telefon aku tu" arah Taufiq menunjuk ke arah kerusi panjang. Aira seperti kerbau di cucuk hidung menurut sahaja perintah Taufiq.
Telefon bertukar tangan. Ibu jari Taufiq menekan butang dada telefon miliknya. Telefon itu ditekapkan di telinga kirinya. Ekor matanya masih melirik ke arah Aira.
"Mus, tolong ke rumah aku sekarang" ringkas sahaja arahan di berikan Taufiq kepada pembantu peribadinya itu sebelum panggilan dimatikan.
Taufiq selesai berpakaian. Pemuda itu mengenakan T-shirt polo berwarna putih dan sweat pant hijau tua. Nampak ringkas tapi sesuai dengan dirinya yang bertubuh sasa itu.
"Dia memang kacak" Aira tidak dapat menidakkan kenyataan yang satu itu. Pemuda itu memiliki segalanya. Tidak seperti dirinya yang terpaksa memikirkan bagaimana nasib dirinya selepas ini.
Taufiq duduk di birai katil. Di kerlingnya ke arah Aira yang berdiri seperti tunggul kayu di tepi dinding.
"Aku nak kau tinggal dengan aku lagi seminggu, lepas tu aku hantar kau balik dengan Wong" ucapan yang keluar dari mulut Taufiq umpama sebilah pisau menusuk jantungnya.
"Encik, saya nak keluar dari sini.. Saya.. saya tak nak kembali kepada Wong dan saya tak nak bersama encik walaupun sehari lagi" Air mata Aira mulai bergenang.
"Habis kau nak aku buat apa? Aku dah bayar kau dengan duit yang banyak tau! Bukan sesen dua sen" Taufiq duduk berteleku. Tajam matanya memandang Aira.
Aira mendiamkan diri. Semuanya tentang duit! Pak Daud menjualnya dengan Wong gara-gara duit. Wong memberikan dirinya pada lelaki itu kerna duit. Dan kerna duit jugak, lelaki itu enggan melepaskannya.
"Saya akan ganti balik duit encik" ucap Aira beria-ria. Raut wajahnya berubah agak ceria. Mungkin cadangannya itu bisa di terima pakai oleh Taufiq.
"Ganti balik? Mana kau nak dapat duit?" Taufiq menyindir.
"Kerja " jawab Aira sepatah.
"10 ribu.. bila kau dapat habis bayar semua tu? " dengus Taufiq.
"10 ribu? Harga diriku hanya 10 ribu? " Aira menjerit dalam hati. Maruah diri kini dapat dibayar dengan wang. Kejamnya dunia ..
"Jawablah! Kenapa kau diam!! " tengkingan Taufiq mengejutkan Aira.
"Saya... " payah rasanya untuk membalas kata-kata Taufiq.
"Bagitau aku bila kau dapat bayar aku 10 ribu tu? " soal Taufiq bengis.
"Kau tak ada apa-apa Aira. Yang kau ada sekarang hanya adan kau je. Cakap dekat aku, macamana kau nak bayar duit aku selain menjual badan kau"
"Encik nikahi saya! " entah dari mana Aira mengumpul kekuatan untuk menyuarakan idea gila itu. Aira sendiri tidak percaya dengan apa yang dikatanya sebentar tadi.
"What??? " Taufiq lebih lagi terkejut, sepantas kilat pemuda itu berdiri. Nikah? Adakah telinganya salah mendengar?
**************
TAWA Taufiq nampaknya tidak berpenghujung. Tiada tanda-tanda berhenti. Kata-kata dari bibir Aira tadi memang lucu. Lebih menggelikan hatinya berbanding menonton sketsa Maharaja Lawak di tv.. Perutnya mulai terasa sakit dek ketawa sedari tadi. Aira yang berdiri dihadapan Taufiq sedikit terleka.
"Taklah teruk sangat dia ni.. Aku pikir tak pandai ketawa. Pandai pulak dia ketawa" Aira menggaru lehernya yang gatal.
"Siapa kau nak kahwin dengan aku? Kau tau tak siapa aku? Sebelum tu, kau ada cermin muka kau tak?? " Taufiq masih lagi ketawa tapi kali ini tawanya dah bisa di kawal.
"Saya tak tahu siapa encik.. Saya tak tahu latar belakang encik.. tapi apa yang saya mintak sekarang ni bukan untuk mengambil kesempatan terhadap encik, tapi ini untuk diri saya encik" Laju Aira menuturkan ayatnya.
"Untuk diri kau? Habis aku yang terpaksa berkahwin dengan kau ni macammana?" giliran Taufiq bersuara. Kali ini lebih serius. Tiada lagi bunyi tawa di bait ayatnya.
"Saya janji saya tak akan menuntut sebarang hak ke atas diri saya. Saya tak akan minta apa-apa dari encik. Yang saya nak sekarang adalah tempat untuk saya berlindung dan sekurang-kurangnya hubungan encik dan saya halal.. Dan encik berhak sepenuhnya ke atas diri saya" Air bersunghuh-sungguh.
"Hak? " Taufiq tersengih.
"Saya tak akan meminta apa-apa dari encik termasuk wang mahupun harta encik. Saya tak akan memberitahu sesiapapun tentang hubungan encik dan saya. Malah kehadiran saya dalam kehidupan encik sedikitpun tidak akan menggangu kehidupan peribadi encik. Encik bole mengganggap saya pembantu rumah atau teman tidur encik. Saya tak kesah! Apa yang saya nak adalah hubungan yang halal.. dan saya tak akan kembali ke tempat seperti sebelum ni. Encik boleh menceraikan saya bila encik dah bosan dengan saya" hujah Aira panjang lebar. Dia perlu membuat Taufiq percaya akan ucapannya.
"Amboi! Pandai kau nak mengatur kehidupan aku! Kau untunglah! Dapat kahwin dengan aku.. aku yang rugi sebab berhabis puluhan ribu untuk kau" ulas Taufiq.
"Saya akan ganti balik duit encik tu" potong Aira.
"Kau cakap main lepas je ye. Kau lansung tak fikir masak-masak dulu" Taufiq duduk besilang kaki.
Aira membisu. Gadis itu tunduk. Enggan berbalas pandang dengan Taufiq.
"Habis tu kau nak aku kahwin dengan kau? Kau dan aku?? " Taufiq ketawa lagi.
Lain yang dia minta untuk dinikahi, lain pulak yamg mahu menikahinya. Dunia agaknya dah terbalik. Perempuan pulak yang melamar lelaki..
"Kau ingat Wong mau lepaskan kau macam tu je ke? Kau fikir free-free je dia bagi kau kat aku tanpa bayaran ke??" duga Taufiq.
Aira kelu. Bagaimana bisa dia lupa tentang Wong. Ah!! Duit lagi.
*********************
MUSA menunggu sabar Taufiq di bilik bacaan. Taufiq muncul di depan Musa dengan wajah yang mencuka. Pemuda itu mengambil tempat duduk di kerusi malas miliknya.
"Ada apa bos? " Musa yang berpewatakan agak lembut itu bertanya.
"Tolong belikan aku baju kurung"
"Baju kurung? Nak buat apa bos?" Musa sedikit pelik dengan permintaan Taufiq.Tak seperti biasanya. Selalunya Taufiq akan memintanya membelikan dress, beg tangan berjenama mewah, rantai, cincin bertatahkan berlian tapi kali ini... Baju kurung?? Dah buang tabiat agaknya!
"Baju kurung nak buat apa bos? " soal Musa tak puas hati.
"Aku suruh kau beli, kau beli jelah. Jangan banyak tanya boleh tak? " jawab Taufiq geram.
"Berapa pasang bos? Nak beli kat mana? Butik yang Datin selalu pergi tu ke? " soal Musa.
"Pandai-pandai kau la Mus." Taufiq menghenyakkan tubuhnya di kerusi. Permintaan Aira masih lagi bermain-main di tempurung kepalanya.
"Kau belikan tudung jugak" tambah Taufiq.
"Tudung pulak? " Musa makin pelik. Dia nak mengislamkan Cik Bella ke? Musa mulai membayangkan wajah Bella dengan memakai tudung dan berbaju kurung. Hahahahah! Pasti nampak pelik.
"Kau bawaklah Mak Senah tu keluar. Nanti dia tolong belikan apa yang patut. Aku dah bagitau dia tadi " tambah Taufiq.
"Baiklah bos! Ada apa-apa lagi ke?" Musa bertanya.
"Tolong uruskan sesuatu untuk aku" ucap Taufiq serius.
*******************
TAUFIQ melanglah semula ke biliknya, setelah memastikan Musa dan Mak Senah telah pergi keluar. Pemuda itu mencari kelibat gadis yang mengacau bilaukan fikirannya sedari tadi.
"Aira! " jerkah Taufiq sebaik terpandang tubuh itu tidur terduduk di dinding. Aira tergesa-gesa bangun. Tudungnya yang sedikit senget diatur. Bebola matanya di lontarkan ke arah Taufiq yang yang duduk di birai katil bertentangan dengannya.
"Aku setuju kahwin dengan kau tapi dengan syarat... " ujar Taufiq tegas. Dia waras. Ya! Dia masih waras dan sememangnya waras. Agak lama dia memikirkan permintaan Aira yang agak gila itu. Cadangan itu memang tak masuk akal hingga dia sendiri tak tahu di mana logiknya.
Usai Taufiq menghabiskan ayatnya, Aira menguntum senyuman.
"Ya Allah! Kau makbulkan juga permintaanku ini" Aira memanjat syukur yang tidak terhingga berulang kali.
"Pertama sekali, aku tak nak kau menuntut sebarang hak.. " Ayat terhenti di situ. Aira sudah sedia maklum tentang syarat itu kerna dia sendiri yang menjanjikan hal itu. Tiada sebarang dari dirinya, kerna dia tahu siapa dan dimana dirinya berada.
"Yang kedua.. Tiada siapa yang tahu mengenai perkahwinan ini melainkan aku, kau, Mak Senah, Pak Harun, Musa dan Kelvin, peguam aku" tambah Taufiq lagi.
"Yang ketiga, tempoh perkahwinan kau dan aku hanya 6 bulan. Selepas dari tarikh itu, aku akan ceraikan kau"
"Cerai? Ya, mana mungkin dia membelaku untuk tempoh yang lama. Ah.. Cukuplah 6 bulan. Sekurang-kurangnya dalam tempoh itu Wong sudah melupakan kewujudannya." bisik hati kecil Aira.
"Yang ke 4.. Kau dilarang mencampuri urusan peribadi aku. Dengan siapa aku keluar, dimana dan apa yang aku buat.. Kau kena ingat.. Kau isteri hanya pada kertas. Aku yang beli kau.. Jadi aku boleh buat apa yang aku suka dekat kau dalam tempoh 6 bulan" peringat Taufiq. Pemuda itu memandang Aira yang sekadar membalas setiap syarat yang dikenakan ke atasnya dengan anggukan.
"Yang ke 5.. Setiap arahan dan permintaan aku, kau perlu turuti tanpa bantahan. Kau kena ingat. Kau tetap punya hutang dengan aku! Jangan kau fikir, kau kahwin dengan aku free je. 10 ribu tu hanya bayaran untuk seminggu. Wong belum beritahu aku berapa harga kau supaya dia menjual kau 100% kepada aku" Taufiq menekan suaranya.
"Kau faham tak?" Taufiq bingkas bangun. Menyusun langkahnya menuju ke arah Aira.
"Faham encik" jawab Aira lambat.
"Peguam aku akan bagi surat perjanjian kat kau nanti. Aku nak kau tandatangan nanti" Taufiq ingin segera beredar dari situ, namun langkahnya seperti ditahan. Hujung bajunya seperti ditarik dari belakang. Pemuda itu berpaling semula. Aira tanpa takut memegang hujung bajunya.
"Terima kasih Encik" ucap Aira perlahan. bibirnya mengukir senyuman. Taufiq menelan air liur.
"Ingat janji kau kat aku" tegas Taufiq.
"Saya janji saya akan ikut setiap syarat yang encik tetapkan.. Tapi saya ada satu permintaan" Aira perlahan-lahan melepaskan hujung baju Taufiq.
"Permintaan? Tak cukup lagi ke aku dah setuju nak kahwin dengan kau? " pintas Taufiq.
"Cukup.. Cukup encik.. Saya cuma nak sejadah dan telekung"
Taufiq terpana. Dia minta sejadah dan telekung? Air liur yang melekat di tekak cuba ditelan namun gagal. Pemuda itu memandang ke arah kiri dan kanannya.
Permintaan Aira membuatkannya terdiam seribu kata. Taufiq mampu untuk memberikan apa sahaja gadis yang mendampinginya emas, berlian, beg berjenama, percutian mewah tanpa banyak bicara.Tapi permintaan Aira ini lambat umtuk dipersetujuinya.
"Saya nak solat Zohor encik. Tapi saya tak ada telekung dan sejadah" tambah Aira lagi.
"Untuk sementara ni, kau pinjam dulu dengan Mak Senah. Kau tunggu dia datang nanti" Taufiq bergegas keluar. Tidak mahu terus berlama di situ. Entah apa pulak permintaan gadis itu nanti.
Share this novel