Completed
326763
"MANA you pergi lama tak nampak Taufiq" Wong menepuk perlahan bahu Taufiq. Bunyi lagu dan rentak kelab dengan lampu yang berwarna warni membuatkan kepaa Taufiq sedikit pusing.
"I ada kejalah Wong. you ada nampak Danial?" sol Taufiq dengan suara yang agk besar, bimbang Wong tidak mendengar kata-katanya.
"Dia ada amoi sudah, mana mau ingat sama you lagi" Wong ketawa.
"Kurang asam punya Danial. Dia bawak aku kesini tapi dia pulak yang hilang" Taufiq menyumpah dalam hati. Gelas berisi wain merah dihadapannya dicapai. Air itu diteguknyanhingga ke titisan yang terakhir.
" I ada banyak barang baru. you mau ka?" Wong mulai menjalankn bisnesnya.. Siapa yang tidak mahu berurusan dengan Taufiq Iskandar bin Dato Mustafa. Pemuda itu merupakan pewaris tunggal Berjaya Holdings, salah sebuah syarikat gergasi Malaysia yang mempunyai rangkaian hotel dan resort di dalam mahupun luar negara.
Bukan itu saja, Berjaya Holding merupakan pengimport terbesar kereta mewah luar negara di Malaysia. Menjalankan urusan dengan Taufiq umpama bulan jatuh ke riba. Peluang sedemikian selalu ditunggunya. Wang bukanlah masalah bagi Taufiq. Bayaran yang di peroleh bersesuaian dengan barang yang diterimanya.
"Barang baru?"
"Banyak cantik ho" loghat cina mulai keluar.
"You semuanya cantik " perli Taufiq
"Ini kali betul cantik. I pun suka tengok"
"Perempuan mana?"
"Perempuan kampung. Tapi banyak cantik" Wong masih lagi tidak berhenti memuji.
"Perempuan kampung? I tak minat lah Wong. you tau kan taste i macam mana" Taufiq mulai menunjukkan memek muka kurang berminat.
"Ini high class Taufiq. Mana you mau cari perempuan yang tk pernah kena kacau laki" Wong semakin ligat menyucuk jarum.. Berharap Taufiq akan makan umpa yang dipasangnya.
"Tak pernah kena kacau laki?? " dahi Taufiq berkerut.
"Masih virgin ma.. senang cakap" Wong ketawa.
"Mana you tau itu perempuan masih virgin?" Ingin saja Taufiq ketawa dengan ayat yamgbbru dilontarkan oleh Wong.
"Agak-agaklah kalau you nak tipu you Wong" tambah Taufiq lagi.
"I tak tipu you la Taufiq. Malik cakap itu amoi perempuan melayu terakher. Malik satu kampung sama dia" jawab Wong.
"Kalau di perempuan melayu terakher kenapa pulak dia ada dekat tangan you Wong? " Taufiq kurang percaya. Di dunia moden seperti selarang ni, mana ada lagi gadis yang masih menjaga keperawanan mereka? Merepek!
"Bapak dia banyak hutang dengan I la Taufiq. So bapak dia bagi dia sama I untuk bayar dia punya hutang"
"Bapak kandung?"
"Bapak tiri. Dia mak baru kemarin meninggal" jawab Wong ringkas..
"Meninggal?" Taufiq sedikit tersentuh. Apa agaknya perasaan perempuan itu? Perlukah dia menunjuk kasihan pada perempuan yangakan bergelar pelacur itu? Aghhhh!! Itu bukan masalah aku, desis hati kecil Taufiq.
"Kenapa tak bagi Danial" Taufiq mencemik.
"Taufiq, you banyak tolong bisness i. I memang balas you punya jasa "
Taufiq senyum. Bangga bila Wong memujinya. Ya! Dia memang banyak membantu perniagaan Wong. Apa yang Wong ada sekarang, semuanya datang dari dirinya.
"Mana dia? " Taufiq menunjuk minat. Sepertinya dia sudah lupa dengan masalah yang terjadi antara dirinya dengan Bella.
"You mau bila? you banyak untung ho.. ini perempuan memang I simpan khas u" Wong masih lagi cuba untuk menyucuk jarum.
"Malam ni" Taufiq bangun dari kerusinya.
"You mahu i hantar kat mana? " Wong teruja. mulai terbayangkan wang yang bakal dia terima dari jutawan muda itu.
"Banglo i" Taufiq mengatur baju nya.
"Berapa?" Taufiq senyum.
"Harga tolak tepi. you rasa dulu.. Kalau barang bagus, baru boleh bincang harga" Wong menepuk-nepuk bahu Taufiq.
"I balik dulu" Taufiq berlalu. Sakit kepalanya lama-lama disitu. Malas sudah dia mencari kelibat Danial yang sedari tadi tidak muncul pada pandangan matanya.
*******************
"MAK SENAH," panggil Taufiq sebaik sahaja melangkah masuk kedalam banglo miliknya. Dia yakin benar pembantu rumahnya itu masih terjaga. Sudah berapankali dia berpesan agar wanita berusia 58 tahun itu tidak menunggu kepulangannya sekiranya lewat malam. Namun wanita itu masih berkeras untuk menunggunya.
"Ada apa Tuan?" terkocoh-kocoh wanita separuh usia itu mendapatkan majikannya. Matanya yang agak kelat itu sedaya upaya untuk dibuka seluasnya.
"Nanti ada orang datang. Kalau dia sampai nanti, hantar perempuan yang dia bawa tu ke bilik saya" Taufiq berlalu pergi tanpa menunggu jawapan balas dari Mak Senah. pemuda itu melangkah laju menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.
"Perempuan? Perempuan mana lagi kali ni? " Mak Senah menggelengkan kepalanya.
Tingtong! Tingtong! Bunyi loceng kedengaran menjerit kuat memecah kesunyian rumah banglo mewah itu. Mak Senah yang tertidur di meja dapur terbangun. Cepat-cepat tubuh tua itu diangkat menuju ke muka pintu utama.
"Encik Taufiq mana?" soal Malik sebaik saja wajah Mak Senah muncul di hadapannya. Bukan dia tak kenal pembantu rumah Taufiq itu.. Ini bukan kali pertama Taufiq memintanya menghantar perempuan ke rumahnya.
"Tuan ada kat atas. Mandi agaknya" pandangan Mak Senah beralih kearah seorang gadis yang lengannya dicengkam kuat oleh kedua belah oleh anak buah Wong.
"Perempuan ni kah yang di kata oleh Tuan?" Mak Senah bertanya pada dirinya sendiri. Cantik! Manis! Bertudung?
Ini kali pertama perempuan datang ke banglo itu bertudung dan berbaju kurung. Citarasa Taufiq dah berubah ke?
Wajahnya jelas menunjukkan gadis itu berusia awal 20an. Masih muda remaja. Dari memek mukanya pula, nampak seperti kedatangannya kesitu adalah kerana paksaan bukan kerelaan hatinya. Ada takungan air mata dimatanya. Berulang kali juga dia cuba merungkaikan cengkaman tangan kedua lelaki di lengannya, namun tak berjaya. Semakin dia melawan semakin kuat jemari kasar kedua lelaki itu memegangnya.
"Mari saya tunjukkan bilik Tuan Taufiq" Mak Senah berjalan mendahului mereka bertiga.
"Malik tolong lepaskan aku. jangan buat aku macamni? Aira bersuara putus-putus. Airmata yang tadinya kering untuk beberapa detik, mulai mrngalir semula.
Malik menghentikan langkahnya. Berpaling ke arah Aira yang membelakanginya.
"Kau jangan nak buat hal kat sini Aira! Ingat Aira. Kau jangan cuba nak larikan diri. Kalau kau lari dari sini, sampai ke lubang cacing aku cari kau. Nahas kau kalau buat benda yang Taufiq tak suka! " amaran keras diberikan kepada Aira.
"Malik apa dosa aku kat kau? Kenapa macam ni kau buat kat aku? " rintih Aira meminta simpati dari Malik.
"Kau bersalah sebab kau tolak cinta aku dulu Aira. Kalau kau terima aku dulu, kau tak kan jadi macam ni" Malik menolak bahu Aira dengan jari telunjuknya.
Puas hatinya dapat memberi pengajaran terhadap Aira. Kalau dulu memang dia tergila-gilakan Aira, namun tidak lagi. Dia lebih menggilai duit berbanding dari perempuan. Duit dapat membeli segalanya.
"Lepas kan aku Malik.. Tolonglah! " Aira masih cuba untuk menagih simpati.
"Malam ni kau jadi habuan Taufiq, esok aku datang amik kau" Malik tersenyum puas.
"Hantar perempuan tu ke atas" arah Malik.
Aira diam. Apa yang bisa dia ucapkan ketika itu? Menjerit? Sudah cuba dia lakukan berulang kali. Semakin agresif tindakannya semakin teruk pipinya menjadi mangsa tamparan Malik dan konco-konconya.
"Masuklah" ujar Mak Senah sebaik tiba di salah sebuah pintu di tingkat atas. Daun pintu di kuak perlahan.
"Tuan tengah mandi di dalam. Cik boleh tunggu dulu di dalam"
Aira memandang wajah Mak Senah, seolah-olah ingin meminta bantuan. Mak Senah menghela nafasnya perlahan. Apalah kudrat yang ada padanya? Dia tahu gadis di hadapannya itu tidak rela diperakukan seperti itu.
Sebaik saja tubuh nya berada dalam ruangan itu, pintu ditutup dari luar. Pandangannya di lontarkan kearah bilik yang hanya di pasang dengan lampu yang agak samar-samar.
Perhiasan dalam bilik itu sememangnya mewah. Luas kamar itu 2 kali lebih besar jika dibandingkan rumahnya. Dari katil hingga ke set sofanya. Bilik itu punya segalanya. Ada ruangan menonton tv, ada beberapa pintu di dinding bilik itu. Agaknya bilik pakaian. Bukan dia tak pernah melihat kamar tidur orang kaya dalam drama di kaca televisyen.
Aira dapat menangkap bunyi pancuran air disebelah kanannya.
"Inilah masanya kalau aku nak larikan diri. Ya! Aku perlu melarikan diri. Bukan ini yang aku nak dalam kehidupan aku. Malah aku lansung tidak pernah terfikir kejadian seperti ini menimpaku" desis hati kecil Aira.
Namun belum sempat tambol pintu di capainya, bunyi pintu bilik air pulak yang kedengaran. Langkah Aira terhenti disitu.
"Kau buat apa kat situ? " soal Taufiq agak tinggi. Suis lampu utama bilik itu ditekan. Terang benerang ruangan itu jadinya.
Taufiq yang hanya bertuala mandi di pinggangnya memandang ke arah Aira yang berdiri membelakanginya. Tubuh Aira diamatinya. Walaupun hanya mengenakan baju kurung biru bercorak bunga halus, serta bertudung hitam, jelas gadis di hadapannya itu memiliki bentuk tubuh yang sememangnya menjadi idamannya.
"Bertudung? Huh! Nampak benar kekampungan" getus Taufiq perlahan tanpa didengari oleh Aira.
Taufiq melangkah bersahaja ke arah Aira. Rambutnya yang masih basah dilap dengan tuala putih di tangan kanannya. Tanpa disedarinya, dia kini sudah berdiri benar-benar membelakangi Aira.
Aira kecut perut. Nafasnya sedikit laju. Dapat dia rasakan hangat hembusan nafas Taufiq di lehernya. Bulu romanya berdiri. Detak jantungnya mulai laju.
"Nama? " soal Taufiq sepatah. Dia tersenyum nipis. Nampaknya dia lebeh tinggi berbanding gadis itu yang hanya paras hidungnya.
Aira kaget. Hembusan itu semakin mendekat. Dia segera berpaling. Bulat matanya saat hidung keduanya saling berlaga.
Sosok tubuh lelaki berbadan sasa dihadapannya itu tidak mengenakan baju itu tambah mengagetkannya. Air yang menitis di wajah dah tubuh pemuda itu membuatkan nafas Aira turun naik.
Aira cuba melangkah kebelakang, namun cepat Taufiq merangkul pinggang gadis itu ke tubuhnya. Kedua belah tangan Aira di dada bidang Taufiq. Masa seolah terhenti disitu. Gadis itu memandangnya tidak berkelip. Jantung seolah terhenti.
"Cantik!" puji Taufiq dalam hati. Mata bulat Aira dipandangnya dalam. Bebola matanya yang berwarna coklet cair itu, ditambah dengan bulu matanya yang melentik, menambahkan kecantikan wajahnya yang halus dan mulus itu. Hidungnya mancung. Bibirnya? Ah! Merah! Walaupun tanpa secalit pemerah bibir.
"Nama kau apa? " Taufiq mengulang semula pertanyaannya, namun kali ini lebih keras.
"Ai.. Ai.. Aira..." jawab Aira cuba menolak tubuh Taufiq. Taufiq akur. Senyuman terukir dibibirnya. Rangkulannya dilepaskan. Aira mengatur baju kurungnya.
"Umur kau? " Taufiq mendekati Aira semula. Gadis itu terlopong saat Taufiq tunduk sedikit memandang wajahnya. Gadis itu secepatnya melarikan pandangan mata mereka yang saling bertaut itu.
"20.." jawab Aira agak lambat.
"Jadi aku tua 10 tahun dari kau" beritahu Taufiq. Taufiq senyum kambing
"Bukak tudung kau" arahan Taufiq mengejutkan Aira.
"Saaaa.. ya.. "
"Kenapa? kau tak nak?" Taufiq tersenyum sinis.
"Saya bukan seperti yang encik fikirkan" tutur Aira perlahan. Ada getaran pada nada suaranya.
"Bukan seperti yang aku fikirkan? Maksud kau? kau bukan pelacur? Macam tu?"
"Pelacur?" Aira terkesima.
"Kau tetap pelacur dimata aku. Sebab aku dapat kau dari bapak ayam" jawab Taufiq mendatar.
"Tapi saya bukan.. " ayat terhenti disitu. Sepantas kilat Taufiq menyambar pergelangan tangan Aira.
"Aku bayar kau bukan aku nak dengar apa yang kau cakap. Aku bayar kau supaya kau layan aku malam ni" pekikan Taufiq bergema di setiap pelusuk kamar itu. Aira terkejut.
Taufiq tidak menunggu lama. pemuda itu menarik tangan Aira lantas di tolaknya tubuh halus itu ke arah katil.
"Tolonglah saya encik. Saya sanggup buat apa saja yang encik nak asalkan bukan seperti ini" esak tangis Aira kedengaran. Gadis itu cuba untuk duduk. Wajah Taufiq dipandangnya, cuba meminta belas kasihan dari pemuda itu.
Taufiq tersenyum sinis. Pemuda itu menolak kasar bahu Aira kasar hingga menyebabkan gadis itu terbaring semula. Pemuda itu menindih tubuh Aira sehingga gadis itu sukar untuk bergerak.
"Kau fikir aku bodoh nak lepaskan kau? " Taufiq mencengkan dagu Aira.
"Jangan buat macam ni encik" rayu Aira lagi. Tangisannya semakin kuat.
"Habis kau nak aku buat apa? Kau fikir aku bayar kau dengan kertas putih ke? " tempik Taufiq.
"Lepaslah! " Aira memukul dada bidang Taufiq berulang kali. Taufiq sepertinya tidak merasa kesakitan itu.
"Kalau aku lepaskan kau malam ni, esok kau tetap akan dihidangkan dekat laki lain" Taufiq ketawa jahat.
"Tolonglah encik" Aira dapat merasakan air matanya sudah tidak berpenghujung lagi.
"Kau ingat kau siapa nak pujuk aku! " Taufiq sudah tidak mahu berbasa basi lagi. Wajah halus Aira diciumnya kasar. Kedua belah tangan ditekan ke katil kuat agar gadis itu tidak melawan.
"Lepaslah.. jangan buat saya macam ni" suara Aira antara dengar dan tidak. Teriakannya tidak di endahkan. Berulang kali perkataan yang sama di keluarkan dari rongga tekaknya yang mulai mengering. Lansung tiada belas kasihan pada diri pemuda itu. Akhirnya Aira pasrah.
Aira cuba menahan tangisnya agar tidak didengar oleh Taufiq yang sudah terlena dibelakangnya.
"Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa aku. Ampunkanlah aku ya Allah." bibir nipis itu tak henti-henti memohon kemaafan. Matanya yang berkaca dilontarkan ke arah jam dinding. Tepat 4.15 minit pagi. Aira cuba memejamkan matanya.
Esok entah bala apa lagi yang akan datang menimpanya. Dia menjadi mati akal. Namun dek kerna keletihan di tubuhnya, gadis itu tanpa sedar lelap dengan sendirinya.
Share this novel