Bab 4

Romance Completed 309507

"MAK SENAH," panggil Taufiq sebaik saja terpandang wajah pembantu rumahnya itu.

"Ada apa Tuan? " Beg plastik yang dipegangnya diletakkan di atas lantai.

"Tolong pinjamkan telekung dan sejadah untuk Aira" pinta Taufiq agak malu.

"Aira? " dahi Mak Senah berkerut.

"Perempuan malam tadi, Aira namanya" jawab Taufiq. Pandangan matanya segera di alihkan ke kaca televisyen, walaupun sebenarnya rancangan yang disiarkan itu tidak sedikitpun menarik minatnya.

"Baiklah.. nanti makcik hantarkan"

"Mus mana?"

"Ada diluar tu.. Sekejap lagi masuklah tu" Mak Senah mengangkat semula beg plastik yang berisi makanan itu ke dapur.

"Mus! " panggil Taufiq lantang. sedari tadi dia menunggu kelibat Musa, namun batang hidung si lembut itu masih juga tak kelihatan.

”Yes boss?" terkedek-kedek si Musa mendekati majikannya.

"Kau dah bagitahu Kelvin?" soal Taufiq bersahaja. Remote control dicapai. Siaran bertukar.

"Sudah boss. Saya dah suruh dia uruskan semua" Musa mengenyitkan matanya. Taufiq mencemik.

"Dahlah, kau boleh pergi"

"Bos tak masuk pejabat? " soal Musa.

"Dah tengahari ni, nak masuk pejabat apanya?"

"Esok?"

"Tak!"

"Lusa? "

"Tak" jawab Taufiq mulai bosan.

"Habis tu bila bos nak masuk?" soalan bertukar.

"Entahlah" Taufiq menggaru kepalanya yang tak gatal dengan jari telunjuknya.

"Nak habiskan masa dengan bakal isteri ye" Musa mengusik.

"Mus, bagus kau balik sebelum aku tikam remote ni kat muka kau" Taufiq memberi amaran.

"Selamat pengantin baru boss" ucap Musa sebelum bergegas keluar.

******************

AIRA memegang baju kurung yang diberikan Taufiq kepadanya. Entah kenapa hatinya menjadi sayu tiba-tiba. Selalunya arwah ibu yang akan menjahit baju kurung untuknya. Tak pernah sekalipun dia membeli baju dari luar.

"Aira rindu ibu" rintih hati kecilnya. Tanpa disuruh air jernih mula bertakung lantas jatuh membasahi pipi.

"Aira tak tahu adakah ini jalan yang terbaik buat Aira, bu.. Tapi untuk setakat ini, ini saja yang mampu Aira fikirkan. Aira tak tahu nak berbuat apa lagi" airmatanya diseka perlahan.

Pintu bilik diketuk tiba-tiba. Aira menjadi panik tiba-tiba. Entah kenapa setiap kali berhadapan dengan Taufiq hatinya menjadi kalut tiba-tiba. Dia seperti tidak senang duduk dek pandangan mata Taufiq.

"Aira?" panggil Mak Senah lembut. Aira sedikit lega. Mak Senah muncul dimuka pintu dengan membawa telekung dan sejadah yang masih terlipat.

"Ye makcik? " jawab Aira serentak berdiri

"Ni mak cik ada bawakan sejadah dan telekung. Masih baru lagi ni. Makcik belum pernah pakai lagi" sejadah hitam dan telekung putih itu bertukar tangan.

"Terima kasih makcik" jawab Aira lembut.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, makcik turun dulu" Mak Senah meminta diri untuk berlalu pergi.

***************

"YOU nak perempuan tu?" Wong sedikit terkekut dengan permintaan Taufiq. Tidak seperti biasanya. Taufiq tidak pernah bertahan untuk bersama seorang gadis lebih dari semalam apatah lagi untuk membelinya seumur hidup.

"I nak perempuan tu" Taufiq berjalan mundar-mandir di tepi kolam ikan miliknya.

"Mana boleh macam tu Taufiq. you pun tahu itu barang bagus" Wong sedikit kecewa.

"I tak peduli Wong. I nak perempuan tu, thats meant i nak! Money is not a problem!" ungkap Taufiq.

"I tau you mampu Taufiq, tapi ini.. "

"Tak ada tapi-tapi. I tak nak dengar semua tu. you jangan lupa Wong, siapa yang tolong bisnes you selama ni? I bukan ambik free Wong.. i bayar! " potong Taufiq.

"Okey, okey okey! You menang!" sekejap saja Wong akur.

"We will talk about the money later" Taufiq mematikan panggilan tersebut.

"Apahal tu Wong? " tanya Danial yang kebetulan minum bersama Wong.

"Taufiqlah.. Dia nak beli perempuan malam tadi" beritahu Wong tanpa sembunyi.

"What? Hai, kemarin bukan main lagi monyok fikirkan Bella yang pergi ke Paris, harini pulak dah nak beli perempuan pulak? " Danial sedikit kaget. Tak pernah-pernah pulak Taufiq membeli mana-mana perempuan dari Wong. Taufiq orangnya cepat bosan dengan perempuan yang mengelilinginya, melainkan cinta hatinya Bella.

"Perempuan ni lain sikit Danial. Spesis yang makin pupus" Malik mencelah. Hatinya sedikit tercabar. Baru saja ingin meratah tubuh Aira, Taufiq yang terlebih dahulu rembat.

"Maksud kau? " Danial memandang Malik.

"Ini betul- betul perempuan... bukan betina tau tak"

Danial diam. Lama dia berfikir namun akhirnya pemuda itu mengangguk tanda faham. Jadi Taufiq ada simpan perempuan di rumah?

"Berapa Taufiq bayar" Danial ingin tahu.

"I belum tahu lagi. Tapi I yakin, dia tak kan membayar I ciput.Itu Taufiq Iskandarlah" Wing ketawa besar. Tak sia-sia dia merampas Aira dari tangan Pak Daud.

Pujian dari Wong membuatkan Danial sedikit tercabar. Dari dulu hinggalah sekarang, Taufiq menang dalam segala hal. Paras rupa, perempuan, wang termasuklah bisnes, Taufiq adalah raja. Dan dia selalu berada di bawah. Dia iri dengan apa yang Taufiq perolehi.

"Tak selamanya kau berada di atas Taufiq" dengus Danial perlahan.

****************

DOA diaminkan Aira menarik sejadah di hadapannya. Dilipatnya kemas lantas diletaknya diatas sofa. Gadis itu berpaling kebelakang. Agak terkejut dengan kehadiran Taufiq di muka pintu. Kusss semangat! Aira mengucap dalam hati.

Taufiq yang sedari tadi memerhatikannya sedikit tersentuh.Sudah lama rasanya dia tidak mengerjakan perintah Allah yang satu ini. Terasa dirinya begitu kerdil tika itu dihadapan Aira. Pemuda itu nenghela nafasnya panjang.

"Encik nak apa-apa ke?" soal Aira memberanikan dirinya. Telekungnya masih tersangkut dikepala.

"Aku nak tidur" Taufiq melangkah ke arah katil. Tubuhnya dibaringkan. Kedua belah telapak tangan di letakkan dibelakang kepala.

Aira senyap. Enggan mengulas apa-apa. telekung dilipatnya. Tudung yang masih melekat di kepala diatur kemas. Gadis itu menyusun langkah menuju ke pintu utama bilik itu.

"Kau nak kemana? " tanya Taufiq tatkala gadis itu cuba menarik daun pintu.

"Saya.. saya tak nak ganggu encik tidur" jawab Aira tersekat-sekat.

"Kau sini kejap" Taufiq pantas duduk bersandar di katil.

"Esok peguam aku datang" beritahu Taufiq perlahan namun agak tegas.

"Kau dah kursus kahwin? " tanya Taufiq memandang wajah Aira.

"Sudah encik" jawab Aira perlahan

"Eloklah tu. Tak perlulah aku bersusah payah nak hantar kau kan?" perli Taufiq. Dia cuba membaca riak wajah Aira. Apakah reaksi gadis itu? Namun gadis itu tetap kekal tenang.

"Kalau macam tu lusa kita nikah. Nanti Musa akan uruskan"

"Ye encik " Aira lega. Syukur ya Allah!

"Kau kena ingat Aira, walaupun kau isteri aku bukan bermakna kau mem besar di rumah ni. Kau tak ada apa-apa pangkat dan kuasa di rumah ini. Aku tetap anggap kau org gaji. Aku tak pandang kau lebih dari itu. Aku nak kau kerja di rumah ni sebelum Musa aturkan kerja untuk kau di hotel" ujar Taufiq lantas menarik selimut di hadapannya.

"Kerja? "

"Ye lah kerja. Takkan kau nak makan free je kat rumah aku ni. Aku nak kau ganti balik duit yang aku gunakan untuk beli kau tu dekat Wong! Kau ingat aku beli kau dengan pasir ke? " suara Taufiq berubah tinggi.

"Baik encik" sedikit terkejut Aira dengan nada suara Taufiq yang berubah tiba-tiba itu.

"Saya nak tanya Encik" Aira memberanikan diri untuk bertanya.

"Kau nak apa lagi" Taufiq tajam memandang Aira.

"Bilik saya mana?"

Soalan Aira membuatkan otak Taufiq berfikir ligat. Soalan itu agak merumitkan. Apakah jawapaan yang sesuai untuk Aira?

"Kalau dia tidur di bilik lain, susahlah aku nak kenakan dia. Dia perlu tahu aku jenis lelaki yang macamana. Berani-beraninya dia nak berkahwin dengan aku! Tujuan utama aku adalah untuk memberi pengajaran kepadanya" Taufiq ketawa jahat di dalam hati.

"Tu katil kau" Taufiq mengunjuk ke arah sofa panjang di hadapan televisyen.

"Kau tidurlah disitu. Baju kau boleh gantung di bilik pakaian aku. Ada almari kosong situ. Tapi ingat kau dilarang usik barang-barang aku yang lain" Taufiq memberi amaran. Pemuda itu cepat-cepat berbaring. Matanya di tutup rapat sebagai tanda yang dia tidak mahu di ganggu.

Aira mengetap bibirnya. Dia tidak berani memprotes. Mulutnya terkumat kamit. Menyatakan rasa tidak puas hatinya.

"Bagilah aku katil ke? Selimut ke? Bantal ke? Rumah bukan main besar nak rak. Bagilah aku bilik pembantu rumah ke, aku tak kisah" omel Aira dalam hati.

Taufiq membuka matanya sedikit. Cuba memerhatikan tindak tanduk Aira. Dia tersenyun puas saat gadis itu mengatur langkah menuju ke sofa. Taufq tersenyum puas.

"Tengoklah macamana aku kerjakan kau nanti. Kau ingat dalam tempoh 6 bulan tu kau dapat duduk senang? Kau ingat kau dah berada dalam syurga! Tak! 6 bulan tu tempoh kau dalam neraka" Taufiq berbisik dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience