"PAK CIK nak buat apa ni?" pekik Aira cuba melepaskan tangannya dari cengkaman bapa tirinya. Gadis itu berundur beberapa tapak ke belakang hingga dinding rumah kayu itu menjadi penghalang untuknya dari terus bergerak.
"Dah lama aku mengidamkan saat-saat seperti ini Aira. Untung jugak mak kau baru je mati! Kalau dia masih hidup, entah bila agaknya aku dapat menjamah tubuh manis kau ni" Pak Daud melangkah laju menuju ke arah Aira. Gadis berusia 20 tahun itu mula gugup. Jelas pada pandangan matanya, bagaimana bernafsunya wajah bapa tirinya ketika itu.
"Ya Allah pakcik. Ingat Allah" Aira bersuara tersekat-sekat. Rasa ketakutan sukar untuk dibendung.
"Sebab aku ingat Allah la aku nak merasa kau malam ni. Kalau aku tak ingat, sebelum nak kau mati dah aku makan kau hidup-hidup" Pak Daud sepantas kilat menarik tangan Aira. Aira terduduk. Dia cuba untuk melepaskan pegangan tangan lelaki yang sedang menggila itu.
"Lepaskan Aira pakcik" berulang kali Aira menjerit ayat yang sama, namun semakin dia menjerit semakin kasar bapa tirinya memperlakukannya. Jeritlah sekuat mana pun, tiada siapa yang akan mendengar suaranya di rumah yang terletak dihukung kampung itu.
" Jeritlah puas-puas Aira. Sepuas hati kau" Pak Daud menarik kasar tubuh gadis itu lantas menolaknya ke arah katil di penjuru bilik.
Aira kaget. Jantungnya berdegup laju. Bibir nipisnya mulai terketar-ketar. Wajah arwah ibunya mulai muncul. Dia ingin bersuara namun terasa begitu berat kotak suaranya itu untuk dibuka.
Tok! Tok! Tok!
Pintu rumah diketuk kuat. Pak Daud yang tadinya mau menghampiri Aira berpaling ke belakang. Aira melonjak syukur dalam hati. Agaknya ada orang yang mendengar jeritannya tadi.
"Siapa pulak kacau aku malam-malam buta macam ni! " Pak Daud bercekak pinggang. Lelaki separuh abad itu mendengus kasar. Namun dia tetap melangkah menuju kearah muka pintu. Belum sempat daun pintu itu dikuak, tubuh lelaki itu terlebih dahulu jatuh tersungkur ke belakang.
"Oi orang tua! Bila kau nak bayar hutang aku" pekik seorang lelaki bertubuh sasa.
Pekikan itu membuatkan Aira panik. Apa pulak sekarang ni? Gadis itu bangun. Melangkah perlahan menuju ke pintu biliknya. Dia mengintai ke luar. Cuba untuk memasang telinga.
"Wong, aku belum ada duit lagilah" Pak Daud menunjuk muka kesian. Wong ketawa jahat. Begitu juga 3 orang anak buah yang mengekorinya dari belakang.
Aira kecut perut. Tatu yang ada di tubuh mereka berempat menggerunkannya. Matanya tertumpu ke arah salah seorang dari mereka. Dia kenal benar dengan sosok tubuh itu. Sejak bila pulak Malik, kawan sekolah rendahnya berkerja seperti itu?
"Masa kau pinjam duit, cakap kau manis. Kau cakap kau akan bayar secepatnya. Sekarang bila aku mintak balik duit aku, kau cakap kau tak ada duit! " tekan Wong lantas menarik kolar T-shirt hitam milik Pak Daud kasar.
"Tolonglah Wong! Sekarang aku benar-benar tak ada duit" lelaki itu cuba merayu.
"Oi! Bini kau baru mati kemarin, kau nak ke ikut bini kau hari ni?" Wong menolak tubuh Pak Daud hingga lelaki tua itu terbaring di lantai.
"Aku tak kira. Aku nak duit aku malam ni jugak. Kalau kau tak dapat bayar malam ni, nyawa kau sebagai gantinya" Wong memberi kata putus.
"Aku mana ada duit sebanyak tu malam ni Wong. Lagipun aku tak ada apa-apa untuk aku bagi kat kau untuk bayar hutang-hutang aku tu" Pak Daud cuba untuk duduk.
"Tapi bos, dia ada barang lain yang boleh dijadikan duit bos" Malik memotong.
"Barang lain? " dahi Wong berkerut.
"Barang apa si tua ni ada selain dari rumah nak roboh ni?" Wong bertanya sinis.
"Tu! Anak gadis dia" Malik menunjuk kearah pintu bilik dimana tempat Aira mencuri dengar pertelingkahan mereka sedari tadi.
Aira terlopong. Kenapa pulak dia terlibat dalam hal ini? Sanggup Malik berkata begitu padanya. Lupakah Malik yang mereka kawan sekolah. Keluar dari mulut buaya, masuk pulak ke mulut harimau. Aira cuba untuk menutup pintu biliknya, namun usahanya sia-sia. Malik sudah pun menahan kuat daun pintu dengan tangan kanannya. Tangan Aira ditarik.
"Aku tak tahu pulak yang kau ada anak gadis secantik ni Daud! " Wong melangkah bersahaja kearah Aira yang cuba merenggangkan tangan Malik.
"Lepaskan aku Malik! Kau nak buat apa ni? " Aira bersuara tinggi.
"Kalau bapak kau tak dapat nak bayar hutang dia, terpaksalah anak dia yang tolong langsaikan" Malik memandang liar ke seluruh tubuh Aira. Dia sememangnya dah lama tergila-gilakan Aira. Gadis itu menjadi buah mulut dikampung. Terkenal dengan kecantikan dan kelembutannya.
"Berapa bapak aku hutang kau?" Aira memberanikan diri bersuara.
"15 ribu" Wong berdiri didepan Aira. Jemari kanannya spontan memegang pipi halus gadis dihadapannya, namun gadis itu cepat menepis.
"Aku akan bayar nanti" jawab Aira penuh yakin.
"Bayar dengan apa? " Malik menyoal.
"Nanti aku kerjalah" Aira memandang tajam ke arah Malik. Benci benar dia dengan perangai lelaki 5 tahun lebih tua dari dirinya itu
"Perempuan kampung macam kau ni, kelayakan apa yang kau ada? Kerja apa yang kau dapat? Berapa gaji kau sebulan? Berapa lama kau nak bayar balik semua duit aku tu? Harta?? Harta apa yang kau ada selain dari tubuh kau tu?" Wong ketawa besar.
"Oi org tua! Hutang kau aku langsaikan.. asalkan anak gadis kau jadi milik aku" Wong memberi tawaran.
"Aku setuju!" cepat Pak Daud bersuara. ada tawa dihujung ayatnya. Cepat-cepat lelaki tua itu berdiri. Ada kekuatan luarbiasa menerjah ke tubuhnya.
"Pakcik!" Aira membulatkan matanya. Seakan-akan tidak percaya dengan ap yang baru didengarnya. Tak disangkanya sekejam itu Pak Daud terhadap dirinya.
"Tak apalah. Asalkan hutang aku langsai" Pak DAud ketawa puas walaupun sebenarnya dia agak kecewa kerna tidak dapat meratah tubuh anak tirinya itu.
Malik merentap tangan Aira. GAdis itu tidak sempat berbuat apa. Anak buah Wong yang lainnya sudah pun mendekatinya dan memegang tubuhnya. Air mata yang mengering kini mulai membasahi pipinya semula.
"Lepaskan aku Malik.. Lepaskan aku! " Aira meronta-ronta saat tubuhnya di paksa menuju keluar rumah.
"Malik, tutup mulut dia. Bisinglah! Sakit pulak telinga aku dengar" Wong berlalu keluar.
TAUFIQ menghembus nafasnya panjang. Pemuda itu menghempas tubuhnya di kerusi hitam miliknya. Wajah Isabella bermain di kedua bebola matanya.
"Sayang, I pergi bukannya lama. Sebulan dua je kot. Yang U Sensitif sangat ni kenapa? U mcm tak biasa pulak" terngiang-ngiang suara manja Isabella di gegendang telinganya.
"I tak nak U kerja sebagai model lagi Bella. I nak U berhenti kerja" tegas Taufiq. Wajah Isabella ditenungnya dalam. Dia mahu Bella tahu yang dirinya serius dengan apa yang dia katakan.
" What?? U dah gila ke Fiq? I nak makan apa kalau tak kerja?" Isabella melarikan pandangannya ke arah lain. Bertentang mata dengan Taufiq akan membuatkan dirinya kalah. Isabella berpeluk tubuh, sebagai tanda protesnya terhadap permintaan Taufiq.
"I boleh tanggung U Bella.. I boleh belikan apa saja yang U nak" Taufiq mendekati Bella. wajah gadis itu dipandangnya.
"Ni bukan soal tanggung kehidupan i Taufiq! Ni tentang minat I! Karier I! " Bella menekan setiap bait kata terakhir yang keluar dari mulutnya.
"You tau kan yang I memang sayang sangat kat kerja I sekarang ni" Bella bersuara lembut mendekati Taufiq. Pinggang pemuda itu dirangkulnya manja.
Taufiq melepaskan rangkulan Bella. Pemuda itu memegang kedua belah bahu Bella lantas diusapnya lembut.
"I nak you berhenti Bella. I nak you tumpukan perhatian you dekat I. I nak kita kahwin.. I nak you jaga anak-anak kita" ucap Taufiq lembut.
"Anak?" Bella ketawa kecil.
"Yes anak kita Bella. Lets get married Bella. I nak you selalu di samping I Bella. You tau kan yang I sayangkan you." Taufiq bersungguh-sungguh.
"No! No! No! You tahu kan yang i tak sukakan budak-budak, apatah lagi anak. You tahu kan kerja i sebagai model tak membolehkan I ada anak" Bella menjegilkan matanya.
"But why Bella? We're in love for a long time. why dont we get married? This is good time for both of us" Taufiq berharap pujaan hatinyanitu akur akan permintaannya.
"Why should I? I tak pernah berharap untuk berkahwin Taufiq. Agama I tak ada masalah kalau I tak berkahwin. We can still sleep together. We can live together. I have no problem with that as long as I tak kahwin and tukar agama I," balas Bella.
"Tapi sayang, I nak hubungan kita sah."
"Sah apanya? Tentang perkahwinan, i have no attention. Its not my priority!" kata-kata Bella membuatkan Taufiq meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya.
"Look here Taufiq.. If I kahwin dengan you, macam mana dengan mummy U? Dia dapat ke terima I? I tak nak mummy you kongkong kehidupan I Taufiq. Dia nak someone like gadis melayu terakhir.. and I'm not like she want. She hate me" beritahu Bella berterus terang.
"Thats why I ajak you kahwin... Try ambik hati mummy... be like she want" ujar Taufiq.
"So you nak I bertudung? Berbaju kurung? Lupakan kerjaya I semata-mata nak amik hati mummy you?" Bella hilang sabar. Taufiq diam.
"You takutkan mummy you, Taufiq! And I dont care. You suka ke tak, I tetap akan ke Paris." Bella terus berlalu keluar tanpa menunggu kat balasan dari Taufiq.
Bunyi deringan telefon bimbit diatas meja mematikan lamunannya. Nama Megat Danial tertera di dada iphone. Panggilan telefon itu dijawab.
"Fiq! Jum keluar" suara Danial kelihatan riang.
"Aku malaslah" suara Taufiq mendatar.
"Alah.. Malam minggu ni. Takkan kau nak duduk di rumah tu je"
"Kau keluar la. Aku tak ada mood" balas Taufiq..
"Kenapa ni? Pasal Bella lagi?" Danial menduga.
"AKu stress la Danial. Nak gila aku dibuatnya" Taufiq mengeluh berat.
"Kenapa kau nak fikirkan dia. Dia tengah sibuk membina kerjaya dia di Paris tu" ulas Danial.
"Aku peliklah Danial. Ada jugak perempuan yang tak nak kahwin didunia ni" Taufiq ketawa hambar.
"Apa yang nak dihairankan Taufiq, sekaramg dah berlambak perempuan macam tu. Bila dah ada pelajaran tinggi, ada kerjaya yang bagus, ada gaji yang besar and boleh menampung kehidupan dorang, dorang akan anggap perkahwinan tu benda yang tak penting" jawab Danial panjang lebar.
Taufiq membisu. Kata-kata Danial ada benarnya. Ini bukan kali pertama Bella menolak lamarannya. Kerjaya menjadi keutamaan bagi diri Bella.
"Dahlah Taufiq. Jangan fikir sangat. Jum aku belanja kau malam ni" pelawa Danial.
"Ke mana? "
"7 star club "
"Agh.. aku dah bosan nak ke sana. Carilah tempat lain"
"No! Wong kata ada barang baru kat sana. Dia sediakan khas untuk kau" balas Danial.
Taufiq senyum. Mana boleh dia terlepas barang-barang baru dari kelab malam yang sememangnya top di KL.. Makanan enak dah tersedia untuknya. Kenapa perlu dia menolak?
Share this novel