Chapter 6

Romance Series 1826

Julie melabuhkan punggung di sofa ruang tamu, Denny membawa minuman dan menghidangkannya, dia kemudian duduk bersebelahan dengan Julie.

"Apa yang membawa kamu kesini?" Tanya Denny.
"Hurmm...aku cuma ingin bertemu denganmu!" jawab Julie, dia kelihatan gelisah, sambil memainkan jemarinya dan menunduk tidak berani memandang kearah Denny.

"Bertemu denganku? disekolah kan bisa!" balas Denny, mencapai gelas dan meneguk minumannya.

"Aku takut bertemu denganmu disekolah, kamu tahukan abangku?" jawab Julie, dia memberanikan diri menatap Denny.

"Abangmu? Oh! yang pengawas itu, Kenapa pulak dengan dia?" Denny menatap Julie, dia melihat wajah gadis itu yang memerah, kelihatan resah di wajahnya.

"Dia.....dia akan marah jika tahu aku datang ke rumah lelaki!"Jelas Julie sambil memainkan jemarinya, keresahan jelas di wajahnya.

"Jadi awak nekad datang ke rumahku! untuk apa?" Soal Denny, menghirup minumannya.

"Aku....aku cuma...." Bibir Julie bergetar, kata-katanya tersekat di kerongkongan.

"Hm...?"
"Sebenarnya, aku....mahu cakap...." Julie menunduk, nada suaranya berubah seperti berbisik.

"Apa yang kamu mahu cakap?" Tanya Denny lagi.

Namun saat Julie ingin mengucapkan kata-katanya, bunyi bel rumah berdering lagi, Denny bangkit dan berjalan kemuka pintu.

Diluar kelihatan Elya, dia membawa beberapa buku, dia juga turut mengenakan gaun putih yang cantik menunjukkan jelas lekuk tubuhnya, wajahnya memerah saat melihat Denny terpacul dimuka pintu.

"Elya...?" Denny bersuara, dari dalam Julie tersentak mendengar nama Elya.

"Janji nak belajar bersama, sebab itu saya datang!" ujar Elya, wajahnya cemberut kerana kepanasan.

"Err.. Ethan tidak ikut?" Denny membuka pintu pagar dan mempersilakan Elya masuk.

"Dia sibuk!" Ringkas balasan Elya, matanya memandang Denny dengan penuh makna, bibirnya mengukir senyuman bermaksud.

Memahami makna dari pandangan Elya, jelas Denny meneguk ludahnya sendiri. Rasa saat merasa Elya untuk pertama kali terlintas difikirannya, sepertinya itu bakal terjadi lagi.

Namun mengingat Julie yang turut berada diruang tamu, Denny memeras otaknya, apa dia perlu mengusir Julie untuk menjalankan rencananya.Namun satu suara kedengaran.

"Elya..?" Julie muncul dimuka pintu.

"Julie..?" Elya memandang Denny, wajahnya berubah jengkel.

"Er....Julie baru sampai sebentar tadi, dia...!" Denny memutar otak memberi alasan.

"Elya, kenapa kamu disini?" Tanya Julie, wajahnya menunjukkan penuh tanda tanya.

"Sebenarnya Denny minta belajar bersama, dia cakap nak bersedia untuk ujian mendatang!" Jawab Elya dengan wajah serius namun masih mengukir senyuman manis.

"Oh...kalau macam tu, aku pulang dulu! takut menganggu kalian!" Julie masuk mengambil begnya dan keluar lalu pergi. "Jumpa disekolah nanti, Elya! Denny!" katanya sambil berjalan pulang.

Elya memandang Denny dengan wajah cemberut sebelum masuk kerumah, dia menghempaskan diri di sofa dan melipat tangan di dadanya.

"Aku tak buat apa-apa dengan dia!" seperti memahami makna tingkah Elya, Denny menjelaskan keadaannya.

"Hm...!" Elya mendengus.

Denny melabuhkan punggung disamping Elya, dia menelan liurnya sendiri. Melihat Elya yang berpakaian Minim dengan gaun putih labuh separas lutut serta menampakkan lekuk tubuhnya, nafsu buas Denny membuak.

"Mata dijaga ya!" suara keras kedengaran, pandangan Elya cukup tajam.

"Macam mana mau dijaga, jika kamu menampilkan permandangan yang indah untuk dilihat!" Balas Denny dengan senyuman.

"Jangan buat apa-apa! jom belajar!" kata Elya dengan tegas.

"Dikamarku saja!" ucap Denny bangun dan berjalan ke atas diikuti Elya.

Dirumahnya Julie, Rakael menatap telefon bimbitnya sambil melihat video, dia duduk dengan santai sambil meneguk minuman.

"Kael! Julie mana, belum pulang ker?" Tanya Rufus, abang keduanya yang berada di semester kedua kuliahnya.

"Belum, katanya ada aktiviti disekolah!" jawab Rakael.

"Hm..." jawab Rufus pergi ke kamarnya.

Bunyi pintu dibuka kedengaran, Abang pertamanya, Rendo muncul, lelaki itu berjalan keruang tamu dan melihat sekeliling.

"Kamu saja dirumah?" Soal Rendo kepada Rakael.

"Abang Ufus dikamar, Jul belum pulang!" jawab Rakael.

"Belum pulang? dia kemana?" Soal Rendo.

"Katanya ada aktiviti kat sekolah!" jawab Rakael.

"Awak dah pastikan itu betul? awak tengok dengan mata sendiri Ker?" tanya Rendo berdiri dihadapan Rakael.

"Ya..memang dia ada ikut aktiviti disekolahnya kebelakangan ini, jadi aku tidak fikir dia bohong!" Jawab Rakael menengok kearah abangnya.

"Awak kena pastikan nantinya, jika betul tidak mengapa, tapi!..jika bohong kau siap!" Kata Rendo.

Rakael menelan ludahnya, dia mencari nombor Julie ditelefonnya, dan mendail. Panggilan bersambung.

"Jul..kau dimana?" tanya Rakael suaranya agak cemas.

"Jul nak balik nie, dalam bas!" Jawab Julie.

"Nak balik, oh...kalau macam tu okeylah!" kata Rakael mematikan panggilan.

Rendo mengangguk dan beredar ke dapur, keluarga mereka terdiri dari empat beradik, tiga lelaki dan 1 gadis, Julie merupakan adik termuda mereka, ibu mereka sudah meninggal dunia serta ayah mereka sangat sibuk dengan bisnis. Rendo memiliki Usahanya sendiri dan berkembang dengan baik.

Rufus merupakan mahasiswa kedoktoran dan memiliki prestasi terbaik, Rakael pula pelajar terbaik sekolah dan merupakan pengawas. Jadi Julie harus mengikuti jejak abang-abangnya dan Rendo merupakan seseorang yang mementingkan disiplin, jika tidak melanggar hal tersebut maka hukumanlah jawapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience