BAB 3~DINGIN

Romance Completed 16438

JAM menunjukkan pukul 8 pagi, terlihat Nana masih terbaring lemah di katil. Ini mungkin, kesan sampingan di mana dirinya di serang Makcik Giam. Inilah akibatnya, jika arwah dapat menyentuh dirinya. Dia akan mengalami demam panas sehingga mengigil badannya.

"Aku minta maaf. Kalaulah aku ada semalam, kau tak seteruk ni."

"Tak payah minta maaflah. Kau lawat mak kaukan. Lagipun, aku dah biasa. Makan ubat, sembuhlah tu."

"Sembuh tu sembuh, tapi lama. Tengok leher kau tu, makin merah. Kau masih tak nak bagitahu keluarga kau ke?."

"Aku tak nak menyusahkan mereka."

"Kalau aku manusia, aku boleh bantu kau apa yang patut. Tapi malangnya aku hantu, aku tak boleh sentuh apa-apa. Aku kawan yang tak gunakan."

"Dah, dahlah tu salahkan diri sendiri. Kau bukan minta jadi macam nikan. Lagipun aku ok. Jangan risau."

"Selamat pagi." Zee mencelah.

"Oi. Macam mana sir boleh masuk?." Hairan Nana.

"Dari pintulah, ingat saya hantu ke macam kawan kamu tu. Mak kamu bagi saya ni. Maklumlah, sayakan takdir kamu.  Dia beri kepercayaan pada saya untuk jaga kamu." Jawab Zee, sambil menunjukkan kad hitam di tangannya.

"Encik boleh nampak saya?." Soal Rina hairan.

"Boleh Cik adik. Saya sama saja, macam kawan cik adik tu. Hanya saja tak sekuat dia."

"Oh my god. Jadi selama ni, encik tahulah saya sentiasa ada dengan Nana. Tapi kenapa saya tak rasa encik boleh nampak saya."

"Saya ada kelebihan membataskan diri saya dengan hantu. Tak macam kawan awak tu, semua hantu dia layan. Last-last, memudaratkan diri sendiri."

Perlian Zee, membuat Nana menarik selimutnya menutupi wajahnya.

"Tengok."

"Harap maklumlah encik. Nana tak suka encik. Kalau dia dah tak suka orang tu, bayang-bayang dia pun tak sudi tengok. Oh ya, kalau boleh saya tahu encik ni takdir Nana ke?."

"Nampaknya macam tulah."

"Baguslah, kalau encik takdir Nana. Saya dapat rasakan sesuatu, pada diri encik.  Jaga Nana ketat-ketat. Dia selalu di ganggu hantu yang nakkan raga dia. Ada satu ketika tu, budak ni ambil pisau dekat dapur nak tusuk diri dia sendiri. Nasib baik saya ada, kalau tak. Tengok macam semalam, saya tinggalkan dia sekejap. Dah jadi macam ni. Kalaulah satu hari nanti saya pergi, siapa yang jaga dia."

"Jangan risau Rina. Saya kan ada."

"Betul juga. Lega saya dengar. Baiklah. Encik uruskanlah Nana. Saya pergi dulu, nak tengokkan mak saya. Jaga dia elok-elok. Sebelum saya lupa, dalam laci kedua tu ada ubat Nana. Jangan lupa bagi dia makan ubat. Budak ni degil. Kalau perlu, paksa dia. Itu saja."

"Terima kasih, sebab dah bagitahu saya tentang dia."

"Takda masalah. Saya pergi dulu. Bye." Pamit Rina, lalu menghilang.

Lantas Zee menghampiri Nana, lalu melabuhkan punggungnya di samping gadis itu.

"Meh makan. Saya ada masakkan bubur ayam istimewa untuk kamu. Saya buat sendiri tau. Sedap. Mesti kamu laparkan."

Namun pujukkan Zee sama sekali tidak meluluhkan hati Nana.

"Kamu masih marahkan saya ke?."

Soalan Zee membuatkan Nana bangun dari baring,

"Sir baliklah, saya boleh jaga diri saya sendiri. Saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya. Dahlah. Saya nak mandi. Tapi sebelum saya keluar, saya harap sir dah pergi." Jawab Nana, lalu melangkah pergi.

'Nasib kaulah Zee. Kau yang buat dia berubah, hadap jelah.' Keluhnya.

* * * * *

"ANAK you mesti masih marahkan Zee kan. Mana tidak, anak I dah malukan dia depan orang ramai. Kalau I jadi Nana pun, I takkan pernah maafkan lelaki yang dah malukan I."

"Masa lalu. Buat apa di kenang. Tapi peristiwa tu, pasti berbekas di hati Nana. Sampaikan, bila I ceritakan tentang anak you. Dia mual tanpa henti, mungkin saja dia alergik. I pun tak tahu."

"Zee tak sepatutnya buat Nana macam tu. Kalau dia tak suka, just tolak dia baik-baik. Ni tak, mempermalukan dia sampai di ketawakan banyak orang. Sumpah, I kesal dengan perbuatan anak I sendiri. I betul-betul minta maaf, dah buat anak you trauma sampaikan jadi pendiam macam sekarang."

"I pun rindu dia yang dulu. Nana yang periang dan ceria. Sekarang dia jauh berubah, jadi gadis yang pendiam, dingin, keras kepala. Tengok sekarang, dia tak tinggal dengan kami. Dia tahu Zee selalu datang sini. Sekejap lagi mesti dia mengamuk."

"Mengamuk kenapa?."

"Tadi Zee tanya, mana Nana sebab tak datang sekolah. I cakaplah I tak tahu, kami tak tinggal sama. Jadi I suruh Zee, tengok-tengokkan dia."

"Ni mesti sebab barang halus yang serang dia semalamkan. I dah agak dah. Zee pun sama, kalau kena serang dengan makluk halus, keesokkan harinya, dia pasti demam. Ada bagusnya Zee tengok-tengokkan dia."

"I think, sebab nilah mereka adalah takdir. Sama-sama ada keistimewaan. I haraplah,  apa yang di katakan Pak Absyar segera terhindar."

"Doa yang baik-baik jelah untuk mereka. I harap, anak you selamat begitu juga dengan anak I.  Dahlah, jangan di fikirkan. Buat sakit kepala je."

Apa yang terjadi pada Nana itu sangat mengerikan. Jika benar terjadi, tidakkah dia akan hancur hatinya.

* * * *

WAJAH bengis bossnya, membuatkan Alya hanya menundukkan kepalanya kebawah. Sudah hampir 2 tahun dia bekerja di bawah 'THE ROYAL GROUP'. Syarikat megah dan terpandang. Pada mula, dia sungguh gembira dan bahagia. Namun itu hanya sementara.

Apa yang ia rasakan kini, hanyalah stres dan lelah. Lebih-lebih lagi, mempunyai atasan yang toxic seperti Encik Qhai, yang membunuh moodnya setiap hari. Dia bukanlah pemilik syarikat, hanya penolong ketua di departmentnya. Tapi berlagak selayaknya, pemilik syarikat ini saja.

"Apa ni Alya?. Kerja semua serabut. Kamu nak di pecat ke?." Soal Encik Qhai, sambil melemparkan fail ke lantai.

Pantas Alya mengeleng laju.

"Tahu tak nak. Tapi buat kerja, asal siap.  Macam ni jelah, sebelum saya repot dekat boss. Baik kamu atur balik, apa yang kurang. I think, semua buka surat." Arah Qhai.

"Baiklah Encik Qhai." Jawab Alya, sambil mengutip kertas yang berselerak di lantai.

"Good. Saya nak esok. Jangan balik, kalau tak siap. Kalau saya dapat tahu, kamu balik. Jangan salahkan saya, jika tempat duduk kamu sekarang. Ada yang gantikan. Faham !."

"Faham Encik."

"Dah, pergi sana. Buat sakit kepalalah kamu ni. Dah lama kerja pun. Masih juga dengan kesalahan yang sama. Tak bosan ke?."

Setelah di kumpulnya surat-surat yang berselerak di atas lantai, lantas dia bangun, lalu tunduk hormat pada pemuda itu.

"Saya minta diri dulu." Pamit Alya, pantas melangkah pergi.

'Oi, tak habis-habis buat masalah. Streslah." Kesal Qhai.

* * * *

7:21 MALAM,

Terlihat Zee bersama Nana sedang menikmati makan malam bersama, yang di buat khas untuk bakal isterinya. Meskipun harus melalui pertengkaran dulu, sebelum di benarkan makan malam bersama. Tapi tidak mengapa. Asalkan dia dapat bersama Nana. Itu yang penting.

"Sejujurnya. Saya dah berhenti tolong-tolong arwah ni. Saya hanya nak fokus pada Rina." Nana memulakan topik pembicaraan.

"Dah tu. Kenapa nak tolong Makcik Giam?."

"Sir tak tengok ke mata dia haritu. Penuh dendam. Kalau kita tak tolong dia. Pelajar Sir, jadi mangsanya. Nak ke?."

"Tak."

"So, macam mana dengan kes Makcik Giam. Sir ada dapat apa-apa maklumat tak?."

"Oh, tentang tu. Saya baru dapat tahu yang Makcik Giam ada seorang anak perempuan. Nama dia Alya, berusia 23 tahun. Kita kena cari Alya, kerana dia satu-satunya waris Makcik Giam yang tinggal."

"Ok. Tapi dekat mana?."

"Dia tinggal dekat rumah sewa tak jauh dari kondo kita. Kawan-kawan dia cakap, dia dah jarang keluar lepak lagi dah. Sejak Alya di terima kerja dekat 'THE ROYAL GROUP'. Katanya, Alya sering di tindas dengan rakan-rakan kerja dia. Tak tahu juga, betul ke tak. Takda buktikan."

"Aw. Kesiannya dia. Apa plan Sir seterusnya?."

"Tak lama lagikan, cuti sekolah dah bermula. Saya bercadang, nak kamu menyamar jadi staf di 'THE ROYAL' untuk sementara waktu. Saya rasa, ada teka teki di situ."

"Gila ke apa?. Umur saya, tak sesuai kerja sana. Company megah lagitu. Lainlah Sir."

"Kalau saya boleh, tak salah kalau saya menyamar ikut bersama kamu. Tapi malangnya, saya tak boleh, sebab saya bawahan atasan. Pekerja-pekerja semua kenal saya."

"Bawahan atasan?. 'THE ROYAL' Sir punya ke?."

"Taklah. Atok saya punya. Tapi, sekarang dah di ambil alih papa saya. Bakal mentua kamu. Saya kerja dengan dialah."

"Bukan ke mak ayah Sir dah cerai?. Kenapa Sir masih berhubung dengan dia."

"Walaupun, mak ayah saya dah bercerai. Saya tetap adil, kesana kemari. Hiburkan mereka Harapkan adik saya. Lambat lagi."

"Oh, ternyata ni bossnya. Patutlah staf semua biadap, sebab ikut perangai boss mereka. Tak hairanlah. Tapi kalau saya menyamar, data peribadi saya macam mana?."

"Itu kamu jangan risaulah. Saya yang akan uruskan semuanya. Kamu just ikut plan saya."

"Ok. Tentang perkahwinan kita pulak. Saya rasa, tak payahlah teruskan. Saya..."

"Trust me Nana untuk kalini. Saya mohon."

"Saya tetap dengan pendirian saya. Kalau Sir masih berkeras juga. Jangan terkejut, kalau pengantin perempuan tak datang." Ugut Nana lantas melangkah pergi.

Zee hanya mengamati setiap langkah Nana. Setiap langkah itu adalah luka baginya. Inikah yang di namakan tawar hati yang sesungguhnya. Jujur saja dia katakan, ini lebih menyakitkan dari segala hal yang terjadi. Nana yang dulunya di kenal periang, kini menjadi gadis yang dingin. Mungkin, luka yang ia coret  4 tahun yang lalu masih berbekas di hati gadis itu, sehingga untuk memandangnya saja, gadis itu tidak sudi melakukannya inikan pula cinta. Jauh sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience