BAB 2-KEBENARAN

Romance Completed 16438

HARI ini, merupakan hari di mana giliran Nana and the geng pula yang di tugaskan untuk membersihkan kelas mereka selepas tamat waktu pembelajaran. Namun, dari wajah Nana terlihat tidak menyenangkan.  Seakan-akan mempunyai masalah. Mana tidak, sehari-hari ni saja gadis itu asyik termenung dan terus termenung. Membuatkan kawan-kawannya, hairan dengan tingkah Nana yang tidak biasanya.

"Oi." Sapa Daus, sambil menepuk bahu Nana.

Seketika Nana tersentak, kembali sedar dari lamunannya,

"Korang dah kenapa?. Terkejut aku."

"Dah kau termenung sampai ke bulan, pasal apa?. Kau ada masalah ke?."

"Yelah Nana. Kau banyak berubah harini.  Asyik termenung je kerjanya. Sampaikan Sir Zee tikam maker dekat kau tadi. Aku yang tengok terasa sakitnya, inikan pula kau yang merasa."

"Huh, sakit tu tak seberapa, sakit hati ni. Tapi takpalah, dah aku yang salahkan."

"Tahulah kau yang salah, tapi tak perlu kot sampai tikam maker macam tu. Kalau kena mata kau tadi. Macam mana?, dia nak ganti mata kau?. Oi, mentang-mentang dia pengetua. Dia boleh buat apa saja. Aku tak fahamlah. Kenapa dengan kau, dia benci semacam. Kau ada rosakkan hidup dia ke?." Soal Daus ingin tahu.

"Aku perasan juga. Waktu kita datang lambat haritu, kesalahan kita sama je. Bahkan aku 6 kali berturut-turut datang lambat. Tapi hukuman kau lebih berat dari aku. Siap lari 5 pusingan lagi." Tambah Intan.

Nana menghela nafas panjang, lantas di hembusnya perlahan.

"Cerita dia macam ni. Nak di singkatkan cerita, keluarga kami rapat giler. Mana tidak, mak ayah aku dengan mama papa dia berkawan sejak dari sekolah menengah lagi. Korang bayangkan. Berapa lama tu. Pada mulanya, kami baik-baik saja. Tapi ada satu ketika tu, aku menyatakan hal bodoh pada dia. Sampai sekarang, itu menghantui aku. Rasa malu ada, marah ada. Pelbagai rasa bercampur aduk."

"Kau cakap apa?." Soal Dinar penasaran.

"Waktu tu aku bodoh, maklumlah otak belum matang lagikan. Boleh pulak aku menyatakan cinta pada dia. Siap bagi bunga lagi. Tapi tulah, tak sepatutnya dia malukan aku depan orang ramai. Aku ada harga diri juga. Dahlah. Dah lepas juga. Aku dah lupakan."

"Mesti perihkan luka kau tu, sampai kau alergik dengan cinta."

"Aku..."

"Mengumpat siapa?." Zee mencelah.

Membuat semua dalam ketakutan, kecuali Nana yang berpaling muka tidak sudi menatap pemuda itu.

"Sir. Sir buat apa dekat sini?."

"Perlu ke kamu mempersoalkan saya buat apa dekat sini?.  Saya tahu giliran korang yang kemas kelas harini. Tapi sekarang dah pukul berapa?. Besar sangat ke kelas ni sampaikan mengambil masa 2 jam untuk bersihkannya."

"Maaf Sir." Ucap mereka serentak.

"Orang yang sama saja buat masalah dekat sekolah ni, korang tak penat ke?."

"Saya lebih penat, dengar bebelan sirlah." Lawannya, sambil menyandang begnya lantas melangkah pergi.

Seketika Daus, Intan, dan Dinar saling menatap satu sama lain.

"Selangkah lagi kaki tu melangkah. Saya tak teragak-agak untuk keluarkan kamu dari sekolah ni. Berani-beraninya kamu melawan cakap saya."

Langkah Nana terhenti, lantas menoleh ke arah pemuda itu. Kawan-kawannya cuba meredakan amarahnya, dengan memberi isyarat tangan. Namun itu sama sekali tidak di dengarnya.

"Keluarkanlah. Itu lebih baik, dari terus berada di sekolah neraka ni."

"Jangan cabar amarah saya. Nahas kamu nanti."

"Nahas kenapa?. Nak buka rahsia saya, yang saya pergi club, bawa balik jantan ke rumah. Bagitahulah. Saya tak takut.  Itu helah lama. Ya, dulu saya takut. Sekarang tak lagi."

Tiba-tiba saja, Nana merasakan dadanya perih. Bagaikan tertusuk sembilu. Ini menandakan aura negatif mendekatinya, seketika matanya liar mencari keberadaan roh jahat tersebut, dan ternyata itu roh makcik cleaner yang seringkali dia temui.

"Ok fine. Itu yang kamu nak. Semua perilaku buruk kamu, pada saya, akan saya serahkan pada..." kata-katanya terhenti ketika memandang hidung gadis itu yang berdarah.

"Nana, are ok?." Khawatirnya.

"Makcik nak apa huh?. Tak habis-habis nak ganggu orang. Makcik nak masuk neraka ke. Dengan apa yang makcik buat ni hanya mengurangkan pahala makcik tau. Sebaiknya, makcik bagitahu saya. Apa yang makcik nak, sebisa mungkin saya menolongnya."

"Pembohong !." Bentaknya, lantas mencekik leher gadis itu.

"Argh.."

"Nana.." teriak kawan-kawannya pantas menolongnya.

Zee, masih tidak percaya dengan apa yang ia saksikan depan matanya.

"Kau sama saja dengan jantan tu. Penipu !. Katanya nak tolong aku, ternyata hanya di manfaafkan."

"Jan...jantan yang mana pulak ni. Lepaslah."

"Aku nak kau mati, dan raga kau akan jadi milik aku."

"Jangan harap." Zee mencelah, lantas menolak roh tersebut jauh dari bakal isterinya dengan pantas juga Zee menyambut Nana yang hendak rebah itu. 

"Saya mohon makcik, jangan lagi guna kuasa tu. Pahala makcik akan berkurang. Makcik orangnya baik, tempat makcik bukan dekat sini, melainkan syurga. Makcik hanya nak keadilankan. Saya sedia bantu makcik. Percaya saya."

Seketika amarahnya kembali reda,

"Saya juga akan bantu makcik." Tambah Zee. "Tapi tolong, jangan ganggu anak murid saya lagi. Mereka tak bersalah. Saya mohon."

Daus, Intan, dan Dinar terhairan-hairan dengan siapa mereka bertutur. Sedangkan, tiada siapa di hadapan mereka.

"Ok. Makcik percaya korang kalini. Tapi, kalau korang sama juga macam jantan tu. Makcik tak teragak-agak, bunuh semua pelajar dekat sini."

"Kami janji makcik." Jawab mereka serentak.

* * * * *

SEMENTARA di ruang tamu, terlihat Puan Sofia kedatangan tetamu yang setiap minggu pasti mengunjunginya. Sudah dirinya anggap seperti anaknya sendiri.

"Ni makcik, ada buah tangan dari saya. Harap, makcik sudi terima."

"Terima kasihlah Cikgu Aiden. Susah-susah je."

"Mana ada susah. Makcik apa khabar?.  Sihat?."

"Makcik sihat alhamdulilah. Kamu pulak?. Makin kacak makcik tengok. Dah ada seseorang ke?."

"Kalau ada pun, makcik orang pertama yang saya bagitahu. Sekarang ni, belum terpikir nak ada seseorang. Mungkin dah biasa single kot. Tulah rasa macam tak perlukan teman hidup. Tak tahulah macam mana hari kedepannya nanti."

"Rugilah kamu. Siapa yang jaga kamu, bila dah tua nanti."

"Rumah orang tua-tuakan ada. Saya dah daftar awal. Mana tahukan, jodoh saya dekat sana."

"Ada-ada je kamu ni. Dah, minumlah. Tengok apa lagi. Tu ada kuih kegemaran kamu. Jemput makan."

"Terima kasih makcik." Ucapnya dengan senyum lebar terukir di bibirnya.

Senyuman Rina lebar terukir ketika memandang pemuda di hadapannya. Pemuda yang sering mengambil berat tentang ibunya. Tapi, entah kenapa dia langsung tiada ingatan tentang pemuda itu.

* * * * *

DALAM perjalanan pulang, terlihat Nana hanya memasang wajah cemberut saja. Membuatkan, Zee kesal melihatnya. Mana tidak, gadis itu berkeras tidak mahu mengikutinya, sehingga dia terpaksa mengunakan kekerasan, untuk Nana masuk kedalam keretanya. Mungkin itu penyebab, bibir gadis itu muncung panjang dah seperti mulut itik.

"Nak saya potong ke, bibir tu?. Hah !. Dah, dahlah tu keras kepalanya. Saya tak pandai pujuk."

"Siapa juga suruh Sir pujuk. Lagipun, saya boleh drive sendirilah. Tak perlu hantar pun. Kereta saya macam mana?. Kang di curi orang, sir nak ganti?."

"Saya nak hantar.  Lagipun, saya dah minta izin orang tua kamu untuk bawa kamu pulang harini, dan mereka setuju. Pasal kereta, kamu jangan risau. Pak Karim yang tolong bawakan nanti."

"Kita nak kemana?."

"Ke hospitallah. Tak tengok ke leher tu, dah macam kena jerat. Sakitkan."

"Aw, perhatiannya dia. Tapi tak sakit pun. Rasa macam kena gigit harimau je. Oh ya, sir boleh tengok hantu juga ke?." Soal Nana ingin tahu.

"Nampaknya macam tulah."

"Sejak bila?."

"Sejak, lahir lagi.  Yang kamu ni, sejak bila?. Saya tengok kamu nampak tenang je selama ni. You know sekolah kita banyak hantu. Saya juga kadang-kadang stres, terganggu dengan bisikkan-bisikkan minta tolong. Macam mana kamu boleh buat tak tahu tentang mereka."

"Saya sejak kemalangan lagi. Tapi dah biasakan. Makcik tadi. Sir tahu siapa dia?."

"Tahu. Dia Makcik Giam. Cleaner dah 10 tahun dekat sekolah kita. Dengar cerita dia kena bunuh. Tapi tak pastilah, sebab kes ni dah tutup. Pelaku dia sampai sekarang belum di jumpai. I think, pelaku dia mesti orang kaya."

"Betul juga. Tapi dengan alasan apa dia pergi bunuh Makcik Giam. Apa salah dia, sampaikan perlu meragut nyawa. Sir tak dapat imbas masa lalu Makcik Giam ke?."

"Kalau imbas masa lalu. Saya boleh, tapi tak berapa jelas. Bagaimana pula dengan kamu?."

"Apa yang saya dapat tangkap, Makcik Giam di temui dalam tong sampah. Sedangkan kematian dia, di toilet tepat pukul 4:12 petang. Kalau tak silap saya, dia di tusuk sebanyak 10 kali. 4 kali di dada, 3 kali di perut, 3 kali lagi di belakang. Ini bukan sengaja, melainkan pembunuhan berancang. Pembunuh dia, saya tak dapat kenalpasti.  Betul ke apa yang saya cakap?."

"Berdasarkan berita yang saya pernah baca. Apa yang kamu cakap tu, 100 peratus tepat sekali . But, tentang toilet tu, belum ada yang tahu lagi. Orang-orang hanya tahu, Makcik Giam di bunuh. Tapi sampai sekarang belum terpecahkan lagi, di mana lokasi pembunuhan dia. Kamu lebih kuat dari saya. Hebat."

"Sir lagi hebat dari sayalah."

"Apa yang hebatnya, biasa je."

"Sir dapat luluhkan hati Makcik Giam. Jika tidak, mungkin mak ayah saya dah kehilangan anak mereka harini."

"Mana ada kuat, saya juga takut. Tapi, entah kenapa tadi, saya ada kekuatan nak bantu kamu. Spontan."

"Mungkin. So, tentang Makcik Giam, macam mana?."

"Kita dah janji nak tolong dia, itu berarti kamu kena tolong saya untuk terokai fakta. Jangan lari pulak."

"Saya tak sepengejut tulah."

"Baguslah."

"Oh ya, pasal perkahwinan kita. Saya rasa tak payahlah teruskan. You know, ramalan Pak Absyar mana boleh percaya. Kita ada Allah. Buat apa percaya pada ramalan-ramalan mengarut tukan."

"Saya rasa, alasan kenapa saya adalah takdir kamu, mungkin saja kerana kita berdua ada kelebihan yang sama. Dengan kelebihan yang kita ada ni, mungkin akan memundaratkan diri kita sendiri. Sebab tulah, kita harus saling melengkapi."

"Ada betulnya juga. Sir setuju ke, dengan perkahwinan ni?."

"Setuju. Lagipun tak lamakan, 6 bulan. Bukankah kamu suka saya, sepatutnya kamu happy. Pada akhirnya, saya jadi suami kamu."

"Itu dulu. Sekarang sikit pun takda rasa pada sir. Hanya yang tersisa, rasa benci. Luka yang sir coret 4 tahun yang lalu, itu buat saya trauma dengan cinta, apatahlagi berbau sir. Itu buat saya ingin menghilang dalam dunia ni. Dahlah, kalau itu yang terbaik untuk saya. Ya, terpaksa."

"Saya..."

"Kalau dah sampai nanti, kejutkan. Saya nak rehat. Apa-apapun terima kasih untuk harini. Saya berhutang nyawa pada Sir." Nana mencelah, lalu memejam matanya.

Sikap dingin Nana membuatkan Zee sedikit berkecil hati. Namun, dia sedar. Bahwa dirinya yang mencipta kedingin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience